Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MESYUARAT

Doa pembuka
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Ya Allah
Sesungguhnya kami berhimpun di SEMINAR INTEGRITI WARGA
PENDIDIK bagi menyatakan
kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan
semangat untuk membangun membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan
berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha
kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang
bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan
keputusankeputusan
yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu
yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati
kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah
tenaga
dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara
bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang
taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari
perintah
Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan
yang
berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang
waras,
minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta segala
kebaikan di dunia dan di akhirat.

penutup

Anda mungkin juga menyukai