Anda di halaman 1dari 13

1.

Pengenalan
Greenfield(2006) berpendapat bahawa pentadbir sekolah yang berusaha untuk berada
dalam sesbuah komuniti harus mengambil berat akan setiap kebajikan orang disekelilinginya
serta membantu antara satu sama lain untuk belajar bagi meningkatkan rasa
kekeluargaan,keakraban dan perhubungan antara warga sekolah.(Greenfield,2006 174175).Dengan itu amalan kepimpinan moral yang dilaksanakan oleh para pentadbir yang lain
akan membangkitkan semangat serta motivasi kerja kepada guru-guru.apabila guru-guru
berasa puas dan bersemangat terhadap kerja,maka mereka akan berusaha bersungguhsungguh untuk mecapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah digariskan tanpa
memikirkan kepentingan diri mereka.Justeru apabila kepimpinan dipraktikkan secara autoriti
moral,para guru akan dapat memberikan komitmen secara bersama dan menunjukkan sikap
saling bergantung antara satu sama lain.Impaknya prestasi pelajar akan meningkat dengan
cemerlang apabila komitmen yang ditunjukkan oleh guru menjadi teladan dan contoh kepada
pelajar.
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Wan Mohd Zahid (1993) di Kedah menunjukkan
aspek utama yang memotivasikan guru-guru untuk bekerja di sekolah bukanlah disebabkan oleh
pangkat atau gaji tetapi bagaimana layanan, penghormatan dan penghargaan yang diberikan oleh
guru besar atau pengetua. Pengiktirafan yang diberikan ini akan dibalas dengan usaha yang gigih
dan juga penghormatan terhadap pemimpin. Seterusnya memangkin kecemerlangan institusi
pendidikan tersebut.
Sergiovanni (1992) pula menekankan bahawa kepemimpinan moral yang berkesan akan
melahirkan dan mengembangkan proses-proses pembelajaran secara bersistematik berasaskan
kemampuan yang ada pada setiap manusia. Beliau menyarankan kepimpinan ini perlu diterapkan
dalam institusi pendidikan kerana institusi tersebut adalah memberi perkhidmatan kepada
masyarakat untuk kepentingan manusia pada masa depan. Pernyataan ini disokong oleh (Greenfield,

1999; Rahmad & Mariam, 2007)dengan menegaskan bahawa kepimpinan moral di sekolah berupaya
untuk membawa anggota masyarakat untuk mencapai tujuan asas secara bersama. Tegasnya lagi,
tujuan itu dapat dicapai dengan cara pemimpin tersebut hendaklah berperilaku secara bermoral
terhadap semua orang dalam memberikan perkhidmatan di samping menyediakan aktiviti yang
bermatlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan ibu bapa. Selanjutnya Greenfield(1999)
menyarankan agar para pemimpin moral disekolah berperanan untuk mengaplikasikan aspek
kepimpinan moral dalam pengurusan di sekolah. Tegasnya di sini bahawa tanggungjawab ini
seharusnya diambil oleh para pentadbir untuk diimplementasikan kepada para guru bagi membentuk
kepimpinan moral yang berkesan di sekolah. Sehubungan itu, pemimpin pendidikan seharusnya
mengambil langkah yang proaktif untuk membolehkan orang-orang bawahannya melaksana dan
menjalankan tanggungjawab dengan rela hati dan ikhlas. Hal ini dapat dicapai apabila setiap
pemimpin dan pentadbir mempunyai tanggung jawab moral untuk membuatkan ahli-ahli dalam
pertubuhan ataupun institusi merasa disambut, diinginkan dan dihormati (Sergiovanni, 1992).

Maju mundurnya bangsa atau sesuatu organisasi banyak ditentukan oleh para pemimpin kerana
pada hakikatnya pemimpin itu memiliki tanggungjawab, baik terhadap diri sendiri mahu pun
terhadap masyarakat atau organisasi yang dipimpinnya. Tanggungjawab inilah yang pada
dasarnya terkait dengan moral kepimpinan.

Seringkali kita disogokkan dengan slogan atau kata-kata seperti kepimpinan melalui teladan.
Namun, sejauh manakah kita memahami erti kepimpinan sebenar?
Kita tidak boleh lari dari pra sejarah yang mana sejarah ini telah banyak mendewasakan kita.
Seperti contoh negara Rom, Yunani, Greek Alexander The Great, Gengih Khan dan Kerajaan
Islam di mana daripada sebuah negara yang tidak mempunyai apa-apa tetapi akhirnya
menjadi kerajaan yang digeruni, disegani dan dihormati dari segi aspek pendidikan, sosial
dan ekonomi yang mana semuanya bermula dari kepimpinan. Lalu, melalui kepimpinanlah
lahirnya tokoh-tokoh kepimpinan seperti Aminuddin Baki, endeta Zaaba dan ramai lagi.

Kepimpinan adalah suatu tingkah laku atau ciri yang terdapat pada seseorang individu
yang berkebolehan untuk memimpin atau

mengurus kumpulan individu dan mendapat

kepercayaan serta keyakinan oleh kumpulan individu tersebut.


Terdapat banyak definisi kepimpinan dalam penulisan pengurusan (Sonia Blandford,
2010, hlm. 23). Menurut Holmes (1993), apabila mengikut nasihat yang terkandung dalam
penulisan yang berkaitan kepemimpinan sekolah, anda mungkin menjadi bingung dan
menjadi pemimpin yang tidak efektif
Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan moral? Sejauh manakah kepimpinan
moral ini diamalkan? Mungkin ramai menyedari tentang kepimpinan moral. Namun tidak
ramai yang menyedari kepentingan kepimpinan moral dan kesannya terhadap organisasi serta
tidak mengamalkannya secara keseluruhan. Kepimpinan moral adalah kepimpinan yang
beroreintasikan tingkahlaku yang wajar, rasional dan memikirkan dahulu sebelum bertindak.
Pelbagai definisi diberikan mengenai moral tetapi ada benarnya kalau dikatakan
bahawa semuanya tertumpu kepada suatu pemahaman iaitu moral adalah sesuatu yang
berkait rapat dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah
dan seterusnya melakukan sesuatu yang betul.
Sonia Blandford (2010), tingkah laku pengurus dan pasukan bergantung pada
beberapa faktor yang mempengaruhi individu dan kesan terhadap kehidupan manusia yang
berhubung dengannya. Kebanyakan aktiviti pengurusan melibatkan hubungan dengan
manusia lain. Perkara baik ataupun buruk dalam pengurusan dapat dikategorikan berdasarkan
pengetahuan dan kefahaman, kemahiran serta kebolehan individu yang terlibat (hlmn. 37).
Moral dalam konteks kepimpinan dan organisasi bermaksud membudayakan nilainilai murni dalam kepimpinan dan menerapkan pula ke dalam organisasi. Moral juga boleh
dianggap apa yang betul dan salah serta amalan tingkahlaku bagi pekerja dalam organisasi.
Aspek moral dalam kepimpinan organisasi dicerminkan melalui pelbagai pendekatan
kepimpinan seperti sikap dan amalan.

Tetapi dalam dunia hari ini yang sangat pantas berubah, terutama dalam ekonomi
liberal, moral bukan sahaja melibatkan perkara yang betul dan salah, namun juga melibatkan
antara dua yang betul atau di antara tidak terlalu betul dan tidak terlalu salah.
Moral dan isu-isu moral sebenarnya sentiasa menjadi sebahagian dari teras manamana organisasi. Dalam organisasi juga, tingkah laku bermoral dalam menjalankan tugas
sering dianggap sebagai sebahagian daripada pegangan dan amalan agama yang dilakukan
sacara ikhlas iaitu sukarela tanpa mengharap sebarang balasan. Malangnya andaian seperti ini
menyebabkan perkara-perkara berkaitan dengan moral kurang diberi perhatian serius.
Sebenarnya soal moral memberi kesan yang besar terhadap prestasi organisasi. Organisasi
yang berorientasikan tahap moral yang tinggi mendapat banyak faedah dari tindakan tersebut.
Organisasi ini mengamalkan prinsip-prinsip tertentu yang memandu mereka dalam urusan
harian.
2.0

Kepimpinan Moral
Bertepatan dengan pentingnya kepimpinan moral maka kerajaan turut mewujudkan dasar

yang menekankan nilai-nilai moral di mana ianya terdapat di dalam Wawasan 2020 yang
menekankan tiga aspek moral iaitu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan dan beretika
teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan di dokong oleh nilai etika paling tinggi,
mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang
mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada
Negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh selain
memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
2.1

Kepentingan kepimpinan moral.

1.

Motivasi kendiri berasaskan nilai moral sendiri.

Pemimpin yang bermotivasi penting untuk mempengaruhi orang bawahan agar dapat dijadikan
contoh ikutan dalam mewujudkan satu iklim persekitaran kerja yang akan menghasilkan tugasan
yang bermutu dan berkualiti seperti dengan adanya motivasi akan dapat melahirkan komitmen
yang tinggi seterusnya dapat mencapai matlamat sesuatu organisasi itu. Melalui kajian yang telah
dijalankan oleh Wan Mohd Zahid (1993) di Kedah menunjukkan aspek utama yang
memotivasikan guru-guru untuk bekerja di sekolah bukanlah disebabkan oleh pangkat atau gaji
tetapi bagaimana layanan, penghormatan dan penghargaan yang diberikan oleh guru besar atau
pengetua. Pengiktirafan yang diberikan ini akan dibalas dengan usaha yang gigih dan juga
penghormatan terhadap pemimpin. Seterusnya memangkin kecemerlangan institusi pendidikan
tersebut.
Amalan kepimpinan moral yang dilaksanakan oleh para pentadbir seperti mempunyai
motivasi kendiri yang berasaskan nilai moral sendiri akan membangkitkan semangat serta
motivasi kerja kepada guru-guru. Apabila guru-guru berasa puas dan bersemangat terhadap kerja,
maka mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang telah digariskan tanpa memikirkan kepentingan diri mereka. Justeru apabila
kepimpinan dipraktikkan secara autoriti moral, para guru akan dapat memberikan komitmen
secara bersama dan menunjukkan sikap saling bergantung antara satu sama lain (Sergiovanni,
1992). Impaknya, prestasi pelajar akan meningkat dengan cemerlang apabila komitmen yang
ditunjukkan oleh guru menjadi teladan dan contoh kepada pelajar.
2.

Kepimpinan berasaskan norma dan nilai normal.

Kepimpinan memainkan peranan penting dalam usaha membudayakan etika dan integriti di
kalangan ahli organisasi. Sehubungan itu konsep kepemimpinan beretika adalah permulaan
kepada usaha membudayakan etika di dalam struktur organisasi. Kakitangan bawahan lazimnya
akan memerhati gelagat pemimpin dan membina satu kefahaman tentang apakah bentuk amalan
yang diterima dan ditolak dalam organisasi. Seterusnya, kakitangan akan mempraktikkan amalan
yang dipercayai menjadi norma bagi organisasi. Norma tersebut akan menjadi amalan kekal yang
mengikat kelakuan seluruh ahli organisasi untuk jangka masa yang panjang (Suraiya, 2011).
Menurut Trevino et al. (2000), asas kepada kepemimpinan etika memerlukan pemimpin
berkenaan untuk menjadi seorang manusia yang beretika. Dalam konteks membina reputasi
sebagai manusia beretika pada pandangan orang ramai (pekerja), seseorang pemimpin perlu

menonjolkan dirinya secara nyata sebagai seorang individu yang beretika. Sehubungan itu beliau
perlu menonjolkan elemen etika pada sifatnya, kelakuannya dan pembuatan keputusan yang
diambilnya. Kepimpinan moral yang berasaskan norma dan nilai-nilai normal akan dapat
memberi faedah kepada organisasi dan kakitangan seperti pemimpin dan kakitangan gembira dan
berpuas hati seterusnya

hasilan yang berkualiti dapat dihasilkan atau disampaikan. Selain

persaingan yang sihat di antara kakitangan kerana mendapat kerjasama daripada pihak yang
berurusan kerana adanya kepercayaan. Seterusnya sesebuah organisasi itu boleh menjadi
organisasi yang dihormati dan menjadi kebanggaan negara.
3.

Penting untuk menggelakkan konflik

Konflik adalah perbezaan pendapat antara anggota satu dengan yang lain akibat kurangnya
komunikasi di dalam organisasi.

Konflik

Organisasi

(organizational

conflict)

adalah

ketidaksesuaian antara dua atau lebih anggota-anggota atau kelompok organisasi yang timbul
kerana adanya kenyataan bahawa mereka harus memberi idea-idea yang terbatas atau kegiatankegiatan tugas dan atau kenyataan bahawa mereka mempunyai perbezaan status, tujuan, nilai dan
persepsi.Konflik dapat menimbulkan bermacam-macam dinamik perilaku berorganisasi. Hal-hal
yang menyebabkan terjadinya konflik dalam organisasi antara lain ialah pemikiran yang berbeza,
perbezaan visi dan misi dan perbezaan karakter pada setiap anggota.
Dalam sebuah organisasi, konflik akan selalu berlaku baik antara individu yang dalam satu
kumpulan atau pun beberapa kumpulan yang terdapat dalam organisasi itu. Mengatasi konflik
tersebut, seorang pemimpin harus memiliki kemampuan dalam menyelesaikan konflik atau
sebagai perantara dalam menyelesaikan konflik tersebut. Hal-hal yang menyebabkan terjadinya
konflik dalam organisasi antara lain ialah pemikiran yang berbeza, perbezaan visi dan misi dan
perbezaan karakter pada setiap anggota. Maka disinilah terletaknya kepentingan kepimpinan
moral. Oleh yang demikian, seseorang pemimpin sekolah seharusnya memiliki gaya kepimpinan
moral yang melibatkan tiga aspek berikut: kuasa, keseimbangan dan pemikiran. Berreth dan
Berman (2007) menghuraikan kenyataan tersebut bahawa seseorang pemimpin sekolah perlu
mengawal kuasa yang mereka miliki dengan menggunakan sistem pemikiran secara cekap dan
berkesan agar keputusan yang dibuat adalah seimbang dan adil. Situasi ini akan diteladani oleh
kakitangan

organisasi dalam menjalankan tugas mereka. Dengan kata lain, adalah suatu

keutamaan bagi seseorang pemimpin untuk mendidik warga sekolah atau kakitangan organisasi

melalui tingkah laku cemerlang mereka dalam menjalankan tugas rutin mereka terhadap
kurikulum, pembuatan keputusan dan birokrasi (Sizer & Sizer, 2014). Keperluan kepada hasrat
tersebut kerana setiap ahli bawahan yang dipimpin mempunyai perasaan, pemikiran dan tingkah
laku yang memberikan erti dalam kehidupan mereka.
4. Hubungan bersifat budaya
Hubungan bersifat budaya ialah

salah satu faktor penting yang dapat menyumbang kepada

wujudnya hubungan yang erat dan komitmen yang tinggi di kalangan ahli dalam sesebuah
organisasi. Kepimpinan berperanan penting dalam membina persefahaman (Hailan & Rofishah,
2012).

Oleh itu, adalah penting hubungan bersifat budaya yang seterusnya akan dapat

mewujudkan hubungan sesama insan di dalam kepimpinan moral dalam sesebuah organisasi.
Sehubungan itu Hailan (2010) berpandangan hubungan sesama insan lahir setelah tahap
kepemimpinnan seseorang berkembang, iaitu apabila hubungan dengan orang yang dipimpin
dieratkan. Di situ akan lahirnya persefahaman di antara pemimpin dengan orang yang dipimpin.
Dalam membina hubungan insan adalah amat penting persefahaman, kepercayaan dan kerja
sama. Sehubungan itu Smylie et.al. (2007) ada menyatakan kepercayaan dan saling percaya
mempercayai

merupakan

faktor

yang

dapat

mengembangkan

budaya

perkongsian

kepemimpinan.

The explanation is clear and detailed. It is supported by specific examples and references
(1) Seseorang ejen moral mesti asas / keputusan mengenai hal-hal prinsip yang
terpakai bagi
kelas situasi, tidak pada sesuka hati masa ini atau kegemaran untuk
satu jenis tertentu keadaan. Prinsip-prinsip ini mesti bertujuan untuk semua
manusia; mereka tidak mendapat faedah atau beban mana-mana kumpulan atau
kelas
dalam masyarakat. Prinsip juga harus tidak berat sebelah, atau, dinyatakan lain
cara, kesannya mesti boleh balik. Ini bermakna bahawa seorang pelakon mesti
bersedia untuk mematuhi prinsip walaupun / peranannya beliau dalam moral
keadaan telah diterbalikkan dan dia / dia adalah salah satu yang kepadanya
prinsip sedang digunakan.
(2) Seseorang ejen moral perlu mengambil kira kebajikan dan kepentingan semua
yang berdiri
terjejas oleh keputusan / beliau atau tindakan, termasuk dia / dirinya.

(3) Seseorang ejen moral mempunyai kewajipan untuk mendasarkan / keputusan


mengenai hal-hal yang paling
maklumat yang lengkap berbanding dengan keputusan bahawa dia / dia boleh
mendapatkan.
(4) Pertimbangan moral Seorang ejen moral teliti adalah preskriptif. Dia dia
mesti mengakui bahawa, apabila dia / dia telah diperiksa sepenuhnya keadaan
memanggil untuk keputusan / beliau dan mencapai kesimpulan, dia / dia
mempunyai dengan itu
menjawab soalan: Apa yang patut saya lakukan? Jika dia / dia bertindak sebaliknya,
ia adalah
melalui kelemahan wasiat atau melalui kegagalan untuk mengambil tanggungjawab
moral
serius.

3.0

Prosedur Pengumpulan Data

3.1

Data Kualitatif

Dalam kajian ini ,pengkaji menggunakan prosedur pengumpulan data secara kualitatif.Data
kualitatif adalah dalam bentuk temubual.Data kualitatif berbentuk deskriftif,berupa kata-kata
lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang amat diamati.Data kualitatif ini terhasil
daripada hasil pembicaraan yang dikutip secara langsung dari pernyataan orang-orang tentang
pengalaman,sikap,keyakinan dan pemikiran mereka dalam kesempatan temubual yang
mendalam.

Borang Temu Bual

Nama

: ....................................

Umur

: ....................................

Pengalaman mengajar : ...................................


Alamat

: ....................................

1. Apakah yang cikgu dapat rumuskan tentang kepimpinan pengetua,misi dan visi sekolah ini ?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
2. Sebagai seorang guru di sekolah ini apakah cadangan cikgu cadangan untuk meningkatkan
pencapaian akademik sekolah ini.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
3. Nyatakan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) dalam membantu pihak sekolah
mencapai konsep sekolah berkesan.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

4. Bagaimanakah Penggunaan sumber di sekolah ini ?Adakah ianya cekap dan berkesan?
______________________________________________________________________________
5. Bagaimanakah keadaan disiplin murid di sekolah ini?
______________________________________________________________________________

Tandatangan Responden
.......................................
(

4.0 Discussion of respondent 1


A detailed discussion according to the four ideas. The student includes own viewpoints based on
experience and reading.
5.0 Discussion of respondent 2

6.0 Pendapat Peribadi

Pada pendapat peibadi saya,tidak dapat dinafikan terdapat banyak definisi kepimpinan
moral dalam penulisan pengurusan. Kesimpulannya, ahli teori mendefinisikan pemimpin
dalam organisasi sebagai individu yang mempunyai kuasa dan pengaruh. Sebagai pengurus
pertengahan, dia akan melaksanakan kerja atau sebagai pengurus, dia menyuruh orang lain
melaksanakannya. Setiap pengurus menentukan gaya kepemimpinannya sendiri. Gaya
pengurusan berbeza mengikut pemimpin, yang dipimpin, tugas dan konteks Walauapapun
gaya kepimpinan moral yang ingin diterapkan dalam sesuatu organisasi,pemimpin haruslah
mengenalpasti dahulu organisasi yang akan dipimpin. Kepimpinan moral dan tanggungjawab
moral sebagai seorang pemimpin perlulah seiring dalam membentuk organisasi yang cekap
kerja, efisien dan seronok bekerja.
Budaya sekolah adalah personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara
kerja itu dijalankan. Setiap sekolah berbeza dan mempunyai sedikit perbezaan jangkaan
dalam pengurusannya. Dalam satu rencana, bagi menguatkan campuran, fahami kimianya
terlebih dahulu .Menurut Sonia Blandford (2010), pemimpin pasukan yang efektif
menghasilkan pasukan dan sekolah yang efektif. Pengurus pertengahan perlu membina diri
dan kualiti pengurusan yang berkaitan jawatan. Pasukan dan pemimpin yang efektif perlu
mempunyai objektif yang jelas dan prosedur yang kukuh. Mereka wujud dalam suasana
terbuka dan mempunyai sokongan serta kepercayaan. Akibatnya, wujud hubungan yang sihat
antara pasukan.
Tanggungjawab moral pemimpin seperti penglibatan diri dalam tugasan yang di
amanahkan kepada staf adalah sangat perlu demi menjalin hubungan persefahaman yang baik
di samping mengetahui dan memahami proses tugasan yang dikendalikan oleh staf tersebut.

Apabila adanya persefahaman ini, maka pemimpin dapat memahami apa saja perkara atau
kekangan yang di alami oleh staf dalam menyempurnakan tugasan yang dikehendakinya.
Sonia Blandford (2010) ada menyatakan penyertaan dan penugasan kerja dapat wujud
dalam persekitaran yang baik seperti itu. Penyertaan melibatkan rundingan bagi mendapat
persetujuan bersama atau konsensus. Pengurus pertengahan perlu membuat keputusan
memilih gaya yang sesuai bagi pasukannya: Demokrasi ataupun autokrasi. Penugasan kerja
meningkatkan kualiti kerja dan pasukan. Apabila staf mempunyai masalah dalam proses ini,
dia boleh merujuk pengurus pertengahan berkenaan.
Apabila adanya persefahaman dan muafakat antara pemimpin dan staf, organisasi akan
terus terpimpin dan lebih bermotivasi dalam melaksanakan tugasan sepanjang tahun. Perkara
seperti merasa seronok menjalankan tugas adalah berpunca dari beban tugas yang tidak
keterlaluan dan seimbang serta sama rata antara semua staf. Perkara ini adalah titik
bermulanya keseronokan tersebut. Apabila semuanya adil dan saksama, sudah tentu organisasi
merasa puas, lega, gembira dan merasa selamat. Semua inilah yang membentuk motivasi
dalam organisasi untuk persaingan yang lebih sihat dan seterusnya menjadikan organisasi
yang terpimpin itu menjadi efektif dan kuat. Secara tidak langsung tanggungjawab moral di
dalam organisasi juga akan muncul seperti adanya sikap bantu membantu dan saling
bekerjasama.
Maka, sebab itulah, Sonia Blandford (2010) telah menyatakan, motivasi manusia menjadi
perkara penting dalam menguruskan staf. Terdapat beberapa teori yang memberikan fokus
kepada analisis keperluan. Pengurus pertengahan perlu faham akan perkara yang dapat
memotivasikan pasukannya
7.0 Kesimpulan

Kejayaan sebuah organisasi selalunya adalah kerana pemimpin. Kepimpinan yang beretika dan
bermoral adalah amat penting dalam sesuatu organisasi . Kepimpinan moral adalah perilaku
pemimpin dalam hal memahami fikiran, menghayati perasaan, dan memperjuangkan
kepentingan orang-orang yang dipimpinnya serta boleh dijadikan contoh teladan. Pemimpin
harus memiliki moral agar dapat mengarahkan anggotanya untuk mencapai tujuan sesuatu
organisasi . Moral pemimpin antara lain hendaklah jujur terhadap kawan seideologi dan
seorganisasi. Sikap jujur juga harus dimiliki oleh setiap anggota di dalam organisasi. Bersatu di
kalangan anggota di dalam suatu organisasi disamping menjadikan disiplin sebagai watak ,
sikap, perilaku untuk melaksanakan pekerjaan dengan tepat dan baik seterusnya menjadikan
sesebuah organisasi itu cemerlang. Implikasinya, pemimpin berupaya menyedari pencapaian
sesebuah matlamat organisasi bukan sahaja disokong oleh gaya kepimpinan yang menjurus
kepada tugas tetapi kebajikan pengikut.

Kepimpinan moral akan memberi nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi akan
dihormati dan ianya boleh terus berdiri dalam ekonomi yang sentiasa berubah. Disamping itu,
pemimpin organisasi sekolah perlu memberi perhatian terhadap kepimpinan moral dan
tanggungjawab moral kerana tanpa semua ini, akan melemahkan dan merosakkan organisasi.
Pemimpin dalam sektor organisasi awam khasnya sekolah, memikul tugas yang lebih berat
kerana mereka bukan sahaja menjaga kepentingan murid malah guru dan mereka juga
bertanggungwab menjaga imej dan kepentingan sekolah.
Brighthouse (1991) menyatakan: Bagaimana sesebuah sekolah itu diurus dan dijaga, iaitu
pentadbiran sekolah itu, sesungguhnya ia memberikan kesan kepada kehidupan guru. Apabila
sering sahaja terdapat perkara yang merosakkan pentadbiran, maka tentulah sukar sekali
mengelakkan staf daripada berasa tertekan dan hilang semangat bekerja yang terus
menggugatnya sepanjang tahun persekolahan; apatah lagi ia menghapuskan nilai baik dan tujuan

yang dikongsi bersama dan harus terdapat di dalam sekolah yang baik (Sonia Blandford, 2010,
hlmn. 125)
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun, namun Malaysia sudah
mempunyai pelbagai infrastruktur kelas pertama. Sungguhpun begitu, masih terdapat penjawat
awam yang masih berada di takuk lama dan memiliki minda kelas ketiga. Kebanyakan
kelemahan adalah disebabkan oleh sikap, nilai dan amalan moral yang tidak baik dan akhirnya
menyebabkan integriti perkhidmatan awam diragukan.
Sonia Blandford (2010), apabila pasukan itu ditugaskan mendaki gunung, pemimpin
mendaki hingga ke puncak, membalingkan tali ke bawah dan menyuruh ahli pasukan
mengikutnya. Sebaliknya, pengurus berunding dengan pasukannya pada setiap peringkat
sewaktu mendaki dan menamatkan pendakian bersama-sama (hlmn. 21).

Anda mungkin juga menyukai