Anda di halaman 1dari 15

1.

Terangkan 5 tahap keperluan manusia dalam membentuk hierarki berdasarkan kepada Teori
Keperluan Maslow.
Keperluan fisiologi

merupakan keperluan yang paling asas


penting bagi setiap organisma, apatah lagi manusia.
merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang
Contoh: keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.

Keperluan keselamatan

Keperluan untuk selesa dalam persekitaran yang selamat.


Termasuk keselamatan peribadi, kewangan dan kesihatan
Contoh: tempat tinggal dan perlindungan seperti pakaian

Keperluan kasih sayang


keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan kekitaan.
Contoh: pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan
tersendiri di dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan di
kalangan pekerja dapat dikurangkan.

Keperluan penghargaan diri


keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain.
Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan.
Ini akan meningkatkan penghormatan diri (self-esteem).

Keperluan pencapaian kendiri


Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita diri sendiri mengikut
potensi seseorang manusia (pekerja).

2. Berikan 5 aktiviti pengurusan personel dalam organisasi yang bertujuan meningkatkan


produktiviti dan kepuasan pekerja dalam industri.
Merancang

Melibatkan aktiviti pemikiran dan perencanaan ke hadapan tentang tindakan-tindakan yang

harus diambil.
Penting untuk memastikan semua rancangan bengkel berjalan lancar.
Mengemakini

Maklumat & rekod perlu dikemas kini supaya selari dengan perancangan & tindakan yang

hendak diambil.
Faedah aktiviti: mempunyai maklumat yang lengkap tentang semua peralatan bengkel untuk
perancangan pembelian & pelupusan data.

Pemerhatian
Pemerhatian & penyeliaan adalah aktiviti yang perlu diamalkan.
Contoh: melalui aktiviti pemerhatian, guru dapat mengawal keselamatan pelajar & pralatan
di bengkel.

Pembahagian tugas

Untuk memastikan semua ahli di dalam organisasi dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing mengikut senarai tugas yang telah diberikan.

Refleksi

Aktiviti penilaian terhadap semua rancangan yang telah dilaksanakan sama ada mengikut

perancangan atau tidak.


Penting bagi pihak pengurusan mengenal pasti setiap kelemahan dalam rancangan dan
mencari penyelesaian untuk mengatasinya.

3. Jelaskan 5 kepentingan kawalan stok dan inventori dalam membantu sesebuah bengkel
yang efisien.

Rekod inventori diperlukan bagi memudahkan proses penyediaan perancangan

perbelanjaan bagi tahun hadapan.


Memudahkan perancangan untuk membeli alat ganti.

Panduan untuk membuat perancangan bagi memberi alatan atau bahan tambahan.
Memudahkan proses pengambil alih tugas oleh guru yang baru.
Membantu guru membuat perancangan lebih awal; dapat memastikan segala bekalan yang

diperlukan dapat disediakan apabila pelajar perlu menggunakannya.


Memastikan bekalan yang disediakan mencukupi; dapat elak berlaku gangguan terhadap
aktiviti p&p.

4. Nyatakan 5 tanggungjawab PERKESO

Melaksanakan prinsip insurans keselamatan sosial


Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti dan cekap pada kos yang paling

ekonomik dengan menggunakan teknologi canggih serta pembangunan sumber manusia


Mengkaji struktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada

kemampuan kewangan dan system pemberian faedah


Memupuk dan menggalakkan kesihatan serta keselamatan pekerjaan di kalangan pekerja
dan majikan.

5. Kemukakan elemen-elemen untuk mencegah kemalangan di dalam bengkel.


Alat pemadam api
Pakaian Perlindungan( Kasut Sarung tangan Apron atau pakaian keselamatan yang

diperbuat daripada kulit)


Peralatan Perlindungan, gogal (semasa mencanai dan menggerudi), pelindung
muka (semasa mengimpal arka)

6. Berikan punca-punca yang boleh menyebabkan pelajar pengsan semasa dalam bengkel.

Pengudaraan tidak mencukupi atau lancar, terkena renjatan elektrik, terhidu thinner terlalu
lama, kebocoran gas, terhidu asid hidroklorik

Hazard

Kenalpasti Hazard

Kaedah Cegah
Hazard

7. Terangkan maklumat yang ditujukan.


a) Hazard
Apa sahaja secara sendirian atau bersaling tindak antara satu dengan yang lain mampu
mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza beza ketenatannya, daripada yang

mengakibatkan kecederaan kecil sehinggalah kepada kematian


Hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai

potensi

mengakibatkan

kemudaratan dalarn konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta

benda, kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya.


Contoh: Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazad, sistem kerja tidak selamat.

b) Kenalpasti hazard
Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah dengan
menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis hazard. Di
dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem
yang ingin dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut.
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard:

Pemerhatian dan Rujukan


Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, proses dan
prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya merujuk kepada akta,
peraturan garis panduan, kod amalan, standard, data dan sebagainya boleh mengenalpasti
hazard. Pemerhatian tanpa rujukan sukar mengenalpasti sesuatu hazard yang lazim dan
rutin dilakukan di tempat kerja.
Penggunaan kelengkapan khas

Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh. Oleh itu
pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut. Hazard ini memerlukan
kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya. Misalnya gelombang
mikro, sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan dosimeter sinaran.
Aduan/laporan/cadangan

Seseorang pengurus ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja yang luas dan umum
skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan mereka mengenalpasti semua hazard yang
berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam kawalanya. Hazard baru juga boleh timbul
akibat perubahan struktur, proses dan sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat
seorang pengurus memerlukan bantuan pekerjanya untuk mengenalpasti hazard.

c) Pencegahan Hazard
Hazard kimia

Mengenal pasti bahan kimia berbahaya di tempat kerja dengan melakukan pemeriksaan

di tempat kerja.
Mewujudkan daftar bahan kimia yang ada di tempat kerja secara komprehensif.
Mengikuti program pendidikan dan latihan.
Letakkan bahan kimia di tempat yang selamat dan jauhkan dari tempat yang terdedah
kepada risiko kebakaran.

Hazard Elektrik

Menggunakan peralatan elektrik yang bersesuaian dan selamat.


Menggunakan peralatan keselamatan tambahan bagi meningkatkan keselamatan sistem

elektrikal.
Menjalankan penyelenggaraan berkala ke atas sistem elektrikal.
Mendapat latihan dan mematuhi protokol kerja selamat dalam penggunaan,

pengendalian atau penyelenggaraan peralatan elektrik dan punca elektrik lain.


Melakukan pendawaian hanya selepas mendapat sijil kompetensi yang berkaitan.

Hazard Biologi

Mendapatkan maklumat mengenai bahaya hazard biologi yang ditangani atau yang

bakal dihadapi.
Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat berkaitan dengan hazard

biologi.
Sentiasa mengamalkan standard precaution dalam tugasan harian.

Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja

Mematuhi segala arahan pencegahan kebakaran yang disediakan oleh majikan.


Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar daripada punca api (Cth: mancis, pemetik api)
atau haba.

Bersihkan tumpahan bahan mudah terbakar dengan segera.


Pastikan bekas bahan-bahan mudah terbakar dilabel dengan jelas.
Simpan bahan-bahan mudah terbakar di kawasan yang mempunyai pengalihan udara

yang baik.
Tidak merokok apabila berada di kawasan yang mempunyai bahan-bahan mudah
terbakar.

8. Bagaimana bengkel RBT boleh dikendalikan dan diuruskan dengan efisien selaras konsep
5S.
9. Cadangkan satu reka bentuk bengkel RBT yang kondusif.
Bengkel dibina dalam bentuk 4 segi tepat dan mempunyai panjang yang sekurang

kurangnya dua kali ganda daripada lebarnya.


Cth: lebar 20 kaki, panjang 40 kaki utk memudahkan proses pengurusan bengkel
dari segi penyusunan perabot, mesin, bahan serta praktikal dan dapat beroperasi

dengan lebih berkesan.


Mempunyai 2 pintu sebagai laluan keluar & masuk, tujuan keselamatan kepada
pengguna bengkel dan memudahkan proses keluar & masuk mesin, bahan dan
alatan.

Mempunyai ruang yang cukup sesuai dengan bilangan pelajar dan aktiviti yang akan

dijalankan.
Kecukupan ruang diambil kira dari segi keluasan meja kerja untuk seorang pelajar

dikalikan dengan bilangan makimum pelajar yang bekerja pada satu masa.
Keluasan stor ialah 18 kaki lebar dan 34 kaki panjang.
susun atur meja kerja murid dibuat secara menegak.
memudahkan murid-murid memandang ke hadapan untuk melihat guru mengajar,
memberikan perhatian, tambah keluasan kepada laluan guru untuk memantau setia,
bergerak dengan lebih selesa.

Corak aliran kerja perlu diambil kira di dalam organisasi bengkel.


Lorong pergerakan utama yang lebar, pelajar boleh bergerak dengan mudah untuk
mendapatkan alat dan bahan tanpa menggangu kerja rakan, jarak diantara stesen
kerja dengan tempat simpanan bahan tidak jauh, jalan keluar dari kawasan kerja
dekat dengan pintu, mempunyai lorong luru untuk membolehkan pelajar bergerak
pergi dan balik dari tempat kerja yang merbahaya dengan pantas.

Jimat tenaga, kerja dapat dijalankan dengan lebih efisien, memudahkan kawalan
guru.

Faktor penglihatan: guru boleh melihat kawasan kerja, membolehkan guru


memerhati pelajar dan membantu pelajar yang memerlukan bantuan dan mengambil

langkah sewajarnya jika ada masalah keselamatan.


Elak bengkel bentuk L atau mempunyai ruang berasingan, jangan bina dinding
pemisah, alatan besar atau almari letak di tepi dinding.

Faktor pendengaran: membantu guru mengawal aktiviti di dalam kelas.


Bunyi ganjil daripada mesin, sebab x dapat berfungsi dengan baik atau pelajar x

dapat mengendali dengan betul dapat tarik perhatian guru dengan segera.
Faktor ini untuk tujuan keselamatan, menegur kesalahan pelajar, mencegah
kerosakkan dan memanjangkan jangka hayat mesin.

Penggunaan warna yang cerah dan ceria, menarik minat murid dan meningkatkan

semangat ingin belajar.


Pencahayaan: cahaya asli daripada cahaya matahari perlu diberi keutamaan.
menjimatkan kos, cahaya matahari lebih terang daripada cahaya lampu.

peralatan perlindungan diri dalam bengkel perlu disediakan. Contoh: penutup hidung

dan apron.
Peti kecemasan letak tempat berdekatan dengan stesen guru dan mudah dilihat.

Kawasan mencuci tangan perlu disediakan.


alat pemadam api ditempatkan di tempat yang mudah untuk dicapai dan mudah
dilihat, alatan seperti hos bomba, pengesan haba, dansprinkler juga boleh dipasang.

10. Bincangkan mengapakah proses pengurusan bengkel perlu melalui 2 fasa.


Fasa Pertama: merangkumi proses perancangan dd\an pengendalian kemudahan di
bengkel.
Mereka bentuk
perancangan

Mereka bentuk pelan lantai bengkel


Menyediakan kemduahan asas seperti pendawaian, pengudaraan dan
perpaipan
Penyusunan ruang untuk peralatan utama, Penyusunan perabot di dalam
ruang kerja
Kedudukan stor, Laluan keselamatan, Penggunaan warna di dalam bengkel

11. Huraikan satu perancangan bengkel RBT yang berkesan supaya pengurusan bengkel
tersebut dapat mengitegrasikan manusia, bahan dan alatan.
Anggaran perbelanjaan perlu dibuat dua atau tiga kali sebulan sebelum akhir tahun
pada setiap tahun. Oleh kerana peruntukkan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan
adalah berdasarkan bilangan pelajar, guru perlu mengambil kira bilangan pelajar
semasa ketika membuat anggaran bilangan alatan, kelengkapan dan bahan yang
diperlukan untuk aktiviti pengajaran untuk tahun hadapan. Daripada anggaran keperluan
alatan dan bahan guru perlu membuat cadangan pembelian mengikut spesifikasi yang
telah dikenal pasti terlebih dahulu oleh guru.

Apabila pembekal menghantar bekalan yang dipesan bersama nota hantaran, alatan x
boleh terus disimpan di dalam stor. Guru perlu memeriksa dan memastikan bekalan
yang dihantar memenuhi setiap spesifikasi yang dinyatakan dalam sebut harga. Jika
bekalan dihantar mengikut spesifikasi, maklumkan kepada pembekal dan pastikan tidak
menandatangani invois yang dihantar. Guru merekodkan maklumat alatan dan bahan ke
dalam stok dan inventori. Invois yang telah ditandatangan serah kepada kerani
kewangan.

Kawalan

stok

dan

inventori

memudahkan

proses

penyediaan

perancangan

perbelanjaan, proses pengambil alih tugas oleh guru baru, perancagan untuk membeli
alat ganti, guru guna kaedah kad, lebih senang untuk dipindahkan dan diubah mengikut

keperluan.
Jika terdapat item yang dilupuskan, guru mesti mencatat kaedah pelupusan yang telah
dijalankan dan kad tersebut perlu dipindahkan ke dalam fail tidak aktif.

12. a) Senaraikan bidang tugas anda semassa membuat perancangan perbelanjaan.

Menyediakan Anggaran Perbelanjaan


Anggaran perbelanjaan perlu dibuat dua atau tiga kali sebulan sebelum akhir tahun pada
setiap tahun. Oleh kerana peruntukkan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan adalah
berdasarkan bilangan pelajar, guru perlu mengambil kira bilangan pelajar semasa (enrolmen
semasa) ketika membuat anggaran bilangan alatan, kelengkapan dan bahan yang
diperlukan untuk aktiviti pengajaran untuk tahun hadapan. Daripada anggaran keperluan
alatan dan bahan guru perlu membuat cadangan pembelian mengikut spesifikasi yang telah
dikenal pasti terlebih dahulu oleh guru.

Alat Bantu Mengajar


Sebuah bengkel yang baik juga perlu dilengkapi dengan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang
berkualiti bagi membantu pengajaran guru. Oleh itu, pembelian ABM ini perlu dirancang dan
dimasukkan dalam senarai perancangan perbelanjaan bengkel.

Rekod Penyelenggaraan

Guru juga perlu menyemak rekod servis atau penyelenggaraan di bengkel bagi merancang
keperluan penyelenggaraan terhadap mesin dan alatan pada tahun hadapan. Keperluan
bajet untuk penyelenggaraan alatan dan mesin amat penting untuk diambil kira kerana
selain daripada ia dapat membantu memanjangkan jangka hayat mesin dan alatan ia juga
dapat mengurangkan risiko bembaziran. Oleh itu peruntukan kewangan perlu mengambil
kira factor ini agar ia dapat ditambahkan di dalam perancangan kewangan terbabit.

Perubahan Kurikulum
Oleh kerana kurikulum sekolah sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa maka
perancangan perbelanjaan turut meliputi perancangan perkembangan mata pelajaran
perancangan ini meliputi perancangan pembelian buku rujukan tambahan dan juga kursus

yang diperlukan oleh guru bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengikut
keperluan semasa.

Rekod Inventori
Selain daripada itu guru juga perlu membuat semakan terhadap rekod inventori dan stok
yang terdapat di bengkel. Tujuan semakan ini adalah untuk mengetahui jumlah alatan dan
bahan yang belum habis digunakan dan masih boleh digunakan untuk keperluan
pengajaran untuk pada masa akan datang maka,jumlah keperluan tadi perlu ditolak dengan
jumlah alatan, kelengkapan dan bahan yang masih boleh digunakan di dalam panel alat
atau bilik stor bagi menganggarkan jumlah peruntukan kewangan sebenar yang diperlukan.
Sekiranya dasar ini tidak diambil kira masalah yang akan timbul ialah pembaziran dan
masalah ruang untuk menyimpan alatan atau bahan yang berlebihan.

Rekod Hutang
Dasar yang terakhir aialah melihat rekod-rekod hutang perbelanjaan pada tahun semasa
untuk diambil kira dan ditambah di dalam peruntukan perbelanjaan pada tahun hadapan.
Langkah ini perlu diambil kira supaya guru tidak membuat anggaranyang belebihi
peruntukan yang disediakan dan mengelakkan masalah hutang lapuk.
Setelah perancanga perbelanjaan disediakan, ia akan diserahkan kepada penyelaras.
Penyelaras kemudiannya akan mengadakan mesyuarat dengan semua pengurus makmal
bagi menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan semua bengkel-bengkel yang terdapat
di sekolah. Langkah seterusnya penyelaras akan menbincangkan anggaran perbelanjaan
dengan Pengetua bagi mendapatkan kelulusan. Setelah cadangan perbelanjaan diluluskan
guru perlu memulakan proses pembelian alatan.
b) Jelaskan prosedur meminjam peralatan bengkel.
Peminjam perlu berjumpa dengan guru atau penyelaras bengkel dan merekodkan
maklumat yang terdapat dalam buku rekod peminjaman dengan lengkap seperti nama
peminjam, tujuan mminjam, nama alat, kuantiti, tarikh dan masa dipinjam, tarikh dan

masa dipulangkan, tandatangan penyelaras bengkel, tandatangan peminjam.


Setelah memilih alat yang hendak dipinjam, sila tulis nama alat tersebut beserta nombor

siri dengan jelas.


Peminjam perlu memeriksa peralatan yang hendak dipinjam dengan teliti. Jika ada
sedikit kecacatan atau keraguan kerosakan pada alat, sila tulis maklumat keadaan alat
tersebut pada ruangan yang disediakan pada borang pinjaman.

Akhir sekali, peminjam dikehendaki menandatangan pada buku rekod peminjaman bagi
mengesahkan bahawa peminjam tersebut bertanggungjawab sepenuhnya setelah alat

dikeluarkan daripada bengkel.


Guru atau pengurus bengkel bertanggungjawab untuk memasstikn alatan yang
dipulangkan oleh si peminjam berada dalam keadaan yang baik dan disimpan kembali
ke tempat asalnya.

c) Bagaimana anda berperanan dalam memastikan program yang berkaitan dengan


keselamatan pelajar dan bengkel mencapai matlamatnya.
Memupuk sikap selamat di kalangan peiajar bukanlah perkara yang mudah. Pelajar
tidak sutra dibebelkan untuk menjaga keselamatan-, tetapi pada mesa sama, pelajar perlu
diajar mengenai keselamatan. Tanggungjawab guru dalam memastikan memastikan
program yang berkaitan dengan keselamatan pelajar dan bengkel mencapai matlamatnya:
1. Perlaksanaan Objektif Keselamatan
Guru bertanggungjawab di atas keselamatan semua pelajarnya. Oleh itu, guru mestilah
melaksanakan objektif keselamatan seperti berikut:

Menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta
benda dalam diri setiap pelajar.

Membantu

pelajar memahami kaedah yang selamat untuk bertindak

secara berkesan.

Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yang boleh membahayakan.

Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi

aktiviti

-kehidupan harian.

Menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan yang diadakan di


sekolah.

2. Merancang Pengajaran Keselamatan


Semasa membuat perancangan, guru harus sedar bahawa mengajar keselamatan tidak
sama seperti mengajar mata pelajaran akademik. Adakalanya, keselamatan tidak sesuai
untuk diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri tetapi diterapkan dengan mata pelajaran
yang sesuai. Untuk memastikan bahawa konsep dan amalan yang selamat dapat

diterapkan dalam p&p, guru perlu berusaha membuat persediaan dengan teliti. Antara
usaha yang boleh dilakukan adalah:

Baca dan faham kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan kepada

pelajar.
Pastikan langkah keselamatan am bagi bengkel ditetapkan.
Tetapkan langkah keselamatan yang spesifik untuk setiap mata pelajaran teknik dan

vokasional, buat rujukan jika perlu.


Merancang arahan dan tunjuk cara supaya cara kerja yang betul digunakan kepada

pelajar.
Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh pelajar untuk

mengulangkaji.
Edarkan salinan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

3. Penyediaan Arahan Keselamatan


Guru perlu menyediakan arahan keselamatan yang merangkumi:

Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan.


Tunjuk cara penggunaan alat perlindungan diri dengan betul.
Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan.
Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan yang

berat.
Peraturan

menandakan bahawa mereka memahami peraturan- peraturan tersebut


Alat bantu mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau peralatan yang

betul, dan akibatnya jika arahan penggunaan tidak dipatuhi.


Menyediakan papan buletin, poster atau peti

kegunaan.pelajar.
Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada pengetua untuk

keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua pelajar

cadangan

untuk

makluman.

4. Perlaksanaan Peraturan Keselamatan


Kemalangan boleh dielakkan jika peraturan keselamatan dipatuhi. Guru adalah contoh
kepada pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan
keselamatan yang telah dibuat untuk setiap bengkel. Seandainya guru melakukan sesuatu

yang membahayakan, pelajar akan menganggap itu sebagai kaedah yang boleh diterima
dan ditiru.

5. Penilaian Pengajaran Keselamatan


Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan praktis
yang meliputi keselamatan umum dan keselamatan khusus. Penilaian akan membolehkan:

Guru mengetahui keberkesanan

dirinya menyampaikan maklumat mengenai

keselamatan.

Pelajar memahami semua aspek

keselamatan dan dapat bertindak membetulkan

kesilapan diri.

Keputusan

penilaian

dijadikan

laporan

bertulis

bahawa

guru

telah

mengajar

keselamatan.

Jawapan pelajar disimpan supaya boleh dijadikan bahan bukti jika berlaku kemalangan
atau kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai