Anda di halaman 1dari 3

Setiap tokoh bahasa mempunyai pandangan mereka yang berbezabeza tentang sosiolinguistik.

Nik Safiah Karim juga mempunyai


pandangan beliau tersendiri tentang hal tersebut. Menurut Nik
Safiah Karim (1988:4) bidang sosiolinguistik ialah bidang yang
menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan
kebudayaan.

Bahasa

adalah

kepunyaan

manusia.

Melaluinya

manusia berhubung, menyampaikan buah fikiran dan perasaan


dengan bahasa mereka mengeratkan hubungan antara satu sama
lain sebagai anggota satu masyarakat. Beliau memberi penekanan
kepada latar belakang bahasa itu sendiri dari aspek sosial yang
meliputi kelas sosial dalam sesebuah masyarakat dan kebudayaan
pula merangkumi cara bagaimana masyarakat itu mempraktikkan
bahasa dengan cara hidup seharian mereka.
Dalam konteks sosial, bahasa mempunyai kelas sosial atau tingkat
taraf penuturnya tersendiri. Setiap individu mempunyai kelas sosial
masing-masing dan berbeza-beza misalnya bahasa yang digunakan
oleh

masyarakat

yang

tinggal

di

bandar

berbeza

dengan

masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar seperti saya


hendak

ke

pasaraya

membeli

barangan

dapur

manakala

masyarakat luar bandar saya nak ke kedai membeli barang untuk


masak. Selain itu , penutur yang berpendidikan tinggi juga jauh
bezanya dengan penutur yang mempunyai pendidikan rendah dari
segi tutur kata dan bahasa yang digunakan oleh mereka.
Dalam konteks kebudayaan pula, bahasa dan budaya adalah
sesuatu yang saling berkaitan yang mempunyai kedudukan yang
sama tinggi. Pembentukkan bahasa banyak diresapi budaya yang
diamalkan oleh seseorang penutur itu sendiri dalam sesebuah
kawasan atau wilayah misalnya dalam konteks budaya masyarakat
di Terengganu minuman milo juga disebut sebagai milo pink iaitu
milo dengan susu dan milo biasa adalah milo tanpa susu berbeza
dengan masyarakat luar Terengganu yang mengatakan semua

minuman milo adalah milo ditambah dengan susu. Berbeza juga


dengan masyarakat Kelantan yang mengatakan rial adalah wang.
Faktor-faktor budaya setempat inilah telah mempengaruhi cara
penggunaan satu-satu bahasa.
Nik Safiah juga mengatakan bahawa bahasa adalah kepunyaan
manusia itu sendiri. Seperti yang kita tahu, bahasa dan masyarakat
adalah saling berkait antara kedua-duanya, tidak mungkin ada
bahasa tanpa masyarakat dan tidak mungkin juga ada masyarakat
tanpa bahasa. Dalam hal ini, masyarakat menggunakan bahasa
sebagai medium untuk mereka saling berinteraksi, menyampaikan
buah

fikiran

dan

perasaan.

Oleh

sebab

itu

kedua-duanya

memainkan peranan yg penting dalam bidang sosiolinguistik.


Pada hakikatnya, bahasa adalah medium untuk masyarakat saling
berhubungan dan berintraksi sesama mereka. Sebenarnya bahasa
bukan semata-mata alat perhubungan asas dalam masyarakat
tetapi lebih daripada itu iaitu sebagai alat pengekalan hubungan
yang sedia terjalin yang telah lama wujud misalnya dua individu
bertemu dan saling bertegur sapa dengan kata-kata seperti apa
khabar,hendak ke mana, selamat pagi dan lain-lain lagi.
Keadaan sedemikian mununjukkan bahawa wujudnya pertalian
hubungan dan bahasa menjadi alat penyampaian mesej antara satu
individu dengan individu lain. Apabila bahasa dikatakan sebagai alat
perhubungan

dalam

masyarakat,

faktor

kebenaran

tidak

dipentingkan dan tidak diberikan fokus contohnya apa khabar


dalam situasi ini tidak semestinya individu yang menjawab itu
dalam keadaan baik walaupun beliau menjawab khabar baik.
Nik Safiah (1988) juga menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik
meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan
masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan
ialah kajian terhadap bahasa, dan perancangan bahasa. Beliau juga

menyatakan bahawa sosiolinguistik meliputi ruang lingkup tentang


pengkajian bahasa dan perancangan bahasa. Perancangan bahasa
ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara
mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu
situasi

bahasa.

Oleh

itu,

perancangan

bahasa

merupakan

pembangunan bermatlamat, objektif dan strategi untuk mengubah


cara

penggunaan

bahasa

dalam

sesebuah

masyarakat

atau

komuniti.
BIBLIOGRAFI
Nik Safiah Karim(1988). Sosiolinguistik bahasa Melayu dan pengajaran. Selangor: Fajar
Bakti.
Nik Safiah Karim (1981). Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai