Anda di halaman 1dari 9

Penilaian Terhadap Punca Stres.

Manusia diciptakan sebagai khalifah dimuka bumi ini dan merupakan sebailbaik mahluk ciptaan Allah. Dengan anugerah akal dan fikiran, manusia tidak dapat
lari daripada menghadapi tekanan hidup selaras dengan firman Allah dalam Alquran pada surah al-baqarah:

Maksudnya: Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Maka dalam mengharungi kehidupan, manusia akan mengharungi pelbagai
dugaan dan cabaran termasuklah warga pendidik yang sentiasa akan menghadapi
tekanan perasaan atau stres dalam tugas harian mereka. Stress adalah istilah yang
merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan
gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya. Gejala stres ini terhasil
apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber
yang ada pada dirinya. Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak
pada seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam
mencapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah
prasyarat penting pada kebanyakan individu dalam penerimaan diri, nilai diri yang
positif dan kesejahteraan hidupnya. Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri
seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stres yang dicipta dalam
dirinya sendiri.
Faktor persepsi adalah penting dalam mengkategorikan sesuatu perkara itu
perkara positif atau negatif. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang
itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu
boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang

berlainan dan seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah
ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai
pembukaan kepada kejayaan, dan disebaliknya ada orang yang membiarkan
peluang yang sama berlalu kerana ia melihatnya sebagai punca kepada kerugian
atau kegagalan.
Berdasarkan definisi di atas, boleh dikatakan bahawa semua perkara yang
datang kepada kita adalah tekanan ataupun stres. Bergantung kepada darjah
tekanan itu, bergantung kepada individu untuk menerimanya sebagai perkara
positif ataupun negatif. Stres yang diterima dengan berlapang dada pasti
menjadikannya ia sebagai perkara yang positif yang menzahirkan tindakan atau
tingkahlaku yang positif. Stres yang diterima dengan tidak sepenuh hati dan
dianggap sebagai perkara yang negatif akan melahirkan tindakan yang negatif.
Dengan mengambil contoh, dalam menerima tugas dalam kerja. Jika individu
itu mengganggap tugasan itu sebagai satu tanggungjawab (positif) yang perlu
dilaksanakan, ia akan melahirkan tindakan yang bersungguh sungguh untuk
menyelesaikan tugasan tersebut. Ditambah dengan kemahiran, ilmu yang sedia ada
dan sumber sumber yang boleh diperolehi dan sedia ada bagi melaksana dan
menyelesaikan tugasan itu. Jika individu mengganggap tugasan itu sebagai satu
beban (negatif), ia akan melahirkan tindakan yang tidak menunjukkan usaha yang
bersungguh sungguh dan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Dengan tiada
kemahiran dan ilmu yang mencukupi dalam membantu menyelesaikan tugasan itu.
Namun jika individu merupakan seorang individu yang berfikiran positif, tugasan
yang pada mulanya yang dianggap perkara negatif boleh ditukarkan menjadi suatu
perkara yang positif dengan berusaha mencari jalan dan cara untuk mendapatkan
sumber sumber yang diperlukan bagi tugasan tersebut.
Borget, et al (1991) telah membuat kajian ke atas 1074 orang guru sekolah
rendah di Maltadan mendapati 32.6 peratus atau 710 responden mengakui
pekerjaan mereka menyebabkanstres yang tinggi kepada diri. Justeru itu, Dodge, D.
Dan Martin (1993) juga telah menggunakan kajian yang sama ke atas guru-guru
sekolah menengah di Malta dan mendapati bahawa 50 peratus responden
mengalami tahap stres yang sederhana, 30.7 peratus pada tahap rendah dan 15

peratus responden bertanggapan bahawa pekerjaan mereka mendatangkan stress


yang tinggi.
Berdasarkan kepada jadual tahap stress guru yang diberi juga menunjukkan
tahap stress yang rendah, sederhana dan tinggi. Daripada pengamatan saya
perkara yang membuatkan guru stress adalah dari pihak pentadbir atau pihak
atasan yang memberi tekanan dengan menambah beban guru terbabit seperti
memberikan relief dan apabila dilawati oleh Jemaah nazir sekolah seperti yang
disebutkan pada skala rendah adalah dari 1.89 hingga 2.93. berdasarkan dari skala
yang paling rendah iaitu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran(1.89),
menyediakan rancangan pengajaran harian(2.01) dan masa yang digunakan untuk
membuat persediaan(2.19) menunjukkan stress guru amatlah rendah kerana
perkara yang disebutkan adalah bidang tugas guru yang sebenar. Jadi, skala
stresnya rendah jika dibandingkan dengan tugasan yang luar dari bindang yang
perlu guru hadapi. Stress guru akan sedikit meningkat jika mendapat tekanan dari
pihak pentadbiran namun masih dalam skala rendah seperti dalam skala (2.65) di
mana guru perlu mengemas kini markah peperiksaan murid dan perkara tersebut
selalunya arahan dari pihak atasan supaya mengisi di dalam sistem. Tambahan lagi,
arahan lain dari pihak atasan yang memberikan masa kosong untuk diganti oleh
guru-guru seperti dalam skala (2.91) dan arahan dari pihat atasan atau pentadbir
yang kurang jelas dan hanya banyak memberi arahan sahaja seperti dalam skala
(2.92) mengakibatkan guru stress. Ini mungkin disebabkan oleh faktor masa yang
dirancang tergendala disebabkan tanggungjawab orang lain yang terpaksa guru
tersebut gantikan dan masa rehat guru tersebut menjadi pendek seperti yang
disebutkan pada skala(2.95).
Dapatan

kajian

daripada

Universiti

Utara

Malaysia

mendapati

guru

menyatakan bahawa mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan


kehendaknya mencatatkan skor min yang tertinggi. Hasil kajian juga menyatakan
pihak pentadbir hendaklah sentiasa memberikan dorongan dan menunjukkan
keyakinan bahawa guru-guru mampu melakukannya walaupun guru tersebut tidak
pernah mengajar sesuatu subjek yang perlu diajar olehnya pada masa sekarang.
Jika terdapat sebarang kekurangan, pihak pentadbir juga perlu lebih bijak dalam
menanganinya dan sentiasa memberikan motivasi kepada guru-guru. Di samping
itu, pihak pentadbir juga perlu lebih telus dan peka dalam menangani setiap

masalah kakitangan sokongan dan menyediakan kemudahan lain. Menurut (Raja


Maria Diana Raja Ali, 2011) beban tugas merujuk kepada tugas-tugas yang perlu
dibuat oleh
latihan

guru

seperti

membuat

persediaan

mengajar,

menyemak

pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, kerja-kerja pentadbiran seperti

mengisi borang dan lain- lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang
guru sepanjang dia berkerja.
Perkara begini tidak terlalu memberi tekanan kepada guru tersebut kerana
hanya berlaku pada waktu yang jarang kali. Jadi, tahap tekanan atau strees guru
tidak terlalu tinggi dibandingkan dengan perkara lain.
Seterusnya, tahap stress guru berada di tingkat sederhana apabila terjadi
masalah dalam rutin harian mereka iaitu mengenai pengajaran dan pembelajaran,
contohnya apabila guru tersebut tidak dapat menghabiskan atau selesaikan sukatan
mengikut waktu yang telah ditetapkan. Berdasarkan daripada jadual tersebut, min
bermula dari 2.94 hingga 3.08 menunjukkan kepada perbincangan mengenai
perkara di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh
dalam

skala

(2.94)

menunjukkan

guru-guru

mulai

stress

disebabkan

oleh

kekurangan kemudahan atau fasiliti untuk mengajar dengan selesa. Guru terpaksa
memikirkan jalan penyelesaian lain disebabkan oleh kekurangan kemudahan untuk
mengajar selain terpaksa berebut-rebut dengan guru lain untuk menggunakan
kemudahan yang terhad di sekolah. Seterusnya pada skala (2.95) menunjukkan
guru

stress

disebabkan

oleh

masa

rehat

yang

kurang

kerana

terpaksa

menggantikan kelas orang lain atau tugas-tugas lain yang terpaksa dilakukan
namun masih dalam tahap sederhana. Faktor masa ini juga banyak memberikan
tekanan kepada guru bukan hanya kepada waktu rehat sahaja, malahan jika guru
tersebut merasa kurang masa untuk memberi tumpuan terhadap murid iaitu
semasa membimbing murid secara peribadi seperti dalam skala(3.03) dan
kekurangan masa atau tidak sempat menghabiskan sukatan seperti dalam skala
(3.08) juga menyebabkan guru tersebut stress. Ini kerana mereka merasakan tidak
berpuas hati terhadap kerja yang dilakukan kerana tidak mencapai tahap yang
diinginkan. Di dalam keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 september 2000
membincangkan

mengenai

saiz

kelas

yang

ideal

untuk

murid.

Mereka

membentangkan usul dua perkara yang dipersetujui oleh pelbagai pihak antaranya
Kesatuan

Kebangsaan

Guru-Guru

Lepasan

Maktab

Semenanjung

Malaysia,

Gabungan Majlis Guru Besar dan Kongres. Usul-usul terbabit ialah mengecilkan saiz
kelas dengan nisbah 35 pelajar dalam satu kelas (35:1) berbanding sekarang yang
memperlihatkan nisbah 50 hingga 60 pelajar dalam satu kelas. Sementara usul
kedua ialah nisbah guru iaitu dengan menambah daripada satu kelas dan dua guru
(1:2) kepada 1:5. Usul-usul berkenaan dikemukakan setelah mengambil kira
kepesatan

pembangunan

pendidikan

dengan

jumlah

pelajar

yang

semakin

bertambah. Kelas yang mempunyai murid yang ramai juga menyebabkan guru
kurang fokus terhadap semua murid dan ini boleh membantutkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan dalam skala (3.18) dimana guru stress
kerana terpaksa mengajar di dalam kelas yang mempunyai murid yang ramai
sementara pada skala (3.18) juga menunjukkan guru stress kerana sokongan dari
rakan kerja yang kurang apabila mengendalikan sesuatu aktiviti di peringkat
sekolah. Guru tersebut terpaksa bekerja seorang diri tanpa dibantu oleh guru lain.
Kita melihat pula 10 min yang tertinggi dari 3.21 hingga 3.65 menunjukkan
rata-rata adalah berkenaan dengan tingkah laku pelajar yang membuatkan guru
menjadi stress. Paling tinggi adalah disebabkan murid yang terlalu biadap terhadap
guru kerana guru selalunya bermula dari (3.21) menunjukkan murid kurang
bermotivasi di dalam bilik darjah dan akhirnya membuatkan kelas berada dalam
keadaan yang suram. Ini boleh menimbulkan tekanan kepada guru tersebut. Selain
itu, kita dapat lihat stress guru adalah disebabkan oleh murid tersebut yang tidak
mengikut arahan guru seperti dalam skala (3.26) dan tidak menyiapkan tugasan
guru seperti dalam skala (3.27). Perkara ini selalu terjadi dalam sesi pengajaran di
dalam kelas dan guru akan sering dalam keadaan stress atau tertekanan. Oleh
sebab itu perkara ini berada didalam tahap stress yang tinggi. Seterusnya, stress
guru disebabkan oleh tingkah laku murid yang boleh membimbangkan semua pihak
dimana guru terpaksa menghadapi murid yang selalu membuat bising semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas(3.32) dan murid yang mempunyai
masalah disiplin di sekolah seperti dalam skala(3.37). perkara sebegini yang
membuatkan guru tertekan dan berada di tahap yang tinggi. Namun, sikap murid
yang kurang sopan seperti dalam sekala(3.47) dan murid yang biadap terhadap
guru seperti dalam skala (3.65) membuatkan stress guru kemuncak kepada yang
paling tinggi. Sifat guru yang

penyayang seperti ibubapa sendiri membuatkan

mereka terasa hati dan tertekan jika ada murid yang biadap mereka. Selalunya hal

sebegini tidak dapat dikawal terutamanya guru wanita yang hatinya mudah
tersentuh jika diperlakukan sebegitu.
Sebagai kesimpulan, pelbagai perkara yang berlaku boleh menyebabkan guru
tertekan atau stres tambahan jika melibatkan murid yang diusahakan untuk
menjadikan mereka khalifah yang terbaik dimuka bumi ini. Namun, kita perlu bijak
dalam mengawal emosi dan menyelesaikan setiap tekanan seperti firman Allah
dalam surah al-Dhariyat ayat 21:



Maksudnya: dan juga pada diri kamu sendiri. Maka, mengapa kamu tidak
melihat serta memikirkan? Ayat ini menunjukkan agar kita berfikir dan mengkaji dan
bagaimana kita sebagai hamba mengkaji diri kita untuk mengawal emosi dan
menyelesaikan setiap tekanan yang di hadapi saban hari.

Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam
kalangan

guru

yang

semakin

parah.

Pertamanya,

para

guru

perlu

diberi

pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca


yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan Janis (1982) menyarankan
kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini bertujuan meningkatkan pertahanan terhadap
tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Teori ini mengandaikan bahawa
apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi tekanan atau sebarang
bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh perubahan itu adalah
tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka yang tidak

bersedia untuk menghadapinya. Dengan itu, para guru perlu diberi pendedahan
mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapinya dalam profesion perguruan. Salah
satu teknik yang dicadangkan untuk mengurangkan tekanan harian adalah Teknik
Pengenduran Otot-otot Secara Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr.
Edmund Jacobson, 1902). Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan
perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani,
emosi, rohani dan inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan
terhadap penjagaan aspek tersebut.
Program latihan fisioterapi khas diperkenalkan untuk golongan-golongan guru
di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life Physio and Rehabilation,
Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar
fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan
stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang
guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua
sekolah tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program
itu banyak memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di
tempat kerja.
Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu
memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP,
Hashim bin Adnan, beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat
bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas
pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh
individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan
aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini. Menurut Jaafar
Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa
seminggu.

Baki

masa

yang

selebihnya

pula

sepatutnya

digunakan

untuk

mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat. Sekiranya guru tidak


mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat,
mereka akan membawa masalah-masalah di luar pejabat ke sekolah untuk
diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu pula tugas-tugas hakiki di
sekolah. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat
implikasi negatif seperti gagal dalam peperiksaan utama.

Guru juga hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek
yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru
menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993). Adalah penting untuk
mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik iaitu
mengenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan
mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini
malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang.
Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan tingkah laku seorang murid
tersebut mungkin dia boleh mengambil pendekatan dengan mendampingi murid
tersebut berbincang mengenai hal tersebut. Jadi guru tersebut tidak menjadikan ia
sebagai tekanan.
Pengurusan masa guru amat penting supaya dapat mencari masa yang
sesuai untuk menghilangkan stress atau tekanan selepas penat bekerja. Kenalpasti
kerja harian kita mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya kita
dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan.
Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip
kosong,

perbualan

telefon

dan

yang

membazirkan

masa.

Guru

perlu

membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Dengan
masa yang lapang kita boleh melibatkan pelbagai aktiviti dengan anak-anak dan
ahli keluarga seperti berenang di sungai atau pantai, menonton filem (komedi) atau
baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan
melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan
menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita). Dengan pelbagai aktiviti ini
membantu kita mengurangkan stress di sekolah.
Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu
ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan
dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan
kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri
seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang
ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama
bagi masalah stres. Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan
jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa

mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT
berfirman dalam surah al-Rad ayat 28:

Yang bermaksud, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati
mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah
hati manusia".
Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu
menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis
riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu
atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca alQuran". Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam
mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres.
Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha
mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan alQuran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan
batin.
Sebagai kesimpulannya, seorang guru harus bijak dalam menangani stres
atau tekanan di tempat kerja dengan pelbagai cadangan yang telah diberikan.
Terutamanya bagi guru yang beragama islam harus yakin terhadap firman Allah
dengan berzikir kita akan diberikan ketenangan jiwa dan segala hal akan
dipermudahkan. Ini penting agar profession keguruan dapat dijadikan satu platform
untuk mengubah dunia menjadi yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai