Anda di halaman 1dari 10

3.

0 PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BANJIR

3.1 Kesan Pembangunan

Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk
memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara
sebuah negara perindustrian baru. Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan
perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada
pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.

3.1.1 Berkurangannya kawasan telap air

Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang
semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-
tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke
sistem saliran, iaitu sungai dan parit. Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah
diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem
saliran. Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air
sebegitu isipadunya.

Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan,


permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti
simen, tar, konkrit dan sebagainya. Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti
yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem
saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan
menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak
mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air
melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan
turun.

3.1.2 Pemendapan kelodak dalam sungai

Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan


pembangunan. Oleh sebab kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-
pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan.
Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah
memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk
mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Malah, kawasan pembangunan
perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah! Tanah
bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan
penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan. Akibatnya,
apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah
runtuh mudah berlaku. Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih

3.2 Kekurangan Kawasan Lapang/hijau


Kekurangan kawasan lapang/hijau merupakan salah satu punca-punca berlakunya
banjir di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu. Melalui pemerhatian yang
kumpulan kami jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan
permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan
Terengganu berbanding dengan kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang
daripada 10% daripada luas keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut. Berdasarkan daripada
rekod telemetri juga, didapati bahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan
dengan kurangnya kawasan lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila
hujan turun dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan
hijau dan serapan kedalam tanah dalam kadar yang tinggi ( rujuk... ). Tumbuhan-tumbuhan
yang ada di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu didapati kecil dan tidak banyak
yang dapat menyerap serta memperlahankan air larian permukaan dari mengalir terus ke
dalam sungai.

Berdasarkan daripada hasil temuramah dengan En. Yahya, iaitu seorang jurutera kanan
di Jabatan Pengairan dan Saliran, beliau mengatakan bahawa banjir berlaku disebabkan oleh
pembangunan yang pesat. (rujuk... ). Hal ini menunjukkan yang pembangunan mengambil
tempat kawasan lapang/hijau tetapi tidak peranannya untuk memperlahankan air larian
permukaan. Mereka di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menyatakan, di kawasan
Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu, kawasan lapangnya adalah kurang daripada 10%.
Daripada rujukan juga ada mengatakan bahawa, pokok merupakan salah satu elemen bagi
imbangan a serta berperanan untuk melambatkan pengliran air larian permukaaan.

3.3 Sistem Perparitan dan Sistem Saliran

3.3.1 Sistem perparitan

Sistem perparitan dianggap sebagai salah satu punca menyebabkan banjir


kerana dua sebab iaitu hasil temubual dan soal selidik. Walaupun sistem perparitan
bukan punca utama banjir, tetapi rekabentuk parit masih merupakan kesan yang
menyebabkan banjir di kawasan kajian kumpulan kami----kawasan Jalan P.
Ramlee.

Melalui temubual dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, En. Yahya
berpendapat, "secara keseluruhannya, sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup
besar dan perlu diperbaiki mengikut keadaan semasa ( selaras dengan
pembangunan ketika itu ) dan pelan induk perancangan gunatanah." Berdasarkan
soal selidik, terdapat 61 atau 24% orang responden yang menyatakan bahawa
sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyebabkan banjir (rujuk...). Oleh
itu, andaian sistem perparitan yang kurang efisien diuji.

Untuk membuktikan andaian tersebut, data-data seperti saiz parit (Drain


size), aras pembalikan iaitu aras-aras parit yang tertentu yang membolehkan air
mengalir dari satu parit ke parit yang lain (Invert level), peratusan kecerunan
(gradient of persentage), dan jenis parit yang dibina sama ada konkrit atau bukan
konkrit (type of drain). Maklumat ini penting untuk membuat pengiraan dan
menentukan rekabentuk parit di kawasan Jalan P. Ramlee. Pihak yang
bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem perparitan ialah bahagian
kejuruteraan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Hasil pencarian data kumpulan
kami, didapati pihak kejuruteraan tidak mempunyai data-data tersebut kerana tiada
sistem perparitan yang dibina di kawasan Jalan P. Ramlee. Walau bagaimanapun,
terdapat 'roadside drain' iaitu parit tepi jalan di kawasan kajian. Perkara yang
mengecewakan ialah tiada orang yang ditugaskan untuk menyimpan maklumat
yang berkaitan dengan parit itu sungguhpun kerja pengubahsuaian dijalankan.
Alasan yang diberi oleh pihak kejuruteraan ialah kawasan Jalan P. Ramlee banyak
bergantung pada Sungai Pinang. Sistem perparitan bukan satu pengaruh yang kuat
dalam sistem pangairan. Oleh itu, reked-rekod tidak disimpan.

Jadi, kumpulan kami tidak dapat menentukan rekabentuk parit yang sebenar
di kawasan kajian. Tambahan pula, data-data daripada hasil temubual dan soal
selidik tidak kukuh. Justeru, andaian sistem perparitan yang kurang efisien tidak
dapat disahkan.

3.3.2 Sistem saliran

Sistem saliran berfungsi mengalirkan jumlah air permukaan dan air sisa
domestik ke tempat-tempat yang selamat seperti tasik, kolam, sungai, atau laut
tanpa menjejaskan struktur-struktur lain. Untuk mengenalpastikan sama ada sistem
saliran menyumbang dalam kejadian banjir, kumpulan kami telah membuat kajian
ke tapak dan mengumpul maklumat yang berkaitan. Pihak yang bertanggungjawab
atas sistem saliran ialah Jabatan Pengairan dan Saliran.

Berdasarkan Rancangan Struktur MPPP, terdapat enam kawasan tadahan air


yang seluas 12,604 ekar (rujuk...). Sungai Pinang merupakan salah satu kawasan
tadahan air dan juga merupakan sungai yang utama mengalir ke Terusan Selatan.
Hal ini memang menunjukkan kepentingan Sungai Pinang di kawasan sekitar Jalan
P. Ramlee. Selain itu, terdapat sistem sub-basin, Empangan Air Itam (Air Itam
Dam) dan sistem lencongan untuk menampung dan menakung air. Didapati
bahawa terdapat banyak sub-basin di sekitar Sungai Pinang dan Sungai Air Itam
(rujuk..). Terdapat dua lencongan iaitu Lencongan Terjun (Terjun Diversion
Channel) dan Lencongan Jelutong (Jelutong Diversion Channel) (rujuk...).

Keputusan berasaskan analisis data, kumpulan kami mendapati sistem


perparitan dan sistem saliran saling berkait rapat dan mempunyai fungsi yang
masing-masing. Pihak kejuruteraan menunjukkan sikap tidak prihatin terhadap
fungsi sistem perparitan di kawasan Jalan P. Ramlee. Hal ini kerana tidak
mempunyai rekod-rekod dan catatan yang diperlukan untuk memudahkan kerja
pengubahsuaian masa depan. Walaupun Sungai Pinang merupakan sungai yang
utama dalam sistem saliran, tetapi sungai itu tidak digunakan dengan sepenuhnya.
Sungai Pinang telah mengalami pencemaran dan kadar hakisan yang serius
(rujuk...). Hal ini telah menunjukkan sikap tidak menghargai dan menjaga sistem
saliran yang sedia ada. Oleh itu, banjir senang berlaku.
3.4 Kawasan Kajian Berada di Aras Tanah Rendah

Di dalam kajian kes kumpulan kami iaitu yang bertajuk "Kajian Banjir di Georgetown
iaitu disekitar Jalan P. Ramlee". Kumpulan kami telah mengenal pasti dan menyenaraikan
empat punca utama yang menyebabkan banjir. Kesemua keempat-empat punca ini telah
dikenal pasti kerana melihat ianya saling relevan dan saling berkaitan terhadap
permasalahan ini. Maksudnya punca-punca ini telah dipilih setelah mengkaji setiap satu
daripadanya secara terperinci melihat daripada pelbagai aspek dan didapati bahawa
keempat-empatnya boleh diterima secara logikal. Antara yang telah disenaraikan ialah
disebabkan oleh kesan pembangunan, kekurangan kawasan tanah lapang, kelemahan dalam
sistem perparitan dan saliran dan juga kawasan kajian adalah pada aras tanah yang rendah.

Bagi menerangkan tentang kawasan kajian berada pada aras tanah yang rendah ianya
berdasarkan kepada maklumat-maklumat ataupun data-data yang sedia ada seperti data
primer dan data sekunder. Dalam menjelaskan tentang punca ini terdapat lima maklumat
ataupun data yang dapat menyokong pernyataan ini iaitu daripada pemerhatian, laporan
Penyemakan Rancangan Struktur (Pengubahan) MPPP 1990-2010, kedudukan geografi
(peta), hasil temubual dan akhir sekali daripada hasil soal selidik.

3.4.1 Pemerhatian

Sememangnya pemerhatian telah dijalankan dalam menjalankan kajian kami.


Pemerhatian sebenarnya bertujuan untuk memudahkan kami melihat situasi sebenar
kawasan kajian dan dapat memberikan sedikit gambaran tentang apa-apa yang boleh
dikaitkan dengan punca tadi. Setelah beberapa kali dibuat pemerhatian dikawasan
kajian,kami mendapati bahawa paras rumah adalah lebih rendah jika dibandingkan
dengan paras longkang dan jalan. Hal ini sedemikian kerana sememangnya kawasan
Jalan P. Ramlee sudah dikenal pasti sekian lamanya sebagai kawasan yang kerap dan
teruk apabila dilanda banjir dan melihat kepada keadaan ini menyebabkan
jalanrayanya sering ditinggikan parasnya tetapi yang teruk menjadi mangsa banjir
ialah bagi kawasan penempatan ditepi-tepi jalan tersebut. Air akan mengalir terus
menerus dan melimpah dengan mudah ke kawasan penempatan disitu. Di bawah
adalah gambar yang menunjukkan keadaan seperti yang telah dijelaskan.
3.4.2 Rancangan struktur

Menurut Laporan Penyemakan Rancangan Struktur(Pengubahan)MPPP 1990-


2010 pula sememangnya ada menyebut tentang kawasan kajian adalah berada di
kawasn tanah yang rendah. Di dalam laporan itu ada menyatakan bahawa kawasan
rendah adalah disepanjang Sungai Pinang(termasuk kawasan kajian) dan Jelutong. Hal
ini kerana mendapan menyebabkan sungai bertambah cetek,disamping kelebaran
sungai tidak dapat menampung kadar aliran berlebihan dari hujan lebat yang
berterusan dan menyebabkan kawasan rendah menjadi sasaran. Kawasan rendah
disepanjang sungai selain dari Sungai Pinang yang mana ketinggian paras sungai
dipengaruhi oleh pasang surut air laut.

3.4.3 Geografi

Selain itu, alasan yang dapat menyokong pernyataan ini adalah dengan melihat
keadaan geografi (peta). Semasa persembahan akhir yang lalu ada ditunjukkan peta
yang boleh menyokong pernyataan ini. Setelah pengkajian dibuat ke atas peta tersebut
dapatlah disimpulkan bahawa arah aliran air semuanya tertumpu kearah Jln.P.Ramlee
dan juga Jln. Terengganu yang menunjukkan bahawa kawasan tersebut adalah berada
pada aras yang rendah jika dibandingkan dengan kawasan lain disekitarnya. Bahkan
ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak -pihak yang terlibat contohnya Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan juga
daripada responden bancian yang mana mereka mempunyai persepsi yang sama
tentang pernyataan ini.

3.4.4 Temubual

Seterusnya ialah melalui hasil temubual kami dengan dua badan kerajaan yang
terlibat iaitu daripada JPS dan juga daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut
salah seorang pegawainya iaitu Encik Yahya, sememangnya paras tanah disepanjang
Sungai Pinang adalah rendah terutamanya di kawasan kajian kami. Hal ini juga adalah
sama seperti yang telah dinyatakan oleh Encik Lim daripada bahagian kejuruteraan
MPPP. Menurut beliau, diseluruh Georgetown terutamanya dikawasan Jalan P. Ramlee
jalannya berada pada aras yang rendah. Walaupun ini adalah hanya merupakan
pendapat ataupun pandangan tetapi ianya boleh diterima sebagai menguatkan lagi
pernyataan ini memandangkan mereka ini adalah orang ataupun pihak yang terlibat
secara langsung dalam projek-projek tebatan banjir. (rujuk...)

3.4.5 Soal selidik

Akhir sekali ialah daripada hasil soal selidik yang telah kami jalankan. Semasa
menyediakan soalan bagi borang soal selidik, kami ada menyediakan satu soalan yang
berkaitan dengan punca banjir. Setelah bancian tersebut selesai dijalankan dan
pengumpulan dan klasifikasi maklumat dibuat, kami mengenal pasti sebanyak 28%
menyatakan punca yang menyebabkan banjir di kawasan tersebut adalah disebabkan
oleh paras tanah yang rendah. (rujuk...)

Kesimpulannya, punca yang menyebabkan banjir ini sememangnya tidak dapat


dinafikan ianya adalah berpunca daripada kawasan kajian berada di aras tanah yang rendah.
Keadaan ini telah menyumbang kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan kajian
kami.

3.5 Pembuangan Sampah Sarap oleh Masyarakat

Punca yang boleh dikaitkan selain daripada keempat-empat punca yang sedia ada,
dinyatakan ada satu lagi punca yang boleh diterima walaupun ianya bukanlah diletakkan
sebagai punca utama kepada masalah banjir ini iaitu pembuangan sampah sarap oleh
masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ini bukan merupakan punca utama
tetapi setelah dikaji kami mendapati ianya turut sama menyumbang kepada masalah banjir
di kawasan kajian kami. Bahkan ramai pihak yang mempunyai pendapat yang sedemikian
tidak kira daripada pihak JPS, MPPP dan juga orang ramai.

Melalui pemerhatian kami, keadaan sampah sarap di kawasan kajian kami adalah pada
tahap yang rendah dan tidak memuaskan. Semasa kami membuat pemerhatian dan juga
bancian, kami dapat melihat sampah sarap yang tidak sepatutnya berada disitu dan gambar-
gambar yang menunjukkan situasi sampah sarap di kawasan tersebut juga ada di tunjukkan
dalam persembahan akhir yang lalu. Ianya bukan sahaja kelihatan di kawasan penempatan
disitu tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah
sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan semasa pemerhatian dibuat kami mendapati
bahawa air memang susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun
benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air.

Daripada unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan di Pulau Pinang
jelas menunjukkan tahap pembuangan sampah sarap yang agak tinggi dan meningkat pada
setiap tahun. Di dalam Laporan Rancangan Struktur 1990-2010 ada dinyatakan tentang
unjuran ini dan secara ringkasnya didapati bahawa unjuran pembuangan sisa pepejal dan
perniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan / hari, tahun 1996 adalah sebanyak 570
tan / hari dan dijangka pada tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan
/hari. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan unjuran pembuangan sisa pepejal domestik
dan perniagaan:

Unjuran Pembuangan Sisa Pepejal Domestik dan Perniagaan

Pembuangan
Kg Jumlah / Pembuangan
Tahun sampah (tan /
/penduduk/hari penduduk sampah (kg / hari)
tahun)
1995 0.73 550,353 401,757 146,641
2000 0.88 595,270 523,837 191,200
2005 1.03 645,004 664,354 242,489
2010 1.18 701,195 827,410 302,004

Kadar terkini pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan adalah sebanyak 0.73
kg / penduduk /hari. Bagi tren pertambahan kadar pelupusan sisa pepejal dianggarkan
sebanyak 0.031 kg / penduduk / hari /tahun.

Adalah tidak mustahil kadar pembuangan sampah sarap di kawasan tersebut telah
menyumbang kadar yang besar jika dibandingkan dengan kawasan yang lain di sekitarnya.
Apa yang boleh disimpulkan disini bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat adalah masih
lagi di tahap yang tidak memuaskan dan tidak salah jika dikatakan sikap tidak
bertanggungjawab masyarakat turut sama ataupun boleh menyumbang kepada masalah ini
dengan secara tidak langsung.
Di atas adalah gambar-gambar yang menunjukkan ketidakprihatinan masyarakat

4.0 KESAN DAN KEROSAKAN AKIBAT BANJIR

Memang diketahui umum bahawa bencana banjir membawa pelbagai kesan negatif kepada
alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah
pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan
sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. Menurut Marvin, 1969 kesan - kesan bahaya
akibat banjir meliputi kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan harta benda dan nyawa,
pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk pengangkutan dan
komunikasi dan kerosakan pada tanah pertanian. Kejadian banjir juga menyebabkan berlakunya
kerosakan kepada bangunan dan isinya, kepada perkhidmatan seprti jalan-jalan dan bekalan
kuasa, mesin - mesin dan peralatan industri, perdagangan dan pengeluaran luar bandar. ( Higgins,
Roger John 1982 )
Mengikut ESCAP, 1984 telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir kepada tiga kategori
iaitu kerosakan langsung ( direct damages ), kerosakan tidak langsung ( indirect damages ) dan
kerosakan tidak ketara ( intangible damages ). Manakala Marvin pula mengatakan bahawa
kerosakan banjir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kerosakan ketara ( tangible
damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible damages ). Bagi kerosakan ketara pula boleh
dibahagikan kepada kerosakan langsung dan kerosakan tidak langsung.

Rajah 4.0 : Kategori - kategori kerosakan banjir

Sumber : ESCAP, Manual and Guidelines for Comprehensive Flood Loss Prevention
and Management, United Nations Development Programme, January 1991.
Laporan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun ( JICA ) dalam kajian penebatan banjir dan
perparitan untuk negeri Pulau Pinang juga telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir
kepada dua jenis iaitu kerosakan ketara dan kerosakan tidak ketara.

Melalui kaji soal selidik penduduk kawasan kajian didapati penduduk di kawasan kajian
mengalami banyak kerosakan harta benda, pencemaran air dan juga kerosakan jalan dan
infrastruktur lain.

Anda mungkin juga menyukai