Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN A

ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan.
Jawab SEMUA soalan.
SOALAN 1. Terdapat berbagai-bagai jenis alat, media dan bahan yang digunakan untuk
kegiatan membuat lukisan. Nyatakan EMPAT faktor yang mempengaruhi kesan lorekan
pensil dan garisan yang dihasilkan.
- komposisi objek (menepati asas seni reka) - ruang (susunan ruang yang sesuai dengan
tema)
- perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
- Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk
membentuk objek 3D)
2. Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan
sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggunakan bahan tertentu. Apakah
DUA manfaat yang diperolehi oleh pelajar dari kegiatan ini?
1. dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan
berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita
mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka
terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. Kita boleh mengetahui bahawa
setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik.
2. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik
minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa
permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara
gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang
mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap
berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.
3. Dalam aktiviti mewarna, penggunaan warna yang dicampur lebih dari satu warna akan
menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan hanya penggunaan satu warna sahaja.
Jelaskan kenyataan di atas. Dalam aktiviti mewarna, penggunaan warna yang dicampur
lebih dari satu warna akan menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan penggunaan
satu warna sahaja. Campuran warna tersebut menjadikan catan akan kelihatan lebih
menarik dan harmoni. Ia kelihatan menepati warna yang sebenar. Campuran warna
penggenap dalam roda warna dengan intensity yang berbeza nisbahnya disebut kroma
warna. Sebagai contoh warna merah bercampur dengan warna hijau dengan nisbah yang
berbeza akan mewujudkan kroma warna.
4. Resis boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna
basah dan contengan lilin. Senaraikan EMPAT contoh teknik resis yang boleh dijalankan
kepada murid-murid. Resis dari warna air dan perekat getah (campuran) Resis dari
warna air dan lilin biasa Resis dari kapur dan lilin (cara positif) Resis dari kapur dan
lilin (cara negatif) 5. Ia adalah satu hasil catan dengan mendetik, mengetuk atau
menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckaled granite.
Namakan aktiviti kegiatan menggambar tersebut serta jelaskan DUA kesan yang
menentukan kesan warnanya pada permukaan. (i) Kering bertindih Titikan warna untuk
membentuk objek atau corak yang menarik. (ii) Renjisan Teknik yang menggunakan
berus atau semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas
permukaan untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik. (iii) Tindihan

Menghasilkan catan dengan menyapu warna selapis demi selapis ke atas kertas untuk
menghasilkan kesan ton dan pencahayaan. Hasilnya tebal dan kering berlegap. Bahagian
B ARAHAN Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. 1.
Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna
sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Proses mencatan memerlukan pengkaryanya
memahami jenis alat dan media yang digunakan serta kemahiran mewarna dengan betul
bagi menghasilkan catan yang menarik. (a) Nyatakan TIGA jenis teknik mewarna. 1.
Warna Poster 2. Warna Air 3. Cat Akrilik (b) Dengan menggunakan jadual, buat
perbandingan di antara KETIGA-TIGA teknik mewarna yang dinyatakan di atas Bahan
Bahantara Penguat Sifat-sifat 1. Warna Poster Air Pengilat larut air - bersifat legap dan
tebal - cepat kering - boleh lutsinar tetapi tidak seperti - cat air 2. Warna Air Air Gam arab
- bersifat lutsinar, lembut - bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis - sesuai di
permukaan kertas 3. Cat Akrilik Air/minyak Plastik cecair warna putih - bersifat lutsinar
dan legap - cepat kering - kesan seperti cat air dan cat minyak - kalis air dan minyak dihasilkan di permukaan kanvas 2. Arang merupakan media melukis tertua didunia yang
digunakan pada abad ke-17 dan ke-18 pada dinding gua. Ia dihasilkan dari batang kayu
yang dibakar. (a) Apakah perbezaan antara kesan pensil dan arang? Pensil -gred - tekanan
pensil - kelajuan pensil Arang - Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi. - Mempunyai
kesan kegelapan yang tinggi. - Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis. (b)
Huraikan kelebihan-kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan. - Menghasilkan
garisan yang tajam dan tepat. - Dapat menghasilkan ton lorekan dengan cepat dan
menarik. - Melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat. - Dihalusi dengan
menyapu air diatasnya. 3. Cetakan merupakan satu proses ulangan imej dari satu
permukaan yang disediakan ke atas satu permukaan lain. (a) Berikan maksud Cetakan
Duo. Cetakan duo juga adalah aktiviti cetakan yang menarik. Duo bermaksud dua dan
cetakan duo akan menghasilkan dua cetakan dari imej yang sama. (b) Huraikan cara
bagaimana menghasilkan Cetakan Duo beserta contoh. Lipat sekeping kertas menjadi dua
bahagian. Buka kertas tersebut dan warnakan satu bahagian kertas dengan warna yang
berbagai. Kemudian sapu warna hitam keatas warna tadi. Lipat semula kad tersebut
dengan bahagian tidak berwarna di bahagian atas. Gunakan pensel atau pen dah lukis
objek yang dikehendaki di atas permukaan kertas tersebut. Setelah berpuas hati buka dan
anda akan mendapat imej yang sama. 4. Di dalam kehidupan ini manusia menggunakan
warna bagi mengekspreskan sesuatu tujuan. (a) Nyatakan faktor-faktor bagaimana
manusia menterjemahkan warna dalam kehidupan. 1. Pengertian warna dalam budaya
setempat 2. Pengertian warna dari segi psikologi 3. Pengertian warna dalam situasi
tertentu 4. Pengertian warna dalam simbol, lambang dan corak (b) Huraikan faktor-faktor
di atas dengan besertakan contoh yang sesuai. (i) Pengertian warna dalam budaya
setempat Warna bendera Malaysia terdiri dari warna biru, kuning, merah dan putih.
Warna biru dikaitkan dengan perpaduan, warna kuning dikaitkan dengan raja dan
pemerintahan, warna merah lambang keberanian, warna putih menunjukkan bersih dan
suci. (ii) Pengertian warna dari segi psikologi Warna merah dianggap lambang keberanian
dan membawa keuntungan dan kemewahan bagi masyarakat Cina. Warna hijau pula
sering dikaitkan dengan keislaman, bersih dan suci bagi masyarakat Melayu. 5. Dalam
proses menganalisis sesuatu hasil kerja seni, guru memainkan peranan penting sebagai
pembimbing kepada murid-murid dalam sesi apresiasi. (a) Apakah yang dimaksudkan
dengan apresiasi? apresiasi seni ia bermaksud penilaian atau mempunyai kepekaan

terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran terpimpin. (b) Apakah
konsep apresiasi. Dari kata-kata Sir Herbert Read itu jelaslah bahawa menghargai sesuatu
hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan
diri sendiri dan orang lain. Selain dari itu ia dapat menyuarakan rasa hati seseorang
apabila berhadapan dengan catan tersebut. (c) Huraikan LIMA perkara yang perlu
diambil kira dalam proses tersebut. (i) Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis
(ii) Cara pelukis menginterpretasi gambar (iii) Alat, bahan, media yang digunakan (iv)
Teknik-teknik yang digunakan (v) Penilaian Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ Copy
and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai