Anda di halaman 1dari 2

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

Soalan 4 : Konsep langit terbuka telah mencetuskan pengaruh globalisasi yang memberi kesan
sosial kepada tadbir urus negara. Bincangkan.

Globalisasi telah meletakkan dunia tanpa sempadan (Definisi). Menerusi pelbagai media
komunikasi, dunia bebas dimasuki oleh pelbagai maklumat yang boleh membawa kepada pelbagai kesan
sosial sama ada positif atau negatif kepada negara berkenaan ( Fokus Soalan ).
Kesan baik pengaruh sosial kepada pentadbiran ialah dari segi sistem pendidikan yang
berkembang maju (H.I.U). Apabila sistem pendidikan maju akan lahir generasi intelek dan berkualiti
untuk menjadi pemimpin (H.1). Misalnya, minda generasi muda sekarang semakin terbuka ke arah yang
lebih baik kerana mempunyai kemudahan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
seperti ke universiti (H.2). Golongan muda berpendidikan dan berbakat boleh terlibat dalam pentadbiran
sebagai penjawat awam atau kerajaan (H.3). Hal ini kerana golongan muda yang berpendidikan dapat
mengurus negara dengan baik kerana mempunyai daya saing, kreativiti dan berinovasi tinggi (H.4).
Kesan baik pengaruh sosial berikutnya kepada pentadbiran ialah rakyat mendapat maklumat
dengan cepat dan mudah (H.I.U). Pengaruh globalisasi akan melahirkan masyarakat maya yang
berpengetahuan dan bermaklumat (H.1). Konsep maklumat di hujung jari memberi peluang kepada rakyat
mendapat maklumat berkaitan dasar kerajaan dan pengurusan tadbir urus melalui portal kerajaan
(H.2). Rakyat juga mudah memahami dasar dan pembangunan negara dan mengetahui tindakan dan polisi
kerajaan dalam dan luar negara melalui media massa dan sosial (H.3). Misalnya, rakyat boleh
memperolehi maklumat dari twitter dan facebook tentang informasi terkini tentang isu semasa di
dalam atau luar negara (H.4).
Kesan baik globalisasi dari aspek pengaruh sosial seterusnya kepada pentadbiran ialah mudah
memberi maklum balas rakyat dan kerajaan (H.I.U). Pembangunan sistem teknologi maklumat dalam
MSC memberi peluang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan (H.1). Misalnya, pemimpin
negara ada blog dan mudah diakses oleh rakyat bagi memberi pandangan dan kritikan berkaitan
pentadbiran negara secara online (H.2). Kerajaan juga boleh membuat keputusan dan bertindak
berdasarkan maklum balas daripada rakyat (H.3). Misalnya, pihak kerajaan boleh melihat daripada media
sosial mengenai maklum balas rakyat terhadap dasar yang hendak dilaksanakan oleh mereka (H.4).
Keburukan pengaruh sosial kepada pentadbiran kesan daripada pengaruh globalisasi ialah
melalui ancaman laman sosial (H.I.U). Trend orang ramai menggunakan gajet elektronik boleh
menjejaskan keharmonian dan menggugat kerajaan (H.1). Misalnya, melalui pemaparan budaya yang
5

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

tidak baik seperti budaya ekstremis yang dianggap tidak salah oleh sesetengah individu dibimbangi akan
mempengaruhi pemikiran masyarakat di negara ini yang boleh mengancam keselamatan negara (H.2).
Jenayah siber seperti penggodaman perisian kerajaan dan peribadi boleh menjadi ancaman melalui laman
sosial (H.3). Laman sosial seperti facebook dan e-mel boleh digondam bagi mendapatkan maklumat
akaun bank pemilik akaun laman sosial tersebut yang kebiasaannya dilakukan penggondam yang mahir
(H.4).
Keburukan pengaruh sosial kepada pentadbiran kesan daripada pengaruh globalisasi seterusnya
ialah dapat menjadi medium untuk mengutuk kerajaan (H.I.U). Rakyat menggunakan laman sosial
dan kemudahan ICT untuk mengutuk kerajaan (H.1). Misalnya, melalui facebook dan twitter rakyat
dengan lantang mengutuk tindakan kerajaan mengenakan cukai barangan iaitu GST yang ternyata
membebankan kerajaan (H.2). Rakyat juga mengambil kesempatan mengutuk dan menghina pemimpin
dan kerajaan yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan seperti kenaikan harga minyak, tol dan
barangan (H.3). Misalnya, ada sesetengah pihak yang menggunakan blog untuk menghentam keputusan
kerajaan seperti Malaysian Insider dan Malaysia Kini (H.4).
Kesimpulannya, globalisasi merupakan satu proses kehidupan yang serba luas (Isu Semasa).
Negara perlu membuat persediaan yang mantap untuk menghadapi cabaran globalisasi dari aspek sosial
yang dilihat boleh mengancam kehidupan masyarakat Malaysia dan pentadbiran negara agar dapat lebih
berdaya saing sama ada di dalam atau di luar negara (Cadangan dan Harapan).

Anda mungkin juga menyukai