Artikel

Anda mungkin juga menyukai

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

PENGGUNAAN LAMAN INTERAKTIF DALAM MEMBANTU

PENGUASAAN MURID TERHADAP KATA GANTI NAMA DIRI


Abdul Aziz bin Busri
En. Moktar bin Mokri
PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2013
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau,Sabah
asyt93@gmail.com
moktar@ipks.edu.my
ABSTRAK
Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri merupakan sebuah penyelidikan
tindakan yang bertujuan untuk menarik minat murid Tahun 3 dalam
mempelajari kata ganti nama diri. Dalam masa yang sama, ia juga
bertujuan untuk membantu penguasaan murid terhadap aspek kata ganti
nama diri. Kumpulan sasaran dalam kajian ini melibatkan seramai 6 orang
murid iaitu 4 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Reka
bentuk kajian secara keseluruhannya diadaptasi dari gabungan model
penyelidikan tindakan McBride dan Schostak 1994 dan model Kemmis dan
McTaggart 1988. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah senarai
semak pemerhatian, soal selidik, praujian, pascaujian dan hasil kerja
murid. Dapatan kajian menunjukkan tahap minat murid dalam aktiviti ini
semakin meningkat iaitu dari min 2.3 pada intervensi 1 kepada min 4.8
pada intervensi 3. Hasil kajian juga mendapati berlaku peningkatan
pencapaian murid yang ketara terhadap penguasaan kata ganti nama diri
iaitu sebanyak 34%. Dapat dirumuskan bahawa penggunaan Laman
Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini berkesan dalam meningkatkan minat
murid untuk mempelajari sekaligus menguasai kata ganti nama diri. Akhir
kata, sebagai cadangan tindakan susulan saya mengharapkan agar
penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini dapat
diintegrasikan ke dalam bentuk TMK.
Kata kunci: laman interaktif , kata ganti nama diri, minat murid,
penyelidikan tindakan, gabungan model
ABSTRACT
Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri is an action research which aims
to examine the interest levels of years 3 pupils in pronouns study. The
study also aim to mastery of pronouns among pupils in the same time.
Participants consisted of 6 pupils which are 4 girls and 2 boys. The overall
study design was adapted from combination of action research model
McBride & Schostak 1994 and Kemmis model & McTaggart 1988. The
instruments used were observation checklist, interview, pre-test, post-test
and students worksheets. The findings show that the level of pupils
interest in these activities is increasing, from mean 2.3 in first intervention
to mean 4.8 on third intervention. The results also showed increases in
pupils achievement is significant, namely by 34%. It can be concluded that
the use of the Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri is effectively in
increasing the interest of pupils to learn and master the pronouns. Lastly,
to follow-up proposal, I expect to use the Laman Interaktif Kata Ganti
Nama Diri can be integrated into ICT.
Keywords: the interactive site, pronouns, pupils interest, action research,
combination mode

PENGENALAN
Konteks dan Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Pengkaji merupakan seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Ambilan Januari 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Bagi
melengkapkan kursus PISMP bagi tahun terakhir ini, pengkaji dikehendaki untuk
membuat penyelidikan tindakan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh murid
di sekolah. Pengkaji telah berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Ulu X, Keningau
dan diamanahkan untuk mengajar kelas Tahun 3 Perdana untuk mata pelajaran
bahasa Melayu. Kelas ini mempunyai seramai 16 orang murid iaitu terdiri daripada
11 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Pandangan awal pengkaji
terhadap murid-murid di kelas ini ialah mereka sangat baik dari segi penguasaan
mata pelajaran Bahasa Melayu.
Masalah dalam kelas ini pengkaji dapati semasa pengkaji mengajar tajuk Tangga
Bergerak di bawah tema Keselamatan Diri yang menyelitkan penggunaan kata
ganti nama diri dalam isi pelajarannya. Pengkaji telah menggunakan kaedah papan
tulis sepenuhnya untuk menerangkan konsep dan memberikan contoh-contoh kata
ganti nama diri serta penggunaan kata tersebut. Dalam kaedah ini pengkaji
menerangkan apa itu kata ganti nama diri dan kelas-kelasnya serta memberi
contoh. Untuk setiap contoh yang diterangkan murid diminta membuat ayat secara
lisan. Sewaktu sesi ini juga, pengkaji meminta murid untuk melekat setiap kata ganti
nama diri yang telah diterangkan mengikut kelompoknya di papan tulis. Usai sesi
penerangan dan sumbang saran, pengkaji meminta murid membuat lembaran kerja
berkaitan kata ganti nama diri yang telah diterangkan.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap kesan pengajaran pada hari tersebut,
hanya sebilangan kecil murid yang dapat memahami sepenuhnya isi pelajaran. Hal
ini dilihat berdasarkan kepada lembaran kerja yang telah dibuat oleh murid sewaktu
sesi PdP berlangsung. Beberapa orang daripada mereka tidak dapat mengelaskan
kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga ini dengan tepat. Hal ini dikukuhkan
dengan hasil analisis markah lembaran kerja yang menunjukkan 6 orang murid
mendapat markah yang rendah iaitu lima orang mendapat gred D dan seorang gred
E. Ini mengingatkan pengkaji tentang kenyataan Ee (1997, 1998) yang menyatakan
bahawa murid-murid di dalam sebuah bilik darjah berbeza dari segi minat,
kebolehan dan bakat. Oleh itu, apa yang dapat menarik perhatian seseorang murid
mungkin gagal untuk menarik perhatian murid yang lain.
Berdasarkan kesedaran untuk memperbaiki amalan pedagogi diri sendiri di samping
untuk membantu murid menguasai kata ganti nama diri dengan baik, maka pengkaji
telah berusaha untuk mencari suatu kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kecenderungan yang ditunjukkan
oleh murid-murid di kelas ini, pengkaji mendapat ilham untuk memperkenalkan
penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri. Pengkaji berharap kajian ini
dapat membantu pengkaji dan guru-guru lain dalam membantu murid-murid
menguasai kata ganti nama diri dengan mudah.
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk memperbaiki amalan profesionalisme
pengkaji terhadap aktiviti PdP yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Hal ini kerana
pengkaji melihat murid-murid di kelas Tahun 3 SK Ulu X kurang gemar belajar aspek
tatabahasa kata ganti nama diri ini. Hal ini boleh dilihat semasa pengkaji mengajar
topik ini, murid-murid tidak fokus dan membuat hal masing-masing. Kelemahan
2

murid-murid ini juga juga boleh dilihat melalui hasil kerja yang telah dibuat iaitu
murid tidak dapat mengelaskan kata ganti nama diri ini dengan baik mengikut kata
ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.
Sehubungan itu, Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri dirangka bagi menghasilkan
satu aktiviti PdP yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi turut mewujudkan satu
pembelajaran yang bermakna selaras dengan prinsip pengajaran bahasa aliran kodkognitif dalam Kamaruddin (2001) yang menyatakan bahawa kanak-kanak boleh
menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat dalam sistem bahasanya dengan
baik dengan adanya penggunaan aktiviti-aktiviti bahasa yang berkesan dan
bermakna. Dalam lembaran kerja yang diberikan kepada murid, hasil semakan yang
dibuat oleh pengkaji menunjukkan murid tidak tahu mengelaskan kata ganti nama
diri pertama, kedua dan ketiga. Berikut merupakan salah satu contoh hasil kerja
yang telah murid buat.

Mereka dan dia ialah


kata ganti nama diri
ketiga

Saya dan kami ialah


kata ganti nama diri
pertama

Kamu ialah kata ganti


nama diri kedua

Gambar 1. Contoh hasil kerja murid.


OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1
2

Menarik minat murid mempelajari kata ganti nama diri menggunakan Laman
Interaktif Kata Ganti Nama Diri.
Membantu murid Tahun 3 menguasai kata ganti nama diri orang pertama,
orang kedua dan orang ketiga dengan menggunakan Laman Interaktif Kata
Ganti Nama Diri.

Persoalan Kajian
1

Adakah penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri dapat menarik
minat murid untuk mempelajari kata ganti nama diri?
3

Bagaimanakah penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri dapat


membantu murid Tahun 3 menguasai tajuk kata ganti nama diri?
PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan 6 orang murid Sekolah Kebangsaan Ulu X. Murid terdiri
daripada 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Pemilihan murid ini dilakukan
berdasarkan hasil kerja yang telah mereka buat sewaktu sesi PdP di bilik darjah.
Murid-murid ini telah pengkaji pilih dari kalangan murid yang mendapat markah
yang rendah dalam lembaran kerja yang telah dibuat. Markah yang diperolehi oleh
murid adalah sekitar 17% sehingga 33%.
Jadual 1
Kriteria Peserta Kajian
Nama
Murid A
Murid B

Murid C
Murid D
Murid E

Murid F

Kriteria
Murid ini sering hilang fokus kerana berkemungkinan kaedah
yang pengkaji gunakan tidak menarik minatnya. Dia juga masih
belum dapat menguasai isi pelajaran dengan baik.
Murid ini tidak dapat menguasai isi pelajaran dengan baik.
Perkara ini berlaku kerana kaedah yang pengkaji gunakan
kurang menarik minatnya untuk memahami tentang kata ganti
nama diri.
Murid ini tidak dapat menguasai dengan baik isi pelajaran. Hal
ini mungkin berlaku kerana kaedah yang pengkaji gunakan
kurang menarik minatnya.
Murid ini tidak menumpukan perhatian sewaktu sesi PdP
berlangsung dan sering bermain-main bersama rakannya.
Markah yang rendah yang diperolehinya dalam lembaran kerja.
Murid tidak menumpukan perhatian dan kelihatan kurang
berminat dengan isi pelajaran yang pengkaji ajar. Hal ini
membuatkan penguasaannya terhadap kata ganti nama diri
kurang memuaskan.
Murid ini menyiapkan tugasan lain sewaktu sesi PdP
berlangsung. Ini menunjukkan bahawa murid ini tidak berminat
untuk mengikuti sesi PdP yang pengkaji buat. Murid ini juga
tidak menguasai aspek kata ganti nama diri.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Dalam melaksanakan kajian terhadap Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini,
pengkaji telah menggabungkan penggunaan model McBride dan Schostak 1994
dan model Kemmis dan McTaggart 1988. Reka bentuk penggabungan kedua-dua
model ini telah ditunjukkan dengan dalam rajah 1 di bawah:

Mengenal Pasti Masalah

Penguasaan kata
ganti nama diri
yang lemah

Mengumpul
Data Awal
Dan
Melalui hasil kerja
Skala minat murid murid
Melalui hasil
Peratusan
praujian

Menganalisis
Menilai

Mengumpul Data Untuk


Menganalisis Data Dan
Mengesahkan Perubahan:
Membentuk Hipotesis
lembaran aktiviti
Menganalisis hasil kerja
ujian sebelum dan selepas
murid dan hasil praujian
Membuat hipotesis awal
Melaksanakan Pelan Tindakan Dengan
Membentuk
Pelan
Menggunakan Gelung
Kemmis
dan Mc Taggart
Tindakan

Membuat
tinjauanMerancang konsep
tentang Laman
aspek Interaktif
kecenderunga
Kata Ganti Nama
Bertindak
Merancang
n murid. dan
Refleksi
Diri
memerhati
Tercetus idea
untuk
membuat
Menjalankan
Laman
penggunaan Laman
Interaktif Kata
Interaktif Kata Ganti
Ganti
Nama
Nama Diri
Diri
Merefleksi hasil daripada
penggunaan Laman Interaktif
Kata Ganti Nama Diri

Rajah 1. Adaptasi Model Penyelidikan Tindakan oleh McBride dan Schostak 1994
dan model Kemmis dan McTaggart 1988

Langkah-Langkah Tindakan

Langkah 1: Murid diberi penerangan


5

Dalam langkah ini guru memberikan murid penerangan tentang cara-cara bermain
permainan yang terdapat di dalam Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini.

Langkah 2: Menyelesaikan set permainan kata ganti nama

Antara set permainan yang ada ialah set Puzzle Gergasi Kata Ganti Nama Diri
Pertama, set Dat Kata Ganti Nama Diri Kedua dan set Sasar Botol Kata Ganti Nama
Diri Ketiga

Langkah 3: Menyelesaikan lembaran kerja yang telah disediakan

Lembaran kerja yang disediakan ini bertujuan untuk menilai murid tahap pencapaian
murid terhadap kata ganti nama diri. Lembaran kerja ini hanya dibuat oleh murid
selepas berjaya menyelesaikan kesemua set permainan di Laman Interaktif Kata
Ganti Nama Diri.
Kaedah Mengumpul Data
Jadual 2
Instrumen Pengumpulan Data
Persoalan Kajian
1. Adakah penggunaan Laman Interaktif Kata
Ganti Nama Diri dapat menarik minat murid
untuk mempelajari kata ganti nama diri?
2. Bagaimanakah
penggunaan
Laman
Interaktif Kata Ganti Nama Diri dapat
membantu murid Tahun 3 menguasai tajuk
kata ganti nama diri?

Instrumen
Senarai semak
Pemerhatian dan soal
selidik
Praujian, pascaujian
hasil kerja murid

dan

Cara Menganalisis Data


Dalam proses menganalisis data, pengkaji telah menggunakan:
Min skala minat murid = Jumlah tahap minat murid
Jumlah keseluruhan murid
Skor Peratus (%)

= Jumlah jawapan yang betul

x 100

Jumlah keseluruhan jawapan


Skor Min Peratus (%) = Jumlah skor peratus murid

x 100

Jumlah bilangan murid


Cara Menyemak Data
Triangulasi adalah satu keperluan dalam sesuatu kajian. Menurut Lisah (2011)
triangulasi bermaksud integrasi cara yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari
satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih
meyakinkan dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul. Secara
umumnya, tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca
6

yang berbeza. Dalam kajian ini, pengkaji telah memfokuskan penggunaan dua jenis
triangulasi iaitu triangulasi sumber dan triangulasi kaedah untuk membuktikan
kesahihan data yang saya perolehi kelak.

Murid
Triangulasi Sumber
Rakan

Pengkaji

Rajah 2. Triangulasi Sumber yang Digunakan

Pemerhatian dan soal selidik


Triangulasi Kaedah
Hasil kerja murid

Ujian

Rajah 3. Triangulasi Kaedah yang Digunakan


DAPATAN KAJIAN
Persoalan Kajian 1: Adakah penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti Nama
Diri dapat menarik minat murid untuk mempelajari kata ganti nama diri?
Persoalan pertama ini adalah untuk menilai tahap minat yang ditunjukkan oleh
murid sama ada mereka bersikap aktif ataupun pasif terhadap penggunaan Laman
Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini. Bagi menilai tahap minat murid ini, pengkaji telah
membuat pemerhatian terhadap perkembangan minat murid sepanjang
pelaksanaan penggunaan laman ini. Dalam membuat pemerhatian ini, pengkaji
telah menggunakan senarai semak pemerhatian melalui pengiraan min keseluruhan
untuk setiap kriteria yang telah ditetapkan. Jadual 3 merupakan min tahap minat
murid dalam PdP.

Jadual 3
Min Tahap Minat Murid Dalam PdP

KRITERIA

Min Tahap Minat Murid dalam PdP


Intervensi 1
Intervensi 2
Intervensi 3

1. Mendengar dan menerima


arahan daripada guru
2. Minat dengan penuh minat
dalam aktiviti
3. Menunjukkan sikap
kerjasama semasa aktiviti
PdP
4. Kebergantungan positif
5. Melaksanakan tugasan
individu
Min Keseluruhan

2.0

3.8

4.5

2.3

4.2

4.8

2.5

4.2

2.3
2.2

4.0
4.0

4.7
4.8

2.3

4.0

4.8

Rajah 4. Perbandingan Min Tahap Minat Murid Bagi Setiap Sesi Intervensi
Dapat dilihat berlaku peningkatan min tahap minat murid bagi setiap intervensi.
Untuk K1 min meningkat daripada 2 pada intervensi pertama, seterusnya 3.8 dan
pada intervensi ketiga 4.5. Untuk K2, min 2.3 pada intervensi pertama kepada 4.8
pada intervensi kedua dan seterusnya 4.8 pada intervensi ketiga. K3 pula, untuk
intervensi pertama min 2.5 dan kemudiannya meningkat kepada 4.2 pada intervensi
kedua dan seterusnya min 5 pada intervensi ketiga. Beralih kepada K4 yang
bermula dengan min2.3 pada intervensi pertama seterusnya mendapat min 4 pada
intervensi kedua dan min 4.7 pada intervensi ketiga. Akhir sekali ialah K5 yang
mendapat min 2.2 pada intervensi pertama seterusnya min 4 untuk intervensi kedua
dan seterusnya min 4.8 pada intervensi ketiga.
Selain itu, untuk menjawab persoalan kajian yang pertama ini pengkaji telah
menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini telah diberikan oleh
pengkaji setiap kali selepas murid menjalani sesi intervensi. Soal selidik ini
dijalankan untuk menilai kesahihan pemerhatian pengkaji dalam mengenalpasti
sama ada penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini mampu untuk
menarik minat murid atau pun tidak. Berikut menunjukkan data soal selidik yang
telah diperolehi oleh pengkaji selepas tiga kali sesi melaksanakan sesi intervensi.
Jadual 4
Peratus Tahap Minat Murid Dalam PdP Berdasarkan Soal Selidik

KOMPONEN
Saya suka menjalankan
aktiviti dalam Laman
Interaktif Kata Ganti Nama
Diri.
Saya sentiasa ternanti-nanti
untuk menggunakan Laman
Interaktif Kata Ganti Nama
Diri
Saya membantu rakan saya
dalam tempoh menggunakan
Laman Interaktif Kata Ganti

Peratusan Tahap Minat Murid dalam PdP


Intervensi 1
Intervensi 2
Intervensi 3
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
(%)
(%)
(%)
(%)
(%)
(%)
66.7

33.3

100

100

66.7

33.3

100

100

50

50

83.3

16.7

83.3

16.7
8

Nama Diri.
Saya menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru
dalam masa yang ditetapkan.
Aktiviti dalam Laman
Interaktif Kata Ganti Nama
Diri sangat menyeronokkan.
Peratus Keseluruhan

50

50

66.7

33.3

100

33.3

66.7

66.7

33.3

100

53.3

46.7

83.3

16.7

96.7

3.3

Peratus Keseluruhan Tahap Minat Murid Dalam Pdp Berdasarkan Soal Selidik
150
96.7
100 83.3
Peratus 53.46.37
50
16.7
3.3
0
1 2 T3
Intervensi
YA TIDAK

Rajah 5. Peratus Keseluruhan Tahap Minat Murid Dalam Pdp Berdasarkan Soal
Selidik
Melalui analisis data yang telah dibuat di atas, dapat dilihat berlaku peningkatan
pemilihan jawapan Ya dari intervensi pertama sehinggalah intervensi ketiga. Untuk
intervensi pertama 53.3% murid telah memilih jawapan Ya untuk komponen yang
telah ditetapkan manakala 46.7% adalah jawapan Tidak. Untuk intevensi kedua
pula, 83.3% murid telah memilih jawapan Ya manakala 16.7% telah memilih
jawapan Tidak. Untuk intervensi ketiga pula, 96.7% telah memilih jawapan Ya
dan 3.3 % memilih jawapan Tidak.
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dihuraikan di atas, maka dapat dirumuskan
bahawa penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri dalam PdP bahaasa
Melayu, khususnya kata ganti nama diri berkesan dalam meningkatkan tahap minat
murid terhadap sesi PdP. Secara keseluruhannya, laman interaktif ini telah berjaya
menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP sekaligus belajar
dalam keadaan yang seronok.

Persoalan Kajian 2: Bagaimanakah penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti


Nama Diri dapat membantu murid Tahun 3 menguasai tajuk kata ganti nama
diri?
Persoalan yang kedua ini adalah untuk menilai kesan penggunaan Laman interaktif
Kata Ganti Nama Diri terhadap tahap penguasaan murid dalam kata ganti nama diri.
Bagi menilai kesan laman ini, pengkaji telah membuat praujian kepada murid
9

sebelum sesi intervensi dijalankan. Gambar 2 di bawah merupakan salah satu


contoh hasil praujian yang telah dibuat oleh murid A. Semasa praujian dibuat murid
ini hanya mendapat markah sebanyak 25% sahaja.

Gambar 2. Hasil praujian murid A

Kemudian, pengkaji menguji semula murid dengan memberikan pascaujian


menggunakan set soalan yang sama selepas murid telah melaksanakan ketiga-tiga
sesi intervensi tersebut. Gambar 3 di bawah menunjukkan hasil pascaujian yang
telah dibuat oleh murid A iaitu murid ini mendapat markah penuh, 100%.

10

Gambar 3. Hasil pascaujian murid A

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah membuat perbandingan markah di antara


praujian dan pascaujian menggunakan peratus dan min peratus. Berikut
menunjukkan perbandingan markah praujian dan pascaujian yang telah diperolehi
murid kajian:
Jadual 5
Perbandingan Markah Praujian Dan Pascaujian Murid
Nama

Praujian
(%)

Gred

Pascaujian
(%)

Gred

Murid A
Murid B
Murid C
Murid D
Murid E
Murid F
Min Peratus

25
31
19
25
19
31
25

D
D
E
D
E
D
D

100
100
81
100
94
88
94

A
A
A
A
A
A
A

Peratus
Peningkatan
(+/-)
+75
+69
+62
+75
+75
+57
+69

Berdasarkan jadual 5, dapatan kajian menunjukkan keenam-enam murid telah


berjaya menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian kata ganti nama
diri yang telah diberikan. Jumlah peningkatan yang tertinggi ialah murid A, murid D
dan murid E. Dalam praujian yang telah diberikan murid A hanya berjaya mendapat
25% tetapi telah meningkat kepada 100% dalam pascaujian. Begitu juga dengan
murid D, dalam praujian dia hanya mendapat 25% sahaja tetapi meningkat kepada
100% dalam pascaujian. Murid yang ketiga ialah murid E, yang telah mendapat 19%
sahaja semasa praujian tetapi telah meningkat dengan mendadak semasa

11

pascaujian dengan mendapat markah sebanyak 94%. Ini menunjukkan berlaku


peningkatan yang amat besar, iaitu sebanyak 75%.
Murid B pula telah berjaya mendapatkan peningkatan peratusan kedua tertinggi iaitu
sebanyak 69%. Kemudian disusuli pula dengan murid C sebanyak 62%. Semasa
praujian, murid B hanya mampu mendapat markah sebanyak 31% manakala
semasa pascaujian markahnya telah meningkat kepada 100%. Seterusnya murid C
pula, semasa praujian dia hanya mendapat 19% sahaja tetapi apabila telah melalui
sesi intervensi dan dilaksanakan pascaujian, markahnya telah meningkat menjadi
81%. Dalam kalangan murid-murid yang terlibat dalam kajian ini, murid F adalah
murid yang menunjukkan peratus peningkatan yang terendah berbanding muridmurid lain iaitu sebanyak 57%. Dalam praujian yang dilaksanakan, murid F telah
mendapat 31% dan apabila telah melalui tiga kali intervensi dan dilaksanakan
pascaujian, murid F telah mendapat markah sebanyak 88%.
Selain praujian dan pascaujian, pengkaji turut menggunakan hasil kerja murid untuk
mengukuhkan lagi dapatan kajian. Pada bahagian ini, pengkaji melampirkan salah
satu contoh lembaran bagi setiap intervensi yang telah dilbuat oleh murid A.

Gambar 4. Hasil intervensi 1 murid A

12

Gambar 5. Hasil intervensi 2 murid A

Gambar 6. Hasil intervensi 3 murid A


13

Jadual 6
Perbandingan Markah Intervensi Murid
Nama

Intervensi 1
(%)

Gred

Intervensi 2
(%)

Gred

Intervensi 3
(%)

Gred

Murid A
Murid B
Murid C
Murid D
Murid E
Murid F
Min
Peratus

56
56
56
63
75
63
61.5

C
C
C
B
B
B
B

88
75
88
88
100
88
88

A
B
A
A
A
A
A

94
100
75
100
100
100
95

A
A
B
A
A
A
A

Julat
Markah
Murid
38
44
32
37
25
37
34

Berdasarkan Jadual 6 di atas, dapat dilihat julat markah setiap murid bagi setiap
intervensi yang telah dilaksanakan. Murid A dilihat mempunyai julat markah
sebanyak 38%. Murid B pula dilihat mempunyai julat markah yang paling tinggi iaitu
sebanyak 44% manakala untuk murid C julat markah yang diperolehi ialah 32%.
Murid D dilihat mempunyai julat markah yang sama dengan murid F iaitu keduaduanya mencatatkan julat markah 37%. Akhir sekali ialah murid E yang mempunyai
catatan julat markah sebanyak 25% sahaja dan merupakan catatan julat markah
yang terendah. Min peratusan bagi setiap intervensi juga dapat dilihat dengan jelas
iaitu pada intervensi yang pertama, min peratusan yang diperolehi ialah 61.5%,
pada intervensi yang kedua min peratusan meningkat kepada 88% dan terus
meningkat kepada 95% pada intervensi yang ketiga. Julat min peratusan yang
ditunjukkan ialah sebanyak 34%. Untuk perbandingan peratus markah murid bagi
setiap kali intervensi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Rajah 11 di bawah:

Perbandingan Peratusan Markah Murid Bagi Setiap Intervensi


120
100

75

80
Peratus (%)

60

100

94
88
56

56

100
88

88
75

100
100

100
88

75
63

56

63

40
20
0

Murid
Intervensi 1

Intervensi 2

Intervensi 3

Rajah 6. Perbandingan Peratusan Markah Murid Bagi Setiap Intervensi


Berdasarkan Rajah 6, murid A menunjukkan markah 56% pada intervensi pertama
kepada 88% pada intervensi kedua dan 94% pada intervensi ketiga. Murid B
14

bermula dengan markah sederhana iaitu 56% pada intervensi yang pertama, diikuti
dengan markah 75% pada intervensi kedua dan akhirnya mendapat markah 100%
pada intervensi ketiga. Murid C pula mendapat 56% pada awal intervensi dan
kemudiannya meningkat kepada 88% pada intervensi kedua. Namun pada
intervensi ketiga pencapaian murid ini kelihatan sedikit menurun kepada 75%.
Beralih kepada murid D mendapat markah sebanyak 63% pada intervensi pertama
dan kemudiannya meningkat dengan baik kepada 88% pada intervensi yang kedua.
Pada intervensi yang ketiga murid ini telah mendapat markah penuh iaitu 100%
untuk lembaran yang diberikan oleh pengkaji.
Seterusnya murid E yang merupakan murid yang menunjukkan peningkatan yang
terbaik antara setiap murid dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana pada intervensi
pertama murid ini telah mendapatkan markah yang paling tinggi sebanyak 75%.
Seterusnya pada intervensi kedua murid ini telah mendapat markah penuh
sebanyak 100% dan ini terus dikekalkan sehinga ke intervensi ketiga. Murid yang
terakhir ialah murid F yang mendapat markah sebanyak 63% pada intervensi yang
pertama. Pada intervensi kedua, murid ini telah mendapat markah sebanyak 88%
dan terus menunjukkan peningkatan yang baik pada intervensi yang ketiga dengan
memperoleh markah penuh sebanyak 100%. Kesimpulannya, hasil perbandingan
dapatan markah yang diperolehi oleh murid dalam praujian, pascaujian dan
lembaran kerja pada setiap kali intervensi membuktikan bahawa penggunaan
Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri telah memberikan kesan yang positif dalam
membantu tahap penguasaan murid dalam aspek tatabahasa kata ganti nama diri.
REFLEKSI
Melalui analisis terhadap senarai semak pemerhatian dan soal selidik yang telah
dibuat, berlaku peningkatan tahap minat murid terhadap penggunaan Laman
Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini. Hal ini berlaku kerana murid di kelas Tahun 3
Perdana SK Ulu X ini sememangnya suka dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang bersifat hands-on dan memerlukan mereka untuk terlibat secara
maksimum. Hal ini pengkaji dapati dalam sesi intervensi yang dijalankan iaitu
apabila murid-murid ini sudah mula arif tentang penggunaan laman interaktif ini
maka mereka semakin teruja untuk menggunakannya lagi pada sesi-sesi yang akan
datang.
Untuk ujian pra dan ujian pasca, secara keseluruhannya peserta kajian dilihat
menunjukkan peningkatan yang baik dan memberansangkan. Hal ini kerana
kesemua peserta kajian dilihat menunjukkan peningkatan yang baik dari ujian pra ke
ujian pasca. Pada pendapat saya peningkatan ini berlaku kerana murid-murid ini
sangat berminat dengan teknik pengajaran belajar sambil bermain melalui Laman
Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini. Sehubungan dengan itu, dengan penggunaan
laman interaktif ini di dalam sesi PdP kata ganti nama diri, ia telah membawa kesan
positif dalam diri murid sekaligus membantu mereka memahami dan mengingati
dengan lebih baik kata ganti nama diri yang dipelajari.
Dari aspek lembaran kerja yang telah dilaksanakan sepanjang tiga kali intervensi
juga menunjukkan bahawa berlaku peningkatan penguasaan murid terhadap kata
ganti nama diri ini. Namun demikian, untuk setiap peningkatan yang berlaku tetap
ada juga peserta kajian yang tidak mampu untuk konsisten dan menunjukkan
penurunan pada intervensi yang telah dibuat. Hal ini berlaku kepada murid C pada
intervensi ketiga iaitu berlaku penurunan sebanyak 13 markah berbanding intervensi
kedua. Pada pendapat pengkaji, hal seperti ini berlaku kerana lembaran yang telah
digunakan oleh pengkaji untuk setiap intervensi adalah berbeza. Oleh itu, hal ini

15

menyukarkan murid untuk mengagak soalan yang yang akan diselesaikan olehnya
pada setiap kali intervensi dIbuat.
Secara keseluruhan, melalui dapatan kajian yang telah dibuat, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa penggunaan Laman Interaktif Kata Ganti Nama Diri ini telah
memberi nafas baru dalam sesi PdP. Pengkaji mengatakan sedemikian kerana
dengan menggunakan konsep belajar sambil bermain, murid-murid kelihatan lebih
berminat untuk belajar dan ini sekaligus memudahkan mereka untuk menguasai
sesuatu isi pelajaran. Hal ini bertepatan dengan pendapat Zulkiflie dan Juriah (2010)
yang mengatakan bahawa murid-murid akan lebih mudah memahami pelajaran
melalui penglibatan langsung di dalam sesuatu sesi tersebut. Tegasnya, sebagai
seorang guru abad ke-21 seseorang individu tersebut haruslah bijak merancang dan
melaksanakan PdP yang selaras dengan tuntutan kognitif murid agar segala ilmu
yang disampaikan mudah dihadam dengan baik.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
1.
2.
3.
4.
5.

Diaplikasikan untuk bilangan murid yang ramai.


Diaplikasikan dalam mata pelajaran lain.
Mengubahsuai bahan bantu belajar yang digunakan dalam permainan.
Tempoh kajian yang lebih lama.
Mengubahsuai
Laman
Interaktif
Kata
Ganti
Nama
Diri
penggabungjalinan TMK.
6. Menggunakan teknik lain untuk pengajaran kata ganti nama diri.

dengan

RUJUKAN
Ee Ah Meng (1997). Siri pendidikan perguruan pemantapan proses pendidikan asas
pendidikan 4. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti
Ee Ah Meng (1998). Pedagogi III: Pengujian dan penilaian, pemullihan, pengayaan
dan pendidikan inklusif. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti.
Kamaruddin Haji Husin (2001). Pedagogi bahasa perkaedahan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lisah Ching Vui Fah. (2011). Penelitian Teknik Menyemak Data Dalam Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Tesis tidak diterbitkan. Kuching, Sarawak: Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Zulkiflie Md. Aros. Juriah Long (2010). Strategi Pengajaran Bahasa Melayu
Berpusatkan Murid. Bangi, Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia.

16

Anda mungkin juga menyukai