Anda di halaman 1dari 15

Ahad, Januari 07, 2007

Idlal Amnah 1
Hampir 5 tahun segalanya berlalu, tapi semuanya masih segar menyapa diminda Firdaus.
Sejak dari peristiwa itu, Firdaus terus membawa diri jauh ke rantauan orang. Tika itu
hatinya tidak dapat menerima pengorbanan seorang gadis yang amat akrab dengannya.
Firdaus meraup tangan ke muka. Berkali-kali kekesalan menjengah hatinya. Airmata yang
bertakung dikelopak mata, dikesat kasar. Kerana peristiwa dan kejadian itu dia menjadi
manusia lemah. Dia sanggup menumpahkan airmata demi seorang gadis Peristiwa itu
berlabuh lagi dimindanya. * * * * Kesibukan memasuki semester akhir di dalam fakulti
Teknologi Maklumat di kampus, membuatkan Firdaus dan teman-teman lain kehilangan
peluang untuk berseronok seperti sebelum ini. Amacam result kau?? Mesti gempaq kan.
Kau kan best-student course ni. Kepala hotak kau!! Banyaklah best-student ya. Dapat
pointer pun sipi-sipi je. Ada hati kau nak gelarkan Ain ni best-student ya. Alah, cool
lah. Tengok achik ni. Tenang je tau. Dapat result sipi-sipi ke? Tengah-tengah ke? Bawah
ke? No hal punyer... Asal achik boleh bersama Ain. Firdaus terus mengusik Ain. Dagu
ditongkatkan dengan tangan sambil mata dikenyitkan berkali-kali kepada Ain. Mengusik
si teman yang masih kerisauan dengan keputusan pepriksaan yang agak jatuh berbanding
sebelum ni. Apa nak jawab ngan atuk Ain ni. Alah, perkara senang camtu pun nak suruh
kami fikir!! Senang je! Dah takdir kau dapat result gitu. Itupun susah. Patutlah result
kau jatuh ya. Lembab pemikiran. Zaid menyampuk, setelah agak bosan melayani karenah
Ain, Liza dan Syue. Orang perempuan ni memang agaknya dilahirkan macam korang ya.
Gelabah tak tentu pasal. Dahlah tu, pelupa, cakap banyak dan boros. Dah azali ke
perangai korang macam tu. Alah Zaid ni, apesal kau tak tanya masa kite duduk dalam
rahim mak kiter lagi eh! Boleh gak sebelum Syue keluar dari perut mak tu. Syue tanya
pada Tuhan dulu, kan. Hisy!! Budak ni, main-main benda camtu. Berdosa tau. Serentak
dengan itu Liza menepuk bahu Syue kasar. Nauzubillah! Ni Zaid punya pasal lah ni.
Jangan nak tuding jari kat aku lak. Ada aku ajar kau kata camtu. Ada ke dia buat dosa nak
ajak aku tanggung dosa dia sama-sama. Pelik!! Korang berdua ni selalu je gaduh. Apesal
hah?! Ke ada apa-apa ni?!!! Firdaus mengusik. Jom gi cafe!! Ain lapar. Astaghfirullah!
Ain tadi masa nak mari kolej baru kite breakfast kan. Perut ape kau ni, hah?! Nampak je
kecik, tapi makan mengalahkan Syue lagi. Habis?! Kenapa tanya aku lak!! Ni!! Tanye lah
perut ni. Perut... Perut... Apesal kau cepat sangat lapar hah? Ain memegang perutnya.
Firdaus menggeleng kepala memandang Ain yang hanya bersahaja. Ranting di tangan
dilontar ke arah Ain. Geram dengan sikap Ain yang suka berlawak spontan. Dahlah tu,
jomlah! Sakit hati aku tengok kalau Ain ni buat lawak bodoh dia tu. Liza cepat-cepat
bangun mengangkat punggung. Manakala yang lain turut mengikut. DI kafetaria, selepas
mengambil makanan masing-masing. Mereka mencari tempat yang agak jauh ke
belakang. Achik... ..Achik... ... Hisy!! Apalah, Syue ni. Sedap aje Syue tengok air achik
tu. Firdaus cepat-cepat menghulurkan minumannya yang masih berbaki. Achik, meh sini
makaroni tu, biar Ain habiskan. Ya allah! Biar betul kau ni, Ain. Memang sah perut gajah
ni. Zaid... .. Masing-masing hanya ketawa bila melihat Ain beberapa kali cuba mengusik
Zaid. O.k! O.k! Aku surrender... ..Aku nak masuk kelas lah. O.klah, jenuh aku layan
korang semua. Aku ada kelas, so aku chow dulu. Liza pun. Ain pun ada kelas tapi
rasanya Encik Suhaimi tak masuk kot. Malas. Tak payah gi lah Ain, Achik pun malas.
O.klah!! Korang gi lah kelas ya. Semoga berjaya!! Ohh... .Merepek kau ni, Ain. Ada je.
Kau Sue! Jomlah!! Takkan kau pun malas, nanti keliling Encik Zamri cari beruang comel

dia ni. Sebab tak masuk kelas. Cepatlah. Liza menarik Syue. Tinggallah Ain dan Firdaus
bersendiri. Achik... ..Lama Ain tak jumpa ibu lah. Rindu lak. Ain bersuara sambil
mengigit straw di mulutnya. Jom gi rumah aku. Aku ada cerita hot ni. Banyaklah kau!!
Selalu kabor kat Ain camtu. Ingat dekat ke? Dekatlah achik ajak ni. Ada gambar baru!
Minggu lepas abah ada beli arnab tahu. Untuk boy Bukannya jauh pun rumah sewa kau
tu. Selang 2 buah rumah je ngan rumah achik. Malam ni bleh? Amboi! Amboi!
Banyaklah, assignment baru dapat tadi. Dah ajak Ain melencong ya. Macam mana Achik
ngan Milia?! Firdaus tersengih, sesungguhnya dia bahagia dengan gadis pujaannya, Milia.
Yang juga merangkap sebagai teman wanita istimewanya. Bila dengan Ain, Firdaus
sanggup meluahkan segalanya dan menceritakan segalanya pasal Milia. Ain pendengar
yang setia, Ain jugalah kaunselor terbaik bagi Firdaus bila dia mempunyai masalah
dengan Milia. Ain jugalah tempat dia mengadu segala-galanya. Eh!!Mengelamun lak dia
ni. Jom gi library. Nak cari note sket. Jomlah. Ops!! Achik tengah bahagia sekarang.
Oh! Lupa Achik nak kasi tahu, Ain. Abah beli tudung untuk Ain. Achik lupa nak bawa.
Siap ada tulis nama Ain lagi tahu. Betul ke? Sayang abah kat Ain eh! Iyalah tu, anak abah
pun ada gak sayang kat Ain. Tapi takde duit nak beli hadiah mahal-mahal cam abah beli
tu. Hii... ..Sukernya ramai orang sayang kat Ain ya. Kalau dari dulu Ain tahu achik sayang
gak kat Ain. Ain nak suruh Achik beli bear besar kat Mid Valley dulu tu tau. Tu malas
nak sayang Ain tu. Banyak sangat karenahnya. Tak baik tau, buruk siku sebab tarik balik
sayang tu dari Ain. Ada ke benda gitu boleh jadi buruk siku lak. Peliklah dia ni. Hah!
Ikut suka kau lah. * * * Comelnya, terima kasih, abah. Ain berkali-kali mengayakan
selendang yang diberi oleh Encik Lotfi kepadanya. Puan Zaini hanya tersenyum dengan
keletah anak angkatnya itu. Abah tahu, kalau Ain pakai selendang ni memang cantik
punya. Encik Lotfi bergurau sambil matanya tidak lepas-lepas memandang anak
angkatnya yang berkali-kali berpusing-pusing mengayakan selendang yang diberikan
olehnya sebentar tadi. Pertama kali dia dan isterinya melihat Ain, hatinya sudah jatuh hati.
Setiap kali Firdaus mengajak Ain bertandang ke rumah mereka, gadis itu tidak betah
untuk bermesra dengannya sekeluarga. Hampir 3 tahun Ain hidup dalam keluarga Encik
Lotfi. Segala-galanya menyenangkan hati semua ahli keluarganya. Malah kelima-lima
anak lelakinya senang bila Ain berada di rumah mereka. Ain sudah dianggap seperti anak
gadisnya sendiri. Abah... .Terima kasih. Ain suka sangat hadiah abah bagi ni. Ain tidak
pernah meminta apa-apa dari keluarganya, malah Ain lah yang telah memebrikan
kebahagiaan buat mereka sekeluarga. Semua anak-anaknya menyayangi gadis itu. Ain
dipeluk erat oleh Puan Zaini. Ibu dengan abah ni kalau Ain datang. Achik terus tak sedar,
ada ke tidak. Tu yang achik malas nak suruh Ain datang tu. Firdaus mencelah. Cuba
bergurau, hatinya sennag bila seluruh ahli keluarganya menumpahkan kasih sayang pada
teman kampusnya itu. Baginya Ain layak untuk menerimanya. Sepanjang kenali Ain,
Firdaus sudah jatuh sayang padanya. Sikap Ain menyenangkan sesiapa saja. Tak pernah
sekalipun Firdaus melihat Ain menangis atau bermuram sepanjang mereka berkawan. Ain
seorang teman yang begitu istimewa, namun dia tidak faham mengapa dia tidak pernah
jatuh cinta pada Ain lebih dari seorang kawan. Firdaus takut Ain hilang dalam hidupnya.
Ain penting dari segala benda yang dmilikinya. Ain seolah darah dagingnya sendiri.
Achik... . Encik Lotfi menepuk bahu Firdaus selepas Firdaus terdiam beberapa ketika.
Merajuk ke? Buruknya kalau anak teruna ni merajuk ya. Mana abah tahu nama penuh Ain
ni? La... Ni abah ada assistant lah. Nombor surat beranak Ain pun dia tahu. Kenapa
orang panggil nama Ain, tak panggil Amnah??.. Abah... .Kejap!! Belum sempat Encik

Lotfi meneruskan kata-kata. Firdaus memanggil. Encik Lotfi meminta diri, ketika Encik
Lotfi berbual-bual dengan Firdaus. Ain meminta diri untuk pulang. Encik Lotfi masih
asyik mendengar percakapan Firdaus, sesekali Firdaus menjeling Ain yang bergegas
mengambil beg sandangnya untuk berlalu pulang. Ain!!! Sebaik kaki Ain melangkah
mendapatkan bike nya. Firdaus segera mendapatkannya. Hei!! Kenapa tak ambil hadiah
abah kasi tu? Nantilah... Ain ambil petang nanti. Ain nak gie Cyber cafe jap. Achik ikut!!
Tak yahlah, Ain nak lekas ni. Dah janji. Ain terus mengayuh bike meninggalkan
halaman rumah Firdaus. Sebenarnya Ain keliru. Hatinya begitu bimbang dengan
pertanyaan yang dilontarkan oleh Encik Lotfi yang bakal mengundang seribu kekeliruan
dan mengembalikan luka lamanya. Hampir 8 tahun semua itu cuba dilupakannya. * * *
Abang tahu... .Ain anak abang. Kenapa awak terima nama Dato Karim kasi tu. Ain anak
abang. Darah daging abang. Tapi... ..Saya tak sanggup nak lukakan hati ayah. Dia dah tua,
bang. Abang tahu, tapi kenapa awak tak berterus terang dengan dia. Cucunya tak pernah
wujud. Abang tahu, sebelum Ikmal meninggal... Dia tak pernah sentuh awak kan. Abang
tahu dan abang yakin semua tu. Ain anak abang. Abang... .. Puan Hasnah menangis
teresak, Ain menanti di balik pintu. Awak gilakan harta Dato Karim sampaikan sanggup
jual anak kita. Abang... ..Bukan!!! Tapi itu permintaan ayah, dia nak kasi semua harta tu
pada Ain bila dia berusia 21 tahun. Saya... Saya cuma nak Ain senang nanti. Tak cukup
kah harta yang kita ada sekarang ni?? Ain tetap anak abang. Abang, bagilah ayah peluang.
Dia nak sangat namakan Ain dengan nama tu. Lagipun dia yakin Ain cucunya, anak yang
lahir dari rahim saya hasil dari perkongsian hidup saya dengan Ikmal sebelum saya
kahwini abang. Abang tak kira, Ain anak abang. Satu-satunya harta abang ada dalam
dunia ni. Abang nak buktikan pada Dato Karim. Abang takkan biarkan dia rampas Ain
dari abang. Takkan!! Tapi... ..Ayah dah daftarkan nama tu untuk Ain. Masa tu abang
takde. Saya tak boleh buat apa-apa,bang. Takk... ..Tak mungkkin Hasnah. Ain Zikrullah
nama saya pilih untuk Ain. Dan saya pasti tak sapa boleh tukarkan nama tu. Keputusan
saya muktamad, Hasnah!! Abang... ..Ayah dah bagi muka kat kita dengan meletakkan
nama abang sebagai bapa Ain. Itu sebab memang aku bapak dia!!! Ain tak boleh dirampas
dari aku. Ain anak abang, Hasnah. Abah!!!! Ain meluru mendapatkan abahnya, tangisnya
dihamburkan ke dada Encik Zakri. Ain anak abah!!! Ain tak nak nama tu, Ain nak abah...
Nak umi... Jangan kasi Ain tinggal dengan Atuk Karim. Ain nak hidup ngan abah dan umi
selamnya. Jangan biar Ain tinggal kat rumah tu, abah... Ain teresak di dada Zakri. Zakri
jadi sebak. Puan Hasnah hanya terdiam, tidak dinafikan Ain anak kandungnya dan Zakri.
Namun kerana rasa sayang dan membalas apa yang pernah Datuk Karim korbankan
untuknya dulu. Puan Hasnah jadi keliru. Antara balas budi serta kasih suaminya. Zakri
dan Ain keluar meninggalkannya sendirian. * * * Hei!!! Berangan eh!; Achik?! Ain
tersentak dengan sergahan Firdaus. Dicarinya kelibat teman-teman lain. Nak makan tak?!
Ain ada kerja nak buat ni. Ain cuba melarikan diri dari Firdaus. Kalau boleh dia tak mahu
akrab dengan Firdaus macam dulu-dulu. Ain malas utnuk bersemuka dengan Encik Lotfi
lagi, serta diajukan persoalan yang sama. Kau marahkan abah ya? Hah?! Taklah. Ain
jawab acuh tak acuh. Petang ni turun town nak gi cari barang sket. Ain kena balik dulu.
O.klah Achik... Hei! Kenapa dengan Ain ni? Dah bencikan Achik ke? Ain terkejut.
Firdaus berjauh hati dnegan sikapnya. Achik... ... Achik tahu Ain marahkan Achik dan
abah. Maaflah, Achik tahu Achik yang salah. Tapi tak boleh ke Ain jadi tak sesensitif ni.
Ain mula naik angin dengan kata-kata Firdaus. Ain tak sensitif!!! Achik jangan tuduh Ain
macam tu tau. Kalau Ain ni sensistif, Ain tentu dah lama mati makan hati dengan Achik

selama ni tau. Ooh... ..Selama ni Achik ni memang selalu sakitkan hati Ain lah ye. Ok!!
Ok!! Fine! Lepas ni Achik dan Ain putus!! Clash!! Faham?! Hei!!! Kenapa ni?! Zaid
datang meredakan perbalahan antara Firdaus dan Ain. Ain berlalu pergi. Begitu juga
Firdaus. Masing-masing membawa amarah sendiri. Zaid menggeleng. Sesekali Firdaus
dan Ain umpama kucing dan anjing, namun kadang-kadang mereka akrab umpama
adik-beradik. Malah hubungan Ain dan Firdaus begitu istimewa pada pandangan Zaid.
Firdaus dan Ain boleh berkongsi bermacam-macam hal. Malah Ain banyak membantu
Firdaus. * * * Ain berlari mengangkat telefon. Sudah 3 hari dia berada di rumah. Mak Pah
menemani Ain di rumah itu. Satu-satunya rumah yang ditinggalkan oleh arwah
majikannya pada anak gadis tunggalnya. Ain gadis yang tegas, dia sanggup bertegang
leher dengan keluarga atuknya, Datuk Karim. Gagang diangkat. Hello... Amnah... . Suara
Datuk Karim mengejutkan Ain. Atuk ni Amnah. Hmm... ..Assalamualaikum, tuk.
Waalaikumsalam, esok datang rumah atuk, sayang. Ada perkara atuk nak bincangkan
dengan Amnah. Saya sibuklah, tuk. Lagipun... Kedengaran Datuk Karim batuk-batuk
kecil di hujung talian. Atuk... Atuk tak apa-apa, kan? Takk... .Kalau Ain sibuk esok, atuk
tak paksa. Kerana peraasaan dan asuhan arwah abahnya satu tika dulu, Ain menjadi akur.
Tukk... .Esok saya datang. Betul ke ni? Biar Mak Usu jemput ya. Takk... .Tak payah, tuk.
Saya datang naik bas nanti. Tak payah, esok atuk suruh orang datuk jemput. Klik! Gagang
diletakkan, Ain tahu keputusan akhir dari Datuk Karim membuatkan Ain akur. Selepas
gagang telefon diletak, Ain menuju ke bilik Mak Pah. Ditinggalkan sendirian sebegini,
membuatkan Ain jadi sayu. Lebih-lebih lagi bila terkenangkan arwah abah dan mamanya.

Ahad, Januari 07, 2007


Idlal Amnah 2
Atuk paksa Ain! Kenapa Ain ikut. Sebab atuk sakit. Mak Usu kata atuk cuma nak tengok
Ain kahwin dengan abang Izham. Ain takut... . Sue manarik Ain ke dalam pelukannya.
Terlalu banyak rintangan yang perlu ditanggung oleh teman baiknya itu. Achik dah tahu?
Ain menggeleng. Achik sibuk, Milia buat kes lagi. Ain... ..
Ain merapatkan diri Sue ke dalam pelukannya. Tangis dihamburkan ke bahu teman
baiknya itu. Semalam Ain tertidur dalam kesedihan. Bingkai gambar arwah abah dan
mamanya dipeluk erat. Enci Zakri dan Puan Hasnah terkorban dalam perjalanan ketika di
Norway. Ketika itu Ain masih baru menuntut di kolej, dalam tahun pertama. Dugaan
datang bertimpa-timpa, Datuk Karim menanggung segala kos hidup Ain. Malah Ain
lansung tidak mengetahui tentang harta-harta dan surat abahnya. Ketika peguam abahnya
datang membacakan wasiat. Ain masih bersedih. Baginya kehidupan semakin kosong.
Ain... ..Achik datang. Ain terkejut. Kau suruh dia datang, Sue? Tajam Ain memandang
Sue. Sue menggeleng. Ain terus menyembamkan muka ke bantal. Ain tak nak jumpa dia.
Tapi... .Dia nak jumpa sangat-sangat dengan kau. Takk... .Nanti dia tengok keadaan Ain
macam ni. Ain tak nak dia syak apa-apa. Kau ada hati dekat Achik ya? Sue menyakat. Ain
pantas bangun mencapai sweater dan tudungnya. Lantas keluar mendapatkan Firdaus.
Sebaik Ain melabuhkan punggung di kerusi batu berhampiran Firdaus. Milia nak
putuskan hubungan, Ain. Ain tersentak, nyata Firdaus juga mempunyai masalah sendiri.
Bila?! Tadi dia minta, katanya dia sebenarnya dah ada buah hati. Dia layan Achik sebab
dia tak nak Achik frust. Ain tersenyum, telah lama dia cuba memberitahu status Mila

yang sebenarnya pada Firdaus. Namun Firdaus tak pernah mempercayainya, baginya Mila
tak mungkin menipunya. Sabarlah, Chik. Bunga bukan sekuntum. Tapi... Milia lain. Apa
yang lainnya, Achik? Semalaman Ain melayani luahan hati Firdaus, luahan kecewanya
dengan sikap aweknya, Milia. Sebaik Ain masuk ke rumah sewanya. Sue masih menanti.
Achik putus dengan Mila, Sue. Kau tak beritahu dia masalah kau. Argh! Bukannya
penting sangat. Biarlah, masa yang tentukan semua tu. Tubuh dibaringkan ke tilam.
Sampai bila kau nak jadi pak turut Achik tu. Bila dia sedih dia cari kau. Tapi kau?!! Bila
kau bermasalah, kau cuba jauhi dia. Tak terasa ke kau ni Ain? Luahkan apa yang kau
alami tu pada orang sekitar kau. Aku tak sanggup tengok kau ketawa dan ceria. Tapi...
.Tapi hati kau? Tak sapa tahu dan faham. Kau dah jemu dnegan kisah hidup Ain, Sue?!
Ain sukar nak percayai orang lain kecuali kau. Ain tak pernah sedih, tak pernah hati ni
terasa. Bila Ain luahkan apa yang Ain alami ni pada Syuhairah, hati ni jadi gembira balik.
Sebab tu Sue berharga dalam hidup Ain. Ain memeluk Sue seerat mungkin. * * *
Maaflah, Chik. Hari ni ada date! Ngan sape?? Pakwe lah, takkan nak date ngan makwe
lak. Allo! Cik abang!!! Kita ni normal lagi tau. Ain mengusik Firdaus dengan gelagatnya.
Ain... . Sorry! Merry!! Sungguh lah kita takleh temankan awaklah. Sue! Mehlah nak
tumpang pun, sebab Ain pun nak balik rumah sewa jap. Sebuah Honda BEW 11,
menyusur masuk ke dalam kawasan kampus. O.k! Achik, Ain chow kit dulu eh... . Ain
dan Sue berlalu masuk keperut kereta Honda berwarna silver yang setia menanti di
kawasan kampus. Ain dan Sue melambai mesra pada Firdaus. Tiba-tiba, bedebuk! Ain!!!
Firdaus menahan tawa melihat Ain tersungkur jatuh tersepak benteng di tepi jalan.
Seorang lelaki yang segak dengan jeans dan t-shirt Polo keluar mendapatkan Ain. Mesra.
Firdaus gelisah dengan kehadiran lelaki itu di sisi Ain. Sue hanya memerhati dengan
senyuman. Firdaus berlalu pulang ke rumah. Entah kenapa Firdaus tiba-tiba berubah
angin. Sue!!! Ain sampai ke rumah tika malam makin lewat. Dia dah ada makwe. Ain
memeluk Sue. Anehnya Ain bersikap tenang. Kau kena beritahu atuk kau, Ain. Takk...
..Kami akan buat perjanjian minggu depan. Kak Tiha, girlfriend abang Zam akan datang
ke sini. Kami akan sama-sama berbincang. Masa tu? Kau nak pergi sendiri? Ain? Ain
mengangguk. Baik kau ajak Achik. Achik?!! Ya... . * * * Macam mana Zam nak lupakan
Tiha? Zam sayangkan Tiha. Zamri memandang gadis pujaannya yang masih tenang
menghadapnya. Tapi... .Zam tak boleh kecewakan hati keluarga Zam. Hati atuk Zam, dan
hati Idlal Amnah. Dia tak salah. Memang Amnah tak salah, tapi Zam tak tahu kenapa Zam
yang kena beralah dengan atuk. Zam perlukan Tiha. Fatiha menggeleng kepala, lucu
dengan sikap Zamri. Tiha tak percaya?! Kalau boleh malam ni juga Zam nak kahwin
dengan Tiha. Zam... .Dengar ni. Fatiha cuba bertegas. Zamri memandang akur pada
Fatiha. Sekarang Zam di pertengahan, Tiha tak kisah siapa yang Zam pilih. Asal Zam
boleh pilih yang terbaik. Tiha akur dengan keputusan Zam. Tiha tak sayangkan Zam?
Zam... .Tiha tak pernah kata Tiha tak sayangkan Zam. Tiha sayang Zam, tetapi sayang
Tiha pada Zam hanyalah sayang seorang kawan. Zam pun tahu, kan? Zamri mengangguk.
Satu penyeksaan baginya andai Fatiha hilang dari hidupnya. Namun, begitu juga dengan
kehadiran Idlal Amnah disisinya. Kedua gadis itu begitu serasi dengan jiwanya. Dia ingin
memiliki keduanya. Zamri termenung seketika teringat tentang perbualan telefon bersama
Idlal Amnah sejak mereka di tunangkan. Malah tawa, gurauan dan suara Idlal Amnah
begitu menyenangkan jiwanya. Begitu juga Fatiha, cara dan perlakuan Fatiha
melambangkan kesempurnaan. Malah Fatiha cukup bersopan. Cuma Datuk Karim sahaja
yang buta menilai diri Fatiha yang lembut dan cukup sempurna itu. Mungkin kerana mata

tua Datuk Karim terlebih tertumpu pada kesempurnaan yang ada pada cucu perempuan
tunggalnya, Idlal Amnah. Fatiha dan Amnah, tiada perbezaan di antara mereka. Malah
jika dipandang dari sudut agama sekalipun. Mereka boleh dijadikan contoh. Biarpun Idlal
Amnah dikelilingi dengan budaya kampus di tengah-tengah kota. Namun, tak pernah
sekalipun Idlal Amnah keluarkan sesuatu yang menyakitkan hati Zamri, begitu juga dari
segi berpakaian. Idlal Amnah lebih senang berbaju kurung dan bersederhana. Zam... .Tiha
balik dulu. Zam fikirlah sebaiknya. Lagi 3 hari kita kena temui Idlal Amnah. Tak sabar
Tiha nak bertemu dengannya. Mesti dia seorang yang sempurna, kan? Sampaikan Tiha
tengok Zam pun boleh khayal tentang Amnah walaupun Zam tengah date dengan Tiha.
Tiha pergi dulu, Zam. Assalamualaikum. Sekuntum senyuman manis di hadiahkan pada
Zamri sebelum Fatiha berlalu. Waalaikumsalam. * * * Kata tak suka!!! Tapi tengoklah!
Achik... . Apa Achik..Achik Ain buat Achik ni dah tak bermakna lansung untuk Ain ye.
Ain ingat Achik ni takde hati perut ke?! Firdaus menghempaskan handset ke sofa. Sejak
akhir-akhir ini, Firdaus semakin rasa tersisih dengan sikap Ain. Puan Zaini. Dia
sendiripun hairan, Firdaus kerap marah-marah, kadang-kadang bukan Puan Zaini saja
yang perasan, malah adik-adiknya pun turut sama pelik dengan perangai Firdaus. Kenapa
Achik tu, bu? Fatin bertanya bila terkejut melihat perangai adiknya. Entahlah, Ngah. Ibu
pun hairan. Sejak akhir-akhir ni pelik benar perangai Achik tu. Angah nak ke mana tu?
Dapur jap, bu. Tolong ambilkan jus untuk ibu boleh? Its your pleasure, ibu... . Sebaik
Fatin melangkah ke dapur, Puan Zaini mencapai handset Firdaus yang masih tersadai di
sofa. Tangannya menilik menu untuk melihat siapa punca amarah Firdaus. Bu, air ni.
Terima kasih, Ngah. Angah, ibu nak tanya sikit. Fatin duduk disebelah ibunya. Achik
gaduh ngan Ain ke? Taklah, bu. Mana boleh Achik gaduh ngan Ain tu. Ibu tahu tak, dia
ngan Ain tu macam isi dengan kuku tau. Tak boleh berenggang lansung. Iyalah, cuba
Angah tengok ni. Last dialled nombor Ain kan. Pastu dia marah pun lepas berbual di
talian tadi, kan. Iyalah bu. Tapi... . Takpelah nanti kalau Angah jumpa Ain, Angah
tanyakan ya. Ibu jangan risaulah. Ibu bukan apa, Ain tu anak yatim piatu. Tak baik kalau
kita sakitkan hati dia. Kita yang berdosa. Lgipun dia tu sebatang kara. Takde sapa yang
boleh dia mengadu selain kita, kan. Fatin mengangguk, memang Fatin akui Puan Zaini
cukup berlembut dan menyayangi Ain. Malah kadang-kadang timbul rasa irihati pada Ain
bila kedua orang tuanya lebih mendahului Ain. Fatin juga turut menyayangi Ain sebagai
adiknya. Malah seluruh ahli keluarganya menyenangi gadis malang itu. Fatin bangun
meninggalkan Puan Zaini, hatinya meronta-ronta untuk menjenguk ke bilik Firdaus. Daun
pintu yang tidak ditutup rapat membolehkan Fatin menjenguk seketika. Firdaus sedang
berteleku di meja tulisnya. Kenapa ni, Chik? Firdaus mengangkat muka melihat Fatin.
Achik tak sihat ya? Firdaus menggeleng, mukanya diraup beserta satu keluhan lemah.
Habis?! Gaduh ngan Ain. Achik... Achik... ..Achik takut kehilangan Ain. Firdaus meraup
barang-barang di atas meja tulisnya dengan kasar. Fatin terkejut. Firdaus benar-benar
marah. Fatin menanti reaksi Firdaus seterusnya. Firdaus bangun kasar sambil menyepak
barang-barang yang berteraburan dilantai. Kemudian Firdaus terduduk lemah. Kenapa
pulak Ain nak tinggalkan Achik. Kak Ngah tak faham. Memanglah Kak Ngah tak faham!!
Lagipun Kak Ngah bukan duduk di tempat Achik. Siapa pun tak faham!!! Malah Achik
sendiri pun tak faham!!! Kenapa Achik punyai perasaan begini pada Ain! Firdaus ketawa
kasar. Ternyata Firdaus seolah-olah orang yang sedang kecewa. Fatin memujuk lagi, ingin
mengetahui cerita sebenar tentang Ain. Kenapa Firdaus Halimie yang akak kenal boleh
jadi selemah ini hanya kerana seorang gadis macam Ain?! Achik bukan lemah, Kak Ngah.

Tapi Ain yang lemah. Kenapa dia mesti pertaruhkan hidup dia. Hanya kerana dia
hormatkan keluarga atuknya. Yang lansung tiada pertalian darah! Kenapa Achik boleh
berkawan dengan orang sebodoh Ain!! Achik!! Listen to me! Apa lagi Achik nak dengar,
kak?!! Apa lagi? Ain dah hilang Ain, kerana harta Ain dijadikan taruhan. Achik benci
dengar cerita ni dari Sue. Tapi... Tapi... Kenapa Ain masih boleh bereaksi gembira dengan
Achik. Kenapa dia tak jauhkan diri dari tunangnya tu. Achik benci bila lihat Ain
perbodohkan dirinya sendiri!!! Fatin menggeleng. Kalau benar Achik ni kawan Ain.
Kenapa dia tak kongsi keperitan dan penderitaan yang dia tanggung tu dengan Achik.
Siapa Achik di matanya, kak? Bila Ain bertunang?! Akak tak tahu pun. Dan kenapa?! Kak
Ngah... ... Panjang kisah Ain tak kita tahu, kan? Kalau benar Ain nak anggap kita
keluarganya, kenapa dia tak luahkan pada Achik, pada ibu atau pada Kak Ngah sendiri.
Itu sebab Ain tak anggap kita keluarga dia. Jangan cepat menuduh, dik. Achik tak
menuduh. Tapi Achik kecewa, akak tahu tak? Tiap malam Ain berendam airmata, sedih
kenangkan hidupnya, tapi bila dengan Achik dia ketawa riang. Bila jumpa Kak Ngah dia
tersenyum manis. Kita tak tau... Kita tak tahu sekarang dia tengah berduka. Tiap kali dia
keluar dengan tunangnya, diherdik, dimaki dan macam-macam lagi lelaki keparat tu buat
dekat Ain. Tapi Ain tetap keluar dengan dia. Tak pernah serik. Ain buat Achik makin
benci pada dia. Hari ni pun Ain keluar dengan Zamri tu. Siapa tunang dia tu? Zamri
Iskandar! Cucu kepada Datuk Karim. Tok!!! Tok!! Puan Zaini terjengul di pintu, dengan
lelehan airmata. Achik, Sue telefon. Ibu?! Ibu dah dengar semuanya. Achik jawab call ni
dulu. Firdaus pantas mengambil handsetnya dari tangan Puan Zaini. Ya allah!! Binatang
punya Zamri! Belum sempat dihalang oleh Puan Zaini dan Fatin, Firdaus berlalu
meninggalkan rumah dengan kereta Fatin. * * * Binatang!!! Buk!! Firdaus melepaskan
tumbukan bertubi-tubi pada Zamri. Kalau kau nak bunuh Ain! Langkah mayat aku dulu!!!
Kau dah silap, tu bukan ... .bukan salah aku. Bukan salah kepala hotak kau!!! Aku
tengok!!! Macam mana kau tampar Ain tadi, lepas tu Ain berlari keluar dari kereta kau.
Mata aku tengok macam mana kau buat Ain. Aku tahu dari dulu kau bencikan Ain. Kau
mainkan perasaan dia. Binatang apa kau ni hah?! Sabar, Sue... Sabar Sue... . Liza cuba
mententeramkan Suhaliza yang terus meronta menyerang Zamri. Suhaliza terusan
meraung. Mana Ain?! Pertanyaan Firdaus membuatkan Sue terdiam. Hanya Liza yang
menjawab. Masih kat dalam, dah 2 jam Chik. Kalau apa-apa jadi pada Ain, aku bunuh
kau!! Mereka menanti dengan penuh debaran sehinggalah keluarga Datuk Karim bersama
Mak Pah tiba ke hospital. Atuk... .Zam nak atuk terus terang dengan Zam!! Siapa Amnah
dalam keluarga kita! Biadap! Kenapa kau tanya atuk kau macam tu. Encik Fazli menegur
anak sulungnya dengan kasar. Memang... .Memang Amnah bukan cucu kandung aku!
Ya!!! Dari dulu lagi Zam tahu, Amnah anak luar nikah Mak Long Hasnah dengan Pakcik
Zakri. Pang!! Masing-masing terkejut Isabella menampar anak saudaranya. Amnah adalah
zuriat suci Kak Hasnah dengan Abang Zakri. Kamu jangan memandai. Mak Su tahu hal
ni. Sudahlah tu, Bella! Betul kata Zamri tu. Pertelingkahan keluarga Datuk Karim terhenti
serta-merta bila pintu bilik kecemasan dibuka. Seorang pesakit dikeluarkan dengan kesan
balutan dibahagian kepala, muka dan kedua belah tangannya. Masing-masing menyusur
pihak hospital menolak troli Ain ke wad. Macam mana kawan saya, doktor? Maaf, dik.
Kawan adik mungkin alami kecederaan parah pada mukanya. Dan... .besar kemungkinan
dia akan lumpuh. Ya allah! Kenapa kau timpakan bala ni pada Ain? Sue teresak di bahu
Liza. Firdaus masih terpempan dengan pengakuan doktor. Puas hati korang semua, kan?
Hah!! Tunggu apalagi, baliklah!!! Sekarang Ain dah cacat! Achik!! Zaid menenangkan

Firdaus. Hah!! Binatang!! Puas hati kau, kan? Selepas Ain dimasukkan di wad, Firdaus
menghalang langkah keluarga Datuk Karim. Zaid masih memegang Firdaus yang semakin
menggila. Jangan harap aku nak beri kau sakitkan Ain lagi! Berambuslah!!! Berambus
dari sini!! Hei budak!! Amnah tu cucu aku, kau jangan main-main tau. Aku boleh saman
perbuatan kau ni. Datuk Karim bersuara. Hei orang tua!!! Sedar sikit! Tak pernah wujud
dalam mana-mana bahagian dalam nama Ain tu tercatat nama anak kau sebagai ayahnya.
Mana kau tahu hah?! Encik Fazli mulai berang. Pertelingkahan mula berlaku. Cukup!!!
Achik, kamu nak jadi apa hah? Ibu tak pernah ajar anak ibu macam ni. Kedatangan
keluarga Encik Lotfi mengejutkan mereka semua. Ibu... ..Ibu... .Tak tahu semua ni! Siapa
kata ibu tak tahu? Ain pun anak ibu juga. Ibu kenal keluarga Ain. Takk... .Tak mungkin... .
Iya, Achk. Puan Zaini kenal keluarga Amnah. Masing-masing terpaku, bila muncul
seorang pemuda bersuara. Awak siapa?! Saya?! Atuk tentu kenal saya, kan? Mak Usu,
Pak Long dan Mak Long pun. Saya Afiq, Afiq Zainal Ikmal. Anak kepada arwah Ikmal.
Afiq?! Isabella menerkam memeluk Afiq, hampir 23 tahun dia mencari keluarga kakak
iparnya yang ditinggalkan oleh Abang Ngahnya, Ikmal. Dia sendiri pun seolah-olah
hampir berputus asa, dia sayangkan kedua-dua anak saudaranya yang lahir dari
perkongsian hidup Ikmal dan Kalsom. Alia Zarith dan Afiq Zainal, semuanya menghilang
selepas Kalsom memohon perceraian dari Ikmal, selepas itu Ikmal ditimpa kemalangan
selepas 3 bulan berumahtangga dengan Hasnah. Kemudian Hasnah berkahwin lain,
dengan Zakri. Maka hasil dari perkongsian hidup Hasnah dengan Zakri, Ain di lahirkan.
Ya, Mak Su. Rindu benar Afiq nak jumpa Mak Su. Tapi... .Umi tak kasi kami pulang ke
Malaysia. Umi tahu dendam atuk pada Umi tak pernah padam. Mana kamu menghilang
selama ni? Kami perdagangkan nasib kami anak-beranak atas harta milik Idlal Amnah. Di
Jerman, uncle Zakri dan aunt Hasnah yang turunkan nama umi sebagai penjaga kepada
Amnah. Tapi kami tak berpeluang nak jaga dia, cuma segala tentang Amnah umi tahu dari
beberapa orang rakan Amnah dan orang suruhan umi. Amnah tu cucu aku!! Datuk Karim
bersuara kasar. Takk... Amnah bukan cucu atuk, tapi... Amnah anak uncle Zakri dengan
aunt Hasnah. Dia dilahirkan hasil dari perkongsian hidup yang sah. Mungkin masingmasing tak tahu hal ni. Lagipun dalam wasiat yang uncle Zakri berikan pada saya untuk
diuruskan, ada keterangan yang sahihkan bahawa Ain Zikrulah adalah anak kandungnya.
Dan nama Amnah Idlal yang dipilih oleh Datuk Karim untuk Amnah memang sah dari
segi undang-undang untuk diterima. Ini kerana nama tu memang berbintikan uncle Zakri.
Sebelum kita bercakap panjang lebar disini, mari kita ke kafe. Tak elok kita huru-harakan
keadaan wad ni. Lagipun Amnah masih tak sihat, kan? Datuk?! Encik Lotfi bersuara.

Selasa, Januari 16, 2007


Idlal Amnah 3

Kau masih nak teruskan hubungan dengan Zam? Ain mengangguk.


Firdaus sedikit kesal. Kau... .Kau... . Dahlah tu, Achik. Kalau tak
kerana abang Zam yang nak terima Ain macam ni sapa lagi? Achik
juga yang kata, Abang Zam kena bertanggungjawab atas apa yang dia
buat pada Ain. Ain... . Ain tahu Achik sayangkan Ain, lepas ni takleh
lah Ain nak bodek Achik macam dulu lagi. Kita dah tak boleh naik

bike sama-sama, kan?. Ain... Ain dah jadi cacat. Dah tak segagah
dulu. Ain ketawa, sebak di dada cuba disembunyikan. Parut ni pulak,
entah bila boleh hilang. Ain dah tak macam dulu lagi, Chik.
Parut yang melingkar di pipinya diusap perlahan. Ada getaran dijung
jarinya. Ain mulai sebak. Airmata mulai bergenang. Turut
mengundang sebak di dada Firdaus.
Achik sanggup beli apa saja untuk Ain. Achik sayang Ain. Ain tahu,
dari dulu lagi Ain tahu Achik sayang Ain. Sekarang semua orang pun
dah sayang Ain. Tapi Achik yang lebih dulu sayang Ain, kan? Ain
ketawa, namun kali ini airmatanya gugur di depan Firdaus. Ain dah
tak boleh jalan macam dulu, Chik. Ain... . Firdaus memandang keluar
tingkap bilik. Cuba mengundang sebak. Dadanya sebak. Abah dapat
tawaran ke Jepun. Insyaallah kalau tak ada aral melintang, keluarga
Achik akan berangkat ke sana lusa. Ain hantar Achik ya. Achik...
Achik... ..Macammana Achik nak hantar Ain, Achik tengoklah... . Ain
mengusap pehanya yang berbungkus dengan lembut. Kata-kata Ain
mati disitu, tatkal Firdaus memeluknya kemas. Ain mesti datang,
Achik balik dulu. Ain memandang lesu, masih terkejut dengan
pelakuan Firdaus sebentar tadi. Alangkah baiknya kalau Abang Zam
sayangkan Ain macam Achik sayangkan Ain. Satu keluhan terdetik di
hati Ain. Seketika kemudian, Afiq masuk ke bilik Ain. Kenapa Achik
tu? Sedih je abang tengok. Haa... ..Ada apa-apa ke adik abang dengan
Achik tu. Takdelah. Abang, Ain nak keluar. Tapi... .Abang tengoklah
ni. Afiq memandang sayu, dihampiri katil Ain perlahan. Mari abang
dukung ya. Ain beritahu mana Ain nak pergi, abang boleh bawak tau?
Tak malu ke abang? Ain dengan abang... . Ain, kan umi dah beritahu
Ain ni adik abang. Abang dan Ain satu susuan. Umi pernah susukan
Ain masa Ain bayi tau. Ain lupalah, bang. Ain cuba ketawa. Namun,
entah kenapa dia tiba-tiba bersedih. Airmatanya gugur. Kenapa ni?
Kenapa sebelum ni abang, umi dan kak Lia tak balik ambil Ain? Afiq
terkejut. Bukan Umi tak nak ambik, Amnah. Tapi... Datuk Karim dah
hantar orang untuk musnahkan hidup Umi bersama anak-anak umi.
Umi pernah balik, tapi macam-macam hal berlaku masa tu. Malah
Datuk sendiri arahkan orang agar memberi amaran pada umi untuk
jauhkan diri dari Amnah. Selama ni, Abang Afiqlah yang umi
harapkan jaga Amnah. Abang Afiq pernah datang rumah Amnah

lepas abah Amnah meninggal. Tapi masa tu abang Afiq takut nak
beritahu Amnah lagi. Amnah terlalu bersedih. Kalsom memeluk Ain,
diciumnya gadis itu berkali-kali. Sayang anak umi, lepas ni umi janji
umi takkan tinggalkan Amnah lagi. Masing-masing deselubungi
kesepian. Ain nak keluar, nak hirup udara segar. Abang kata nak
dukung Ain. Afiq terus mengangkat tubuh Ain perlahan-lahan. Berat
jugak Ain ni ya. Hii, mati abang nak bawa Ain jalan lama-lama nanti.
Afiq... . Kalsom menegur. Ain ketawa riang.
***
Ain mintak maaf kalau sebelum ni, Ain ada buat kesalahan pada
Achik sekeluarga. Ucap Ain perlahan, rasa sayu menyelubungi
dadanya. Tak pernah, sayang.
Puan Zaini memeluk Ain yang setia di kerusi rodanya. Kemudian
diciumnya Ain berkali-kali. Ain mencium tangan Encik Lotfi,
kemudian seorang demi seorang adik-adik Firdaus datang memeluk
Ain. Akhir sekali mereka semua membiarkan Firdaus bersendirian
dengan Ain.
Achik harap Ain bahagia. Achik akan poskan surat buat Ain sentiasa.
Achik sayangkan Ain. Firdaus memegang tangan Ain, diletakkan
sebungkus hadiah berbalut kemas di dalam genggaman Ain.
Achik... .Jangan lupakan Ain ya. Achik takkan lupa tentang Ain.
Nanti tak bolehlah Ain nak bermanja-manja dengan Achik cam dulu.
Masa Ain kahwin nanti... . Suasana menjadi senyap. Achik tak boleh
pulang masa tu Ain. Achik tak sanggup. Tapi sekurang-kurangnya...
Achik hantarlah berita tentang Achik dan keluarga kat sana ya. Ain
pasti rindukan mereka semua. Ain... .Nanti masa konvo kalau Achik
tak balik, Ain ambilkan transkrip Achik dan poskan untuk Achik ya.
Insyaallah, Chik. Itupun kalau Ain pergi. Ain segan nak berdepan
dengan keadaan macam ni. Ain... .Pandang Achik, Ain tak pernah
kurang apa-apa. Cuma mungkin masa ni Ain tak bernasib baik. Ain ni
agaknya memang bernasib malang, kan. Airmatanya menitis.
Hei... .Kenapa ni?! Bukan Ain bernasib malang, cuma kurang baik je.
Samalah tu. Achik!!! Cepat!! Panggilan Fatin kembali membisukan
mereka. Sayang Achik nak tinggalkan Ain. Achik... . Ain
menghulurkan sebuah album. Ingat lagi tak?! Sampai kat sana nanti
Achik bukaklah. Achik pernah beritahu Ain dulu, Achik takde

gambar kiter masa kat kampus dulu. Ain dah kumpul semua gambar
sejak kita kenal hingga Ain jadi begini. Firdaus terdiam. Ain
dipandangnya, hatinya jadi sebak. Jangan nangis, Chik. Tak malu
orang tengok. Mana ada?! Cuma terharu je. Masing-masing
tersenyum. O.k Achik pergi dulu. Pantas Ain mencapai tangan Achik
dan menciumnya. Jaga diri baik-baik, Ain dah macam adik Achik tau.
Ain penting dalam hidup Achik, insyaallah... Hari ini dan selamalamanya, sayang
Ain cuba bergurau. Tanpa diseka-seka, Firdaus memeluk Ain. Erat.
Kemudian Firdaus berlalu sepi. Malu dengan perbuatannya di luar
kawalan. Ain masih terkejut, Firdaus berlalu tanpa berpaling lagi.

Khamis, Januari 25, 2007


Idlal Amnah 4
Uncle?! Apa uncle buat kat sini? Firdaus terkejut dengan teguran seorang anak gadis
kecil. Saya Natasha, jom masuk uncle. Takpelah, dah lama ke Natasha dan keluarga
pindah ke sini? Memang Tasha duduk sini. Mama ajak Tasha pulang ke sini. Ini rumah
arwah Datuk Tasya.
Datuk?! Firdaus cuba mengingat kembali, ini rumah peninggalan orang tua Ain. Hatinya
kuat meronta untuk mengetahui siapa mama Natasha. Siapa abah Tasya?! Entah!
Natasha!! Natasha!! Masuk sini, sayang. Panas kat luar tu. Satu suara yang cukup
dikenali oleh Firdaus. Kejap mama! Tasha dapat kawan baru. Ajak kawan tu masuk!!
Main kat dalam.
Terdengar jeritan mama Natasha dari dalam rumah. Natasha mengamit tangan Firdaus,
lantas menariknya ke dalam rumah. Firdaus hanya akur, hatinya melonjak-lonjak untuk
mengetahui siapakah mama Natasha.
'Mungkinkan dia sedang berbahagia sekarang?'
Firdaus tergamam melihat keadaan rumah yang masih sepeti kali terakhir dia melangkah
keluar dari ruma ini. Namun kesepian rumah tersebut meragut kecantikan hiasan rumah
tersebut. Mungkinkah pemiliknya masih insan yang di rinduinya. Ataupun insan lain.
Mana mama ni?! Tadi panggil Tasha. Kejap uncle ya. Uncle nak minum apa? Hah?!
Masuk pun kamu. Kata tadi nak ajak kawan main kat dalam. Mana kawannya?! Tuu...
Mulutnya dijuihkan kepada Firdaus yang tercegat di sisi ruang tamu, masih terpingapinga.
Hmm... .Kawan ke? Pakwe ni? Mama ni?! Natasha mencebik dengan sikap mamanya
yang suka mengusik. Nanti papa Afiq datang ambil Tasha, dia nak ajak Tasha main-main
petang ni. Mama tak pergi?! Mama nak pergi macammana? Nak suruh mama
tersangkut dengan kerusi roda ni lagi ke? Lepas tu Tasya gelakkan mama macam dulu tu.
Natasha menekup mulut menahan tawanya, pipi mamanya dicium lembut. Firdaus
memandang dari jauh, kelibat seorang wanita dengan kerusi rodanya. Serta merta ingatan
Firdaus teringatkan tentang Ain. Sayup-sayup Firdaus mendengar perbualan gadis kecil

yang dipanggil Natasha dengan mamanya.


Tapi... .Mama selalu tak pergi, kenapa mama Tasya tak macam orang lain. Kawan-kawan
Tasha semua mama diorang yang ajak jalan-jalan. Tapi mama Tasha. Natasha... Tak
baik kata mam macam tu! Entah mengapa hati Firdaus terasa dengan kata-kata Natasha.
Achik?!!
Ain terkejut dengan teguran dari Firdaus, Natasha berlalu meluru ke bilik, dengan
perasaan serba salah kerana ditegur oleh Firdaus. Ain turut terkejut dengan teguran
Firdaus yang tidak semena-mena.
Bila Achik balik?!! Ain terkejut, pemuda itu ditenung sambil terkejut gembira. Lelaki
yang amat dirindui selama ini. Pagi tadi." "Baru sampai, terus Achik ke sini. Achik
rindukan Ain ya. Achik tak pernah berhenti rindukan Ain tau. Mana Zam?! Achik
tak tahu ke? Tahu apa?! Abang Zam lari sebelum hari perkahwinan. Ain tak jadi
berkahwin, Ain sedarsiapa Ain. Dah macam beban pulak. Ain masih boleh tersenyum.
Ain tidak pernah berubah. Habis?! Firdaus terkejut. Teringat dia pada si kecil Natasha.
Natasha? Dia tu anak angkat Ain. Ain ambil dia sejak dia masih bayi lagi. Kenapa tak
beritahu Achik?! Achik tak pernah tanya. Firdaus ketawa. Kenapa ketawa pulak ni?
Iyalah, Ain tak pernah berubah. Isy!! Apa tak berubahnya, ni! Ain mengusap lembut
kakinya yang kaku. Itu lain, tapi bagi Achik Ain tetap sama. Achik dah kahwin ke?
Dah berapa orang anak?! Sepuluh. Lepas tu mak dia ada 3. Seorang dah curang. Ikut
jantan lain. Ain terkejut. Sampai macam tu sekali. Uncle ni playboy ya.
Natasha yang mendengar perbualan mereka di balik pintu menjadi tertarik dengan cerita
Firdaus. Perlahan-lahan dia keluar dari biliknya, hilang segala rajuknya. Kemudian
Firdaus dan Ain dihampiri. Natasha mengambil tempat di atas ribaan Ain. Ain berkerut
sakit, namun Natasha tetap dipangkunya.
Mari Tasha duduk sini. Kesian mama tu. Firdaus mendukung Natasha dari ribaan Ain,
kemudian dipangku ke ribanya. Anak kucing lah ni. Uncle tipu Mama. Natasha
ketawa sambil menutup mulut. "Ooo... .Ketawakan mama ya." Natasha terdiam dengan
teguran Firdaus. Melihatkan reaksi Natasha, Firdaus ketawa, begitu juga Ain. Mereka
berbual panjang dengan ditemani oleh Natasha.
Ain... .Petang ni kita keluar, nak? Jomlah, mama. Hmm... .Tak malu ke bawak Ain
macam ni. Nak malu apa? Lama tak keluar sama-sama, kan. Malaslah, nanti
menyusahkan Achik lak. Tak pernah susah, Ain. Mama kan boleh jalan guna tongkat
kepit tu. Marilah mama. Betul ke? Ain mengangguk. Ain buat rawatan terapi. Doktor
kata kaki ni boleh berfungsi, tapi kena usaha lebih sikit. Maklumlah, masa accident dulu
tu hanya luka kecil je kat tulang belakang. Baguslah tu. Nanti Achik boleh temankan
Ain pergi terapi hari-hari. Achik dah kerja kat sini tau. Hee... . Bestnya, macam zaman
muda-muda dulu je. Tak susahkan Achik ke? Mana nak susah, Ain tak pernah susahkan
Achik tau. Petang itu mereka sama-sama keluar. Firdaus membantu Ain masuk ke kereta.
Achik tolong ya. "Takpelah, achik. Segan pulak Ain, Achik bukannya muhrim Ain. Tapi
senang-senang plak nak pegang Ain ya."
AIn mengusik, dia mulai rasa segan dengan Firdaus. Tanpa menunggu jawapan
seterusnya Firdaus mengangkat Ain ke kereta, kerusi roda dilipat dan diletakkan di bonet.
Kesian mama Tasya. Satu ciuman hinggap di pipi Ain. Kita beli KFC nak?! Nak!
Natasha terus mengiakan pertanyaan Firdaus. Malam ni tidur kat mana?! Hotel kot.
Hmm... .Tidur rumah Ain jelah, lagipun abang Afiq pun tidur kat rumah malam ni. Mak
Pah pun ada. Jomlah uncle. Tidur bilik Tasya, boleh cerita kat Tasya. Isy! Anak dara

ni ada ke ajak Uncle masuk bilik. Tak malu. Usik Ain. Tadi Tasya merajuk, kan.
Firdaus menyambung usikan Ain. Tasya ni mana pandai merajuk, Achik. Merajuk pun
sekejap, kalau takde orang pujuk tak lebih 2 minit dah keluar semula. Macam mama
dialah ni. Mereka sampai ke KFC. Kita makan kat pantai jelah. O.k jugak tu, tikar
spare dah ada kat bonet. Tapi... .susah sikitlah Achik. Apa susahnya! Kerusi mama
tak kalis pasir. Tasya! Ain menegur anak gadisnya yang mulai berceloteh dengan
Firdaus. Uncle tahu tak?! Masa pergi berkelah ngan papa Afiq, roda kat kerusi mama
tertimbus pasir. Kesian papa Afiq kena angkat mama. Uncle bayangkanlah sepanjang nak
pergi ke tempat perkelahan tu papa Afiq kena dukung mama. Macam budak-budak.
Firdaus tergelak besar. Begitu juga Natasha. Ain menarik muka masam. Geram. Uncle
nak beli makanan, Tasya nak ikut ke? Tak payah ajak dia Achik. Nanti habis semua
course meal dia nak borong. Jom!! Uncle belanja. Achik... Mama nak makan
apa? Uncle tahu mama nak makan apa, Tasha.
Firdaus memimpin Natasha masuk ke KFC, sementara Ain menanti di dalam kereta.
Seketika kemudian.
Mama!! Mama!! Panggilan Natasha mengejutkan Ain, Firdaus memimpinnya ke kereta.
Tasya dapat mainan baru. Seronoknya. Ini untuk mama! Uncle kata mama pun suka
mainan course meal. Ooh... .Patutlah Uncle Afiq selalu beli 2 set course meal. Mama
pun suka yea. Tasya ni cakap banyaklah, tak padan dengan tuannya. Mama... .
Natasha menjengilkan mata kepada Ain. Firdaus ketawa. Sesampainya di pantai. Natasha
berlari mencari tempat. Sementara Firdaus mengeluarkan kerusi roda Ain dari dalam
bonet.
Tak payah keluarkan kerusi roda mama tu, Uncle!!! Kenapa pulak?! Firdaus hairan.
Dia tak mahu tengok roda dia tertimbus dalam pasirlah tu. Isy! Budak ni. Betul jugak
kata Tasha tu. Achik pergilah layan Tasha tu, biar Ain tunggu dalam kereta je.
Uncle!!! Mama!!! Cepatlah! Duduk sini!! Natasha riuh memanggil. Jom!!!
Spontan Firdaus mendukung Ain mendapatkan Natasha. Sebaik tiba di atas tikar. Natasha
tersipu-sipu tersenyum, mengusik Ain dan Firdaus.
Kan best kalau uncle jadi papa Tasha. Kesian Natasha, anaknya tidak pernah merasai
belaian seorang ayah. Alah! Mama Tasha jual mahal, bukan dia nak orang macam uncle
ni. Itu dululah, Achik. "Sekarang??" Achik memohon jawapan dari Ain. Sekarang
dengan dulu sama je. Uncle... .Dulu uncle satu kelas dengan mama kan. Mesti masa tu
mama banyak sangat jalan, kan? Sampaikan sekarang dah tak boleh jalan. Ain terkejut
dengan ulasan Natasha. Firdaus ketawa. Janganlah ketawa, uncle. Tasha cakap betul.
Kalau kita banyak sangat jalan masa sekarang. Nanti... Jadi macam mama, sekarang
mama dah nak jalan semula tau. Sebab mama dah lama tak jalan. Tasha selalu temankan
mama gi hospital. Tasha tahu satu hari nanti mama akan boleh berjalan balik. Tasha nak
lumba lari dengan mama. Ain terharu, amat tinggi harapan anak gadisnya itu. Pandailah
Tasha ni, nanti besar Tasha nak jadi apa? Jadi aper, ma?! Kalau orang salah kita tangkap
lepas tu kita pakai rambut putih tu. Tasha lupalah. Macam papa Afiq tu. Lawyer?!
Ha... .Tasha nak jadi itulah! Jadi apa?! Firdaus mengusik. Jadi itulah yang uncle
sebut tadi tu. Cuba sebut kat uncle ni. Natasha mencebik, kemudian bangun berbisik
pada Ain. Tak baik bisik-bisik tau. Ikut Tasha lah, mulut Tasha. Eh! Eh! Anak dara
ni, melawan ye. Tasha tau tak dulu mama Tasha pun macam ni tau. Uncle cakap satu je,
tapi mama balas berderet-deret. Sampai kelu lidah uncle nak menjawab. Mama cakap
banyak masa dulu ya.. Nasib sekarang mama boleh cakap. Kalau tak mesti Tasha sunyi.

Sebab takde orang nak cakap dengan Tasha. "Papa ada!" Firdaus menjawab. Natasha
terdiam, begitu juga Ain. "Boleh ke, mama?!" "Achik... Jangan mainkan Tasha." "Betul,
biar Achik jadi papa Tasha. Tak naklah jadi uncle. Nanti Tasha 'Jadi itulah'. Boleh jaga
papa nga mama sekali... " Firdaus menyakat Tasha. "Uncle... .Mama tengoklah Uncle ni.
DIa mainkan Tasha. Dia kata kata Tasha nak 'Jadi itulah'. Tasha nak jadi cam papa Afiq.
Apa ma?" "Bukan uncle lah, sayang. Papa... " FIrdaus menarik Natasha ke sisinya.
DIpeluk dan diciumnya pipi Natasha. "Oklah! Yahoo, lepas ni Tasha ada papa. Tasha nak
bagitahu semua orang yang Tasha ada papa. Tasha sayang papa. " Natasha memeluk leher
Firdaus. Ain mengesat airmata yang bertakung dimatanya. "Yahoo!!! Papa ada anak yang
nak 'Jadi itulah'. Hehehehe... ." Natasha memasamkan muka dengan usikan Firdaus,
selepas itu Natasha dan Firdaus terus-terusan berceloteh. Firdaus melayani Natasha
dengan baik. Jom dah petang ni. Kita balik. Ain bersuara. Kali ini, Firdaus cuba
mengangkat Ain sekali lagi. Takpe! Kali ni Ain nak cuba jalan sendiri. Boleh ke? Ain
mengangguk. Takpe... .Masa terapi pun Ain praktis jalan sendiri. Tasha tengok mama
jalan, kan?" " Tapi, kena pimpinlah. O.k! Achik tolong Ain. Firdaus memimpin Ain
perlahan-lahan. Mama ni lambatlah! Tasha...
Ain hanya tersenyum, anak gadisnya sudah banyak keletah. Tak ubah seperti anak dara.
Firdaus masih memegang Ain erat. Hampir separuh jalan, Ain mula keletihan.
Dulu tak macam ni, round bandar pun takpe. Tapi sekarang tengoklah! Mesti malam ni
bengkak kaki ni. Kenapa tak beritahu dari tadi?! Malas nak beritahu Achik. Nanti
Achik tak bagi can Ain nak jalan pulak. Sekarang!!! Cepat Tasha bukak pintu kereta.
"Okay, papa!!"
Firdaus mendukung Ain, dan terus berjalan ke kereta. Ain menjerit dengan perbuatan
Firdaus.
Selamat pengantin baru, Idlal Amnah. Datuk Karim mengucup dahi cucu tirinya
lembut. Terima kasih, tok.
Berkat dari kegigihannya menjalani terapi hampir 2 tahun. Akhirnya Ain kembali berjalan
seperti biasa. Malah hari bersejarahnya pun, Ain sudah boleh melangkah sendiri untuk
naik ke pelamin. Natashalah gadis paling gembira di hari perkahwinan Ain. Natasha yang
sudah berusia 6 tahun semakin seronok bila mendapat beberapa orang rakan baru.
Keluarga Encik Lotfi dan Puan Zaini sampai ke Malaysia seminggu sebelum majlis
perkahwinan Ain dijalankan.
Hisy! Penat betul abang hari ni. Awak macam mana? Kaki tu o.k ke? Abang bimbangkan
awak. Takut-takut awak letih. Malam ni abang tolong urutkan kaki tu yea. Terima
kasih, sebab bagi saya peluang jadi isteri. Ni berkat kesabaran awak temankan saya terapi
tiap-tiap hari tau. Abang rasa awk kena tukar panggilan tu. Apa pulak berawak-awak?
Kan tadi awak dah sah jadi milik saya. Skerang awak kena panggil saya abang tau.
Malulah, tak biasa Sayang... .Panggil abang! Ain menjerit bila hidungnya dipicit oleh
suaminya. Papa!! Mama!! Senyum!
Ain ketawa memandang Natasha yang asyik dengan kamera yang dihadiahkan oleh Encik
Lotfi padanya. Sesungguhnya dia benar-benar bahagia.
Sayang bahagia? Hmm... ..Terima kasih kerana sudi terima Ain dalam hidup... .
"Abang." FIrdaus Arief memeluk Ain ke sisinya. "Seganlah, lagipun ada orang dengar
nanti. Apa plak diorang kata." "Ain... ." Firdaus Arief menarik Ain ke ribaannya. wajah
Ain merona merah bila si suami merenungnya dengan pandangan tajam. Firdaus Arief

terus memeluk Idlal Amnah ke dalam pangkuannya. Akhirnya Ain berjaya menjadi
miliknya.
Aku dah kata mesti kau kahwin jugak dengan Achik. Selamat Pengantin Baru. Sue
hadir membingitkan suasana. Membuatkan Ain cuba bangun melarikan diri dari pelukan
Firdaus Arief. "Romatiknya, kawan aku ni. Dengki aku tengok. Nak malu apa Ain.
Korang kan dah jadi suami isteri
Firdaus semakin erat memeluk isterinya. Diciumnya pipi Ain di depan Sue. Gamat sebilik
dengan reaksi nakal Firdaus.
"Ain akan cuba bahagiakan abang."
Sebaik Sue keluar Ain berbisik lembut ke telinga Firdaus, pipi Firdaus dicium lembut.
Kemudian Ain berlalu keluar. Meninggalkan Firdaus yang sedang angau.
-TAMAT` Sesuci kasih seorang Amnah... . Disitulah ia dipertaruhkan... Lantas terjalinnya Idlal
antara 2 jiwa... .'
Lantas kebahagian milikmu Idlal Amnah... .`
PENGIKAT KASIH SAYANG AMNAH

Anda mungkin juga menyukai