Anda di halaman 1dari 3

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH

1. Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah.


Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap
pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi
kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata
pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah,
matematik, sains, geografi dan sebagainya.
Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin
tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan
akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan
berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika
dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah
berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana
menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang
minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan
pelajar yang lebih cerdas.
2. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih
sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini
sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka
bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat
menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak
tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng
sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka
memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi
ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan
pelajarannya.
Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang
ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon
yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka
tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak
langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan
langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini
juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus
memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu

bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran
pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.

1
3. Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam
mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya
mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang
tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan
rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk
ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti
pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi
tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini
menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
4. Mencari Keseronokan
Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih
mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di
kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di
suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan
taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk
menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu
yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.
5. Peraturan sekolah yang terlalu ketat
Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda
oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah
mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya
mereka tidak dapat didenda oleh cikgu.
Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan
untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan
pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang
terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat
bagi kesalahan yang kecil.
6. Tekanan Ekonomi
Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk
pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh
rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang
negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang
rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan

menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang
ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan
mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu
malam.

Anda mungkin juga menyukai