Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH


PIALA PENGERUSI TEKNIK 2016

TARIKH :
02-03 November 2016
TEMPAT :

PADANG AWAM KG TUPAI

ANJURAN :

SK HAJI HUSSAIN

DENGAN KERJASAMA :
UNIT KOKURIKULUM SK HAJI HUSSAIN

PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh SK Haji


Hussain .

SK Haji Hussain akan menganjurkan pertandingan bola sepak 7 sebelah


terbuka bawah 11 tahun . Program ini di harap dapat mencungkil bakatbakat baru untuk dijadikan sebagai pasukan pelapis pada masa akan
datang. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang
kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras
dengan Program 1 Murid 1 Sukan yang dilancarkan oleh kerajaan.

2.0

MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk


melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di
samping itu program ini dapat mencungkil bakat bakat baru khususnya
dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak
mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan sekolah-sekolah zon Sik
mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Daerah
dan Negeri.

3.0

OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


menyertai sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini..
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.

3.6 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.

4.0

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 02-03 Nov 2016 iatu pada hari Rabu
sehingga hari Khamis
4.2

Dilaksanakan selama 2 hari

4.3

Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

4.4

Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0

TEMPAT

5.1

Padang Awam Kg Tupai

6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah ini akan dirasmikan oleh


_________ . Ia akan berlangsung di Padang SK Haji Hussain .
___________ akan memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program
ini.

7.0

KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1

Sekolah Zon Sik

7.2

Jumlah AJK pertandingan

: 20 pasukan
: 31 orang

8.0

JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung/Penasihat

: Tn Haji Mahadzir Bin Ismail

JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Program

: En.Muhammad Amin bin Taib

Naib Pengerusi 1 : En.Muhammad Redzuan Bin Abdul Manas


Setiausaha

: En.Marzuki bin Mat Rejab

Bendahari

: En.Abd Rahman bin Ibrahim

Pengerusi Majlis : En.Zukifli bin Mahmud


AHLI JAWATANKUASA
Pengacarai Majlis
AJK Minuman

: En.Zukifli bin Mahmud


: Pn.Norbadrulshikin bt Abd.Rani
Pn.Nurul Izzati bt Ismail

AJK Piala & Medal

: Pn.Rosnani bt Musa
Pn.Hamidah bt Abdullah

AJK Pertandingan

: En.Mohd Faizal bin Abd Rani


Abd Rahman bin Ibrahim

AJK Keselamatan & Disiplin


AJK Kebajikan

: En.Hasnul Hadi bin Hassan


Pn.Hanisa bt Saad

: En.Azizan bin Yusof


Cik Sakinah bt Abd.Aziz

AJK Pengurusan Padang : En.Marzuki bin Mat Rejab


En.Rohimi / En.Mohd Khairul
AJK Promosi

: En.Azhari bin Karim


4

En Haziq bin Mahathir


AJK Dokumentasi

: Pn.Hjh Nor Hayati bt Ali

AJK Pendaftaran

: Pn.Shakiroh bt Norizan
Pn.Faridatul Akma bt Hassan

AJK Kecemasan

: En.Azahari bin Karim


Pn.Nur Seha bt. Md Isa

AJK Kebersihan
AJK Jadual/Perangkaan
AJK Brosur

9.0

: En.Noraimi bin Ishak


En.Khairul bin Mahmud
: En.Haziq bin Mahathir
: Pn.Siti Syarinna bt Shafie

ANGGARAN BELANJAWAN

Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B

11.0

RINGKASAN EKSEKUTIF

Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11
tahun Piala PT
JAWATANKUASA

SK Haji Hussain

TAJUK PROGRAM

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

Bawah 11 Tahun Piala

PENGERUSI TEKNIK
JENIS PROJEK

KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU

Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam

PENCAPAIAN

menyertai sesebuah pertandingan.

PROGRAM

Membentuk

peserta

yang

mampu

bekerjasama

dan

mampu

menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.

Melatih

para

peserta

untuk

memupuk

sikap

toleransi,

bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.

Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai


aktiviti ini.

Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategistrategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.

Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis


sikap mementingkan diri sendiri.

Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi


dan sosial.
6

ANJURAN

SK Haji Hussain

TARIKH

02-03 November 2016

TEMPAT

Padang Awam Kg Tupai

BIL. PASUKAN
ANGGARAN KOS

21 pasukan
RM 3232.00

12.0 ULASAN PENAUNG

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________


TARIKH : ______________________

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif


program ini tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang
terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.

LAMPIRAN A
ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan

RM 3232.00

Jumlah Permohonan

RM 3232.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA

BILANGAN

Harga per unit

JUMLAH

Pengadil

Pengadil

Pembantu Pengadil

2hari

x RM 80.00

RM 960.00

RM 40.00

RM 160.00

6orang
2hari

2orang
Makanan

Makanan Ajk dan Pengadil

20 x 2 hari

RM 6.00

RM 240.00

Air Mineral

40 kotak

RM 9.00

RM 360.00

Hadiah

Tempat pertama

13

RM 6.00

RM 78.00

Tempat kedua

13

RM 6.00

RM78.00

Tempat ketiga

13

RM 6.00

RM 78.00

Ke- 4
Pemain terbaik

13

RM 6.00

RM 78.00

RM 50.00

RM 50.00

RM 50.00

RM 50.00

RM 50.00

RM 50.00

1 kotak

RM 150.00

RM 150.00

4 unit x

RM 100.00

RM 400.00

Promosi

RM 400.00

RM 400.00

Kos Luar Jangka

RM 500.00

RM 500.00

Penjaring terbanyak
Penjaga Gol Terbaik

First Aids
Khemah -

Tetamu

1
1

Pegawai /Ajk
Pasukan Bertanding
pengadil

JUMLAH KESELURUHAN

RM 3232.00

10

Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
EN.MARZUKI BIN MAT REJAB
Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
EN.MUHAMMAD AMIN BIN TAIB

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
EN.AZAHARI BIN ABDULLAH

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
PENAUNG
EN.AZAHARI BIN ABDULLAH

LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
11

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 Tahun SK Haji
Hussain
2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh SK Haji Hussain 08200 Sik Kg Tupai
3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada SEKOLAH ZON SIK berumur 11 tahun ke
bawah
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (13) orang pemain. Pendaftaran
hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah RM 30.00 sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 30 Oktober 2016
kepada Pengerusi Program
3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 20 Oktober 2016 di Dewan sekolah
4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN
4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Awam SK Haji Hussain
4.2 Perlawanan akan bermula pada 02 Nov 2016 dan akan berakhir pada 03 Nov 2016
Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa Penganjur.
12

4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan


4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum
perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana
pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa
sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
5. FORMAT PERTANDINGAN
1. Perlawanan akan dijalankan secara 7 sebelah.
2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 4 kumpulan. Kedudukan pasukan
dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.
3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga.
4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih
dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden Death'
akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan
tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol
terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan
serta merta.
6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata
jika kalah.
7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama,
kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan
akhir:
7.1

Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.

7.2

Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak

7.3

Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan.
Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan
sebagai pemenang. Dan,

8.

Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi
menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.
13

Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap
perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak
di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA
7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana
perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam
sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai
tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka
pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan
kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan
jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada
pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara
automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

14

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya
pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1)
kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut
tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam
suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya
untuk pertandingan ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna
yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2)
pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang
disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan
warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini
terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan
dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan,
pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual,
padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.
9. PENGADILAN
Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.
10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan
yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

15

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN


Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 30 Oktober 2016
Tarikh pengundian akan diadakan pada 20 Oktober 2016 di Bilik Mesyuarat SKHH.

16

Anda mungkin juga menyukai