Anda di halaman 1dari 3

Ekspedisi ke sekolah pedalaman

Oleh ZULHISHAM ISHAK

USAHA kerajaan untuk merapatkan


jurang pendidikan antara bandar dan
luar bandar tidak pernah terhenti dan Mohd. Puad Zarkashi pertama kali
dilakukan dengan pelbagai cara dan berucap dalam keadaan gelap dan
menggunakan pembesar suara akibat
pendekatan.
ketiadaan elektrik di SK Kuala Salung,
Mengenal pasti masalah sebenar dan Pensiangan, Sabah baru-baru ini.
mencari jalan penyelesaian untuk
jangka masa pendek atau panjang
adalah jaminan dan tanggungjawab
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran.
Bagi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang diberi
tugas menjaga kebajikan dan keperluan sekolah-sekolah di pedalaman,
tanggungjawab itu bukan satu perkara yang mudah.
Beliau perlu melawat sekolah-sekolah luar bandar terutamanya di Sabah dan
Sarawak untuk melihat dan menilai sendiri segala bentuk kekurangan yang ada.
Di Sabah, Puad sudah menjelajah hampir ke semua sekolah pedalaman termasuk
kawasan yang hanya boleh dihubungi dengan jalan balak atau menaiki bot di
pulau-pulau terpencil.
Lawatan terbaru beliau ialah selama tiga hari ke lima buah sekolah di pedalaman
Pensiangan pada minggu lalu yang hanya boleh dikunjungi melalui jalan darat
dan tiga batang sungai dengan menaiki bot.
Perjalanan bermula pada Isnin lalu dengan menggunakan jalan darat menaiki
pacuan empat roda dari Kota Kinabalu dan merentasi tiga pekan utama iaitu
Keningau, Sook dan Nabawan.
Turut serta dalam lawatan Puad ialah isterinya, Dr. Rubiah Leman, Pengarah
Pelajaran Sabah, Dr. Muhyiddin Yusin, Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan,
Osman Aganduk dan rombongan dari kementerian.
Lebih lima jam perjalanan diambil dari ibu negeri ke Nabawan sebelum melalui
jalan kampung yang turut digunakan untuk mengangkut balak selama hampir
dua jam untuk sampai ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Salung.
Kawasan sekolah itu yang menggunakan air graviti dan mendapat tenaga
elektrik daripada solar hibrid, tidak mempunyai talian komunikasi kecuali melalui
telefon yang disediakan.
Pada malam majlis sambutan di sekolah itu, Puad berucap dengan
mengggunakan pembesar suara dalam keadaan gelap kerana bekalan elektrik
terputus secara tiba-tiba.

"Ini adalah pertama kali saya berucap dalam gelap dan terpaksa pula guna
pembesar suara, tetapi saya gembira dengan sambutan ibu bapa dan murid di
kawasan ini," kata Puad.
Di sekolah itu, beliau turut berdialog dengan guru-guru dan ibu bapa mengenai
masalah yang disuarakan seperti ketiadaan kemudahan asas, kekurangan bilik
darjah dan sebagainya.
Keesokan hari, rombongan Puad menerusi Jeti Kampung Salung, mengadakan
lawatan ke SK Tinanduk, SK Pensiangan, SK Sibangali dan SK Saliliran yang
semuanya hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai.
Bertolak seawal pukul 6.30 pagi dengan perahu panjang yang menggunakan
kuasa enjin, lawatan pertama adalah di SK Tinanduk yang hanya mempunyai
satu blok bangunan lama diperbuat daripada kayu.
Bangunan kayu tersebut menempatkan dua bilik darjah dan sebuah bilik guru
selain tidak memiliki apa-apa kemudahan lazimnya bagi sekolah termasuk
padang atau bilik sumber.
Puad meninjau sendiri sebuah bilik darjah yang dibina oleh orang kampung dan
guru selain mendengar sendiri rintihan guru-guru di situ yang amat memerlukan
kuarters guru.
Ketika ini, terdapat beberapa guru yang baru ditugaskan di situ terpaksa
menumpang di sebuah kuarters guru yang uzur lagi sempit. Jadi barangan serta
pakaian mereka terpaksa disimpan di dalam stor sekolah itu.
Semasa melawat ke SK Pensiangan dan Sibangali pula, Puad turut dimaklumkan
masalah yang sama termasuk keperluan mendesak untuk menyedia sebuah
asrama desa.
Ini kerana jarak rumah murid-murid dari sekolah itu adalah jauh dan pada masa
yang sama ibu bapa tidak mampu menampung keperluan petrol untuk enjin
perahu mereka setiap hari kerana rata-ratanya miskin.
Keadaan itu membuatkan masalah ponteng sekolah adalah perkara biasa dan
lebih teruk lagi, terdapat ibu bapa yang tidak sanggup untuk meneruskan
persekolahan anak-anak mereka.
SK Saliliran adalah destinasi terakhir dalam rangka lawatan Timbalan Menteri
Pelajaran itu. Untuk sampai ke SK Saliliran, rombongan perlu menggunakan
laluan sungai sebelum berjalan kaki selama lebih enam jam bermula dari
pangkalan Kampung Sinipar melalui jalan hutan.
Sebelum sampai ke pangkalan itu, ahli rombongan termasuk Puad terpaksa
mengangkat dan menyorong perahu di laluan tertentu kerana paras air yang
terlalu cetek akibat kemarau.
Puad turut sama turun dan beberapa kali menolak perahu dalam keadaan panas
terik selain berjalan kaki di tebing sungai dan keadaan itu mengambil masa kirakira tiga jam.
Semua kepayahan dan kesusahan itu berakhir di Pangkalan Kampung Sinipar
kira-kira pukul 5.40 petang sebelum memulakan perjalanan darat dengan
berjalan kaki ke SK Saliliran.

Keseluruhan masa perjalanan dari Jeti Kampung Salung ke pangkalan itu setelah
melawat tiga sekolah sebelumnya ialah hampir 13 jam. Mereka telah
mengharung tiga batang sungai iaitu Logongon, Tagol dan Sibangali.
Perjalanan ke SK Saliliran yang bersempadan dengan Kalimantan, bermula pukul
6 petang memasuki kawasan hutan tebal yang berbukit bukau dan meredah
beberapa anak sungai.
Ekspedisi tersebut penuh mencabar kerana terpaksa melalui dua jambatan
gantung yang tinggi dan panjang selain melintasi banyak titian kayu dan dua
jambatan balak.
Trek yang ada juga amat merbahaya kerana licin, berair dan juga berkedudukan
di cerun-cerun bukit dan gaung selain berisiko terserempak dengan binatang
buas.
"Saya terbaring dalam lumpur sebanyak empat kali akibat keletihan. Ini adalah
pertama kali saya berjalan dalam hutan pada waktu malam, perjalanan ini
membuatkan saya hampir pengsan," kata Puad.
Rombongan beliau sampai ke sekolah tersebut walaupun tersesat kira-kira pukul
12 malam dan disambut oleh penduduk kampung dan murid-murid yang masih
lagi lengkap dengan pakaian sekolah.
Beliau menganggap sekolah tersebut terletak di kawasan yang paling pedalaman
di negara ini dan kejayaan menjejakkan kaki ke situ adalah di luar jangkaan
sama sekali.
"Bila sampai di SK Saliliran saya rasa sudah sempurna tugas saya sebagai
Timbalan Menteri Pelajaran. Sebelum ke sini saya membuat persediaan dengan
berjoging selama dua minggu untuk mendapatkan stamina.
"Lawatan ini akan menyempurnakan kertas kerja saya dalam usaha untuk
merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar sebelum
dibentangkan kelak," katanya.
Melalui lawatan ke semua sekolah tersebut, Puad menyerahkan surat
penghargaan kepada semua guru yang dikarang sendiri olehnya sebagai tanda
penghargaan.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz4S
96LgC00
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai