Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI : MENARA IMPIAN

MASA : 60 MINIT
ALATAN : kad manila 2 keping, surat khabar 1 naskhah, pita pelekat, gam, pen,
marker & gunting
OBJEKTIF :
1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan.
2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan didalam merancang dan
melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai.
PROSEDUR :
1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu
mereka hasilkan.
2. Fasilitator dan peserta peserta berbincang tentang aspek:
Keselamatan
Pengurusan masa
Keunikan menara yang dibina
Kerjasama ahli kumpulan
3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan/ bahan yang
disediakan dalam masa 45 minit.
4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya.
Hasilnya akan dipertandingkan.
FALSAFAH :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Usaha tangga kejayaan


Bersatu teguh bercerai roboh
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan
Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian
Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk mencapai cita cita.
Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.

AKTIVITI : PENJAGA HARTA KARUN

MASA : 30 MINIT
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan
2. Mewujudkan keseronokan antara aktiviti
PROSEDUR :
1. Peserta membuat satu bulatan.
2. Seorang peserta berperanan sebagai penjaga harta karun. Manakala
seorang lagi berperanan sebagai pencuri.
3. Peserta yang berperanan sebagai pencuri dikeluarkan dari bulatan dan
kembali semula.
4. Peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun hendaklah
membuat beberapa gerakan (tepuk tangan) dan diikuti oleh peserta
peserta yang lain. ( gerakan tersebut boleh ditukar kepada beberapa
gerakan yang berbeza beza)
5. Apabila pencuri dapat mengesan peserta yang berperanan sebagai
penjaga harta karun maka permainan ini tamat.
FALSAFAH :
1. Kerjasama dalam kumpula bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
awam
2. Menjaga rahsia keluarga/kelompok masyarakat
3. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar
yang berbahaya

AKTIVITI : BISIKAN MAKMUR


MASA : 30 MINIT
ALATAN : wisel, skrip , mesej
SKRIP MESEJ:
ahmad budak petah, ibunya bernama bedah, ahmad penagih dadah, bedah
selalu marah, ahmad nuat tak endah, akhirnya terima padah.
OBJEKTIF :
1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu
berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.
PROSEDUR :
1.
2.
3.
4.

Peserta berada dalam satu barisan


Peserta dibelakang sekali diberi skrip mesej
Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.
Peserta tadi membisikan mesej kepada peserta dihadapan setiap kali wisel
dibunyikan. Peserta peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang.
5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.
6. Setelah selesai, fasilitator :
Bertanya peserta dihadapan sekali apakan mesej yang diterima
Bertanya kepada peserta peserta lain tentang mesej yang
diterima
Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.
FALSAFAH :
1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan
keberkesanan sesuatu maklumat
2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan
kepada penerima mesej.

AKTIVITI : CANTUMAN PERSAUDARAAN

MASA : 15 MINIT
OBJEKTIF :
1. Merapatkan ukhwah
2. Membimbing semangat bekerjasama antara pelajar
3. Mendidik erti kesabaran
PROSEDUR :
1. Sekeping kertas a4 di tulis kata kata hikmah, kemudian kertas itu
digunting dan diceraikan.
2. Selepas itu kepingan tadi dimasukkan dalam sampul surat dan diberikan
kepasa pelajar untuk dicantumkan semula.
3. Kemudian fasilitator akan menerangkan bahawa apabila kita
menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan kerja yang dilakukan
lebih mudah dan masa dapat digunakan dengan sebaik baiknya.

AKTIVITI : JANGAN TANYA


MASA : 15 MINIT

ALATAN : KERTAS A4
OBJEKTIF : untuk menerangkan kepada peserta kepentingan menanyakan
soalan apabila berada di dalam keadaan kabur.
PROSEDUR:
1. Berdasarkan kepada gambar yang disediakan, fasilitator diminta memberi
arahan kepada peserta untuk melukis gambar tersebut diatas sekeping
kertas kosong.
2. Fasilitator dibenarkan untuk mengulangi arahan tetapi peserta tidak
dibenarkan bertanya apa apa kepada fasilitator. Gambar sebenar tidak
dibenarkan tunjuk kepada peserta semasa proses arahan.
LANGKAH LANGKAH:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ditengah tengah kertas, lukis satu segiempat selari


Ditengah tengah segiempat selari itu, lukis satu gambar segi enam
Disebelah kiri dan kanan segiempat selari itu, lukis satu segiempat sama
Dibawah segiempat sama itu, lukis satu segitiga
Lukis satu segiempat selari yang sama besar supaya semua gambar yang
anda lukis tadi boleh berada didalamnya
Dibahagian atas sebelah kanan segiempat besar itu, lukis satu segitiga
Dibahagian atas kiri pula lukis satu bulatan.
Setelah selesai peserta diminta menunjukan lukisan masing masing dan
fasilitator bolehlah menunjukkan gambar yang sebenar.
Fasilitator akan membincangkan tujuan sebenar aktiviti ini dijalankan iaitu
kepentingan bertanyakan soalan dan membolehkan pelajar mendapat
input yang lengkap dan sepenuhnya.

ULASAN :
1. Malu bertanya sesat jalan merupakan peribahasa yang sering kita
dengar. Pepatah ini menerangkan kepentingan bertanyakan soalan
terutamanya sekiranya kita berada dalam keadaan kebingungan ataupun
keliru. Dalam proses pembelajaran yang boleh diibaratkan sebagai jalan
untuk menuju kejayaan , ada masanya kita menghadapi kekeliruan
ataupun tidak faham mengenai sesuatu perkara. Oleh yang demikian
adakah wajar dikatakan bahawa bertanya merupakan satu satunya jalan
yang terdekat yang mamlu mengatasi masalah ini.
2. Masalah utama dikalangan pelajar ialah mereka merasa takut atau segan
untuk bertanya. Mereka lebih rela untuk mendiamkan diri dari
bertanyakan soalan. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih keliru dalam
sesuatu hal. Lebih membimbangkan lagi sekiranya mereka tidak
mempunyai sumber rujukan untuk bertanya. Keadaan ini tidak seharusnya
wujud dalam situasi disekolah mahupun dimana mana pusat pengajian.

Anda mungkin juga menyukai