Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI MINGGU 2

Program Super Brain yang merupakan program individu saya telah dilaksanakan
selama beberapa hari dengan waktu Pendidikan Moral kelas 5W. Saya berasa amat
gembira kerana dapat melihat minat murid kelas 5W untuk menyertai program saya
ini. Kelas 5W merupakan kelas yang agak lemah dalam prestasi akademik. Untuk
meningkatkan keyakinan dan memupuk semangat menyahut cabaran antara
mereka. Program Super Brain ini dirancang oleh saya supaya mereka dapat
mempelajari sesuatu kemahiran kognitif dan kemahiran belajar dengan cara
pertandingan.
SUDOKU merupakan salah satu aktiviti matemetik logik yang melatih
kecerdasan minda. Kebanyakan murid kelas 5W tidak pernah membuat soalan
SUDOKU dan tidak tahu cara membuat SUDOKU. Oleh itu, dengan bantuan rakan
internship, saya telah mengadakan kelas penyediaan pertandingan bagi murid kelas.
Disamping itu, perancangan ini juga bertujuan memperkenalkan teknik permainan
kecerdasan minda ini kepada anak murid kelas 5W. Saya amat bersyukur
menampakkan murid kelas sangat memberi perhatian dan belajar bersungguhsungguh cara dan teknik membuat soalan SUDOKU. Saya berharap murid kelas 5W
akan mendapat faedah daripada program yang dijalani oleh saya dengan belajar
secara seronok.
Program lain yang dirancang bersama dengan rakan internship dan guru
mentor ialah pameran kerjaya impian serta program motivasi bagi murid Tahun 6
yang akan menjalani peperiksaan UPSR.

Anda mungkin juga menyukai