Anda di halaman 1dari 4

HASMIZA BINTI SARKAWI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHASA MELAYU TAHUN 4
ASPEK TATABAHASA
Tema
Tahun
Tarikh/Hari
Tajuk
Masa
Bilangan Murid

Masyarakat Penyayang
4 Bestari
11 April 2014 / Jumaat
Guru Penyayang
0845 0945 pagi
39 orang

Standard
Kandungan

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul


mengikut konteks.

Standard
Pembelajaran

5.1.7 Memahami dan menggunakan kata bantu, kata perintah dan kata
pemeri dengan betul mengikut konteks.

Objektif

i. mengenal pasti dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada


5 kata bantu aspek dengan betul dalam seni kata lagu Terima
Kasih,Cikgu.
ii. membina ayat dengan menggunakan sekurang-kurangnya 3
daripada 5 kata bantu aspek dengan betul mengikut konteks.

Set induksi
(5 minit)

Bahagian Permulaan
1. Guru menayangkan sebuah tayangan video Guru Penyayang
kepada murid.
2. Murid menonton video yang ditayangkan oleh guru dengan telti.
3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan video.
Soalan guru:
a. Apakah yang disampaikan dalam video tersebut?
b. Apakah nilai murni yang kamu peroleh daripada video?
4. Murid menjawab soalan guru.
5. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini.
Tajuk pengajaran dan pembelajaran : Guru Penyayang
KB : menghubung kait
BBM : Video Guru Penyayang
TKP : Verbal-linguistik dan visual ruang
Nilai : Fokus, kasih sayang

Langkah 1
(15 minit)

Bahagian Penyampaian
1. Guru membuat penerangan mengenai kata bantu aspek
kepada murid.

HASMIZA BINTI SARKAWI

2. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.


3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan kata bantu aspek
yang telah diterangkan bagi mengukuhkan kefahaman murid.
Soalan guru:
a. Apakah yang kamu faham mengenai kata bantu aspek?
b. Berikan contoh kata bantu aspek yang telah kamu pelajari?
4. Beberapa orang murid dipilih untuk menjawab soalan guru.
5. Guru memberikan pujian atas kerjasama dan pencapaian yang
diberikan oleh murid.
KB : mengimbas kembali
BBM : Slaid powerpoint
TKP : Verbal-linguistik dan visual ruang
Nilai : Fokus, yakin

Langkah 2
(15 minit)

1. Guru memperdengarkan rakaman lagu Terima Kasih,Cikgu


kepada murid.
2. Guru memaparkan seni kata lagu tersebut.
3. Murid diminta untuk menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
4. Murid diminta untuk membaca senyap seni kata lagu Terima
Kasih, Cikgu.
5. Guru menerangkan kosa kata yang tidak difahami oleh murid.
6. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan lagu.
Soalan guru:
a. Apakah yang disampaikan dalam lagu Terima Kasih,cikgu?
7. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menjawab
soalan guru.
8. Murid diminta untuk mengenal pasti dan menyenaraikan kata
bantu aspek yang terdapat dalam seni kata lagu Terima Kasih,
Cikgu.
9. Beberapa orang murid dipilih untuk menyatakan jawapan.
10. Guru dan murid menyemak jawapan bersama-sama.
KB : mengenal pasti
BBM : Lagu Terima Kasih, Cikgu
TKP : Verbal-linguistik , visual ruang, interpersonal dan muzik
Nilai : menghargai jasa, bekerjasama

Langkah 3
(15 minit)

Aktiviti pengukuhan
1. Secara individu, murid diminta untuk membina ayat
menggunakan kata bantu aspek.
2. Masa 2 minit diberikan kepada murid.
3. Beberapa orang murid dipilih untuk membina ayat secara lisan.
4. Guru menyemak dan membetulkan ayat yang dibina oleh

HASMIZA BINTI SARKAWI

murid.
Aktiviti pemulihan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid yang belum
menguasai penggunaan kata bantu aspek dengan betul.
2. Guru membimbing murid menyiapkan lembaran kerja yang
diberikan.
Aktiviti pengayaan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid yang sudah
menguasai kata bantu aspek dengan betul.
2. Murid diminta untuk menyiapkan lembaran kerja tersebut.
3. Guru memantau aktiviti murid.
KB :
BBM : Latihan pemulihan dan latihan pengayaan
TKP : Verbal-linguistik dan visual ruang
Nilai : yakin
Penutup
(5 minit)

1. Guru membimbing murid membuat rumusan pengajaran pada


hari ini.
2. Guru mengulang semula secara ringkas penggunaan kata
bantu aspek kepada murid.
3. Guru memberikan teguran dan kata nasihat kepada murid atas
disiplin dan nilai murni yang ditunjukkan oleh murid.
4. Guru memberikan pujian atas pencapaian yang ditunjukkan
oleh murid.
5. Pengajaran dan pembelajaran diakhiri dengan menyanyikan
semula lagu Terima Kasih, Cikgu.
KB : mengingat semula, merumus
BBM : Lagu Terima Kasih, Cikgu
TKP : Verbal-linguistik, muzik
Nilai : Berdisiplin

Pengisian Kurikulum
Nilai
KB
TKP

: Fokus, mendengar arahan, yakin, kasih sayang


:menghubung kait, mengingat semula, mengenal pasti, merumus
: verbal linguistik, interpersonal,visual ruang, muzik

Sistem Bahasa : kata bantu aspek


Bahan Bantu Mengajar
1. Video Guru Penyayang (set induksi)
2. Slaid Powerpoint
3. Lagu Terima Kasih, Cikgu

HASMIZA BINTI SARKAWI

4. Seni kata lagu Terima Kasih, Cikgu


5. Latihan pemulihan
6. Latihan pengayaan

Anda mungkin juga menyukai