Anda di halaman 1dari 4

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling

mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya
mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan
menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan
penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab


memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan
melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah
pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan
muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan
menyesali apa yang terjadi.
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian
untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang
Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak
berhati-hati dan terlalu sambil lewa.

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan
kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan
perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan
penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kurakura jauh ketinggalan di belakang.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi
untuk

menang.

Sang

Kura-kura

menyedari

bahawa

jika

format

pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura


untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk
perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang
Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab
memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan
penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang
Arnab tidak tahu berenang.

Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan


tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula,
Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang
ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan
penamat. Sang Kura-kura menang.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang anda. Tinggalkan
bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda
minat dalam sesuatu bidang, ceburi bidang tersebut dengan sepenuh hati.
Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang
anda miliki.

Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi
rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru
tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi
sebagai satu pasukan.
Perlumbaan

dimulakan.

Sang

Arnab

mendukung

Sang

Kura-kura

dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar.


Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang

sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi


sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah
lalui sebelum ini.

gggggggggggggggggggggggggggggggggg
llllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Anda mungkin juga menyukai