Anda di halaman 1dari 3

MAS

CUE

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Semua ibu bapa diminta untuk ke meja pendaftaran bagi sesi


pendaftaran nama anak-anak anda.

7.45

HADIRIN

pagi

MENGAMBIL

Majlis mempersilakan Yang Dihormati Puan Noriah bt Hj Ismail,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Ahli-ahli jawatankuasa
PIBG, guru-guru penolong kanan, para ibu bapa dan murid-murid
Tahun 1 untuk mengambil tempat di dalam Dewan Bestari.

A
7.30
pagi

TEMPAT DI
DEWAN
7.50

UCAPAN ALU-

pagi

ALUAN
PENGACARA
MAJLIS

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam
sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Yang Dihormati, En. Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bangsar,
Yang Berusaha, Puan Noriah bt Hj Ismail, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bangsar,
Yang Dihormati, Puan Siti Maziah bt Malik, GPK Tadbir dan
Kurikulum, Puan Norsyafina bt Yasak, GPK HEM, Puan Norsilah bt
Dali, GPK Kokurikulum, Pn Tanma Rajasegaran, Penyelia Petang,
Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Bangsar,
Para ibu bapa,
Dan murid-murid Tahun 1.
PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,
SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;
KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana kita
diberikan kekuatan dan kesempatan untuk berhimpun dalam Majlis
Transisi Tahun 1 SK Bangsar bagi sesi tahun 2016.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan,
ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Program Transisi
Murid Tahun 1 bertujuan untuk membantu murid-murid
menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal di tabika atau
prasekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah.
Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan
kawan-kawan baharu dalam masa yang singkat.

BACAAN DOA

KALAU PERGI KETANJUNG KERAMAT,


ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT;
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis


menjemput al fadhil Ustaz Mohd Sabri bin Che Bedolah untuk
membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
----------------------------- bacaan doa ------------------------Amin amin ya rabbal alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ustaz Mohd Sabri bin Che Bedolah atas bacaan doa itu
tadi.
8.00

UCAPAN GURU

pagi

BESAR SK BANGSAR
(Pn Noriah bt Ismail)

BUKAN RUMPUT SEBARANG RUMPUT,


RUMPUT PENGHIAS TEPI HALAMAN;
BUKAN JEMPUT SEBARANG JEMPUT,
JEMPUT MEMOHON KATA ALUAN.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Puan Noriah bt Ismail selaku Guru Besar SK Bangsar untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar
atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

UCAPAN GPK
TADBIR DAN
KURIKULUM (Pn Siti
Maziah Bt Malik)

UCAPAN GPK HEM


(Pn Norshafina Bt
Yasak)

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput Yang


dihormati Puan Siti Maziah bt Malik, GPK Tadbir dan
Kurikulum SK Bangsar untuk menyampaikan taklimat
akademik. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Maziah
bt Malik atas penyampaian taklimat akademik sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang dihormati Puan
Norshafina bt Yasak, GPK Hal Ehwal Murid untuk
menyampaikan taklimat pengurusan hal ehwal murid dan
peraturan-peraturan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Norshafina
bt Yasak atas taklimat yang disampaikan.
Hadirin yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita mendengar pula ucapan daripada guru
penyelaras Program Transisi Tahun 1 SK Bangsar bagi sesi 2016.
Untuk itu, majlis menjemput Puan Siti Noor Afiqah bt Mohd
Ghawi untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Noor
Afiqah atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN
PENYELARAS (Pn Siti
Noor Afiqah Bt Mohd

PERGI KE KOTA MEMBELI SELASIH,


SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA;
KATA AZIMAT SIMPULAN KASIH,

Ghawi)

SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.


Untuk tidak melengahkan masa, majlis menjemput Yang
Dihormati Encik Mohd Effendi bin Dollah selaku Yang
Dipertua PIBG SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati
Encik Mohd Effendi bin Dollah atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG


(En. Mohd Effendi bin
Dollah)

10.00
pagi

PENUTUP

KERJASAMA TUAN PUAN SANGAT DIHARGAI,


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI;
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.
MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,
KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA;
ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Program Transisi
Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Hadirin dipersilakan ke kantin untuk sarapan pagi sebelum ke acara
seterusnya iaitu sesi pendaftaran murid di kelas yang akan bermula
pada pukul 10.30 pagi.

Anda mungkin juga menyukai