Anda di halaman 1dari 5

ARI RAYA

Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya
Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam
berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah
wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan
penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan
silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

HARI RAYA HAJI


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh
dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulanZulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta
khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan
samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa
kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam
menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

AWAL MUHARAM
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana
menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islamiaitu memperingati penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku
pada 1 muharramtahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke
Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

PESTA TANGLUNG
Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di kalendar lunar
pertama, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari).
Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan
Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao Jie.

TAHUN BARU CINA


Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12
binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular,
kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi
signifikan dan tuahnya tersendiri.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan
bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli
kelurga yang telah berumahtangga akan memberi angpau kepada saudara mara dan
sahabat yang belum berumahtangga. Angpau membawa pengertian kesejahteraan yang
berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah
limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan
Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan
kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.
Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

DEEPAVALI
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama
aippasi pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan pelita.
Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai
sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuilkuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya,
surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama
apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, rangoli iaitu
lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di
hadapan rumah.

THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon
ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu
akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk
mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu
bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama
penganut Hindu memohon nazar.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu
dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga
aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan
benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil.
Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal

ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran
Tuhan Murugan. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan
mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan
menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini
merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu
peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi (seperti yang
ditunjukkan di dalam gambar di atas) akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas
kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak
patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah
bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki,
perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada
kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang
pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik ,
mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan
berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini
berlaku demikian kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan
Thaipusam. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari
pelbagai ladang dan bandar yang berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar
sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara lain seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka
dan lain-lain juga meraikannya.
Sambutan yang juga dipanggil Kartikeya Thaipusam yang juga untuk memohan
keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai Kartikeya, Subramaniam,
Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha. Kejayaan melawan anasir jahat merupakan
kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua rakyat yang diam di Malaysia haruslah
bersyukur dengan Malaysia yang hanya merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan
agama. Kita dapat hidup aman dan damai atas payung kedaulatan yang dikurniakan olehNya.

PONGGAL
Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi
merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat
hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan
Deepavali dan Thaipusam. Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada
Deepavali selama seminggu. Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan
dalam seisi keluarga.Bhogi
Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa maksud yang cukup signifikan
menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India.
Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi
menyingkirkan anasir-anasir buruk. Bhogi juga secara tidak langsung memberi

penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit dan Hujan yang menyuburkan tanah
selepas hampir setahun bercucuk tanam.
Surya Ponggal
Pada hari kedua, Surya Ponggal disambut dengan meriah di rumah masing-masing. Surya
Ponggal memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama
bulan Thai dalam kalendar Tamil. Seawal pukul 5 pagi, penganut-penganut agama Hindu di
Malaysia, India dan di serata dunia membuat persiapan untuk memasak Ponggal dalam
periuk tanah liat. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak dara akan bangun awal
untuk membentuk kolam menggunakan beras berwarna di halaman rumah. Pintu rumah
diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan
pewarna kum kum bagi menceriakan lagi suasana.
Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada golongan petani. Ia bukan sahaja merupakan
hari pertama padi dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk memasak Ponggal
sehingga ia melimpah keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah dikenali
sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. LIMPAHAN Ponggal bermaksud kehidupan yang serba
baik. Ketika susu melimpah, ungkapan Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal, Ponggal O
Ponggal disebut sebanyak tiga kali oleh penganut agama Hindu yang mengelilingi periuk
tanah liat berhias yang digunakan untuk memasak susu itu.
PONGGAL yang melimpah juga membawa maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi
kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.
Susu ini kemudiannya dicampur dengan beras, gula merah, buah pelaga, badam, buah
gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada para
penganut.
Mattu Ponggal
Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu, lembu-lembu dimandikan,
dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang
dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain seperti yang
disaksikan di Kuil Sri Srinivasa Perumal.
Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu
membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat, jelas Balakrishnan lagi.
Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.
Kanni Ponggal

Ponggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni Ponggal. Kanni bermaksud anak dara dan
seperti namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak
Ponggal sama ada di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak
langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.
Penduduk di bahagian selatan Tamil Nadu menyambut perayaan ini seumpama sambutan
Tahun Baru. Pelbagai acara seperti pertandingan Jallikattu (pertandingan antara manusia

dan lembu) dan Selambam (seni mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli
dan Tanjavur. Sungguhpun permainan ini tidak menyerlah di Malaysia, namun Ponggal tetap
disambut dengan penuh meriah mengikut adat.

Anda mungkin juga menyukai