Anda di halaman 1dari 13

BANJIR

3.0 PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BANJIR


3.1 Kesan Pembangunan
Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk
memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara
sebuah negara perindustrian baru. Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan
perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur.Bagaimana pun, kesan daripada
pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.
3.1.1 Berkurangannya kawasan telap air
Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang
semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan)
dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu
sungai dan parit. Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian
kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran. Oleh itu, sistem saliran yang
sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya.
Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan
semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit
dan sebagainya. Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan
mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja
isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi
cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu
banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas
sekejap sahaja hujan turun.
3.1.2 Pemendapan kelodak dalam sungai
Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan. Oleh
sebab kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka tanah
berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan. Pembangunan di kawasan lereng bukit
dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan
Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.
Malah, kawasan pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah
hingga 70 darjah! Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain
plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan. Akibatnya,

apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh
mudah berlaku. Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih
3.2 Kekurangan Kawasan Lapang/hijau
Kekurangan kawasan lapang/hijau merupakan salah satu punca-punca berlakunya
banjir di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu. Melalui pemerhatian yang
kumpulan kami jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan
permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan
Terengganu berbanding dengan kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang
daripada 10% daripada luas keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut. Berdasarkan daripada
rekod telemetri juga, didapati bahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan
dengan kurangnya kawasan lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila
hujan turun dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan
hijau dan serapan kedalam tanah dalam kadar yang tinggi ( rujuk... ). Tumbuhan-tumbuhan
yang ada tidak banyak yang dapat menyerap serta memperlahankan air larian permukaan
dari mengalir terus ke dalam sungai.
Berdasarkan daripada hasil temuramah dengan En.Yahya, iaitu seorang jurutera kanan
di Jabatan Pengairan dan Saliran, beliau mengatakan bahawa banjir berlaku disebabkan oleh
pembangunan yang pesat. (rujuk... ). Hal ini menunjukkan yang pembangunan mengambil
tempat kawasan lapang/hijau tetapi tidak peranannya untuk memperlahankan air larian
permukaan. Mereka di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menyatakan, di kawasan
Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu, kawasan lapangnya adalah kurang daripada 10%.
Daripada rujukan juga ada mengatakan bahawa, pokok merupakan salah satu elemen bagi
imbangan a serta berperanan untuk melambatkan pengliran air larian permukaaan.
3.3 Sistem Perparitan dan Sistem Saliran
3.3.1 Sistem perparitan
Sistem perparitan dianggap sebagai salah satu punca menyebabkan banjir kerana
dua sebab iaitu hasil temubual dan soal selidik. Walaupun sistem perparitan bukan punca
utama banjir, tetapi rekabentuk parit masih merupakan kesan yang menyebabkan banjir di
kawasan kajian kumpulan kami----kawasan Jalan P. Ramlee.
Melalui temubual dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, En. Yahya
berpendapat, "secara keseluruhannya, sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup besar
dan perlu diperbaiki mengikut keadaan semasa ( selaras dengan pembangunan ketika itu )
dan pelan induk perancangan gunatanah." Berdasarkan soal selidik, terdapat 61 atau 24%
orang responden yang menyatakan bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna yang

menyebabkan banjir (rujuk...). Oleh itu, andaian sistem perparitan yang kurang efisien
diuji.
Untuk membuktikan andaian tersebut, data-data seperti saiz parit (Drain size), aras
pembalikan iaitu aras-aras parit yang tertentu yang membolehkan air mengalir dari satu
parit ke parit yang lain (Invert level), peratusan kecerunan (gradient of persentage), dan
jenis parit yang dibina sama ada konkrit atau bukan konkrit (type of drain). Maklumat ini
penting untuk membuat pengiraan dan menentukan rekabentuk parit di kawasan Jalan P.
Ramlee. Pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem perparitan ialah
bahagian kejuruteraan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Hasil pencarian data
kumpulan kami, didapati pihak kejuruteraan tidak mempunyai data-data tersebut kerana
tiada sistem perparitan yang dibina di kawasan Jalan P. Ramlee. Walau bagaimanapun,
terdapat 'roadside drain' iaitu parit tepi jalan di kawasan kajian. Perkara yang
mengecewakan ialah tiada orang yang ditugaskan untuk menyimpan maklumat yang
berkaitan dengan parit itu sungguhpun kerja pengubahsuaian dijalankan. Alasan yang
diberi oleh pihak kejuruteraan ialah kawasan Jalan P. Ramlee banyak bergantung pada
Sungai Pinang. Sistem perparitan bukan satu pengaruh yang kuat dalam sistem pangairan.
Oleh itu, reked-rekod tidak disimpan.
Jadi, kumpulan kami tidak dapat menentukan rekabentuk parit yang sebenar di
kawasan kajian. Tambahan pula, data-data daripada hasil temubual dan soal selidik tidak
kukuh. Justeru, andaian sistem perparitan yang kurang efisien tidak dapat disahkan.
3.3.2 Sistem saliran
Sistem saliran berfungsi mengalirkan jumlah air permukaan dan air sisa domestik ke
tempat-tempat yang selamat seperti tasik, kolam, sungai, atau laut tanpa menjejaskan
struktur-struktur lain. Untuk mengenalpastikan sama ada sistem saliran menyumbang
dalam kejadian banjir, kumpulan kami telah membuat kajian ke tapak dan mengumpul
maklumat yang berkaitan. Pihak yang bertanggungjawab atas sistem saliran ialah Jabatan
Pengairan dan Saliran.
Berdasarkan Rancangan Struktur MPPP, terdapat enam kawasan tadahan air yang
seluas 12,604 ekar (rujuk...). Sungai Pinang merupakan salah satu kawasan tadahan air
dan juga merupakan sungai yang utama mengalir ke Terusan Selatan. Hal ini memang
menunjukkan kepentingan Sungai Pinang di kawasan sekitar Jalan P. Ramlee. Selain itu,
terdapat sistem sub-basin, Empangan Air Itam (Air Itam Dam) dan sistem lencongan untuk
menampung dan menakung air. Didapati bahawa terdapat banyak sub-basin di sekitar
Sungai Pinang dan Sungai Air Itam (rujuk..). Terdapat dua lencongan iaitu Lencongan
Terjun (Terjun Diversion Channel) dan Lencongan Jelutong (Jelutong Diversion Channel)
(rujuk...).

Keputusan berasaskan analisis data, kumpulan kami mendapati sistem perparitan


dan sistem saliran saling berkait rapat dan mempunyai fungsi yang masing-masing. Pihak
kejuruteraan menunjukkan sikap tidak prihatin terhadap fungsi sistem perparitan di
kawasan Jalan P. Ramlee. Hal ini kerana tidak mempunyai rekod-rekod dan catatan yang
diperlukan untuk memudahkan kerja pengubahsuaian masa depan. Walaupun Sungai
Pinang merupakan sungai yang utama dalam sistem saliran, tetapi sungai itu tidak
digunakan dengan sepenuhnya. Sungai Pinang telah mengalami pencemaran dan
kadarhakisan yang serius (rujuk...). Hal ini telah menunjukkan sikap tidak menghargai dan
menjaga sistem saliran yang sedia ada. Oleh itu, banjir senang berlaku.

3.4 Kawasan Kajian Berada di Aras Tanah Rendah


Di dalam kajian kes kumpulan kami iaitu yang bertajuk "Kajian Banjir di Georgetown
iaitu disekitar Jalan P. Ramlee".Kumpulan kami telah mengenal pasti dan menyenaraikan
empat punca utama yang menyebabkan banjir.Kesemua keempat-empat punca ini telah
dikenal pasti kerana melihat ianya saling relevan dan saling berkaitan terhadap
permasalahan ini.Maksudnya punca-punca ini telah dipilih setelah mengkaji setiap satu
daripadanya secara terperinci melihat daripada pelbagai aspek dan didapati bahawa
keempat-empatnya boleh diterima secara logikal. Antara yang telah disenaraikan ialah
disebabkan oleh kesan pembangunan, kekurangan kawasan tanah lapang, kelemahan dalam
sistem perparitan dan saliran dan juga kawasan kajian adalah pada aras tanah yang rendah.

Bagi menerangkan tentang kawasan kajian berada pada aras tanah yang rendah ianya
berdasarkan kepada maklumat-maklumat ataupun data-data yang sedia ada seperti data
primer dan data sekunder. Dalam menjelaskan tentang punca ini terdapat lima maklumat
ataupun data yang dapat menyokong pernyataan ini iaitu daripada pemerhatian, laporan
Penyemakan Rancangan Struktur (Pengubahan) MPPP 1990-2010, kedudukan geografi
(peta), hasil temubual dan akhir sekali daripada hasil soal selidik.
3.4.1 Pemerhatian
Sememangnya pemerhatian telah dijalankan dalam menjalankan kajian
kami.Pemerhatian sebenarnya bertujuan untuk memudahkan kami melihat situasi sebenar
kawasan kajian dan dapat memberikan sedikit gambaran tentang apa-apa yang boleh
dikaitkan dengan punca tadi. Setelah beberapa kali dibuat pemerhatian dikawasan kajian,kami
mendapati bahawa paras rumah adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan paras longkang
dan jalan. Hal ini sedemikian kerana sememangnya kawasan Jalan P. Ramlee sudah dikenal
pasti sekian lamanya sebagai kawasan yang kerap dan teruk apabila dilanda banjir dan

melihat kepada keadaan ini menyebabkan jalanrayanya sering ditinggikan parasnya tetapi
yang teruk menjadi mangsa banjir ialah bagi kawasan penempatan ditepi-tepi jalan tersebut.
Air akan mengalir terus menerus dan melimpah dengan mudah ke kawasan penempatan
disitu. Di bawah adalah gambar yang menunjukkan keadaan seperti yang telah dijelaskan.

3.4.2 Rancangan struktur


Menurut Laporan Penyemakan Rancangan Struktur(Pengubahan)MPPP 1990-2010
pula sememangnya ada menyebut tentang kawasan kajian adalah berada di kawasn tanah
yang rendah. Di dalam laporan itu ada menyatakan bahawa kawasan rendah adalah
disepanjang Sungai Pinang(termasuk kawasan kajian) dan Jelutong. Hal ini kerana mendapan
menyebabkan sungai bertambah cetek,disamping kelebaran sungai tidak dapat menampung
kadar aliran berlebihan dari hujan lebat yang berterusan dan menyebabkan kawasan rendah
menjadi sasaran. Kawasan rendah disepanjang sungai selain dari Sungai Pinang yang mana
ketinggian paras sungai dipengaruhi oleh pasang surut air laut.
3.4.3 Geografi
Selain itu, alasan yang dapat menyokong pernyataan ini adalah dengan melihat
keadaan geografi (peta).Semasa persembahan akhir yang lalu ada ditunjukkan peta yang
boleh menyokong pernyataan ini. Setelah pengkajian dibuat ke atas peta tersebut dapatlah
disimpulkan bahawa arah aliran air semuanya tertumpu kearah Jln.P.Ramlee dan juga Jln.
Terengganu yang menunjukkan bahawa kawasan tersebut adalah berada pada aras yang
rendah jika dibandingkan dengan kawasan lain disekitarnya. Bahkan ini telah dinyatakan
sendiri oleh pihak -pihak yang terlibat contohnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan juga daripada responden bancian yang mana mereka
mempunyai persepsi yang sama tentang pernyataan ini.

3.4.4 Temubual
Seterusnya ialah melalui hasil temubual kami dengan dua badan kerajaan yang terlibat
iaitu daripada JPS dan juga daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut salah seorang
pegawainya iaitu Encik Yahya, sememangnya paras tanah disepanjang Sungai Pinang adalah
rendah terutamanya di kawasan kajian kami. Hal ini juga adalah sama seperti yang telah
dinyatakan oleh Encik Lim daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut beliau, diseluruh
Georgetown terutamanya dikawasan Jalan P. Ramlee jalannya berada pada aras yang rendah.
Walaupun ini adalah hanya merupakan pendapat ataupun pandangan tetapi ianya boleh
diterima sebagai menguatkan lagi pernyataan ini memandangkan mereka ini adalah orang
ataupun pihak yang terlibat secara langsung dalam projek-projek tebatan banjir. (rujuk...)
3.4.5 Soal selidik
Akhir sekali ialah daripada hasil soal selidik yang telah kami jalankan.Semasa
menyediakan soalan bagi borang soal selidik, kami ada menyediakan satu soalan yang
berkaitan dengan punca banjir. Setelah bancian tersebut selesai dijalankan dan pengumpulan
dan klasifikasi maklumat dibuat, kami mengenal pasti sebanyak 28% menyatakan punca yang
menyebabkan banjir di kawasan tersebut adalah disebabkan oleh paras tanah yang rendah.
(rujuk...)
Kesimpulannya, punca yang menyebabkan banjir ini sememangnya tidak dapat
dinafikan ianya adalah berpunca daripada kawasan kajian berada di aras tanah yang rendah.
Keadaan ini telah menyumbang kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan kajian
kami.

3.5 Pembuangan Sampah Sarap oleh Masyarakat


Punca yang boleh dikaitkan selain daripada keempat-empat punca yang sedia ada,
dinyatakan ada satu lagi punca yang boleh diterima walaupun ianya bukanlah diletakkan
sebagai punca utama kepada masalah banjir ini iaitu pembuangan sampah sarap oleh
masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ini bukan merupakan punca utama
tetapi setelah dikaji kami mendapati ianya turut sama menyumbang kepada masalah banjir
di kawasan kajian kami. Bahkan ramai pihak yang mempunyai pendapat yang sedemikian
tidak kira daripada pihak JPS, MPPP dan juga orang ramai.
Melalui pemerhatian kami, keadaan sampah sarap di kawasan kajian kami adalah pada
tahap yang rendah dan tidak memuaskan.Semasa kami membuat pemerhatian dan juga
bancian, kami dapat melihat sampah sarap yang tidak sepatutnya berada disitu dan gambar-

gambar yang menunjukkan situasi sampah sarap di kawasan tersebut juga ada di tunjukkan
dalam persembahan akhir yang lalu. Ianya bukan sahaja kelihatan di kawasan penempatan
disitu tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah
sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan semasa pemerhatian dibuat kami mendapati
bahawa air memang susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun
benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air.
Daripada unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan di Pulau Pinang
jelas menunjukkan tahap pembuangan sampah sarap yang agak tinggi dan meningkat pada
setiap tahun. Di dalam Laporan Rancangan Struktur 1990-2010 ada dinyatakan tentang
unjuran ini dan secara ringkasnya didapati bahawa unjuran pembuangan sisa pepejal dan
perniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan / hari, tahun 1996 adalah sebanyak 570
tan / hari dan dijangka pada tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan
/hari. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan unjuran pembuangan sisa pepejal domestik
dan perniagaan:
Unjuran Pembuangan Sisa Pepejal Domestik dan Perniagaan

Tahun

Kg
/penduduk/hari

Jumlah /
penduduk

Pembuangan
sampah (kg /
hari)

Pembuangan
sampah (tan /
tahun)

1995

0.73

550,353

401,757

146,641

2000

0.88

595,270

523,837

191,200

2005

1.03

645,004

664,354

242,489

2010

1.18

701,195

827,410

302,004

Kadar terkini pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan adalah sebanyak 0.73
kg / penduduk /hari. Bagi tren pertambahan kadar pelupusan sisa pepejal dianggarkan
sebanyak 0.031 kg / penduduk / hari /tahun.
Adalah tidak mustahil kadar pembuangan sampah sarap di kawasan tersebut telah
menyumbang kadar yang besar jika dibandingkan dengan kawasan yang lain di sekitarnya.
Apa yang boleh disimpulkan disini bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat adalah masih
lagi di tahap yang tidak memuaskan dan tidak salah jika dikatakan sikap tidak
bertanggungjawab masyarakat turut sama ataupun boleh menyumbang kepada masalah ini
dengan secara tidak langsung.

Di atas adalah gambar-gambar yang menunjukkan ketidakprihatinan masyarakat


http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpThree/laporan/punca.htm
http://airkumalaysia.blogspot.com/2011/06/kesan-kesan-banjir.html

HUJAN BATU
Pada entri yang lepas, kita telah melihat kepada kejadian hujan yanng biasa berlaku
pada negara kita.Selain dari hujan, negara kita juga pernah dilanda hujan
batu.dalam entri in, kita cuba melihat secara lebih jelas tentang kejadian hujan batu
ini.

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air
batu dengan diameter purata 5 mm50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan
kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui
kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air
batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya,
walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat
tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika,
tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat
dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan
yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.

Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air
ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku.Ketulan
air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan
saiznya menjadi besar.

Proses lain yang menyebabkan hujan batu adalah riming, di mana wap air
terlampau dingin cenderung tertarik ke permukaan benih-benih air batu.
Disebabkan terjadinya proses embun secara tiba-tiba maka terjadilah air batu
dengan ukuran yang besar. Sementara itu, faktor daripada Taufan Ketsana juga
memberi kesan sampingan ke atas keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia ketika
kejadian.

Ini menyebabkan ketulan air batu tersebut menjadi berat dan terpengaruh dengan
tarikan graviti bumi hingga menyebabkan bebola ais tersebut jatuh ke bumi.
Semakin kuat angin, maka semakin besar saiz bebola air batu akan terbentuk.

Namun, cuaca sejuk dan hujan juga bukan menjadi punca terjadinya hujan air
batu.Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus
angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang
tinggi.Disebabkan Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa, dan musim
tengkujuh sering melanda negara ini pada setiap tahun, jadi peluang untuk
mengalami hujan air batu juga adalah sangat tinggi.

sumber : http://www.kakiheboh.com/fakta-hujan-batu/#.UTSzjjd9wvM

Hujan air batu juga dianggap sebagai natural hazard atau tabii yang akan berlaku
dan tiada sebarang konotasi lain meskipun ketulan air batu boleh membahayakan
orang dan persekitaran. Di negara yang mengalami iklim sejuk turut mengalami
hujan air batu. Namun keadaan ini disebut sleet iaitu kejadian hujan yang turun
berserta salji atau lebih dikenali dengan nama hujan ais.
http://mynameisnajah.blogspot.com/2013/03/hujan-batu.html
http://darkofmystery.blogspot.com/2011/11/kejadian-hujan-air-batu.html
kerosakan harta benda awam ialah kesan kepada fenomena hujan ais batu.
Contohnya, kereta awam yang diletakkan di kawasan terbuka akan rosak
disebabkan hentakan hujan ais batu yang jatuh dari awan. Seterusnya, fenomena
ini juga akan menyebabkan kerosakan kemudahan awam seperti lampu isyarat.
Tanpa lampu isyarat ini akan menyebabkan berlaku kematian di atas jalan raya dan
akan menyumbang kepada jumlah kematian fenomena hujan ais batu ini.
Kerosakkan infrastruktur seperti tingkap pejabat juga akan pecah jika ditimpa hujan
ais batu ini. Oleh yang demikian kerana, saiz ais hujan yang besar dan boleh
seberat lebih kurang 200 gram ditambah lagi dengan kelajuan dari awan.
Selain itu, fenomena ini juga akan memberi kesan buruk kepada tanaman. Tanaman
dan buah-buahan akan rosak akibat dari dihujani ais batu. Ini memberi kesan juga
kepada ekonomi petani. Jika tanaman atau buah-buahan hasil tanaman mereka
rosak, ini akan mengurangkan hasil pendapatan petani tersebut.

Selain itu , fenomena ini dapat mencederakan orang awam sehingga membawa
maut. Fenomena ini terjadi tanpa diduga. Sekiranya pejalan kaki tidak perasan akan
hujan ais batu ini akan turun, sudah tentu hujan ais batu ini akan menimpa pejalan
kaki tersebut. Di samping itu, mangsa fenomena ini akan menyebabkan mereka
berkemungkinan akan hilang keupayaan kekal.

DEFINISI BENCANA
Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan
nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan
masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. (Arahan Majlis
Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana - Semakan 2012)

http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/

Anda mungkin juga menyukai