Anda di halaman 1dari 14

BAB 9

ETIKA KERJA DALAM ISLAM


PENDAHULUAN
Sejak dari Nabi Adam AS hingga ke zaman ini, manusia menjadikan pekerjaan sebagai
sebahagian besar daripada pusingan aktiviti dalam kehidupan mereka. Pekerjaan
menjadi gelanggang tempat manusia berjuang dan bersaing sebagai salah satu proses
memajukan diri dan menyambung perjuangan hidup. Firman Allah dalam surah alTaubah, ayat 105 :




Maksudnya :
Dan katakanlah (wahai Muhammad) bekerjalah kamu (akan segala yang
diperintahkan) maka Allah SWT dan RasulNya serta orang-orang yang beriman
akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada
Allah SWT yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, kemudian ia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.
Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang tinggi yang tidak ada
tolok bandingnya dengan agama dan kebudayaan yang lain. Islam memandang tinggi
setiap pekerjaan yang diakui sah dari segi hukum syarak sebagaimana penghormatan
yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap pengikutnya yang pernah mengajukan
soalan kepada Baginda yang bermaksud :
"Hai Rasulullah, apakah pendapat tuan mengenai kerja saya? Baginda
bertanya : Apakah pekerjaan kamu? Jawab orang itu : Pembuat pukat. Lalu
baginda bersabda : Pekerjaan kamu adalah pekerjaan bapa kita Nabi Adam AS. Ia
adalah orang yang pertama menjalin pukat yang diajar oleh Jibril."

PENGERTIAN
Bagi melengkapkan perbincangan tajuk ini, beberapa perkataan perlu dijelaskan terlebih
dahulu iaitu perkataan etika, integriti dan akauntibiliti.

Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang merujuk kepada
perlakuan seseorang atau adat kebiasaan. Etika ertinya satu disiplin atau peraturan yang
menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. Menurut Webster
International Encyclopedia, etika adalah salah satu cabang ilmu falsafah yang
membincangkan prinsip-prinsip moral tentang perlakuan manusia dan organisasi sosial.
Etika juga diertikan sebagai ilmu budi pekerti iaitu ilmu yang memberikan
pengertian tentang baik dan buruk, ilmu yang mengatur pergaulan manusia sesama
mereka dan ilmu yang dapat menentukan tujuan terakhir dari seluruh usaha mereka.
Dengan itu etika adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah
laku individu, organisasi dan profesyen.
Etika Individu
Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam
membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut
dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara
perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan
sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.
Etika Organisasi
Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan
baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah,
jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan
orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam
Pelanggan.
Etika Profesyen
Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus
dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Di antara profesyen yang mempunyai kod
etikanya
termasuk
kedoktoran,
kehakiman,
undang-undang,
perakaunan,
kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan
etika profesyen yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula
perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media.
Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan.
Integriti.
Menurut Kamus Dewan (1997) integriti dikaitkan juga dengan The Quality of being honest
and upright (kualiti yang berkaitan dengan sifat jujur dan sentiasa berpegang kepada
kebenaran). Longman Dictionary (1999) pula menyebutkan The Quality of being honest and

having high moral standards (kualiti yang berkaitan dengan sifat jujur dan memiliki
standard moral yang tinggi). Integriti juga bermaksud nilai-nilai murni.
Dalam bahasa Arab digunakan istilah kamil (sempurna) yang dihubungkaitkan dengan
nilai-nilai:i)Amanah
ii)Jujur
iii)Kebolehpercayaan
iv)Memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan atau untuk
kepentingan peribadi
v)Dilakukan penuh ketulusan hati
vi)Adil dan saksama
(Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam: 1991)
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan
dan bersepadu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika.
Justeru integriti mestilah berlandaskan kepada etika yang dimanifestasikan di dalam
tindakan sehari-harian
AKAUNTIBILITI
The obligation to give answers and explanations concerning ones actions and performance, to
those with a right to require such answers and explanations
(Kewajipan untuk memberi jawapan dan penerangan berkaitan dengan aksi seseorang,
berkaitan perbuatan dan perlaksanaan tanggungjawab kepada mereka yang mempunyai
hak untuk mengetahuinya)
Konsep akauntibiliti
Kepercayaan seorang pegawai bahawa mereka semestinya berkelakuan menurut normanorma, iaitu mereka sebagai individu, ahli masyarakat dan sebahagian institusi yang
diwakili perlu berkelakuan mengikut standard yang telah ditentukan
Tanggungjawab seseorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
(tanggungjawab pegawai dan staf dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan
dan juga memastikan pencapaian matlamat serta objektif)
Pelaksanaan tugas-tugas mengikut peraturan yang telah ditetapkan, undangundang yang berkuat kuasa, prosedur dan arahan di samping perlu cekap, hati-hati dan
cermat (contohnya; urusan kewangan agar tidak berlaku penyelewengan, salahguna
kuasa, rasuah, penipuan dan seumpamanya).

Setiap individu bertanggungjawab ke atas kerja yang dibuat dan bagaimana


kerja itu diselenggarakan. Oleh itu hati dan kesedaran diri menjadi pengawas setiap
kerja individu. Allah SWT menjelaskan perkara di atas melalui firmanNya di dalam
surah al-Isra, ayat 36 :



Maksudnya :
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan fikiran semuanya itu akan
dipersoal
Surah al-Muddassir, ayat 38 :


Maksudnya :
Tiap-tiap diri itu bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuat

PEKERJAAN DALAM ISLAM


Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri,
keluarga dan ibubapa yang telah tua.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qasas, ayat 71 :




Maksudnya :
Dan tuntutlah apa yang dianugerahi Allah di negeri akhirat kepada engkau
tetapi jangan lupa bahagian engkau di dunia, berbuat baiklah seperti mana Allah
berbuat baik kepada engkau dan janganlah melakukan kejahatan di bumi,
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kejahatan
Islam juga menyatakan bahawa sesuatu kerja yang halal ialah tugas yang
diamanahkan oleh Allah SWT kepada seseorang hamba Allah. Apabila seseorang itu
menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa hamba Allah
tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Dengan kata-kata lain hamba Allah itu
telah beribadat kepada Allah Allah SWT. Maka menurut Islam setiap kerja yang

diredhai oleh Allah SWT dan disertai dengan niat keranaNya maka ia dikira sebagai
satu ibadat. Justeru setiap hamba Allah hendaklah menyedari dan menghayati bahawa
setiap kegiatannya menjalankan kerja yang halal adalah wajib dan kegiatannya itu
sekiranya dimulai dengan niat, hendaklah dianggap sebagai ibadat. Bahkan Nabi
Muhammad S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi
mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.
(Riwayat Al- Bukhari)
Selain dari itu Rasulullah S.A.W. juga ada bersabda yang bermaksud:
Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu

(Riwayat Al- Baihaqi)

Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang
diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang
berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah,
ayat 286 :


Maksudnya :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya
olehnya.
Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu
mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya
ayat itu jua menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas
jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya.
Selain dari itu setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam
setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana
ternyata di dalam firman Allah SWT dalam surah al-Muddassir, ayat 38 :


Maksudnya :
Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya.

Ini bererti iaitu sekira kita tidak menunaikan kerja kita dengan sewajarnya,
seperti kita mencuri masa dengan membuat kerja peribadi di dalam waktu pejabat,
melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang
sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinyalah kita akan dihukum di akhirat
kelak walaupun kita mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib atau pun hukuman
di dunia ini. Sebaliknya berbahagialah kita di dunia dan di akhirat sekiranya kita
melaksanakan tugas kita dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam.
Daripada semua yang diutarakan di atas ini jelaslah bahawa menurut ajaran
Islam, setiap manusia wajib mempunyai kerja. Islam benci kepada pengemis dan
penganggur. Di samping itu seseorang pekerja mestilah melaksanakan tugasnya dengan
sebaik-baiknya kerana Allah telah menegaskan bahawa setiap pekerja itu berupaya dan
mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya. Samada seseorang pekerja itu dapat
menunaikan tugasnya dengan baik atau tidak hanyalah bergantung kepada sikap
pekerja itu sendiri. Seterusnya setiap kegiatan pekerja itu akan menerima ganjaran yang
sewajarnya di akhirat nanti.

ETIKA KERJA DALAM ISLAM


Berikut adalah etika kerja dalam Islam:1.
2.
3.
4.
5.

Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah SWT


Bekerja dengan ikhlas dan amanah
Bekerja dengan tekun dan cekap
Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat

Etika Pertama: Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah SWT
Firman Allah S.W.T dalam surah az-Zariyat, ayat 56 :


Maksudnya :
Tidak Aku menjadikan sekalian jin dan manusia melainkan untuk
mengabdikan diri / beribadat kepadaKu
Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka
sewajarnyalah setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti
segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya selaras dengan firmanNya dalam
surah al-Baqarah, ayat 21 :

Maksudnya :
Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Selanjutnya, dikemukakan satu lagi firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 59 :



Maksudnya :
Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu.

Ayat ini pula menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada
Rasulullah S.A.W. dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang dimaksudkan dengan
orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Bagi mentaati Allah dan Rasulullah S.A.W.
maka setiap manusia hendaklah mempunyai kerja yang halal. Bagi mentaati kerajaan
pula setiap pekerja awam hendaklah menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran
bahawa jawatannya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan
tugasnya dengan sebaik-baiknya maka bererti pekerja tersebut telah pecah amanah
kepada Allah. Sanggupkah kita yang mengakui bahawa kita ini hamba Allah,
melakukan pecah amanah kepada Allah ?
Seterusnya seseorang pekerja hendaklah menyedari dan menghayati bahawa
bekerja mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu adalah ibadat. Bahkan Rasulullah
S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan".
Bukhari)

(Riwayat

Al-

Dengan memahami maksud hadis ini dan menyedari bahawa bekerja itu bererti
beribadat maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya
dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Etika Kedua : Bekerja dengan ikhlas dan amanah


Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati
untuk mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang
di pegangnya adalah hasil permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi
jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan
tugasnya dengan sepenuh kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang
dilaksanakan olehnya itu adalah suatu amal saleh dalam usahanya mengabdikan diri
kepada Penciptanya di samping berusaha untuk menyara dirinya dan keluarganya yang
dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.
Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah berdasarkan niat, dan setiap perkara
itu mengikut apa yang diniatkan
(Maksud
al-hadis)

Seterusnya setiap insan mestilah bersyukur kepada Allah kerana rahmat-Nya


kepada kita yang tidak terhitung banyak-nya dan satu daripadanya ialah yang kita
sandangi ini. Kesyukuran kita seharusnya memuncak lagi sekiranya kita menginsafi
bahawa banyak lagi manusia lain yang masih menganggur dan tidak dapat menyara
keluarganya dengan sewajarnya. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan
atau kerja kita ini, kita dapat mengikut serta menyumbangkan tenaga di dalam usaha
membangunkan negara kita yang tercinta. Moga-moga tercapailah cita-cita suci kita
untuk membangunkan suatu negara yang direhdai Allah seperti firman-Nya dalam
surah Saba, ayat 15 :


Maksudnya :
Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan

Sekiranya kita dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah itu, insya
Allah kita akan dapat menunaikan tugas kita dengan ikhlas. Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud :

Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia.
(Riwayat Al-Quda)
Di dalam pendahuluan rencana ini, telah dinyatakan bahawa sesuatu kerja atau
jawatan itu adalah amanah Allah kepada kita. Maka dengan kesedaran bahawa kita ini
adalah hamba Allah yang dijadikan-Nya, sewajarnyalah kita menunaikan amanah
tersebut sedaya upaya kerana Allah telah berfirman di dalam surah an-Nisa, ayat 58 :


Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya.
Selain dari itu kita semua menyedari bahawa sesuatu kerja atau jawatan adalah
hasil daripada perjanjian yang disetujui bersama di antara pekerja dengan majikan.
Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan pula berjanji akan membayar
gaji yang tertentu setiap bulan. Oleh demikian sewajarnyalah kedua-dua pihak iaitu
pekerja dan majikan memenuhi perjanjian tersebut. Sekiranya seseorang pekerja itu
tidak menunaikan tugasnya dengan sewajarnya tetapi sanggup menerima gajinya
dengan sepenuhnya maka pekerja tersebut bolehlah dianggap sebagai seorang yang
menipu dan telah memecahkan janjinya. Dengan sendirinya pekerja itu telah
mengingkari perintah Allah kerana Allah telah berfirman dalam surah al-Maidah, ayat
1:


Maksudnya :
Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu.
Hadith Rasulullah S.A.W. juga menegaskan dengan maksud:
Sesiapa menipu, bukanlah ia dari golongan kami.

(Riwayat Muslim)

Pepatah Melayu pula mengatakan : Kerbau dipegang pada talinya, manusia


dipegang pada janjinya. Pepatah ini membayangkan bahawa manusia yang menipu itu
adalah lebih hina daripada kerbau.

Dengan hujah-hujah yang dikemukakan itu sanggupkah lagi kita mengabaikan


kerja atau tugas masing-masing? Sanggupkah kita mengkhianati amanah Allah, Allah
yang telah mengurniakan kita dengan akal dan fikiran? Tepuklah dada tanyalah selera.

Etika Ketiga: Bekerja dengan tekun dan cekap


Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap
pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas
sekiranya mereka tekun, insya Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksud:
Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan
dengan tekun.
(Riwayat Al-Baihaqi)

Pepatah Melayu pula mengatakan : Belakang parang pun kalaulah diasah,


nescaya menjadi tajam. Pepatah ini menunjukkan bahawa dengan ketekunan, sesuatu
kerja yang susah itu akan dapat diatasi insya Allah dan dengan sendirinya
meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu. Apabila kita hendak menilai seseorang
pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan
terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan tugasnya terus menerus (pendidikan sepanjang hayat). Ajaran
Islam ada menegaskan:
Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.
Di dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu sepanjang hayat
menjadi suatu perkara yang penting sekiranya kita tidak mahu ketinggalan zaman,
kerana terlalu pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan di dalam kedua-dua bidang
itu. Selain dari itu hadith Rasulullah S.A.W. menyatakan, berkaitan dengan pekerja
dengan maksud seperti berikut:
Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya
maka tunggulah kehancuran.

Hadith ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya keahlian ataupun kecekapan
seseorang pekerja menurut pandangan Islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja
itu meningkat maka dengan sendirinya hasil kerjanya juga turut meningkat.

10

Etika Keempat: Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran


Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang
pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya
untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu
mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing. Sikap
bantu membantu di antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana
bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil
dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 2
juga menegaskan :


Maksudnya :
Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan

Semangat bergotong-royong adalah suatu ciri kebudayaan negara ini yang


semestinya dipupuk terus dan disuburkan semula. Bagai kata pepatah kita : Bukit
sama didaki, lurah sama dituruni.
Di samping kita bergotong-royong menjalankan tugas, kita juga hendaklah
menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, untuk mengkaji masalah
yang ada dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Perbincangan
seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya
pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan
pekerja yang berkenaan. Rasa keenakan berpadu tenaga dan berpadu fikiran ini telah
dinikmati oleh datuk nenek kita dahulu dan rasa indah itu telah diabadikan oleh mereka
dengan pepatah Melayu:
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Cara berpadu fikiran ini jualah yang sekarang selalu dibincangkan dengan nama
barunya itu kumpulan kawalan mutu (quality control circle). Allah juga memerintahkan
manusia menyelesaikan masalah mereka dengan perbincangan atau bermesyuarat
seperti firman-Nya di dalam surah asy-Syuaraa, ayat 38 :


11

Maksudnya :
Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.

Etika Kelima: Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat


Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran Islam (berpunca daripada
Al-Quran dan hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini
adalah wajar, kerana maju mundurnya pembangunan negara akan memberi kesan jua
kepada negara lain di dunia. Namun demikian patut dikemukakan di sini firman Allah
dalam surah al-Baqarah, ayat 256 :


Maksudnya :
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam).

Juga firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maidah, ayat 8 :

Maksudnya :
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan".

Ayat yang pertama di atas ini menjelaskan bahawa walaupun Islam itu ialah
agama untuk semua manusia tetapi orang yang tidak menganuti Islam tidak boleh
dipaksa untuk memeluk Islam. Ayat yang kedua pula melarang kita daripada berlaku
tidak adil terhadap sesuatu kaum walaupun kita benci kepada kaum tersebut. Keduadua ayat tersebut memberi pengertian bahawa setiap pekerja hendaklah memberi
layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun
agama orang yang berkaitan, menurut ajaran Islam. Di samping itu, sewajarnya kita
berusaha menurut ajaran hadith yang bermaksud:

12

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan


pekerjaan dan yang jernih mukannya dalam menghadapi manusia".
(Riwayat Al-Baihaqi)

INTEGRITI DALAM PEKERJAAN


Integriti Individu
Integriti indiviu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan
apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika
dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan
umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia
bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia
dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak
berintegriti atau lemah integritinya.

Integriti Organisasi
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin
dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses
kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi
dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan
akhirnya menjadi budaya organisasi. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji (1991)Integriti juga
bermakna setiap anggota Perkhidmatan Awam yang diberi kuasa tertentu sama ada
kecil ataupun besar hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
adil dan saksama.

Integriti Penjawat Awam


Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam,
integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan
menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan
kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri.
Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan
kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus

13

memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak


lain.

KESIMPULAN
Etika Kerja dalam Islam merupakan satu dasar yang bersifat konfrenhasif meliputi
semua prinsip dan tatacara kehidupan sama ada secara individu atau kolektif
(organisasi). Etika ini meliputi persoalan yang berkaitan dengan integriti dan
akuantibiliti yang menyangkut juga persoalan konsep dan falsafah perkerjaan dalam
Islam. Natijah daripada etika kerja ini ia akan menuju kepada pembentukan sebuah
Negara seperti yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai Baldatun Tayyibatun wa
Rabburghaffur (Negara yang sejahtera makmur yang sentiasa mendapat keampunan
Allah).

14

Anda mungkin juga menyukai