Anda di halaman 1dari 19

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

UNIT 1

KONSEP DAN PENGERTIAN


PENGURUSAN KURIKULUM
BILIK DARJAH

X
X

Hasil Pembelajaran
X
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat:
1. Menerangkan pengertian kurikulum dan pengurusan kurikulum bilik darjah.
2. Membandingbezakan pengurusan kurikulum kebangsaan dan pengurusan kurikulum
bilik darjah.
3. Membincangkan domain Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
4. Menganalisis ciri-ciri kurikulum bilik darjah abad ke-21.
5. Membahaskan kepentingan pengurusan kurikulum bilik darjah.
X
X

1.1

Pemetaan Ringkasan Kandungan

X
X
Kurikulum
Pengurusan Kurikulum
Bilik Darjah
Pengurusan bilik
darjah vs pengurusan
kurikulum bilik darjah

Pengurusan Bilik Darjah


Prinsip Kurikulum Bilik
Darjah
Pendekatan Pengurusan
Kurikulum Bilik Darjah

Konsep & Pengertian


Pengurusan
Kurikulum Bilik
Darjah

1.2

Pengenalan

Pengurusan kurikulum
dan pengurusan bilik
darjah

Perbandingan
Domain Kurikulum Bilik
Darjah

Pengurusan kurikulum
abad ke-21

Perubahan

Kepentingan
pengurusan bilik darjah

Kepentingan

Isu

Konflik peranan guru

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

1X
Pada masa kini, kurikulum semakin mendapat perhatian yang meluas khususnya dalam
kalangan ahli pendidikan. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab dan salah satunya ialah
masyarakat semakin memandang berat terhadap pendidikan anak-anak mereka. Satu ketika
dulu kebanyakan ibu bapa hanya mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan
sahaja, tidak kira dalam bidang apa pun dan berapa lama tempohnya. Apa yang penting
ialah anak-anak mereka mendapat pendidikan. Tetapi sekarang ini para ibu bapa mahukan
anak-anak mereka memperoleh bukan sekadar ilmu pengetahuan, tetapi mahu terus
mendapat pendidikan tinggi. Oleh itu, pihak kerajaan telah menggubal pelbagai dasar
pendidikan terutamanya dalam kurikulum sama ada dari segi konsep, pelaksanaan
mahupun penilaian terhadap kurikulum tersebut. Hal ini demikian kerana kurikulum
merupakan nadi utama dalam sistem pendidikan negara. Sekiranya kurikulum yang digubal
tidak dirancang secara sistematik, maka pendidikan yang diterima oleh masyarakat tidak
sempurna. Dengan itu, pihak kerajaan perlulah mengkaji dengan lebih mendalam tentang
kurikulum yang akan digubal atau dilaksanakan pada masa akan datang. Dalam
memastikan kurikulum dapat dilaksanakan dengan sistematik, ahli pendidikan perlulah
memahami dan menghayati dengan mendalam tentang konsep dan pengertian kurikulum.
Jika konsep kurikulum difahami sebaiknya, maka tidak akan ada sebarang masalah dalam
melaksanakannya terutama mengaplikasikan kurikulum dalam bilik darjah. Berikut adalah
perbincangan mengenai konsep dan pengertian pengurusan bilik darjah yang merangkumi
beberapa topik di dalamnya termasuk konsep pengurusan kurikulum dan pengurusan bilik
darjah, perbandingan pengurusan kurikulum dan kurikulum bilik darjah, pengurusan bilik
darjah abad ke-21, kepentingan pengurusan kurikulum bilik darjah serta isu yang berkaitan.
X
X

1.3

Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

1.3.1 Kurikulum
X
Kurikulum merupakan pakej ilmu yang penting sebagai satu komponen dalam sistem
pendidikan. Kurikulum secara umumnya merujuk kepada sesuatu yang luas dan besar yang
meliputi segala jenis pembelajaran atau ilmu di dalam kawasan sekolah sama ada yang
telah dirancang atau ditentukan oleh sesuatu pihak dan sama ada pembelajaran dan
pengalaman yang dipelajari itu positif atau negatif. Apa sahaja yang yang dipelajari oleh
pelajar disekitar sekolah di anggap kurikulum. Kurikulum merangkumi ilmu pengetahuan,
budaya, kemahiran dan nilai-nilai yang positif yang hendak diajar kepada para pelajar bagi
melahirkan generasi yang boleh mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
X
Elemen ilmu pengetahuan merujuk kepada isi kandungan mata pelajaran.
Contohnya, mata pelajaran Perdagangan. Salah satu ilmu yang hendak disampaikan ialah
ilmu berkaitan bagaimana hendak membuat pelaburan. Elemen budaya pula merujuk
kepada pembawaan sesuatu bangsa atau setempat. Contoh budaya yang hendak
diserapkan kepada pelajar ialah budaya ketimuran, budaya berfikir, budaya membaca,
budaya tolong menolong dan sebagainya. Elemen kemahiran pula merujuk kepada
kepakaran atau ilmu yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Sebagai contoh, dalam mata
pelajaran Matematik. Kemahiran yang hendak disampaikan ialah kemahiran mengira. Ia
merupakan asas dalam mata pelajaran Matematik. Pelajar boleh mengaplikasikan setiap
hari dan situasi yang menunjukkan tentang perlunya kemahiran ini ialah ketika jual beli. Dan
elemen terakhir ialah nilai. Nilai ialah nilai-nilai positif yang hendak diserapkan kepada
pelajar. Contohnya, dalam topik pembahgiaan dalam mata pelajaran Matematik. Di sini,
guru dapat menyerapkan nilai perkongsian antara manusia. Contoh lain ialah sekiranya guru
membuang sampah di dalam kelas, ia memberikan nilai negatif kepada pelajar. Nilai positif
amat penting dalam kurikulum.
Ilmu

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Kemahiran

Budaya
Kepercayaan
Nilai

GENERASI BERPENGETAHUAN

Rajah 1.1: Hubungan aspek-aspek dalam kurikulum


X
X
Menurut Zais (1996), kurikulum meliputi segala pembelajaran di sekolah dan bilik
darjah. Selain itu, ada pendapat mengatakan kurikulum secara umum bererti segala jenis
pembelajaran yang telah dirancang oleh satu pihak kepada pelajar di kawasan sekolah.
Dan ada pendapat turut menyatakan bahawa kurikulum secara lebih spesifik atau dari sudut
yang lebih kecil iaitu kurikulum adalah segala jenis pembelajaran yang telah dirancang oleh
guru dan dipelajari oleh pelajar dalam suasana dan lokasi yang formal seperti dalam bilik
darjah.
X
X
SEKOLAH
(terancang & tidak
terancang)

UMUM

SEKOLAH
(terancang)
BILIK
DARJAH
(terancang)

KHUSUS
Rajah 1.2: Ilustrasi Konsep Kurikulum

X
X
Kurikulum adalah program pendidikan yang dirancang oleh pihak yang terbabit dan
dilaksanakan bagi mencapai tujuan-tujuan pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Ianya bertujuan untuk melahirkan generasi yang lengkap dengan ilmu, kemahiran
dan nilai-nilai yang positif. Terdapat beberapa dimensi kurikulum yang diambil kira iaitu;

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Komponen yang saling


mempengaruhi,
berinteraksi, bertoleransi
untuk mencapai tujuan

Buah fikiran bersifat


konseptual

Kurikulum
sebagai idea

Kurikulum
sebagai
sistem

Perancangan
pembelajaran

Kurikulum
sebagai
rancangan
DIMENSI

Kurikulum
sebagai hasil

Hasil pembelajaran
yang dicapai

Kurikulum
sebagai
proses

Proses PdP yang


dilaksanakan

Rajah 1.3: Dimensi Kurikulum


X
X
i.

Kurikulum sebagai idea: Himpunan idea yang menjadi panduan dalam


pengembangan kurikulum yang berikutnya.

ii. Kurikulum sebagai perancangan: Perancangan dan cara mentadbir matlamat,


isi, bahan dan cara yang digunakan untuk menyelenggarakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk mencapai tujuan tertentu.
iii. Kurikulum sebagai aktiviti: Aktiviti guru dan pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
iv. Kurikulum sebagai hasil: Kurikulum sangat menekankan hasil yang akan dicapai
menepati apa yang dirancang dan menjadi tujuan kurikulum tersebut.

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

1.3.2 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


Secara umumnya pengurusan bilik darjah melibatkan keadaan fizikal bilik darjah itu sendiri.
Contonhya bilangan meja, kerusi, susunan dan sebagainya. Manakala, kurikulum bilik darjah
merangkumi ilmu-ilmu atau apa yang disampaikan di dalam bilik darjah. Menurut Olivia
(1996), domain kurikulum termasuklah isi kandungan, apa yang diajar, suatu set bahan dan
satu set mata pelajaran. Manakala menurut Ornstein dan Hunkins (2009), domain kurikulum
meliputi tujuan, matlamat dan objektif, reka bentuk kurikulum, perkembangan kurikulum,
pelaksanaan kurikulum dan penilaian kurikulum. Kurikulum bilik darjah diurus oleh guru itu
sendiri. Siapakah yang bertindak dalam mengurus kurikulum dalam bilik darjah? Bagaimana
guru boleh menguruskan kurikulum atau menyampaikan ilmu tersebut? Apakah prinsip
kurikulum bilik darjah? dan apakah kaedah yang boleh digunakan untuk menyebarkan ilmu
kepada pelajar di sekolah?
Guru bertindak sebagai individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan
kurikulum dalam bilik darjah. Guru boleh membuat keputusan, berkuasa dan
bertanggungjawab ke atas pengurusan bilik darjah terbabit. Salah satu kaedah atau cara
yang boleh digunapakai adalah guru boleh menyebarkan ilmu secara terus atau langsung
dengan pelajar dengan menjalani kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.
Dengan itu, para guru yang terbabit akan menentukan matlamat atau objektif pembelajaran,
hasil pembelajaran, isi kandungan pengajaran dan pembelajaran (topik yang hendak
disampaikan), kaedah apakah yang hendak digunakan dalam penyampaian pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan apakah kesan atau hasil yang akan diperolehi diakhir pengajaran.
Di samping itu, guru juga akan memilih konsep atau pembelajaran sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Antara teori pembelajaran ialah teori masteri,
kognitif, konstruktif, kepelbagaian dan sebagainya. Komunikasi yang baik antara guru dan
pelajar di dalam bilik darjah dapat memastikan pengurusan kurikulum bilik darjah berjalan
lancar. Rajah di bawah menunjukkan aliran penyebaran kurikulum bilik darjah:

GURU

KURIKULUM

PELAJAR

APLIKASI/
KESAN

Rajah 1.4: Proses atau aliran penyebaran kurikulum bilik darjah.


Pengurusan kurikulum bilik darjah amat penting dalam memastikan kurikulum dalam
bilik darjah disampaikan kepada pelajar bagi melahirkan generasi yang berilmu,
berketrampilan, berkemahiran dan bernilai murni. Ia juga bagi memastikan semua kurikulum
yang dibina seperti sukatan pelajaran dapat disebarkan kepada pelajar dalam masa yang
ditetapkan. Ianya merupakan pemindahan ilmu (kurikulum) kepada pembinaan modal insan
(pelajar) yang berkemahiran dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi.

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

1.4

Perbandingan Pengurusan Kurikulum Kebangsaan dan


Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah.

Jadual 1.1: Perbandingan Pengurusan Kurikulum dan Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Pengurusan
kurikulum
Bersifat umum iaitu meliputi
segala pembelajaran yang
terancang oleh pihak sekolah
Merupakan pengurusan ilmu
dari segi pengetahuan, nilai,
kemahiran dan budaya

Perancangan dan cara


mentadbir matlamat,isi,bahan
dan cara yang digunakan untuk
menyelenggarakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
untuk mencapai tujuan tertentu.

Guru sebagai pelaksana


kurikulum tersebut.

Perkara
Skop

Definisi
&
Konsep

Tujuan

Peranan
guru

Pengurusan
Kurikulum bilik darjah
Bersifat khusus iaitu meliputi segala
pembelajaran terancang di dalam bilik
darjah.
Merupakan proses menyempurnakan tempat
dan lokasi,bahan dan sumber, rekod dan
dokumen, komunikasi, ilmu, kemahiran dan
nilai, penilaian dan pentaksiran serta
pembelajaran dan pengajaran.
Ia melibatkan perancangan guru dalam
memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dapat mencapai
matlamat dan objektif yang ditetapkan. Apa
yang penting ialah bagaimana guru
menguruskan bilik darjah bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar.
Guru bertindak sebagai pengurus bilik
darjah, perancang bagi menghidupkan dan
menggerakkan suasana bilik darjah,
pengelola aktiviti-aktiviti bilik darjah,
pengarah dan pengawal bilik darjah.

Pengurusan kurikulum adalah perancangan dan cara mentadbir matlamat, isi, bahan
dan cara yang digunakan untuk menyelenggarakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk mencapai tujuan tertentu. Kurikulum itu sangat menekankan hasil yang akan dicapai
menepati apa yang dirancang yang menjadi tujuan kurikulum tersebut. Pengurusan
kurikulum merupakan pengurusan yang terpenting yang meliputi 70% daripada pengurusan
di sekolah. Pengurusan kurikulum yang cekap dan berkualiti akan menghasilkan sekolah
yang cemerlang potensi akademiknya.
Persoalan utama ialah siapakah yang sepatutnya menjadi pengurus sesuatu
kurikulum. Kebanyakan orang akan mengatakan bahawa soalan pengurusan kurikulum
adalah tanggungjawab kepada pengetua. Sebenarnya pendapat yang begini agak kurang
tepat kerana tugas pengurusan itu bukanlah terletak secara automatik kepada pengetua.
Perkara tersebut sebenarnya terletak kepada siapa sahaja yang melakukan atau
melaksanakan konsep pengurusan. Sudah tentulah pengetua memang sepatutnya
melaksanakan konsep pengurusan tersebut. Tetapi ada kemungkinan tidak semua konsep
boleh dilaksanakan oleh pengetua. Sebagai contoh menyimpan dan merekod dilakukan
oleh guru, maka mereka juga adalah pengurus kepada pelaksanaan kurikulum tersebut.
Pengurusan kurikulum hendaklah dijadikan oleh pengetua dan guru sebagai agenda utama
dalam aktiviti hariannya di sekolah. Pengurusan kurikulum yang baik dan teratur akan dapat

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah


dengan lebih berkesan.
Kurikulum bilik darjah adalah proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan
sumber, rekod dan dokumen, komunikasi, ilmu, kemahiran dan nilai, penilaian dan
pentaksiran serta pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum bilik darjah juga adalah
menguruskan keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif. Pengurusan bilik
darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan
murid, pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan guru menguruskan fizikal, sumber dan
suasana bilik darjah yang kondusif memberi gambaran bahawa guru telah berjaya
membentuk budaya yang positif dalam kalangan pelajar. Kurikulum bilik darjah adalah suatu
yang khusus iaitu meliputi segala pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
Pengurusan kurikulum bilik darjah pula didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang
kompleks, digunakan oleh guru bagi menetapkan dan memastikan keadaan bilik darjah
menjurus kepada pencapaian kepada objektif pengajaran yang berkesan. Ia juga
merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah dengan baik agar
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Perancangan dan
penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan
menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu
mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Dari aspek
pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan
kerusi mejanya teratur. Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam
pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah
tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting
harus diawasi oleh guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan juga dapat menggalakkan
pemikiran kreatif yang tinggi di kalangan para pelajar. Susunan dan aturan bilik darjah yang
kemas dan teratur memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Keaktifan pelajar di dalam kelas juga bergantung kepada susun atur perabot dalam bilik
darjah. Keselesaan adalah penting bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku dengan
efektif dan efisien. Apa yang penting ialah bagaimana guru menguruskan bilik darjah bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Peranan guru dalam kurikulum bilik darjah adalah pengurus bilik darjah, perancang
bagi menghidupkan dan menggerakkan suasana bilik darjah, pengelola aktiviti-aktiviti bilik
darjah, pengarah dan pengawal bilik darjah. Guru adalah orang yang paling penting dalam
pengurusan bilik darjah. Guru adalah pengurus bilik darjah yang akan menentukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan baik dan berkesan atau pun tidak.
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik
darjah yang efektif. Tugas mengurus bilik darjah ini termasuklah susun atur peralatan bilik
darjah dan mewujudkan komunikasi serta interaksi antara para pelajar dan guru. Suasana
fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana
fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah
suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.

1.5

Domain Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Menurut Olivia (1996), terdapat 4 domain pengurusan kurikulum bilik darjah iaitu isi
kandungan, apa yang diajar, suatu set bahan dan satu set mata pelajaran. Sekiranya kita
melihat kepada matlamat pengurusan kurikulum ianya adalah untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Dalam pengurusan kurikulum
bilik darjah terdapat beberapa perkara yang guru harus terlebih dahulu memahami dan
menghayati seperti isi kandungan, apa yang diajar, suatu set bahan dan satu set mata

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

pelajaran bagi memastikan suatu kurikulum bilik darjah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta
mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai
kebolehan serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan
dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.

Isi
kandungan

Apa yang
diajar

Pengurusan
kurikulum bilik
darjah

Set bahan

Set mata
pelajaran

Rajah 1.8: Pengurusan kurikulum bilik darjah.

1.6

Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Abad ke-21

Kurikulum merupakan sesuatu perkara yang paling utama dalam sistem pendidikan
di Malaysia berbanding dengan program-program pendidikan yang lain. Hal ini membuktikan
bahawa bidang kurikulum merupakan satu bidang yang amat penting dan mempunyai
pengaruh yang besar terhadap pelbagai bidang pendidikan. Oleh itu, sebarang perubahan
berkaitan kurikulum yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
perlulah seimbang dan sempurna agar tidak menganggu aspek-aspek lain yang terkandung
dalam kurikulum seperti aspek pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan pengurusan.
Pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia semakin berkembang dari semasa ke
semasa mengikut arus peredaran zaman. Melalui sistem pendidikan ini pihak kerajaan telah
membuat pelbagai perubahan dalam kurikulum bagi mencapai matlamat negara antaranya
ialah Wawasan 2020. Namun begitu, perubahan-perubahan yang dilakukan haruslah
selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan
individu yang cemerlang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam membentuk
satu sistem pengurusan kurikulum yang sistematik.
Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami pelbagai perubahan sepanjang tahun
dalam melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Corak sistem kurikulum bilik darjah sehingga abad ke-20 lebih berpusatkan guru
semata-mata di mana guru mempunyai kuasa penuh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Hal ini menyebabkan tidak wujudnya komunikasi dua hala
antara guru dengan pelajar dan ia menyukarkan atau proses pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat berjalan dengan lancar. Sebaliknya kurikulum bilik darjah abad ke-21 pula lebih
kepada berpusatkan kepada pelajar iaitu ia melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif
dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada di dalam atau di luar

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

bilik darjah. Manakala guru hanya berperanan sebagai pemudah cara (fasilitator)
pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Contohnya, di dalam kelas
guru hanya akan menerangkan tentang sesuatu topik sahaja dan meminta pelajar untuk
menyatakan pandangan tentang sesuatu topik tersebut agar guru dapat mengetahui sama
ada pelajarnya memahami tentang topik yang diajar ataupun tidak serta proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) lebih menarik dan tidak membosankan. Melalui kurikulum
berpusatkan pelajar ini, para pelajar bebas untuk menyatakan pendapat atau pandangan
mereka tentang sesuatu mata pelajaran yang dipelajari serta boleh membuat keputusan
yang berkesan tentang sesuatu perkara. Selain itu, kurikulum berpusatkan pelajar ini juga
dapat menggalakkan kerjasama antara pelajar dan meningkatkan lagi kemahiran
komunikasi pelajar sama ada dengan pelajar, guru ataupun masyarakat.
Walaupun guru telah melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah di mana para pelajar boleh mengadakan
perbincangan antara mereka tentang sesuatu mata pelajaran serta bebas untuk
menyatakan pendapat dan membuat keputusan, namun begitu guru perlulah memantau dan
membimbing pelajar agar pelajar tidak tersalah tafsir tentang sesuatu perkara yang
dipelajari. Sebagai contoh bagi kurikulum berpusatkan pelajar di dalam bilik darjah ini ialah
mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menggunakan pendekatan komunikatif
dalam menyampaikan ilmu agar pelajar dapat memahami dengan mudah tentang sesuatu
tajuk seperti tatabahasa lantas dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan.
Dengan pendekatan komunikatif ini, guru perlu mewujudkan persekitaran sosial yang
kondusif dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti menjalankan aktiviti perbincangan
dan perbahasan antara pelajar di dalam bilik darjah dengan memberikan tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui aktiviti perbahasan yang telah
dilaksanakan dapat menguji tahap penguasaan dan penggunaan bahasa pelajar sama ada
baik ataupun sebaliknya. Sekiranya terdapat kesalahan penggunaan bahasa semasa proses
perbahasan tersebut, guru boleh membetulkan kesalahan tersebut, tetapi sebelum guru
membetulkan kesalahan tersebut pelajar diminta untuk berbincang terlebih dahulu antara
satu sama lain tentang kesalahan bahasa serta diminta untuk memberikan penjelasan
tentang sebab dan musabab tentang jawapan yang telah dipilih.
Di samping itu, sistem kurikulum bilik darjah abad ke-20 mengamalkan sistem
kurikulum bersepadu dan merentas disiplin. Melalui kurikulum bersepadu ini, semua sekolah
telah mengamalkan sistem kurikulum yang sama dan selaras yang telah ditetapkan oleh
pihak kementerian di mana semua sekolah diwajibkan menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa rasmi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), isi kandungan atau
sukatan pelajaran yang sama dan sebagainya. Kesepaduan kurikulum ialah semua mata
pelajaran disepadukan dan dikaitkan di antara satu sama lain dengan menyerapkan unsurunsur nilai murni dalam setiap mata pelajaran.
Hal ini jelas dilihat apabila pihak kementerian telah menggubal Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Matlamat kedua-dua kurikulum
tersebut adalah sama iaitu untuk memastikan perkembangan potensi murid secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Di dalam bilik
darjah, guru tidak seharusnya hanya fokus kepada mata pelajaran tertentu sahaja tetapi
guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku seperti amanah, jujur, tolong menolong, kerjasama dan sebagainya. Contohnya,
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
pelajarnya sebagai ilmu pengetahuan sampingan agar dapat membentuk motivasi dan
disiplin yang tinggi dalam diri pelajar. Dalam menerapkan nilai-nilai tersebut, guru boleh

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

10

mengadakan aktiviti permainan dalam kumpulan seperti kuiz dalam membentuk semangat
berpasukan serta memotivasikan diri pelajar lantas dapat mendisiplinkan diri pelajar. Pada
abad ke 21 pula, kurikulum adalah berorientasikan kepada standard yang bertujuan untuk
memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan, penetapan ilmu, kemahiran
dan nilai yang perlu diukur dengan jelas, mengenal pasti strategi penambahbaikan,
mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran serta pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah. Oleh itu, kerajaan telah menyemak semula Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan
menukarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang seimbang
yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.
Kurikulum berasaskan standard ini mempunyai dua jenis standard iaitu standard
kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan merupakan penyataan
spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard
pembelajaran pula adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan merupakan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan yang sedia ada iaitu KBSR yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Penekanan utama KSSR ialah
menekankan aspek komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal & estetika,
kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri dan kemahiran nilai
tambah/elemen merentas kurikulum (EMK) iaitu kemahiran kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Pengurusan kurikulum bilik darjah abad 20 juga ialah sistem penilaian dan bahan
berasaskan bahan cetakan di mana guru meggunakan bahan-bahan cetakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti menggunakan buku teks, nota
potostat, kad manila dan sebagainya. Hal ini menyebabkan pelajar merasa bosan dan tidak
menarik perhatian pelajar untuk belajar lantas menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dijalankan secara berkesan. Manakala pengurusan kurikulum bilik
darjah abad 21 pula ialah pembelajaran dan penilaian berasaskan kepelbagaian bentuk dan
media di mana guru mula didedahkan dengan penggunaan teknologi di dalam pengajaran
dan pembelajaran dan guru digalakkan untuk menggunakan teknologi ini dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antaranya ialah penggunaan, powerpoint, komputer
dan sebagainya lantas dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat
menarik minat pelajar untuk belajar. Pada abad 21 ini, penggunaan teknologi adalah lebih
bersepadu iaitu tidak lagi tidak dilaksanakan secara berasingan di mana Overhead Projector
(OHP) disambungkan terus dengan komputer beserta dengan Liquid Crystal Display (LCD)
lantas ia memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah guru boleh menggunakan Alat Bantu
Mengajar (ABM) untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar secara berkesan, efektif dan
interaktif seperti menggunakan kaedah koswer untuk menyampaikan isi atau konsep
sesuatu topik mata pelajaran. Dalam koswer tersebut, guru boleh meletakkan pelbagai
grafik, bunyi dan kesan yang dapat menarik minta pelajar. Selain itu, guru juga boleh
menggunakan laman web atau blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana
guru boleh meletakkan nota, soalan, kuiz dan sebagainya serta pelajar boleh berinteraksi
sesama sendiri dan juga guru berkenaan dengan pelajaran.

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

11

Bahasa
Melayu

Bahasa
Inggeris

Kurikulum
Sekolah
Rendah
Abad 20

Matematik

Sains

Rajah 1.9: Kurikulum Sekolah Rendah Abad ke-20

Bahasa
Melayu
Bahasa
Inggeris
Matematik

Kurikulum
Sekolah
Rendah
Abad 21
Pendidikan
Sivik

Sains

Rajah 1.10: Kurikulum Sekolah Rendah Abad ke-21


Berdasarkan kedua-dua rajah di atas, dapat dikenalpasti perbezaan antara
pengurusan kurikulum bilik darjah abad 20 dan pengurusan kurikulum bilik darjah abad 21.
Pada abad 21, berlaku pertambahan satu mata pelajaran iaitu mata pelajaran pendidikan
sivik. Mata pelajaran Pendidikan Sivik atau Kewarganegaraan adalah satu mata pelajaran
yang khusus, berbanding dengan mata pelajaran lain yang merupakan satu bidang yang
bertanggungjawab untuk transmisi atau menyampaikan nilai unggul dan unsur warisan
budaya kepada generasi muda dengan matlamat untuk melahirkan warganegara yang
bersatu padu dan cintakan negara. Selain itu, mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada
perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran.
Matlamat Pendidikan Sivik ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang
peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan
individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
Oleh itu, sesuatu program sivik di sekolah dapat memberi sumbangan terhadap
perkembangan dan perasaan kesetiaan dalam kalangan pelajar.

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

12

Dalam usaha untuk menerapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik tersebut,
guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan seperti pendekatan koperatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Pendekatan Koperatif merupakan
kerjasama antara pelajar di dalam kumpulan. Melalui pengunaan pendekatan koperatif ini,
guru boleh menggunakan cara-cara yang menarik dan berkesan dalam menyampaikan ilmu
kepada pelajar di dalam bilik darjah iaitu guru boleh menggunakan cara penyenaraian
berfokus secara berkumpulan. Dengan cara ini,guru akan meminta pelajar untuk membuat
senarai tentang sesuatu topik contohnya topik Kenali Budaya Malaysia di mana pelajar
perlu menyenaraikan beberapa isi tentang tanggungjawab masyarakat dalam mengekalkan
kepelbagaian warisan budaya Malaysia dan pelajar perlu mendeskripsikan atau
mendefinisikan tentang topik tersebut. Dalam mendapatkan jawapan tersebut, pelajar diberi
masa untuk berbincang dalam kumpulan dalam menentukan isi yang terbaik atau yang
paling sesuai untuk dibentangkan kepada guru mereka. Oleh itu, pendekatan koperatif yang
digunakan ini dapat membentuk semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati
antara satu sama lain serta dapat membentuk pemikiran yang kritis dalam kalangan pelajar.

1.7

Kepentingan Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Matlamat Pendidikan

Kurikulum Kebangsaan
Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran

Rancangan Pelajaran
Tahunan
Rancangan Pelajaran Harian

Pengajaran &
Pembelajaran

OUTCOME

Mengandungi Objektif, Isi,


Kaedah dan Penilaian
Rajah 11: Pentafsiran, Penterjemahan Dan Pelaksanaan Kurikulum.
Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan suatu pengurusan ilmu di dalam bilik
darjah. Ianya merupakan suatu perkara yang amat penting dan perlu dititikberatkan dalam
sistem pendidikan di negara kita. Hal ini adalah kerana pengurusan yang baik, terancang

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

13

dan berjaya akan menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Rajah 12 di atas menunjukkan
kurikulum bilik darjah yang merangkumi mata pelajaran dan aktiviti dalam bilik darjah.
Secara amnya ia melibatkan empat elemen yang asas iaitu merancang, menyusun,
melaksana dan membuat penilaian berterusan. Dalam pengurusan bilik darjah keempatempat aspek ini dilihat penting bagi menghasilkan kualiti kurikulum dalam bilik darjah yang
berkesan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) antaranya adalah melahirkan
insan yang seimbang daripada pelbagai aspek. Di antara pihak yang mempunyai
kepentingan secara langsung dalam kurikulum bilik darjah antaranya ialah murid, ibu bapa,
guru, pendidikan dan negara. Mereka ini adalah elemen yang penting dalam memastikan
kurikulum bilik darjah berjalan dengan lancar. Kejayaan pengurusan kurikulum bilik darjah
berkait rapat dengan pengoperasian kurikulum sekolah. Berikut merupakan kepentingan
pengurusan kurikulum bilik darjah yang telah dapat dikenalpasti.
i.

Membentuk hubungan yang baik antara guru dan pelajar.


Membentuk hubungan guru dengan pelajar merupakan salah satu kepentingan
pengurusan kurikulum bilik darjah. Dengan adanya pengurusan kurikulum bilik darjah
akan menyebabkan wujudnya komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.
Komunikasi merupakan komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Di
dalam bilik darjah, seseorang guru itu berkomunikasi dengan beberapa tujuan
khusus. Guru perlu menyampaikan konsep, prinsip dan cara menyelesaikan satusatu masalah dalam pelajaran. Selain itu, guru perlu membantu pelajarnya
menghayati nilai-nilai murni seperti amanah, kejujuran, tolong-menolong, bertimbang
rasa dan sebagainya. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat diwujudkan
dengan adanya pengurusan yang berkesan dalam bilik darjah. Apabila wujudnya
komunikasi berkesan antara guru dan pelajar proses untuk mendidik pelajar akan
menjadi lebih mudah dan potensi untuk melahirkan pelajar yang bermoral dan
mempunyai niali-nilai murni adalah tinggi. Hal ini bersesuaian dengan matlamat
dalam wawasan 2020 di mana salah satu daripada 9 cabaran wawasan 2020
tersebut adalah mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika. Oleh
hal yang demikian, guru adalah salah satu pihak yang memainkan peranan penting
bagi membantu negara melahirkan insan yang bermoral dan beretika.

ii. Memastikan objektif pembelajaran dalam bilik darjah tercapai serta


melancarkan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Di dalam bilik darjah, guru adalah sebagai pengurus yang akan memastikan objektif
pembelajaran tercapai. Pengurusan kurikulum bilik darjah yang tersusun akan
menjamin tahap pencapaian terhadap objektif pembelajaran. Guru hendaklah
berupaya menggerakkan pelajarnya menyertai secara aktif dalam usaha mencapai
matlamat yang diinginkan. Di dalam bilik darjah kebiasaannya guru sudah
menentukan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang
pengurus dalam bilik darjah, guru hendaklah mendorong para pelajarnya untuk
berusaha ke arah mencapai objektif-objektif pembelajaran. Ini dapat dilakukan
melalui cara memotivasi pelajar-pelajar agar mereka dapat memberikan perhatian
penuh ketika guru sedang mengajar. Selain itu, bagi memastikan objektif-objektif
pengajaran dan pembelajaran tercapai guru perlu melakukan pengawalan yang
berterusan terhadap tingkah laku pelajar. Seseorang guru juga perlu memastikan
bahawa para pelajarnya memahami setiap pengajaran yang disampaikan. Sekiranya
terdapat segelintir pelajar yang belum memperoleh konsep pelajaran, guru akan
menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan untuk pelajar tersebut.
iii. Memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh yang telah
dirancang dan ditetapkan.
Dalam setiap mata pelajaran di sekolah sememangnya terkandung sukatan
pelajaran yang dibuat bagi melancarkan sistem pengajaran dan pembelajaran. Di
dalam sukatan pelajaran terkandung huraian sukatan pelajaran. Huraian sukatan

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

14

pelajaran adalah dokumen yang memperincikan sukatan pelajaran yang bertujuan


untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
dan menyediakan para pelajar menghadapi arus globalisasi serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan
sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan
mengolah aktiviti mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran. Dokumen ini
juga membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan di dalam bilik darjah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
guru memberikan penekanan pada unsur seperti kemahiran berfikir, kemahiran
belajar, kecerdasan pelbagai, teknologi maklumat dan komunikasi, pembelajaran
kontekstual. Di samping itu, nilai murni, semangat patriotik, dan kewarganegaraan
tetap diutamakan. Semua unsur yang dinyatakan dapat mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
iv. Mengembangkan sikap, emosi dan keperibadian
Melalui pengurusan kurikulum bilik darjah yang terancang sememangnya dapat
membantu dalam pengembangan sikap, emosi dan keperibadian pelajar di dalam
bilik darjah. Kurikulum pada zaman sekarang tidak hanya menekankan kepada
disiplin dan yang berbentuk akademik semata-mata, tetapi ianya menekankan
kepada perkembangan individu secara menyeluruh. Selama ini pendidikan hanya
tertumpu kepada bidang kognitif. Oleh hal yang demikian individu tidak diberi
peluang bagi memperkembangkan aspek emosi yang berkait dengan pandangan,
sikap dan nilai. Dari segi psikologi, penemuan yang dibuat oleh Piaget umpamanya
menunjukkan bahawa tidak semua yang diajar itu bermakna untuk pelajar di sesuatu
peringkat. Hal ini kerana jika pelajar tidak bersedia, maka usaha yang dibuat itu
menjadi sia-sia sahaja. Pendidikan bukan sahaja untuk menyediakan pengetahuan
tetapi juga untuk membentuk personaliti yang sihat.
Antara pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung dalam kurikulum bilik darjah
ialah:
i. Guru
Bagi melaksanakan sesuatu kurikulum dengan jayanya, guru hendaklah terlebih
dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan
organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Guru seharusnya mempunyai
pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran
mengajar termasuk menghubungkan nilai, kemahiran dan pengetahuan di antara
satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan
dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang kreatif dan positif untuk melaksanakan dan
menjayakan kurikulum yang terbentuk. Di dalam bilik darjah, peranan guru dalam
pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis
objektif kurikulum dan isi kandungannya, merancang dan melaksanakan pengajaran
mengikut saranan kurikulum, melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan
penyediaan bahan-bahan pelajaran, serta membuat penilaian untuk mengenal pasti
kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan
kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
ii. Pelajar
Dalam memastikan kurikulum bilik darjah berjalan dengan lancar mengikut strategi
yang dirancang, selain guru pelajar di dalam bilik darjah itu sendiri memainkan
peranan penting untuk memastikan matlamat tercapai. Jika dibandingkan dengan
pengajaran dulu dan sekarang terutama pada abad ke-21 ini pendidikan tidak lagi
hanya berpusatkan kepada guru. Proses pembelajaran abad ini berpusatkan kepada
murid dan tugas guru adalah sebagai pemudahcara. Jika hanya guru yang berusaha

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

15

bertungkus lumus tanpa penglibatan yang aktif daripada pelajar di dalam bilik darjah,
sesuatu perancangan yang telah dirancang tidak akan mencapai objektif seperti
yang diinginkan malah usaha kurikulum tersebut akan menemui kegagalan. Pelajar
harus mengambil bahagian sepenuhnya di dalam bilik darjah bagi memastikan
situasi belajar yang penuh kesungguhan.
iii. Ibu bapa
Ibu bapa juga mempunyai peranan penting dalam mengembangkan kurikulum dalam
bilik darjah. Peranan ibu bapa dapat dikenalpasti penting dalam dua perkara iaitu
dalam penyusunan dan pelaksanaan kurikulum bilik darjah. Peranan ibu bapa lebih
besar dalam mengimplementasi kurikulum daripada penyusunan kurikulum. Dalam
pengurusan kurikulum bilik darjah, kerjasama yang erat antara guru atau sekolah
dengan ibu bapa pelajar amat diperlukan. Ibu bapa juga secara berkala juga akan
menerima laporan kemajuan pelajar dalam sekolah. Selain itu juga, sekolah tentu
akan melibatkan ibu bapa pelajar sebagai stakeholders, dalam menguruskan
kurikulum bilik darjah. Melalui pengamatan dalam kegiatan belajar di rumah, ibu
bapa dapat turut serta dalam pengembangan kurikulum terutama dalam bentuk
pelaksanaan kegiatan belajar yang sewajarnya, usaha yang bersungguh-sungguh,
minat yang mendalam, penyelesaian tugas-tugas, serta penglibatan dalam setiap
kegiatan di sekolah. Kegiatan-kegiatan tersebut sememangnya akan memberikan
tindak balas bagi penyempurnaan kurikulum secara berterusan.
iv. Kerajaan
Di Malaysia, kerajaan telah melaburkan peruntukan yang banyak bagi memastikan
pendidikan yang berkualiti dapat dihasilkan. Pelbagai perubahan telah dilakukan
terutama dalam kurikulum sekolah contohnya kurikulum bersepadu sekolah telah
ditukar kepada kurikulum standard sekolah. Kurikulum yang diubah adalah
bersesuaian dengan pendidikan pada abad ini. Misalnya berdasarkan rajah 13 dapat
diperincikan hasrat FPK iaitu melahirkan outcome yang seimbang dan berkualiti
menerusi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Adalah
menjadi suatu yang berbaloi sekiranya pelajar yang berkualiti bukan dari aspek
kognitif semata-mata tetapi seimbang daripada aspek afektif dan psikomotor dapat
dihasilkan melalui sistem pendidikan di Malaysia. Bagi menghasilkan pelajar yang
mempunyai pelbagai aspek, pengurusan kurikulum yang terancang perlu
dilaksanakan di dalam bilik darjah.
v. Majikan
Mungkin ada pihak yang tidak sedar tentang kepentingan majikan atau bakal majikan
dalam pengurusan kurikulum bilik darjah. Dalam sektor pekerjaan di Malaysia
khususnya kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang berkelayakan bukan
sahaja dari segi akademiknya tetapi juga mempunyai kemahiran dan kebolehan
dalam pelbagain aspek. Misalnya untuk melahirkan pekerja yang komited terhadap
tugas-tugas yang diberikan seseorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai
semangat dalam diri untuk bekerja diperlukan dalam sesebuah organisasi. Tiada
gunanya jika seorang pekerja cemerlang dalam akademiknya tetapi tidak cemerlang
dengan nilai-nilai murni dalam diri. Oleh hal yang demikian dalam pengurusan bilik
darjah tugas guru adalah menerapkan pelbagai aspek kepada pelajar agar para
pelajar bersedia dalam menempuhi alam pekerjaan kelak dan memenuhi spesifikasi
yang ditetapkan oleh bakal majikan.
vi. Negara
Bagi mewujudkan negara yang maju daripada pelbagai aspek, sistem pendidikan
memainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa. Merujuk kepada
wawasan 2020 yang bermatlamat untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang
benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, dan

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

16

kebudayaan. Menjelang tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara


perindustrian yang maju tetapi mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup
yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara. Hasrat
negara sudah cukup dalam menjadi panduan kepada sistem pendidikan di Malaysia.
Kurikulum bilik darjah yang diurus dengan baik akan membawa hasil yang
memberangsangkan.
X
X
RUMUSAN
X
Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan tempat dan
lokasi,bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi, ilmu, kemahiran dan nilai,
penilaian dan pentaksiran serta pembelajaran dan pengajaran. Guru yang berkualiti
mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan
yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir
kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, di antara perkara utama
yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam
kerjayanya sebagai pendidik. Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu
sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang
berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang dinamik
bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi
menghasilkan suasana bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif. Keberkesanan pengurusan
bilik darjah terletak di tangan guru.
X
X
X
GLOSARI
Budaya

Suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah
kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi

Ilmu

usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai


kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang hal ehwal
yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat dijangkau oleh
pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang kebenarannya diuji
secara empiris dan experimental.

Kemahiran

Kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana


memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan atau kecekapan.

Kurikulum

Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang kea rah mencapai


penghasilan pembelajaran yang dihasratkan.

Kurikulum
bilik darjah

proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan
dokumen, komunikasi, ilmu, kemahiran dan nilai, penilaian dan pentaksiran
serta pembelajaran dan pengajaran.

Nilai

Kepercayaan yang mendorong seseorang atau sebuah institusi untuk


bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.

Pengurusan

melibatkan penggubalan dan perancangan, melaksanakan perancangan dan


bekerjasama secara berkesan dengan orang lain.

Pengurusan
Kurikulum
bilik darjah

Merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur


persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan
pelajar dan menjangka kemungkinan masalah.

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

17

BIBLIOGRAFI
Ornstein, A.C., & Hunkins, F. P. (2014). Curriculum: Foundations, Principles and
Issues.(8th Ed). Boston: Pearson Prentice Hall.
Olivia, P.F. (1996). Developing the Curriculum. (4rd Ed.). New York: Harper & Collins
Publisher.
Tyler, R.W. (1949). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: The University of
Chicago Press.
Zais, R.S. (1996). Curriculum, Principles and Foundations. New York: Harper & Collins
Publisher.
X
X
X

PENILAIAN KENDIRI
X

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


X
Topik
Latihan Objektif/ Esei
Pengertian kurikulum &
Pengurusan kurikulum
bilik darjah
Kepentingan pengurusan
kurikulum bilik darjah.
Domain pengurusan
kurikulum bilik darjah.
Bandingbeza
pengurusan kurikulum
kebangsaan dan
pengurusan kurikulum
bilik darjah.
Analisis ciri-ciri kurikulum
bilik darjah abad ke-21.

Jumlah Soalan Objektif


Jumlah Soalan Esei

ARAS KOGNITIF
Aplikas Analisis
i

Jum

Pengetahua
n

Kefahama
n

1
(S1)

1
(S1a,b)

1
(S2)

1
(S3)
1
(S4)
1
(S5)

2
1
(S6)

Sintesi
s

Penilaia
n

1
(8)

3
1
(S9)

1
(S2)
1
(S7)

3
1

1
(S10)

1
1

1
(S3)
2
1

10
3

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

18

Latihan Objektif
X
1.
X

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah?


A.
B.
C.
D.

X
X
2.

Pengurusan bilik darjah berkaitan dengan kegunaan bilik darjah.


Pengurusan bilik darjah merupakan aktiviti bagaiman kurikulum dijalankan.
Pengurusan bilik darjah adalah berkaitan dengan jadual penggunaan bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah merupakan aktiviti berkaitan dengan fizikal bilik darjah
termasuklah bilangan meja, kerusi dan susun atur dan sebagainya.

Antara berikut yang manakah pihak yang mempunyai kepentingan dalam


pengurusan kurikulum bilik darjah?

X
I.
II.

Pelajar.
Negara.
III. Ibu bapa.
IV. Pendidikan.

A.
B.
C.
D.

I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja

Soalan seterusnya hingga soalan 10.


X
X
X

Latihan Esei
X
1.

X
X
2.
X
X
3.

Terangkan pengertian perkara-perkara berikut beserta contoh-contoh yang sesuai:


i. Kurikulum.
ii. Kurikulum kebangsaan.
iii. Kurikulum bilik darjah.

Bandingbezakan ciri-ciri pengurusan kurikulum kebangsaan dan pengurusan


kurikulum bilik darjah.
Pengurusan kurikulum bilik darjah abad ke-21 telah mengalami pelbagai perubahan.
Anda sebagai seorang guru, pendekatan apakah yang sesuai digunakan dalam
pengurusan kurikulum bilik darjah?.

X
X
X

SKEMA JAWAPAN
Jawapan Latihan Objektif.
Jawapan Latihan Esei.

Unit 1: Konsep dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


LAMPIRAN
Aktiviti Pembelajaran Aktif.

19

Anda mungkin juga menyukai