Anda di halaman 1dari 8

1.

Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan


melukis
dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imgaginasi, kreativiti dan gembira untuk
meluahkan emosi.
2. Perkembangan estetika boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti visual, emosi, jiwa
dan
pemikiran mereka.
3. Guru perlu berbual dan bertanya kanak-kanak semasa aktiviti seni kerana
melalui pergerakan
badan, guru dapat memahami maksud di sebalik pergerakan dan perlakuan yang
ditunjukkan.
Pergerakan badan menjadi refleksi pada perkembangan estetika kanak-kanak.
4. Komunikasi lisan dan bukan lisan memberi isyarat visual yang menggambarkan emosi
dalaman
kanak-kanak.
5. Pada umur 6 tahun, gerak geri menunjukkan elemen psikologi. Contohnya apabila
sedih, mereka
menundukkan muka manakala jika berfikir, mereka menongkat dagu. Perlakuan ini
dilakukan
secara spontan.
6. Perkembangan artistik kanak-kanak berlaku mengikut transisi perkembangan iaitu
daripada
contengan hingga perwakilan sebenar. Perkembangan artistik berlaku tanpa mengira
sosioekonomi keluarga.
7. Teori Perkembangan Artistik ( Hurwitz dan Day) terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :
i) Peringkat manipulatif dan zaman awal kanak-kanak (2-4 tahun) : Pergerakan tangan
kurang
kawalan maka mereka akan menconteng apa sahaja seperti dinding, lantai atau meja
dengan
mengguna pelbagai medium. Lukisan tidak realistik : a)contengan garisan tidak
terkawal, b)
contengan garisan terkawal c) contengan rupa.
ii) Peringkat membuat simbol ( 6-9 tahun) : Terpengaruh dengan keadaan sekeliling
mereka.
iii) Peringkat praremaja (10-13 tahun) : Mula melukis figura dalam saiz sebenar atau saiz
yang
betul.
8. Seni dalam perkembangan kanak-kanak:
i) Perkembangan persepsi : melukis mengikut kefahaman bukan apa yang mereka
lihat. Lukisan
mereka ditafsir mengikut dunia mereka sendiri
ii) Perkembangan fizikal : Koordinasi mata, tangan, kawalan motor halus, perkembangan
otot
kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk.

iii) Perkembangan emosi : Melukis peristiwa yang dilalui setiap hari, objek yang disukai
atau
individu yang disayangi. Kemudian diperelokkan dengan penggunaan warna, saiz,
bentuk dan
garis yang akan menambah emosi kepada lukisan mereka.
iv) Perkembangan kognitif : Melukis berdasarkan apa yang mereka tahu melalui
pengalaman
mereka, daya ingatan, imej dan konsep lukisan. Perkembangan kognitif dapat dilihat
menerusi
contengan tidak terkawal, contengan terkawal dan contengan bermakna.
v) Perkembangan umum : Bersifat menyeluruh dengan menggabungkan pengalaman
sosial,
budaya, personaliti dan persekitaran. Perkembangan ini merupakan proses sehingga
mereka
berjaya menghasilkan gambar.
Unit 7 : Pengajaran Seni Lukis Kanak-kanak
1. Seni lukis melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak
terutama
lukisan.
2. Kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan menunjukkan ekspresi
seni. Kanakkanak meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal untuk memberi
makna dan meluahkan
emosi.
3. Kanak-kanak berfikir secara simbolik untuk menggambarkan bentuk seni yang unik.
Hasil seni
menggambarkan konsep diri kanak-kanak pada perkembangan personaliti mereka.
Seterusnya
dapat membentuk peribadi yang baik dan proses penghasilan lukisan dimanfaatkan.
4. Proses penghasilan lukisan dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika.
5. Proses estetika dan daya kreativiti boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
i) proses penajaman daya intuisi
ii) persepsi
iii) imaginasi
iv) konsepsi
6. Peringkat Skemata (Chapman 1978) merangkumi :
i) peringkat manipulatif
ii) peringkat membuat simbol
iii) peringkat praremaja
(Unit 6,no.7 : Teori Perkembangan Artistik ( Hurwitz dan Day))
7. Gardner (1980) mencadangkan orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak
untuk
melakukan aktiviti seni tanpa sekatan supaya kanak-kanak meluahkan apa yang mereka
rasai dan
mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan.

8. Garisan merupakan satu tanda jelas yang dibuat menggunakan peralatan lukisan di atas
satu
permukaan.
9. Garisan boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut kreativiti masing-masing kerana
garisan
mempunyai dimensi tersendiri termasuk saiz (besar dan kecil), arah (kanan dan kiri),
ukuran
(panjang dan pendek), ketebalan, ketinggian dan berat.
10. Unsur seni lukis dalam lukisan kanak-kanak meliputi garisan, warna, bentuk, jisim atau
isipadu,
rekaan atau gubahan, imaginasi dan konsepsi.
11. Proses melukis : i) menconteng bagi meluah perasaan secara spontan, ii) mula melakar,
iii)
melukis secara bersistematik iv) berjinak-jinak untuk mendapat kesan ton, jalinan,
pencahayaan,
ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering (bukan warna
basah)
12. Tiga teknik melukis iaitu
i) teknik pensel : teknik gosokan dan teknik garisan selari.
ii) teknik pensel warna : teknik garisan kontur dan teknik garisan menyilang tidak
menentu.
iii) teknik oil pastel : teknik campuran
13. Warna boleh dikategorikan kepada empat peringkat iaitu:
i) Warna asas : Warna premari (Biru, Kuning dan Merah )
ii) Warna sekunder : campuran dua warna asas dalam kuantiti yang sama. (Hijau, Jingga,
Ungu)
iii) Warna tertier : campuran warna asas dan warna sekunder
iv) Warna neutral : hitam dan putih
14. Catan merupakan proses penghasilan seni menggunakan bahan berwarna atau cat yang
disapu ke
atas seusatu permukaan yang rata seperti di atas kertas, kanvas dan kadbod.
Unit 8 : Pengajaran kraftangan kanak-kanak
1. Kraf mudah membantu perkembangan motor kasar dan motor halus yang menggalakkan
penggunaan dan kawalan otot secara berkesan seperti menggunting dan menggunakan
tanah liat.
2. Kraf mudah memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan
teknik menggambar,
membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan.
3. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis,
gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek.
4. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak ialah ikatan dan celupan, tiupan,

titisan,
renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan
guntingan.
5. Aktiviti membentuk binaan ialah topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan
diorama.
6. Kraf mudah 2 Dimensi atau 2D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang dan
lebar seperti
kolaj, topeng dan kad ucapan.
i) Kolaj : Dibuat dengan perca kain, kertas warna, bahan-bahan alam seperti rempah
ratus, daun
dan ranting. Tampalan disusun dan ditindih pada permukaan. Aktiviti ini melibatkan
pemilihan
bahan, menggunting, menyusun dn menampal.
ii) Topeng : Dibuat dengan menggunakan kertas manila, gunting, gelung getah, pensel dan
warna.
Dua jenis topeng iaitu topeng penuh atau topeng separuh (contoh zorro) berdasarkan
wajah
manusia, flora dan fauna.
iii) Kad ucapan : Menggunakan teknik corak dan rekaan yang melibatkan guntingan dan
tampalan.
Kemahiran bahasa dalam kad ucapan untuk menggalakkan murid menghargai orang
yang
tersayang seperti perayaan, hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari guru dan sebagainya.
Kitaran membuat kad ucapan :
a) Guru mengaitkan peristiwa seperti perayaan dan hari lahir
b) Guru menunjukkan cara meghasilkan kad ucapan
c) Sediakan peralatan dan bahan.
d) Lipat kertas kepada dua bahagian
e) Buat ukuran kad di atas kertas keras
f) Lukis atau buat corak mengikut kreativiti
g) Buat sampul surat
7. Kraf mudah 3 Dimensi atau 3D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang, lebar dan
tinggi
seperti boneka dan mobail.
i) Boneka : Bahan-bahan yang diperlukan ialah sarung tangan, stoking, kertas,
kelongsong telur,
bekas kertas, bekas minuman, kotak, blok kayu, tin susu dan sebagainya. Aktiviti
boneka
mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran intrapersonal dan
kemahiran
interpersonal kanak-kanak.
ii) Mobail : hasil kerja seperti lipatan, lukisan dan objek yang senang digantung pada
imbangan yang sesuai seperti penggantung baju, kayu, pembaris dan sebagainya.
Kitaran membuat mobail :
a) Bercerita satu tajuk atau tema
b) Minta kanak-kanak menamakan watak/isi penting
c) Tunjukcara membuat lipatan /origami
d) Ikat selembar benang pada lipatan
e) Sediakan bahan penggantung
f) Gantung lipatan/origami pada kayu penggantung

g) Gantung mobail yang sudah siap


iii) Model : Satu bentuk yang digubah daripada kotak dan bahan buangan lain untuk
membuat
sesuatu objek konkrit.Teknik yang digunakan adalah acuan, menampal, mewarna yang
disusun
mengikut imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Contoh : model kereta, rumah dan lainlain lagi.

APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0


PENDAHULUAN Seni dalam pendidikan
terdiri daripada mata pelajaran Pendidikan Seni Visual,Seni Muzik dan Seni Pergerakan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik
dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah
sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang
berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di
dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman,
menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara
seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam
erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana
seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta
melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya
melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta
karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu
sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. Menurut
Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).
Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan
oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan
kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Selain itu, seni dalam pendidikan juga
memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan
daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang
berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih
bersifat holistik dan menyeluruh. 2.0
APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN Seni
merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni dalam
pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting.
Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni
visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan
ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang
terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan.
Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi
bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu
dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam
menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Irama

merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak
yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar
muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk
mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya
akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung,
bunyi titisan air di singki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud di
sekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam
pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan
susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu
kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat,
bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama
dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan
murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan
secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan
lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti
seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran
akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen
yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait
yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan
menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya,
guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran
supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan. Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973
) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktiviti pendidikan seni
yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam
menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi
keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan
pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan
kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni
Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap
aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia
mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi
dengan lebih efektif dan proaktif. 3.0
Aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat meningkatkan
perkembangan jasmani, Emosi, rohani, intelek, sosial dan estetika kanak-kanak. 3.1 Seni
Visual Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa seni visual amat penting dalam
perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani ,intelek,
nilai estetika dan sosial kanak- kanak . Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang
besar sekali dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tersebut. Dalam
Pendidikan Seni Visual, perkembangan kognitif ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan
kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan memahami, menghafal,
mengaplikasi dan menganalisis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax 1980), kemampuan kognitif
adalah kemampuan berfikir secara hierarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi. Penghasilan lukisan oleh murid- murid di sekolah
rendah mempunyai interpretasi yang berbeza dengan yang dihasilkan oleh orang dewasa.
Bagi mereka, hasil seni yang dihasilkan lebih berupa kepada hasil luahan dan expresif. Di
sekolah rendah, hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat
bagaimana caranya mereka berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan
menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Jika kita lihat contoh aktiviti dalam
membentuk dan membuat binaan iaitu aktiviti membina kad ucapan, jelas menunjukkan
bahawa murid- murid dapat mengaplikasikan apa yang telah difahami dalam menghasilkan
kad ucapan dengan mewarna kad tersebut. Murid mampu berfikir tentang proses kerja

seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah kad ucapan yang indah dan kreatif berdasarkan
kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa, aktiviti- aktiviti seni yang
tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan
masalah. Selain daripada itu, mereka juga akan mampu untuk membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan. Perkembangan kognitif dalam proses kerja murid dalam menghasilkan
karya seni adalah selaras dengan matlamat membentuk generasi Malaysia yang imaginatif,
inovatif dan inventif. Dengan penghasilan karya- karya seni, murid dapat menghargai
keindahan alam sekitar, rasa kesyukuran kepada Tuhan di atas seni yang dihasilkan dan
meningkatkan keindahan seni yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri seperti
yang dinyatakan dalam objektif kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah yang ketiga
iaitu meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam
bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Dalam mata
pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih jasmani
mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini kita dapat lihat dalam aktiviti seni dalam bidang
yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat binaan, membuat
corak dan pelbagai lagi. Aktiviti- aktiviti seni dalam ke empat- empat bidang banyak
menggunakan kemahiran jasmani dalam penghasilan seni. Kita ambil contoh aktiviti membina
kad ucapan. Melukis pada kad dengan teknik tulisan yang pelbagai dan dilukis berbunga
adalah menunjukkan perkembangan Psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001)
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan
atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental.
Kerohanian dan emosi yang baik sangat penting dalam diri seseorang individu. Kerohanian
merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai dalam diri . Dalam Pendidikan
Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Dalam
penghasilan karya, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai
perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis
karya yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses
kerja karya tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan,
sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa kerohanian ini
menekankan kepada kepentingan emosi dan perasaan.
Justeru itu, seseorang
murid yang mempunyai nilai kerohanian dan kestabilan emosi yang tinggi dalam Pendidikan
Seni Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti,
pemerhatian murid tersebut terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, disiplinnya
dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi terhadap
mata pelajaran seni dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan
dalam karya yang dihasilkan. Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti seni adalah
meluahkan perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga
tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Ini mempunyai
perkaitan dengan matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan seni dan
objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual menunjukkan penghargaan terhadap keindahan
dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. Dalam Pendidikan Seni Visual,
nilai estetika pula merujuk kepada proses yang berterusan dalam menghasilkan sesuatu
yang baru dan asli. Murid- murid sekolah rendah mempunyai nilai imaginatif yang tinggi tidak
kiralah murid tersebut di tahap satu mahupun di tahap dua. Masing- masing akan mempunyai
kreativiti yang berbeza dalam meluahkan penghasilan seni. Ini bermakna dalam pendidikan
seni visual, murid- murid mampu berfikir dengan kreatif dan kritis dalam memperkembangkan
hasil seni mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, murid- murid di sekolah dapat melibatkan
diri dengan pelbagai proses kerja seni yang banyak melibatkan aktiviti kreatif dan proses
mengembangkan idea dalam diri mereka. Projek seperti membuat kad ucapan dari bidang
membentuk dan membuat binaan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual ini telah
membantu murid ini mengembangkan domain kreativitinya. Aktiviti menghasilkan kad ucapan
seperti ini di dalam Pendidikan Seni Visual mengutamakan proses dan hasilan akhir. Oleh

yang demikian, proses kerja ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal murid di dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual ini
menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi agar murid mempunyai pengalaman luas
dalam bidang penghasilan karya. Pendidikan Seni Visual ini berupaya mengembangkan
naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus
dijana melalui ekspresi diri mereka. Semua yang telah dibincangkan di atas dalam domain
kreativiti adalah sejajar dengan matlamat Pendidikan Seni Visual dalam melahirkan generasi
Malaysia yang imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Melalui karya seni mereka, murid
dapat berimaginasi, berfikir secara kreatif dan kritis, berdaya inovatif dalam menghasilkan
karya yang bermutu dan inventif. Dalam pendidikan seni visual, murid diberi peluang
berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Interaksi dan keupayaan bersosial ini
dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Aktiviti pendidikan seni visual seperti ini
memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan
untuk memupuk perasaan bertoleransi. Dalam domain sosial pendidikan seni visual,
semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan dapat dibentuk. Perkembangan sosial
murid- murid secara positif dapat dibentuk dengan perkongsian ilmu melalui gerak kerja
berkumpulan dan apresiasi seni. Murid- murid bukan sahaja berkongsi idea malah dapat
menambah baik penghasilan seni mereka. Hubungan sosial yang dibentuk di antara rakan
sebaya semasa proses kerja seni yang dijalankan secara tidak langsung dapat menyemai
nilai menghormati, kerjasama dan saling bantu-membantu. Perkembangan sosial yang
berlaku adalah selaras dengan matlamat dan objektif pendidikan visual melahirkan social
yang seimbang dan harmonis yang mempunyai nilai social yang tinggi sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Rumusan Konklusinya, seni dalam pendidikan banyak
meninggalkan kesan terhadap pendidikan dan mempunyai cabaran dalam
merealisasikannya. Walaupun begitu, seni dalam pendidikan jelas menunjukkan ciri-ciri
pendekatan yang efektif yang mampu meningkatkan keberkesanan prestasi murid-murid di
dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, guru perlu menjayakan seni dalam pendidikan
dengan mengaplikasikannya dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat
ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak
mereka baik di peringkat prasekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi
pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai
kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang
semakin sengit. Oleh itu, peranan daripada pihak pendidik, ibu bapa, dan pelajar itu sendiri
amatlah penting bagi menghadapi liku kehidupan. Dalam erti kata yang lain, penggunaan seni
dalam pendidikan mungkin mampu mengurangkan kerisauan pihak tertentu terhadap
pendidikan negara Malaysia. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu
dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah
secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan
kepada aspek lain yang akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita seperti
pengaplikasian seni dalam pendidikan terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan itu sendiri. Sehubungan itu, semua pihak perlulah terbuka dalam menerima seni
dalam pendidikan melalui pembelajaran hari ini. Dalam erti kata yang lain, pendidik perlu
bersatu padu dalam menggembleng tenaga serta berusaha mengambil inisiatif dan langkah
drastik bagi memenuhi keperluan pendidikan sejagat selaras kehendak negara dalam
memacu wawasan 2020. Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai