Anda di halaman 1dari 12

Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Saya memang suka mencuba resepi turun temurun atau


resepi yang digunakan oleh mereka yang berniaga atau
resepi yang digunakan oleh tukang tukang masak bagi
majlis majlis kahwin. Kerana yang pasti, resepinya
adalah proven and tested recipe. Resepi Ayam Masak
Merah
yang
ini
diambil
dari
blog Ana
Suzana yangdipelajari dari ayahnya yang merupakan
seorang tukang masak bagi majlis kenduri kawin yang
tersohor di kampung beliau. Dah lama resepi ini disalin,
cuma belum ada kesempatan dan masa yang sesuai
untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini.

Serius, sangat sedap Ayam Masak Merah ini dan


pastinya ia akan menjadi a keeper recipe untuk

masakan Ayam Masak Merah saya di masa masa


hadapan. Bahan bahan yang digunakan pun sangat
simple. Ada sesetengah resepi, menggunakan tomato
puree yang agak mahal. Dan yang paling tak best, ianya
digunakan sedikit sahaja dan bakinya jika tak digunakan
akan terbuang begitu sahaja. Saya perhatikan resepi ini
tidak menggunakan gula tapi saya menambah sedikit
gula bagi melengkapkan rasanya mengikut citarasa
kami.
Seronok melihat Dato Saleh dan anak anak menambah
meratah ayam masak merah yang dihidangkan
walaupun saya tidak menyediakan nasi. Klik
di SINI untuk entri berkenaan. Sebenarnya saya boleh
jer menyediakan nasi minyak atau nasi tomato kerana
semua gandingan lauk sudah serasi seperti gulai
kambing di SINI, ayam masak merah dan acar timun
masak. Tapi memikirkan hidangan petang, pasti nasi
tidak berapa sesuai. Jadi kami sediakan roti jala, nasi
impit dan lemang sebagai ganti nasi.
Jom kita tengok resepi di bawah ini. Jika anda ingin tahu
bagaimana rasanya, bolehlah cuba memasaknya
sendiri. Pasti terpikat dengan sambalnya yang pekat
melekat giteww...

Ayam Masak Merah


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh
masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam
secukup
rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak
utk
menumis
Kacang peas - opsyenal
Bahan bahan kisar halus:

4 biji bawang besar


5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping
Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan
sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul
rata.
Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili.
Tumis sampai pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng


separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan
menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah


yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk
memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga


pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa
dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup
api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum


ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi
minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

Anda mungkin juga menyukai