Anda di halaman 1dari 25

SOLAT SUBUH (dua rakaat) :

BERDIRI BETUL (NIAT)

Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala


Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah
Ta'ala.
TAKBIRATUL IHRAM : Berdiri sambil mengangkat takbir

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua belah tangan ke paras telinga selepas


memasang niat dalam solat sambil itu bertakbir seperti di atas.

Lintas di dalam hati ketika waktu yang sama


mengangkat takbir niat kita solat.

LELAKI - paras bawah telinga


PEREMPUAN - tidak melebihi paras bahu
BERDIRI RAKAAT PERTAMA (Doa Iftitah) : Tangan diletakkan di atas perut (pusat)

Allahu Akbaru kabira walhamdu lillahi kathira wasubhanallahhi bukratau


waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam
muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya
wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana
minal muslimin.

Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyakbanyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku,
kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah
kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang
menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku
dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku
ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

LELAKI : tangan memegang

PEREMPUAN : tangan di atas

Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas


tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).
TERUSKAN DENGAN BACAAN

A'uzubillahi minassyaitanir rajim.


Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.
SURAH AL-FATIHAH

Bismilla hirrahma nirrahim.


Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka
na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina
an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin.
Amin (*).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha
pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan.
Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau
sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan
yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan
nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula
jalan orang-orang yang sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
* sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah,
tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika
sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas
bacaan do'a iftitah).
KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH

CONTOH : SURAH AL-KAUTSAR

Bismilla hirrahma nirrahim.


Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad)
nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur
kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang
membenci kamu dialah yang terputus.
TAKBIR KERANA RUKUK : Berdiri sambil mengangkat takbir

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di


atas.
RUKUK : Tunduk dalam keadaan 90 darjah

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)


Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil
contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.

Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan


rukuk, siku dirapatkan kebadan.

IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) : Berdiri sambil membaca

Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di


atas.
IK'TIDAL SELEPAS RUKUK : Berdiri kembali sebelum sujud

Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min


syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi
dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

Teruskan dari keadaan di atas menuju sujud yang pertama.

SUJUD PERTAMA (RAKAAT PERTAMA) : Tunduk hingga ke paras lantai

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).


Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah


berkeadaan seperti di sebelah

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
DUDUK ANTARA DUA SUJUD : Duduk seperti melutut

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu


'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah
darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan
maafkanlah aku
.

KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA, SEBELUM ITU BACA

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
SUJUD KEDUA (RAKAAT PERTAMA) : Baca seperti sujud pertama juga

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).


Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah


berkeadaan seperti di sebelah

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA : Tanpa mengangkat tangan terus membaca

A'uzubillahi minassyaitanir rajim.


Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.
SURAH AL-FATIHAH

Bismilla hirrahma nirrahim.


Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka
na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina
an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin.
Amin (*).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha
pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan.
Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau
sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan
yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan
nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula
jalan orang-orang yang sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
* sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah,
tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika
sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas
bacaan do'a iftitah).
KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH
CONTOH : SURAH AL-IKHLAS

Bismilla hirrahma nirrahim.


Qul huwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walamyulad. Walam yakul
lahu kufuan ahad.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Katakanlah Allah itu esa. Allah tempat meminta. Tiada beranak dan tiada
diperanakkan. Dan tiada sesuatu yang setara dengannya.

TAKBIR KERANA RUKUK (RAKAAT KEDUA) : Berdiri sambil mengangkat takbir

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di


atas.
RUKUK (RAKAAT KEDUA) : Tunduk dalam keadaan 90 darjah

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)


Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil
contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.

Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan


rukuk, siku dirapatkan kebadan.

IK'TIDAL SEBELUM SUJUD RAKAAT KEDUA : Berdiri sambil membaca

Sami'allahu liman hamidah.


Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di


atas.
IK'TIDAL SELEPAS RUKUK : Berdiri kembali sebelum sujud

Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.
* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min
syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi
dan sebanyak yang Engkau kehendaki).
DOA QUNUT

Allah humah dini fiman hadait.


Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.

Astaghfiruka wa'atubu ilaik.


Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi
wasahbihi wasalam.
Maksudnya:
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan
afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah
aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku
seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari
perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum
bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau
muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat
Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas
apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku.
Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi
Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.

"SUJUD SAHWI"
Perkara-perkara sunat di dalam sembahyang ada banyak, di antaranya
adalah sunat aba'dh di mana apabila tertinggal melakukannya maka
hendaklah diiringi dengan sujud sahwi. Sebelum salam hendaklah kita
sujud dahulu dua kali dan ucapkan dalam sujud itu:
Subhaa naman laa yanaamu walaa yas hu 3X
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

Teruskan dari keadaan di atas menuju sujud yang kedua.

SUJUD PERTAMA (RAKAAT KEDUA) : Tunduk hingga ke paras lantai

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).


Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah


berkeadaan seperti di sebelah

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
DUDUK ANTARA DUA SUJUD : Duduk seperti melutut

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu


'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah
darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan
maafkanlah aku
.

KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA, SEBELUM ITU BACA

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA : Baca seperti sujud pertama juga

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).


Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah


berkeadaan seperti di sebelah

TAKBIR SAMBIL DUDUK UNTUK TAHYAT :

Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
BACA TAHYAT AKHIR :

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika


aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la
'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna
Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala
aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala
Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala
aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah.
Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian
pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap
hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan
melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh

Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita


Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah
Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga
Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti
yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha


illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah
kanan sehingga salam berakhir.

SALAM KE KANAN :

Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam.* jika


sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi
salam terlebih dahulu.

SALAM KE KIRI :

Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Berpaling ke arah kiri sambil memberi salam.

Anda mungkin juga menyukai