Anda di halaman 1dari 4

Sumber Jurnal: Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA, 2005

Tajuk: Kajian Tindakan : Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid


Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar

Penulis: Roziah Binti Abd Hamid, Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, 27000
Jerantut, Pahang Darul Makmur.

PENGENALAN
Kertas kerja prosiding seminar ini menghuraikan kajian tindakan terhadap
ujian bacaan yang telah dijalankan ke atas murid Tahun 1 Murni pada
subjek Bahasa Melayu yang di bawah kendalian pengkaji, Roziah binti Abd
Hamid. Seramai 27 orang pelajar terlibat dengan ujian tersebut dan
terdapat 10 orang pelajar yang gagal dalam ujian tersebut. Pengkaji telah
mengambil langkah untuk menjalankan kajian terhadap 10 rang pelajar
yang gagal bagi memastikan mereka dapat menguasai kemahiran
membaca. Pengkaji telah mengambil langkah menjalankan pengumpulan
data melalui pemerhatian, Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi mengenalpasti
masalah dan punca yang menyebabkan murid Tahun 1 Murni.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1, terdapat
tiga objektif dalam kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji iaitu
dengan menggunakan kad suku kata dan gambar, menilai keberkesanan
penggunaan kad suku kata dan gambar serta merancang tindakan untuk
mengatasi masalah membaca.

METODOLOGI
Bermula dengan pengumpulan data, instrumen-instrumen kajian iaitu
Ujian Pra dan Ujian Pasca dijalankan pada tempoh yang ditetapkan, dan
soalan Pra dan Pasca. Pengkaji menggunakan kaedah mengeja suku kata
yang sama bagi menilai tahap penguasaan kemahiran mengeja,
membatang suku kata dan seterusnya membaca ayat pendek. Ujian Pra
dijalankan selama dua hari iaitu 9 hingga 10 Mac 2005, dengan setiap
murid diberikan masa selama 10 minit untuk membaca dan mengeja 10

suku kata. Manakala bagi Ujian Pasca pula, ujian dijalankan selama 3 hari
iaitu pada 2 hingga 4 Mei dengan setiap murid diberikan masa selama 10
minit untuk membaca dan mengeja 10 suku kata yang diberikan.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA


Beberapa langkah yang telah dijalankan oleh pengkaji mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Langkah-langkah kajian dijalankan selama tiga
minggu bermula pada 11 April 2005 hingga 25 April 2005. Di mana, setiap
minggu ujian yang berlainan akan dijalankan. Pada minggu yang pertama,
ujian yang dijalankan adalah ujian mengeja dua suku kata KV + KV dan
ujian mengeja tiga suku kata KV + KVK + KV, KVK + KV + KV. Dalam ujian
ini, guru akan menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan
gambar, dan guru mengedarkan kad huruf dan meminta murid menyusun
huruf supaya menjadi perkatan yang bermakna, serta murid diminta
membaca perkataan yang telah disusun.

Pada minggu yang kedua pula, pelajar diminta meneliti semula gambar
yang diberikan kemudian diminta mengeja perkataan berpandukan
gambar yang diberikan. Kemudian pelajar juga akan melakukan latih-tubi
mengeja perkataan-perkataan berpandukan gambar dan mengenalkan
perkataan-perkataan baru. Seterusnya pelajar akan diminta untuk
mengeja perkataan sambil menutup sebelah mata mereka.

Manakala pada minggu yang ketiga pula, guru akan mengenalkan kepada
murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah dipelajari
serta membimbing murid untuk membaca ayat mudah dan kemudian
menjalankan akitiviti latih-tubi dan ujian membaca ayat mudah yang
diberi. Aktiviti tersebut dijalankan kepada pelajar yang masih belum
menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan membaca
dengan lancar. Manakala pelajar yang telah menguasai kemahiran
membaca akan diberikan ayat pendek yang lain.

Selepas tamat langkah-langkah ujian yang dijalankan selama tiga minggu,


analisis data menunjukkan perbezaan keputusan yang berbeza. Dalam
ujian pra yang telah dibuat, markah yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah
26, 2 suku kata ialah 17 dan 3 suku kata ialah 9. Ini menjadikan jumlah
keseluruhannya ialah 52. Ujian pasca dilakukan selepas ujian pra dan hasil

pencapaian yang telah didapati yang mana bagi ujian 1 suku kata,
markahnya ialah 36, 2 suku kata 31 dan 3 suku kata, markahnya 17.
Jumlah keseluruhan markah yang didapati ialah 84. Dari keputusan di
atas, didapati ada keberkesanan dan peningkatan dalam mengeja
perkataan yang mengandungi suku kata dan perkataan yang telah
diberikan. Ini dapat dilihat pada peratusan markah pada Jadual 2. Dalam
ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 50%, dua suku
kata 20% dan tiga suku kata 0%. Manakala dalam ujian pasca pula,
peratusan bagi ujian satu suku kata telah meningkat kepada 90%, dua
suku kata 60% dan tiga suku kata 20%. Ini menunjukkan peningkatan
yang agak memberangsangkan.

HASIL KAJIAN
Refleksi kajian tindakan ini, pengkaji telah mendapat hasil yang
memberangsangkan di mana pencapaian dan penguasaan pelajar
terhadap kemahiran membaca dengan mengunakan kad suku kata dan
gambar telah dapat dipertingkatkan. Walaupun wujud pelbagai masalah
seperti kekangan masa, kerjasama dari guru mata pelajaran lain,
kerjasama daripada pelajar dan juga masalah pelajar yang buta huruf,
tidak boleh membatang perkataan, mudah lupa apa yang telah dibaca
serta tidak memberi tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, namun
masalah tersebut dapat diatasi. Di samping itu juga pengkaji mendapat
banyak pengalaman antaranya ialah kesabaran dan komitmen guru yang
tinggi yang bertindak sebagai pengkaji sangatlah diharapkan. Selain itu,
kerjasama dari semua pihak sangat diperlukan terutamanya daripada
pihak sekolah, rakan sejawat dan yang paling penting dari murid-murid itu
sendiri. Perkara yang paling penting sekali ialah dapat membantu murid
meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar.

Kesimpulan
Kesimpulannya, saya berpendapat kajian tindakan yang telah dijalankan
oleh Cikgu Roziah Abd Hamid yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran
Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata
dan Gambar ini telah berjaya membantu murid Tahun 1 Murni.
Penggunaan kad bacaan bergambar sangat efektif kepada pelajar-pelajar
yang bermasalah dalam kemahiran membaca. Di samping itu tahap
kesabaran dan komitmen guru, kerjasama pelajar dan pihak sekolah
dalam menjayakan kajian tindakan juga amat diperlukan bagi menjayakan
kajian tindakan yang dilaksanakan. Kejayaan kajian tindakan ini bukan

sahaja membantu murid Tahun 1 Murni, malah membantu guru-guru lain


dalam menjalankan kajian tindakan di sekolah-sekolah lain untuk
meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar. Diharapkan kajian
seperti ini dapat mengurangkan masalah buta huruf di kalangan pelajar
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai