Anda di halaman 1dari 31

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog saya. Blog ini dapat membantu guru matematik
mendapatkan idea melalui laman sesawang berkaitan dengan permainan matematik
dan membantu pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan efektif. Idea-idea
dalam matematik ini menjadikan pengajaran lebih menarik minat, menguasai konsep
yang jelas dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan guru. Ini
bermakna pengajaran berlaku di antara pelajar dengan guru dan guru dengan
pelajar iaitu pengajaran dua hala. Murid juga dapat membina pengetahuan sendiri
melalui permainan matematik yang boleh dilayari di sesawang. Semoga melalui
idea-idea matematik ini dapat memotivasikan guru dan memberi kenyakinan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. InsyaAllah!.

Pengenalan

Perkembangan pembelajaran matematik dalam kalangan kanak-kanak menerusi


beberapa teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya
ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, diperkenalkan dengan
satu

teori

yang

dikenali

sebagai

teoriKonstruktisvisme -

teori

mengenai

pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta


memudahkan pemahaman pelajar. amat baik untuk diteliti oleh para guru dan
sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi
kanak-kanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan dapat membantu
pendidik mendapatkan idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik
itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna.
Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir
mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek
menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar
kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk
menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan
bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang
bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang
diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan
keupayaan kognitifnya.

Menurut Mohd

Daud

Hamzah

(1996), kanak-kanak

mempelajari

matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang


membantu

kanak-kanak

memperolehi

konsep-konsep

awal

matematik

iaitu

aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing),


dansusunan aturan (ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan

membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di


kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian
objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan
meletakkan

perkara

sepanjang

satu

barisan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran


bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh
dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya
ialah

Teori

Piaget,

Bruner,

Gagne

dan

Dienes.

Laporan TIMSS
TIMMS ialah laporan yang membandingkan kedudukan pelajar-pelajar sesebuah
negara di peringkat dunia dan perbandingan ini dilakukan melalui ujian-ujian yang
diadakan

oleh

badan dunia

terbabit.

Dalam

kajian

TIMMS

atau

nama

penuhnya Trends in International Mathematics and Science Study 2003,


pencapaian pelajar Malaysia dalam subjek matematik meningkat daripada tempat ke
16 ke tempat ke-10 dan mendahului 40 buah negara lain termasuk negara maju
seperti United

Kingdom

(UK),

Zealand. Walau bagaimanapun,

Amerika

Syarikat

(AS),Australia dan New

kita tidak boleh berpuashati dengan pencapaian

subjek matematik ini kerana kedudukan negara kita yang ketinggalan agak jauh ke
belakang berbanding negara jiran terdekat kita iaitu Singapura yang menduduki
tempat pertama. Lihat jadual di bawah yang berdasarkan kajian TIMMS untuk
membandingkan pencapaian subjek matematik di seluruh dunia.

Pada masa ini, kajian TIMSS telah masuk kitaran ketiga dan kali ini dikenali sebagai
TIMSS 2007. Seperti kajian TIMSS 1999 dan 2003, kajian TIMSS 2007 juga

mengambil masa selama empat tahun untuk dilaksanakan. Kajian TIMSS 2007
telah dimulakan pada awal tahun 2005 dengan penyediaan sampel kajian. Pada
tahun 2006, kerja-kerja terjemahan soalan kajian, verifikasi soalan ujian dan soal
selidik dimulakan. Kajian rintis telah diadakan pada bulan Mac-April 2006 dan
pentadbiran kajian utama diadakan pada bulan Oktober, 2007.
PENGENALAN
Dalam matematik, terdapat 2 peringkat hiraki pemikiran iaitu arithematik dan
algebra
dengan

( Esty & Teppo, 1996 ). Aritmetik melibatkan pengiraan secara lansung


nombor-nombor

yang

diketahui

untuk

mendapatkan

anu,

dengan

menggunakan prosidur pengiraan yang diketahui. Manakala algebra pula melibatkan


reasoning tentang anu melalui perkara yang diketahui kepada persamaan.

Menurut Nik Azis Nik Pa, algebra berkembang melalui 3 peringkat iaitu :a)

Peringkat retorik yang bermula dari zaman purba dimana masalah matematik dan
penyelesaiannya ditulis dalam bentuk perkataan semata-mata.

b)

Peringkat pemendekan yang bermula apabila Diophantus memperkenalkan tata


tanda pendek yang membolehkannya untuk menulis semula masalah matematik
dalam bentuk persamaan

c)

Peringkat simbolik yang bermula abad ke-16 apabila ahli matematik menggunakan
simbol untuk mewakili konsep algebra.
Secara umumnya, penyelesaian masalah yang berkaitan dengan algebra
akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan persamaan dan simbol.
Menurut Blanton dan Kaput(2003), guru perlu mencari cara untuk membantu pelajar
membina pemikiran algebra dan wujudkan budaya pemikiran tersebut di dalam kelas

yang mereka ajar. Blanton dan Kaput mencadangkan guru perlu menggalakkan
pelajar mereka mejalankan aktiviti arimetik dan penyelesaian masalah dan bantu
mereka menterjemahkan masalah ke dalam bentuk nombor yang mudah.
Namun diperingkat sekolah rendah di Malaysia, murid tidak didedahkan
dengan persamaan algebra yang formal. Penyelesaian masalah lebih kepada
membina pemikiran aritmetik, dalam proses menghubungkannya dengan konsep
algebra. Menurut Boero ( 2001 ), ini dikenali sebagai pra-algebra. Yang mana ia
menggunakan patern, manipulasi arimetik, jadual dan graf, hubungan sonsang
( invers relationship) dan lain-lain. Pengenalan konsep pra algebra kepada murid
sekolah rendah akan memberi asas yang kukuh untuk mereka berjaya dalam
algebra diperingkat sekolah menengah.
Menurut Nik Azis Nik Pa, algebra berkembang melalui 3 peringkat iaitu :a)

Peringkat retorik yang bermula dari zaman purba dimana masalah matematik dan
penyelesaiannya ditulis dalam bentuk perkataan semata-mata.

b)

Peringkat pemendekan yang bermula apabila Diophantus memperkenalkan tata


tanda pendek yang membolehkannya untuk menulis semula masalah matematik
dalam bentuk persamaan

c)

Peringkat simbolik yang bermula abad ke-16 apabila ahli matematik menggunakan
simbol untuk mewakili konsep algebra.
Secara umumnya, penyelesaian masalah yang berkaitan dengan algebra
akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan persamaan dan simbol.
Menurut Blanton dan Kaput(2003), guru perlu mencari cara untuk membantu pelajar
membina pemikiran algebra dan wujudkan budaya pemikiran tersebut di dalam kelas
yang mereka ajar. Blanton dan Kaput mencadangkan guru perlu menggalakkan

pelajar mereka mejalankan aktiviti arimetik dan penyelesaian masalah dan bantu
mereka menterjemahkan masalah ke dalam bentuk nombor yang mudah.
Namun diperingkat sekolah rendah di Malaysia, murid tidak didedahkan
dengan persamaan algebra yang formal. Penyelesaian masalah lebih kepada
membina pemikiran aritmetik, dalam proses menghubungkannya dengan konsep
algebra. Menurut Boero ( 2001 ), ini dikenali sebagai pra-algebra. Yang mana ia
menggunakan patern, manipulasi arimetik, jadual dan graf, hubungan sonsang
( invers relationship) dan lain-lain. Pengenalan konsep pra algebra kepada murid
sekolah rendah akan memberi asas yang kukuh untuk mereka berjaya dalam
algebra diperingkat sekolah menengah.

Apa itu Algebra


Secara umumnya algebra boleh dikatakan satu cabang matematik yang
menggunakan penyataan matematik bagi menerangkan hubungan antara dua
kuantiti unit , masa dan lain-lain. Setiap penyataan matematik bagi menghubungkan
dua kuantiti tersebut biasanya di sertakan dengan penggunaan simbol abjad
(biasanya x ,y atau z) untuk menerangkan hubungan satu kuantiti dengan kuantiti
yang lain. Penggunaan simbol tersebut dipanggil pembolehubah. Algebra bukan
sahaja melibatkan penggunaan simbol malah ia melibatkan aktiviti mencari
penyelesaian terhadap masalah di dalam kehidupan seharian.
Namun demikian terdapat berbagai pendapat dari ahli-ahli metematik tentang
algebra. Antara beberapa pendapat mereka tentang algebra adalah seperti berikut :
i)

Menurut Usiskin(1997), algebra adalah satu bahasa. Ianya terdiri daripada 5


aspek yang utama iaitu anu, rumus, corak nombor, nilai tempat dan hubungan.

ii)

Vance

1988)

pula

berpendapat,

Algebra

boleh

dikatakan

sebagai

pengembangan arimetik atau satu bahasa untuk menghuraikan tentang arimatik.


Walau bagaimanapun algebra juga mempunyai berbagai cara untuk memanipulasi
simbol dan ia juga merupakan satu cara berfikir.

Sejarah tentang algebra


Perkataan algebra berasal daripada bahasa Arab al-jarb yang bermaksud
gabungan, sambungan atau pelengkap . Ia adalah satu cabang matematik yang
berkaitan dengan kajian struktur, hubungan dan kuantiti. Mengikut sejarah,
penggunaan algebra dikesan digunakan oleh bangsa Babylon yang telah
membangunkan sebuah sistem arimetik maju yang dapat membantu mereka
membuat perkiraan dengan gaya algebra. Penggunaan sistem ini melibatkan
pengunaan rumus dalam mengira penyelesaian untuk mencari nilai yang tidak
diketahui bagi berbagai jenis masalah yang diselesaikan pada hari ini dengan
menggunakan persamaan linear.
Perkataan algebra yang digunakan pada masa kini diambil daripada
Bahasa Arab al-jarb yang didapati daripada buku al-kitab al-muktasar fi hisab algabrwa-l-muqabalah yang bermaksud Buku Ringkasan Tentang Pengiraan Melalui
Pelengkap dan Pengimbangan. Buku ini telah ditulis oleh seorang ahli matematik
Muslim Parsi yang bernama Muhammad ibn Musa al-Khawarizmipada tahun
820M. Perkataan al-jarb membawa maksud penyatuan semula. Al-Khwarizmi
telah dianggap sebagai Bapa Algebra kerana sumbangannya yang besar dalam
bidang algebra.

Penerokaan bidang algebra oleh al-Khwarizmi merupakan sumbangan yang


besar kepada dunia matematik. Algebra bukan sahaja memberi manfaat kepada
dunia amnya tetapi juga kepada umat Islam sepertimana yang pernah dijelaskan
dengan penuh tawadduk oleh al-Khwarizmi iaitu sebagai satu ibadah untuk
menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam hukum syariah seperti faraid,
perniagaan, pembahagian tanah dan sebagainya. Sesungguhnya penyelidikan
matematik oleh sarjana Islam adalah berdasarkan tanggungjwab (fardu kifayah)
untuk membantu masyarakat dan bersifat terarah manakala penyelidikan sarjana
Eropah lebih kepada minat individu dan kadangkala tidak membawa sebarang
manfaat kepada masyarakat.

Pengenalan tentang konsep algebra


Secara amnya, algebra oleh dibahagikan kepada tiga kategori berikut :
i)

Algebra asas-mencatat sifat-sifat operasi pada sistem nombor nyata sebagai


pemegang

tempat

dengan

symbol-simbol

untuk

mewakili

pemalar

serta

pembolehubah, dan petua-petua untuk ungkapan matematik dan persamaan yang


melibatkan simbol-simbol tersebut dikaji.
ii)

Algebra Niskala- juga dikenali sebagai algebra moden yang mengkaji strukturstruktur algebra seperti kumpulan, gelanggang dan medan yang diberikan definasi
aksioman.

iii)

Algebra semesta-mengkaji sifat-sifat sepunya dalam struktur algebra

Di Malaysia, algebra merupakan satu perkataan yang asing bagi pelajarpelajar di sekolah rendah. Ini tidak mengejutkan kerana algebra tidak diajar secara

formal atau secara lansung di dalam kelas. Walaupun algebra tidak diajar secara
lansung di dalam kelas, tetapi penekanan kepada pemikiran algebra mula
dimasukkan didalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KBSR,
pelajar di sekolah rendah mula didedahkan dengan pemikiran algebra di mana
terdapat beberapa elemen algebra yang telah diterapkan didalam pengajaran dan
pembelajaran metematik didalam kelas contohnya dengan penggunaan beberapa
perkataaan yang berkaitan dengan pemikiran algebra dalam latihan matematik
seperti find the missing number, what number must be added or subtract and
what number multiply by yang digunakan di dalam persamaan aritmetik telah mula
diajar kepada pelajar sekolah rendah.
Melalui pendedahan seperti berikut selain dapat memberi pengalaman awal
kepada pelajar sekolah rendah tentang pengenalan kepada pemikiran algebra,
mereka juga dapat membina asas pemikiran algebra mereka sendiri. Dengan
adanya asas pemikiran algebra yang kuat guru akan dapat membantu pelajar
tersebut menguasai kemahiran algebra diperingkat menengah tanpa banyak
masalah. Pendedahan awal di peringkat sekolah rendah akan membantu pelajar
untuk menguasai pengetahuan algebra yang lebih kompleks pada peringkat sekolah
menengah nanti.

Memperkenalkan algebra kepada sekolah rendah


Pelajar di Sekolah Rendah di Malaysia tidak diajar matapelajaran algebra secara
langsung tetapi mereka telah didedahkan kepada elemen-elemen yang ada di dalam
algebra dalam kemahiran-kemahiran matematik yang tertentu. Pada peringkat ini
mereka boleh dikatakan mempelajari matapelajaran pra-algebra dimana melalui

kemahiran-kemahiran matematik yang mereka pelajari semasa didalam kelas ada


diselitkan unsur-unsur algebra di dalamnya.
Pada peringkat sekolah rendah penekanan terhadap pemikiran algebra lebih
diutamakan. Perkara ini sangat penting kerana pada peringkat ini cara pelajar
tersebut berfikir secara algebra adalah lebih penting berbanding kebolehan pelajar
tersebut menjawab soalan matematik yang melibatkan algebra. Dalam proses
memperkenalkan algebra kepada pelajar sekolah rendah iannya dimulakan dengan
menghubungkaitkan proses arimetik yang mereka pelajari didalam kelas di dalam
bentuk algebra. Sebagai contoh dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi,
pelajar boleh dilatih untuk menjawab soalan yang berbentuk proses sonsangan.
Sebagi satu contoh operasi yang sebelum ini di ajar dalam bentuk 8 + 5 =
_____ boleh ditukar kepada bentuk ___+ 5 = 13 atau 8 + ____ = 18. Melalui latihan
bentuk begini, kita sudah mula membina pemikiran algebra kepada pelajar tersebut
dimana pelajar mula berfikir dengan cara yang lain daripada kebiasaan mereka
untuk mencari jawapan terhadap soalan yang dikemukakan. Dalam proses membina
pemikiran algebra terhadap pelajar di peringkat sekolah rendah ianya hendaklah
dimulakan dari pewakilan nombor yang bersifat konkrit dahulu sebelum pergi kepada
membina pemikiran algebra pelajar ke arah yang lebih abstrak.
Apabila pelajar telah menguasai ataupun telah membina pemikiran algebra
dalam diri mereka, barulah mereka boleh dilatih kearah pemikiran algebra yang lebih
abstrak itu dengan memberi pelajar soalan yang melibatkan situasi tertentu
contohnya seperti berikut :i)

Apabila satu nombor ditambah kepada 5, ia memberikan jawapan 11. Apakah


nombor tersebut?

ii)

Berapakah yang perlu ditolak dari 25 supaya jawapannya menjadi 8?

iii)

Ali ada 5 batang pensil. Ahmad pula ada dua kali ganda pensil dari Ali. Berapakah
bilangan pencil mereka?
Blanton dan Kaput(2003) telah mencadangkan, untuk menggalakkan pelajar berfikir
secara algebra guru hendaklah sentiasa mengemukakan pertanyaan kepada
mereka contohnya seperti berikut :-

i)

Boleh beri tahu cikgu apakah yang sedang kamu fikirkan?

ii)

Adakah kamu boleh menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lain?

iii)

Bagaimanakah kamu tahu cara yang kamu gunakan tersebut betul?

iv)

Adakah cara yang kamu gunakan tersebut selalunya betul?


Melalui beberpa pertanyaan seperti berikut ia akan dapat meransang fikiran pelajar
untuk berkir secara algebra ke arah mencari penyelesaian ke atas sesuatu masalah
matematik yang dihadapi.

Elemen-elemen dalam algebra


Algebra merupakan satu persaman aritmetik yang melibatkan penggunaan
simbol-simbol tertentu yang mempunyai satu nilai yang tidak diketahui. Simbolsimbol tersebut juga berfungsi sebagai perhubungan antara satu kuantiti dengan
kuantiti yang lain. Algebra terbentuk atau dibina berdasarkan beberapa elemen
tertentu antaranya ialah anu, rumus, corak nombor, nilai tempat dan pembolehubah.
Elemen-elemen inilah yang membentuk satu persamaan algebra.
Bagaimanakah elemen-elemen ini berfungsi adalah seperti berikut :-

i)

Anu- menggunakan abjad-abjad bagi mewakili sesuatu nilai nombor yang tidak
diketahui Antara abjad yang biasa digunakan ialah x dan y.

ii)

Rumus-terdapat beberapa rumus tertentu di dalam algebra yang digunakan untuk


mencari nilai tertentu. Contohnya untuk mencari luas objek yang mempunyai
permukaan melengkung kita boleh gunakan rumus .

iii)

Corak Nombor-terdapat beberapa corak nombor yang ada dalam persamaan


algebra contohnya dalam turutan nombor berikut bergerak secara gandaan tiga- 3,
6, 9, 12, 15,18, 21.

iv)

Nilai tempat dalam persamaan algebra nombor-nombor yang ada didalam


persaam tersebut mempunyai nilai-nilai yang tertentu bergantung kepada bentuk
nombor tersebut.

v)

Pembolehubah-merupakan nilai nombor yang terdapat didalam satu persamaan


algebra yang berfungsi sebagai pembolehubah kepada anu.
Elemen-elemen inilah yang membentuk beberapa persamaan algebra yang
biasa kita jumpa dalam matapelajaran matematik di sekolah Menengah. Apabila
memperkenalkan elemen-elemen tersebut kepada pelajar sekolah rendah ianya
disesuaikan mengikut tahap atau aras pelajar tersebut.

Cara memperkenalkan algebra kepada sekolah rendah


Algebra merupakan satu proses mempelajari perhubungan antara corak
nombor yang digabungkan dengan beberapa peraturan yang tertentu yang
melibatkan perhubungan antara istilah dan jujukan nombor ( Merriam Webster,
2008 ). Menurut ( NCTM,2000), pengetahuan algebra perlu diajar daripada
peringkat tadika sehingga gred 12. Ini penting supaya kanak-kanak di peringkat

rendah dapat pendedahan awal tentang corak, hubungan dan fungsi, analisis corak
dan penggunaan simbol untuk mempenalkan idea matematik dalam penyelesaian
masalah.
Untuk membina pemikiran algebra pada pelajar di peringkat sekolah rendah
hendaklah

bermula

dengan aktiviti konkrit sebelum diperkenalkan

dengan

perwakilan separa konkrit dan juga abstrak. Dalam proses membina pemikiran
algebra terhadap mereka guru hendaklah membimbing pelajar tersebut melalui
elemen-elemen yang ada di dalam algebra seperti corak, hubungan, anu, fungsi,
rumus dan nilai tempat. Menurut Blanton dan Kaput(2003), guru yang mengajar di
sekolah rendah perlu menggunakan segala pengalaman algebra yang pernah
mereka pelajari diperingkat tinggi untuk menghungkaitkan konsep algebra kepada
pelajarnya. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru dalam proses
membina dan menerapkan pemikiran algebra kepada pelajar di peringkat sekolah
rendah adalah seperti berikut :i)

Memperkenalkan corak objek-objek yang ada disekeliling pelajar. Pada peringkat


ini pelajar akan dibimbing untuk mengenali corak-corak yang ada di sekeliling
mereka seperti corak warna, bentuk, bunyi, nombor, abjad dan lain-lain.

ii)

Memperkenalkan corak yang berulang secara seragam. Pada peringkat ini


pelajar akan mengenal corak yang berulang secara seragam, menghuraikan corak
tersebut secara lisan dan membina susunan corak tersebut dengan berbagai cara.

iii)

Apabila pelajar sudah memahami corak objek yang berulang secara seragam dan
boleh menghuraikan dan membina mengikut pemahaman mereka sendiri guru
bolehlah menggunakan corak nombor dan bimbing pelajar menyusun nombor
tersebut dalam turutan menaik atau menurun.

iv)

Seterusnya pelajar dibimbing untuk mengenalpasti hubungan antara dua kuantiti


nombor dan bina hubungan antara dua hasil tambah dua digit nombor mengikut
pemahaman mereka sendiri. Contoh 4 + 5 = 9 sama dengan 3 + 6 = 9. Daripada sini
pelajar dibimbing pula untuk membuat generalisasi antara dua hubungan tersebut.
Daripada aktiviti ini pelajar akan dapat merekodkan hubungan nilai yang setara
antara dua penambahan nombor dua digit. Contoh 4 + 5 adalah setara dengan 3 +
6.

v)

Peringkat seterusnya pelajar kan mula merekod berbagai cara pengulangan


nombor yang seragam melalui berbagai strategi. Contoh 1, 4, 7, 10,13 atau 2.2, 2.0,
1.8, 1.6

vi)

Pelajar akan terus di bimbing untuk membina perhubungan antara operasi dua
nombor yang lain contohnya 2 x 4 sama nilai dengan 4 x 2. Pelajar akan terus
dibimbing untuk membuat perhubungan antara operasi darab dan bahagi. Contoh
jika 6 x 4 = 24 maka 24 4 = 6 dan 24 6 = 4

vii)

Apabila pelajar sudah boleh memahami hubungan antara dua operasi nombor
maka boleh diperkenalkan operasi untuk mencari nilai nombor yang tidak diketahui (
find unknown number ) kepada pelajar. Contoh
8+
viii)

+ 5 = 10 atau

= 14.
Seteruskan pelajar dibimbing menyusun corak bentuk geometri yang

berulang secara seragam contohnya corak susunan segitiga atau segiempat yang
disusun dalam turutan dua-dua atau tiga-tiga. Seterusnya bimbing pelajar menyusun
objek geometri tersebut dalam bentuk jadual. Disini pelajar akan dapat melihat
dengan jelas corak hubungan antara bilangan segitiga dengan bilangan sisinya.

vvi) Dan akhirnya apabila pelajar sudah boleh memahami dan menguasai
langkah-langkah diatas barulah guru-guru boleh memperkenalkan penggunaan
simbol algebra dalam beberapa persamaan ringkas seperti berikut :a)

x + 6 = 15

b)

8 + y = 16

c)

9 + z = 5 +6

d)

10 x = 6 2

Menyelesaikan masalah algebra melalui strategi penyelesaian masalah


Untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran matematik itu bermakna kepada
pelajar, guru perlu membimbing pelajar menyelesaikan masalah yang mempunyai
hubungkait dengan kehidupan harian pelajar. Ini dapat membantu pelajar
mengaplikasikan pengetahuan algebra mereka melalui pengalaman mereka sendiri .
Berikut adalah satu contoh soalan yang memerlukan pelajar menggunakan
pemikiran algebra bagi menyelesaikan satu masalah dalam situasi harian. Dalam
masalah

ini

pelajar

akan

menggunakan

langkah-langkah

menggunakan Kaedah Polya bagi mendapatkan jawapan.

penyelesaian

Contoh Soalan
Seorang Peladang memelihara beberapa ekor ayam dan kambing. Pada suatu hari
apabila dia mengira bilangan kaki haiwan peliharaannya dia mendapati semuanya
ada 88 kaki. Berapakah bilangan ayam dan kambing yang dimiliki oleh Peladang
itu?Untuk menyelesaikan soalan di atas pelajar boleh menggunakan kaedah cuba
jaya dengan menggunakan pemikiran algebra bagi mendapatkan bilangan kambing
dan ayam
i)

Memahami masalah
a)

Pelajar perlu memahami apa yang dikehendaki dalam soalan. Dalam soalan di atas
pelajar diminta mencari berapa bilangan ayam dan kambing yang dipelihara oleh
peladang tersebut.

b)

Pelajar perlu memahami maklumat diberi bahawa bahawa jumlah kaki semua
haiwan yang ada di ladang tersebut ialah 88 kesemuanya.

c)

Pelajar perlu mengetahui bahawa bilangan kaki bagi seekor ayam dan seekor
kambing adalah berbeza seekor ayam mempunyai 2 kaki dan seekor kambing
mempunyai 4 kaki.

ii)

Membuat Perancangan
a)

Pelajar menyusun maklumat yang diberi seperti berikut :

1 kambing

4 kaki

1 ayam

2 kaki

Jumlah Kambing + ayam

88 kaki

b)

Memikirkan apakah kaedah yang sesuai untuk mencari jawapan.

c)

Menggunakan kaedah cuba jaya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

iii)

Melaksanakan perancangan
Dengan menggunakan kaedah cuba jaya pelajar akan menjalankan kiraan seperti
berikut :

Cuba Jaya 1
a)

20 ekor ayam

x 2 = 40 kaki

20 ekor kambing

x 4= 80 kaki

Jumlah

120 kaki

= 120 kaki

terlalu tinggi

Cuba Jaya 2
b)

20 ekor ayam

= 40 kaki

10 ekor kambing

= 40 kaki

Jumlah

= 80 kaki

80 kaki
hampir tepat

Cuba Jaya 3
c)

20 ekor ayam

x 2 = 40 kaki

12 ekor kambing

x 4 = 48 kaki

Jumlah

iv)

88 kaki
= 88 kaki

pelajar dapat jawapan

Menyemak semula
Pelajar boleh menyemak semuala jawapan pada cuba jaya ketiga dengan mendarab
bilangan haiwan dengan jumlah kakinya untuk memastikan bilangan kaki haiwan
tersebut sama seperti maklumat di dalam soalan.

Dalam penyelesaian masalah para pelajar harus sedar bahawa sesetengah


masalah boleh diselesaikan dengan beberapa strategi. Guru matematik perlu
memainkan peranan dengan bukan hanya sekadar mendedahkan beberapa
heuristik penyelesaian masalah kepada pelajarnya tetapi pengajaran guru harus
memberi tumpuan kepada proses pemikiran yang terbentuk semasa pelajar
mengkaji, memahami dan menyelesaikannya. Secara kesimpulannya, algebra
adalah bahasa yang paling sesuai untuk menulis arimetik secara umum dan perlu
menyokong arimetik dan bukannya terpisah darinya. Algebra juga adalah lanjutan
kepada arimetik iaitu sebagai satu proses mengurus arimetik.

LAPORAN PROJEK (laporan lengkap link ke laporan projek)


KAJIAN TENTANG PEMAHAMAN MURID TENTANG KONSEP PURATA TAHUN 5
DENGAN MENGGUNAKAN GULI DAN GAMBARAJAH

Pendahuluan

Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang penting ke arah menjadi


sebuah negara maju menjelang 2020. Matematik adalah satu perkara yang hidup
dan berkembang. Ia merupakan satu komponen yang penting dalam dunia teknologi
sekarang. Dunia pendidikan hari ini mengganggap matematik merupakan nadi
bidang ilmu pendidikan malahan menjadi satu mata pelajaran teras di sekolah
rendah dan menengah. Pelaksanaan program matematik Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) diolah mengikut tiga bidang iaitu nombor, bentuk dan
perkaitan (Kementerian Pendidikan 1989). Maka, dengan ini memerlukan seseorang

individu itu mengetahui kemahiran yang berkaitan dengan nombor seperti


membilang dan mengira.

Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza dengan mata pelajaran


lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti
yang tinggi ianya juga memerlikan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan
menyeluruh (Nik Azis, 1992). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab
untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap
pencapaian para pelajar.

Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselve to
the improvement of student learning as their primary professional objective.
(NCTM, 1980
Pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan sekiranya guru dapat
menggunakan

beberapa

kemahiran

di

antaranya

perancangan

mengajar,

pelaksanaan pengajaran, dan menilai kefahaman konsep serta penguasaan


kemahiran. Jika tajuk berkenaan mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti untuk
membimbing murid memahami konsep pengumpulan atau penyatuan antara dua
set benda. Pengajaran bermula dengan aktiviti konkrit di mana pelajar akan terlibat
secara aktif, memanipulasi bahan-bahan maujud dan berakhir dengan proses
pengabsratrakan. Setelah murid memahami konsep seterusnya barulah murid
dibimbing untuk memahami fakta. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak banyak
melibatkan

manipulasi

penguasaan konsep.

bahan

maujud

berbanding

dengan

aktiviti

semasa

Latar Belakang Kajian

Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik


pada masa kini adalah berpusatkan guru dan strategi penyelesaian yang tidak
konsisten. Pendekatan pembelajaran penyelesaian masalalah menggunakan bendabenda maujud didapati sangat sesuai dilaksanakan di sekolah terutama di sekolah
rendah. Pendekatan ini berfokus kepada membentuk individu yang berfikiran mantik
dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik yang melibatkan
masalah harian. Melalui kaedah ini proses pengjaran dan pembelajaran berlaku di
antara murid dan guru.

Kajian

ini

bertujuan

untuk

mengetahui

keberkesanan

pembelajaran

menggunakan bahan maujud seperti guli dalam memperkenalkan tajuk purata tahun
5.
i) Menentukan sama ada pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik menggunakan benda maujud dapat memberikan pemahaman konsep
dengan lebih jelas.
ii. Meningkatkan kefahaman para pelajar dengan penggunaan bahan maujud
atau bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bagi
tajuk Purata Tahun

Kajian Literatur

Selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai matlamat wawasan 2020,


Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha mengubahsuai sistem pendidikan yang
menuntut perubahan dari segi budaya dan amalan yang dipraktikkan di sekolah
rendah dan menengah. Perubahan tersebut adalah dari segi pembelajaran hafalan
dan latih tubi kepada bentuk pembelajaran yang lebih merangsangkan pemikiran,
berunsur kreatif, memenuhi keperluan setiap pelajar. Pemglibatan pengajaran dan
pembelajaran melalui aktiviti dengan menggunakan bahan maujud atau bahan bantu
mengajar

dapat

menjadikan

suasana

pembelajaran

yang

efektif

dan

menyeronokkan. Pendidik haruslah menjadikan pengajaran dan pembelajaran


menggunakan bahan bantu mengajar supaya pemahaman konsep untuk sesuatu
tajuk jelas dan tidak timbul murid tidak faham.

Menurut Tucker (2000), dalam tinjauannya telah menyuarakan masalahmasalah yang dihadapi di Amerika Syarikat. Di antara masalah dalam matematik di
mana murid menghadapi masalah asas dalam arithmatik tanpa kefahaman. Oleh itu,
tujuan pengajaran matematik adalah untuk kefahaman murid-murid. Mengatasi
masalah ini, pembelajaran menggunakan bahan maujud adalah berkesan di mana
murid dapat belajar menggunakan bahan manipulatif. Berasaskan strategi
pembelajaran ini, murid boleh menyelesaikan masalah menggunakan bahan
manipulatif dan murid dapat memahami konsep matematik dengan jelas.

Johnson & Johnson (1994) telah menjalankan analisis ke atas 1200 pelajar
dengan membandingkan pencapaian pelajar menggunakan strategi pembelajaran

melalui aktiviti berkumpulan menggunakan bahan bantu mengajar dan pembelajaran


tradisional. Hasil analisis jelas membuktikan bahawa pengetahuan seseorang
individu lebih tinggi berbanding belajar tanpan menggunakan bahan bantu mengajar.
Kemampuan pelajar juga turut berubah sama ada dari segi prestasi, minat memberi
idea, dan dapat mengingat sesuatu konsep dalam jangka masa yang lama.

Posted by RIDUAN BIN DOLMAT at 8:45 PM 0 comments Email ThisBlogThis!Share


to TwitterShare to Facebook
Meneroka Pemikiran Murid Memahami Konsep Purata

Projek ini telah dijalankan di sekolah saya sendiri iaitu Sekolah Kebangsaan
Sungai Selisek, Hulu Selangor, Selangor. Latar belakang sekolah ini merupakan
sekolah luar bandar dan bilangan kelas untuk tahun 5 terdapat satu kelas sahaja
yang terdiri daripada murid lemah, sederhana dan pandai. Sampel kajian saya ini
terdiri daripada 10 orang murid yang terdiri daripada empat orang murid lemah dan
sederhana dan dua orang lagi adalah murid pandai. Sampel kajian boleh di rujuk (di
lampiran A). Pengetahuan sedia ada murid seperti kemahiran asas melibatkan
empat operasi terutama menambah. dan membahagi yang melibatkan projek ini
telah membantu saya untuk mengajar konsep purata. Saya menggunakan guli,
gambarajah dan lembaran kerja dalam melaksanakan projek ini.

Projek yang sudah dijalankan ini mengambil kira terdapatnya saling


bergantungan antara ahli, menggalakkan interaksi secara bersemuka serta
memastikan ia dapat membentuk kemahiran interpersonal. Situasi ini dapat
membantu saya dari segi kemahiran komunikasi, aras pemikiran, keyakinan diri

serta aras komitmen dapat dinilai dengan lebih adil dan tepat. Projek yang telah
dilaksanakan adalah tajuk purata iaitu memahami konsep purata di kalangan muridmurid. Didapati murid-murid sungguh berminat dan dapat memberi tumpuan
sepenuhnya sepanjang aktiviti dijalankan malahan kesan daripada penggunaan guli
dan gambarajah murid faham dengan jelas malahan boleh menyelesaikan masalah
yang mudah untuk diselesaikan.

Gambaran murid tentang purata

Sebelum guru memulakan pengajaran, guru telah dilatih supaya melakukan


set

induksi

terlebih

dahulu.

Malahan

akhir-akhir

ini

didapati

ramai

guru

mengabaikannya dan dengan kata lain tidak ada mukadimahnya. Bagi merangsang
pemikiran murid, saya telah memberi setiap murid dengan sehelai kertas kosong
untuk mereka gambarkan apa yang mereka faham tentang purata, sama ada melalui
lukisan, menulis dalam bentuk angka ataupun sebaliknya.
Bagi memulakan murid-murid melaksanakan aktiviti ini, saya mengarahkan
murid supaya duduk berjauhan di antara satu dengan lain untuk memastikan tiada
pelajar yang meniru. Saya juga memberi tempoh masa selama 3 minit untuk mereka
menyiapkan tugasan yang diberi. Semasa aktiviti dijalankan, saya melihat apa yang
ditulis oleh setiap murid. Saya dapati murid yang pandai tidak ada masalah, cuba
beberapa murid yang sederhana dan lemah masih lagi tidak memulakan kerja yang
diberi. Saya perlu memberi contoh kepada murid yang mempunyai masalah ini.

Peringkat pemerhatian ini, didapati ramai murid yang membuat gambarajah


dengan melukis untuk menggambarkan apa yang mereka bayangkan. Setelah

dikumpul hasil kerja murid, saya dapati kebanyakkan murid-murid melukis Ini jelas
menunjukkan

murid-murid

juga

pandai

menggunakan

bahan

yang

berada

disekeliling mereka seperti pensil, guli, bintang, buku dan bulatan. Apa yang menjadi
tanda tanya kepada saya, kenapalah segelintir guru ketika mengajar tidak
menggunakan benda-benda sekeliling untuk dijadikan bahan bantu mengajar.
Melalui gambaran awal, saya dapati 9 orang murid dapat menggambarkan apa itu
purata manakala 1 orang murid dapat menyiapkan sebahagian sahaja (Lampiran B).

Setelah kertas yang diedarkan dan dikumpul semula, saya menemubual 3


orang pelajar termasuk seorang pelajar yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang
di beri.

i)

Nurshafiqah
murid ini menggambarkan purata dengan melukis enam batang dan mengabungkan
menjadi enam. Seterusnya bahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B dan
mendapat 3 untuk setiap bahagian. Seorang murid bernama Fazmi turut memberi
jawapan yang sama.

ii)

Mohd Sazuan
Hasil kerja murid ini separuh jalan sahaja. Murid ini menggambarkan lima batang
pensil sama dengan lima biji guli. Murid ini masih lagi tidak memahami konsep
purata. Daripada temubual saya dengan murid ini, murid ini tidak tahu langsung apa
itu purata, cuba yang dia maklumkan ialah 5 pensil adalah sama dengan 5 guli. Saya
perlu menjelaskan konsep purata kepada pelajar ini di aktiviti seterusnya.

Kesimpulan daripada aktiviti pertama didapati majoriti memahami konsep


walaupun ada yang tidak berapa jelas, cuba seorang murid saya perlu beri
perhatian lebih untuk aktiviti seterusnya. Murid-murid sungguh seronok apabila
pengajaran menggunakan guli ini.

Aktiviti Bermain Guli

Aktiviti ini amat penting ketika saya memberi arahan dan menjelaskan kepada
murid supaya tidak tidak timbul kekeliruan kepada murid. Semasa aktiviti ini
dijalankan, saya melibatkan semua murid mengambil bahagian dan merekodkan
jawapan di kertas yang disediakan. Saya mengarahkan murid duduk di atas lantai
supaya murid lain boleh melihat proses penyelesaian masalah. Apa yang saya
jelaskan kepada murid guli sebagai bilangan jumlah manakala murid-murid sebagai
bilangan yang yang hendak dibahagi. Saya cuma membaca soalan dan murid
menyelesaikannya menggunakan guli. Soalan pertama dibaca oleh saya iaitu ada 4
biji guli hendak dibahagi kepada 2 orang. Murid yang tidak terlibat akan merekodkan
jawapan di lembaran yang disediakan. Saya dapati murid meletakkan guli di tengahtengah dan 2 orang murid yang terlibat. Mereka meletakkan 4 biji guli di tengahtengah dan setiap seorang mengambil satu dahulu. Seterusnya setiap seorang
mengambil satu lagi dan mereka member jawapan 2. (Lampiran D).

Daripada aktiviti yang dijalankan saya dapati murid-murid berkomunikasi


antara satu sama lain. Malahan murid yang tidak terlibat juga turut bersuara untuk
menyakinkan murid dengan jawapan yang betul dalam proses penyelesaian. Aktiviti
ini diteruskan dengan angka-angka lain dan saya dapati murid yang lemah turut

dapat menyelesaiakan soalan yang diberikan dengan betul. Bagi angka yang besar
saya dapati murid berhati-hati ketika mengira bilangan guli seperti 50 biji guli di
bahagi dengan 10 orang. Berapa seorang dapat. Untuk menguji kefahaman murid
lagi saya cuba membahagikan setiap murid guli yang berbeza. Seperti ada yang
mendapat 3, 8, 7, 9, 4, 6, 2, dan 1. Saya memberi arahan dengan soalan bilangan
guli yang murid-murid ada, hendak dibahagikan kepada 8 orang. Berapa puratanya.

Saya dapati murid memberi idea yang pelbagai dan didapati semuanya akan
mendapat jawapan yang sama cuba strategi yang berbeza. Satu contoh
penyelesaian murid ialah mereka menambahkan jumlah guli yang ada di antara
mereka dan mengumpulkan di tengah-tengah dan setiap seorang akan mengambil
satu sehinggalah mendapat jawapan. Apabila saya tanya murid yang tidak dapat
menyiapkan tugasan permulaan tadi, mereka memberi jawapan barulah dia faham
tentang konsep purata. Jelas menunjukkan bahawa pengajaran menggunakan
benda maujud dapat membantu murid memahami konsep dan dapat dijalankan
aktiviti secara realiti.
Aktiviti Gambarajah

Ali dan Abu mempunyai bilangan belon yang berbeza. Ali ada 4 biji belon, manakala
Abu ada 6 biji belon. Bagaimana hendak menjadikan mereka mempunyai bilangan
belon yang sama banyak?
Murid dibekalkan setiap seorang dengan sehelai kertas kosong dan selesaikan
setelah mendapat arahan guru. Aktiviti ini dibimbing oleh saya.

Langkah penyelesaian:-

i)

Murid-murid dibimbing untuk membaca dan memahami soalan. Murid kemudian


di suruh melukis 2 kumpulan belon iaitu kumpulan 4 dan 6 biji belon.

ii)

Kemudian murid disuruh gabungkan semua belon tersebut dengan melukisnya


semula di dalam satu kumpulan dan seterusnya suruh murid bahagikan belon itu
kepada 2 kumpulan yang sama banyak .

Lakarkan gambarajah yang dilukis, bimbing murid-murid ,mencari penyelesaian


dengan mengubungkaitkan gambarajah dengan operasi bahagi.
Bilangan belon pada Ali

= 4

Bilanagn belon pada Abu

= 6

Jumlah bilangan belon yang ada

= 10

Untuk jadikan setiap murid terima sama banyak = 10 2 = 5


Jadi, setiap murid ada mesti ada 5 biji belon untuk menjadikan bilangan sama
banyak.

Saya juga menyuruh murid mengguna guli untuk memastikan jawapan betul atau
salah. Saya menyuruh murid bernama Mohd Sazuan untuk melakukan
penyelesaian. Didapati murid dapat melaksanakan proses penyelesaian dengan
betul.

Aktiviti Abstrak

Melalui aktiviti saya menggunakan kaedah gambarajah untuk soalan berbentuk


penyelesaian masalah. Murid-murid telah didedahkan dengan soalan yang
mudah dan telah menguasai konsep purata dan murid akan dipanggil ke hadapan
untuk menampal apa yang sesuai berdasarkan arahan guru. Di sini perhubungan
komunikasi berlaku di antara saya dan murid.

Contoh:
Alia ada 2 ekor arnab.
Berat kedua-dua arnab adalah 2.7kg dan 3.5kg setiap seekor.
Carikan purata berat bagi kedua-dua arnab tersebut?

Pernyataan di atas akan ditukarkan kepada bentuk gambarajah. Saya menyediakan


bahan bantu mengajar dan murid akan menampal maklumat di papan tulis
berdasarkan soalan guru. Saya hanya membuat tiga kolum di papan tulis. Kemudian
saya meminta murid menampal gambar dua ekor kucing yang berbeza saiz di papan
tulis untuk menggambarkan situasi soalan di atas. Formula untuk purata juga di
tampal untuk pemahaman dan murid juga telah faham melalui aktiviti yang telah
dijalankan.

Purata =

Sebelum

Semasa

Selepas

Purata = 2.7 kg +

2.7kg

3.5kg

3.5kg/2
= 3.1kg

Jumlah berat =
3.1kg+3.1kg
= 6.2kg

Oleh itu, murid jelas dapat memerhatikan gambaran purata itu setelah melihat
gambarajah yang dipaparkan di papan tulis. Saya juga menerangkan maksud purata
itu adalah walaupun berat arnab yang berbeza saiz tetapi apabila untuk mencari
purata akhirnya akan mendapat sama banyak. Walaupun soalan adalah sukar, ianya
dapat diselesaikan apabila murid itu betul-betul menguasai konsep purata.

Kesimpulan

Berdasarkan menggunakan bahan manipulaif dapat membantu murid


menyelesaikan masalah matematik, membentuk pengetahuan secara aktif dan
membina konsepnya sendiri. Peranan guru sebagai fasilitator dan pemantau dalam
memastikan murid melakukan dan melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Melalui aktiviti penggunaan bahan maujud dapat memupuk semangat
bekerjasama sesama mereka, menerapkan nilai- nilai murni seperti sabar dan tidak
mudah putus asa dalam menyelesaikan masalah dan akhirnya aktiviti ini juga dapat
membantu murid-murid mempelajari matematik secara efektif di dalam bilik darjah.

Seterusnya dapat melahirkan murid yang berkemahiran berfikir secara logik, kreatif
dan kritis selaras dengan matlamat KBSR dan KBSM.

Rujukan

Mohd Majid Konting (2002). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang(1996) , Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.


Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Nik Aziz Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur: DBP.

Noor Shah Saad (2002). Teori & Pengkaedahan Pendidikan Matematik Siri 1.
Selangor: Pearson Education.

http://homeschooling.about.com/od/basicmath/qt/teachingarea.htm

http://www.math.umt.edu/tmme/vol1no1/TMMEv1n1a3.pdf

Anda mungkin juga menyukai