Anda di halaman 1dari 5

USAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN KE ARAH MELESTARI FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Zaman semakin maju, dunia semakin berubah. Perubahan arus


pemodenan telah berjaya mengubah corak kehidupan masyarakat dunia. Negara
kita juga tidak terkecuali. Hal ini dapat dilihat di mana arus pemodenan dunia
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah corak dan langkah dalam
membentuk insan yang berfikiran kreatif dan kritis melalui Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK)
Di samping itu, terdapat juga usaha usaha yang telah dan sedang
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari beberapa aspek iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berlandaskan dasar falsafah penididikan
di negara ini. Aspek jasmani menekankan kecergasan fizikal yang baik. Antara
agenda yang sedang dibawa oleh kementerian pendidikan ialah Program 1 Murid
1 Sukan. Mengenai aspek yang berlawanan dengan jasmani iaitu rohani ialah
pelancaran Sistem e - disiplin. Seterusnya, dari aspek emosi ialah Program Guru
Penyayang manakala dari aspek intelek ialah Program Memartabat Bahasa
Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris(MBMMBI).
Seterusnya, adalah lebih baik sekiranya saya terus mara ke agenda utama
iaitu mengulas berkenaan usaha usaha yang telah dan sedang dilaksanakan
oleh kementerian pendidikan berdasarkan falsafah pendidikan. Aspek utama
yang akan diulas ialah berkaitan jasmani. Seperti mana yang kita sedia maklum,
jasmani ini lebih menumpu kepada aspek fizikal. Menurut Mahyudin Nafis (2007),
badan dan diri untuk bertapaknya kecerdasan intelektual,rohani dan emosi ialah
jasmani. Secara ringkasnya kecerdasan jasmani bagi seseorang itu wujud apabila
dia mampu menjaga rehat yang cukup, makan yang seimbang dan riadah.
Program 1 Murid 1 Sukan yang telah dilancarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada 9 Julai 2011 dilihat telah memberi impak positif dalam
banyak aspek. Dasar 1 Murid 1 Sukan(1M 1S) bertujuan merealisasikan matlamat
falsafah pendidikan di negara kita yang ingin melahirkan individu yang seimbang
dari segi jasmani khususnya. Tidak dapat dinafikan lagi, dasar 1M 1S ini secara
tidak langsung bergerak seiring dengan matlamat dan stratergi yang telah
digariskan dalam Dasar Sukan Negara1 dalam beberapa aspek. Dasar 1M 1S
selaras dengan stratergi Dasar Sukan Negara yang bertujuan untuk melahirkan
individu yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan dalam
bidang sukan juga.
Menurut pendapat saya berdasarkan dasar 1M 1S, saya dapat kemukakan
dua buah fikiran yang saya rasa sesuai sekiranya perkara ini dapat diambil
perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Pertama, program seperti ini
mampu melahirkan atlet yang berkemahiran tinggi. Hal ini demikian kerana dasar
1 Dasar Sukan Negara Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan dua
stratergi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
1

1M 1S selaras dengan Dasar Sukan Negara yang mana telah mewujudkan Sukan
Prestasi Tinggi Sekolah(SPTS). SPTS hanya melibatkan beberapa sukan iaitu bola
sepak, sepak takraw,memanah, hoki, gimrama dan badminton. Sejak program ini
dilancarkan, dapat kita lihat banyak atlet baru kita menempa nama di persada
dunia. Antara atlet tersebut ialah Nazmi Faiz Mansor, pemain bola sepak, Faizal
Shaari, pemain hoki dan beberapa lagi nama baru yang sedang mendaki menuju
kejayaan di persada dunia.
Kedua, ingin saya katakan dasar ini baik dan sesuai untuk dilaksanakan
mengikut kehendak yang telah digariskan. Hal ini demikian kerana terdapat
kebaikan yang dapat saya lihat iaitu program ini telah berjaya memperlihatkan
kelemahan dan juga betapa daifnya kemudahan kemudahan dalam bidang
sukan di negara kita. Dengan itu, alangkah baik sekiranya pihak yang berwajib
mengambil tindakan bagi menyediakan kemudahan kepada para atlet yang kita
ada.Hal ini juga dapat dilihat dimana baru baru ini berlaku kes dalam penyiapan
venue bagi beberapa acara Sukan Malaysia(SUKMA) 2014 yang mana Perlis
menjadi tuan rumah. Petikan daripada akhbar Utusan pada 28/1/2014 oleh
Zainul Azhar Ashari, KANGAR - Suka atau pun tidak, Perlis selaku tuan rumah
Sukan Malaysia (Sukma) 2014 tidak ada pilihan melainkan memindahkan acara
akuatik temasya berkenaan ke negeri jiran, Kedah sekiranya venue bagi acara itu
gagal disiapkan. Berdasarkan dua perkara ini, dapat saya simpulkan bahawa
usaha kementerian pendidikan dalam mewujudkan insan yang seimbang dari
segi jasmani dapat dicapai.
Seterusnya, dari aspek rohani, dapat kita lihat di mana Sistem e disiplin
yang telah dilaksanakan sejak 2009 sehingga 2011 dan mempunyai sebanyak
317 sekolah yang meggunakannya. Sistem ini dibangunkan oleh Malis Aspirasi
Pemangkin Nasional yang mendapat usaha sama dari Universiti Malaysia
Terengganu dan Kemanterian Pendidikan Malaysia. Tujuan utama sistem ini
adalah untuk mengurus disiplin, mengesan dan mengawal tingkahlaku murid.
Seterusnya langkah langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di
sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Perkara perkara yang melibatkan rohani terlalu banyak. Rohani ini secara
tidak langsung berkait rapat dengan akhlak. Nabi Muhammad s.a.w merupakan
seorang idola dan secara tidak langsung menjadi orang yang sangat berpengaruh
dalam dunia. Hal ini demikian kerana akhlak baginda yang sangat baik. Dari
Aisyah r.a berkata, sebaik baik akhlak adalah akhlak Rasulullah s.a.w. Tidak
dapat dinafikan lagi bahawa perkembangan rohani berkait rapat dengan
pembentukan akhlak yang mulia. Konsep ini dapat dilihat dengan lebih jelas
melalui pelancaran dan penggunaan sistem e disiplin di peringkat sekolah. Pada
pendapat saya, sistem e disiplin ini sememangnya memberi manfaat kepada
pihak sekolah sendiri dan kepada para pelajar khususnya.
Selain itu, kementerian pendidikan juga telah melancarkan satu kempen
yang dikenali sebagai Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa
Inggeris atau lebih dikenali sebagai MBMMBI. Program ini secara tidak langsung
2

melibatkan proses mencungkil bakat terpendam dan mengukuhkan lagi


kemahiran para pelajar dalam menguasai bahasa tanah air dan bahasa
pertuturan antarabangsa. Dalam penyusunan ini, dapat saya ketengahkan
bahawa MBMMBI ini berupa satu program yang dibawa oleh kementerian untuk
membentuk individu yang berdaya intelek yang tinggi.
Matlamat Dasar MBMMBI adalah untuk mewujudkan masyarakat yang
menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Innggeris dalam sistem pendidikan
negara. Fokus kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bertujuan melahirkan
masyarakat yang bersatu-padu dan mewujudkan bangsa Malaysia yang berdaya
saing di peringkat dunia.Matlamat ini selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI
untuk melahirkan murid yang fasih dan yakin menggunakan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.(KPM, 2014). Hal ini dapat dilihat di mana telah banyak
pertandingan pertandingan yang melibatkan MBMMBI. Antaranya ialah
pertandingan pidato, debat, dan lain lain yang melibatkan dua bahasa ini.
Pada pandangan saya pula berkaitan dengan MBMMBI ialah kementerian
sewajarnya menggalakkan juga penguasaan ke atas bahasa bahasa kaum
utama yang terdapat di Malaysia iaitu Bahasa Cina(Mandarin) dan India(Tamil).
Hal ini kerana bukan semua rakyat di Malaysia berupaya melanjutkan perlajaran
ke Eropah sedangkan masih ramai yang masih berada di Malaysia. Hal ini juga
kerana Malaysia merupakan negara yang menitik beratkan soal pendidikan dan
perkara ini memang dapat dilihat di mana telah banyak universiti universiti
yang di buka di Malaysia. Kebanyakan rakyat di Malaysia berkomunikasi dengan
rakyat yang berbilang kaum. Pendapat saya ini sangat bertepatan dengan usaha
perdana menteri kita yang mewujudkan Gagasan 1 Malaysia.
Di samping itu, program guru penyayang juga turut dilaksanakan di setiap
sekolah. Tujuan wujudnya program ini adalah untuk menggalakkan lagi minat
pelajar untuk hadir ke sekolah. Hal ini demikian kerana telah banyak berlakunya
kes kes ponteng sekolah dalam kalangan murid murid baik sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Bagi mengelakkan kes seperti ini berterusan, pihak
sekolah telah melancarkan program ini. Para guru akan diberikan jadual bertugas
harian dan mingguan untuk bertugas sebagai penyambut kedatangan murid
murid.
Tambahan pula, baik guru besar mahupun pengetua adalah wajib untuk
ada pada masa tersebut. Jika tiada maka akan digantikan pula dengan penolong
kanan hal ehwal murid dan seterusnya. Murid murid yang hadir lewat ke
sekolah tidak akan lagi dihalau malah dialu alukan untuk masok ke kawasan
sekolah dan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Hal ini
juga dapat membuktikan bahawa Malaysia amat menekankan isu pendidikan
dalam kehidupan seharian. Hal ini juga turut menunjukkan bahawa sekolah
bukanlah suatu tempat asing dalam diri pelajar tetapi boleh dijadikan seperti
rumah yang mana guru guru diibaratkan sebagai ibu bapa yang menyambut
anak anaknya di sekolah. Berdasarkan kajian Indeks Persepsi Murid (IPM) yang
telah dijalankan sejak program ini dilancarkan beberapa bulan lalu, kira-kira 50.8
peratus murid menganggap guru mereka sebagai penyayang, 46.6 peratus pula
sederhana dan 3.6 peratus lagi kurang penyayang(KPM).
3

Pada pendapat saya, program guru penyayang ini adalah suatu program
yang baik namun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke masa.
Antara masalah yang akan timbul ialah masalah pelajar yang akan hadir lewat
tidak akan berubah malah mungkin menyebabkan murid murid akan hadir
lewat kerana menganggap guru guru tidak boleh memarahi mereka. Selain itu,
para guru sudah berubah watak dari seorang guru menjadi penyambut tetamu
yang telah mencemarkan sedikit sebanyak kredibiliti seorang guru. Perkara ini
masih mampu diperbaiki dengan adanya ibu bapa yang turut mengambil peranan
sebagai individu yang menyambut anak anak. Remaja lelaki menunjukkan ciri
sahsiah yang lebih rendah daripada remaja perempuan, baik dalam bidang
akademik (Zalizan et al. 2001), kerjaya serta aspek pertumbuhan sahsiah (Sani
et al. 2009). Menurut Yahya (2005), pencapaian pelajar lebih bermakna apabila
kaum keluarga mereka juga turut berperanan dan melibatkan diri dalam
mencapai kejayaan anak-anak mereka.
Selanjutnya, kementerian juga telah melancarkan Program j Qaf. Tujuan
program ini dilancarkan adalah untuk merealisasikan falsafah pendidikan
kebangsaan yang ingin membina modal insan yang cemerlang. Program ini
bertujuan memantapkan lagi serta memperkasakan penguasaan terhadap tulisan
jawi, Al Quran, bahasa Arab dan fardhu ain. Penguasaan terhadap jawi
membantu dalam menguasai Al Quran dan seterusnya menguasai ilmu bahasa
Arab dan akhirnya pemahaman yang baik terhadap fardhu ain. Maka akan
lahirlah individu yang cemerlang dan seimbang dan seterusnya membentuk
modal insan yang diimpikan.
Secara kasar, kita dapat lihat bahawa program j Qaf sebenarnya secara
tidak langsung selari dengan tujuan dan matlamat FPK iaitu membentuk modal
insan dan beriman dengan tuhan. Tujuan atau kepentingan j Qaf adalah untuk
memperkasakan Pendidikan Islam(PI) di sekolah sekolah supaya semua bidang
yang terdapat dalam mata pelajaran PI dapat dikuasai oleh para pelajar sekolah
iaitu bidang tilawah Al Quran, akidah, ibadah, sirah nabawiah, akhlak dan jawi
lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan para murid
murid sekolah.
Pada pendapat saya, program seperti ini secara jujurnya tersangat
digalakkan. Hal ini demikian kerana program seperti ini dapat membantu dalam
menangani masalah gejala sosial 2 yang semakin berleluasa dalam kalangan
pelajar sekolah. Penguasaan terhadap ilmu Al Quran dan fardhu ain dapat
membimbing para pelajar agar tidak melakukan perkara perkara yang ditegah
dalam agama. Sabda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud
Telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara yang mana kamu semua
tidak akan sesat sekiranya berpegang teguh kepada kedua duanya iaitu kitab
Allah(Al Quran) dan sunnah nabi Nya. Justeru itu, dapat saya katakan bahawa
program seperti ini sewajarnya di utamakan dan diperluaskan malah program
program seumpama ini perlu digalakkan lagi.

2 Antaranya ialah merokok, minum arak, dadah, buang bayi dll.


4

Akhir sekali ialah pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti


kokurikulum merupakan lanjutan dari aktiviti di dalam bilik darjah. Aktiviti
kokurikulum ialah proses pembelajaran luar bilik darjah yang diperkenalkan bagi
memperlihatkan semua konsep dan teori yang telah diajar di dalam bilik darjah.
Aktiviti ini juga bertujuan untuk mempelbagaikan pengetahuan dan pengalaman
murid dari segi intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani ke arah pembangunan
kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika, jati diri serta nilai sosial yang
positif.
Pada pendapat saya, aktiviti kokurikulum sangatlah bermanfaat bagi para
pelajar dan secara tidak langsung bertepatan dgn FPK yang meninginkan pelajar
yang harmonis dari segi intelek, jasmani , rohani dan emosi. Hal ini demikian
kerana aktiviti seperti ini mampu memperlihatkan diri para pelajar yang
sebenarnya dan juga mampu membentuk sahsiah para pelajar. Kepelbagaian
persatuan yang ditubuhkan hendaklah berasaskan kepada matapelajaran yang
diajar di sekolah, hobi dan rekreasi, sukan dan permainan, badan beruniform
serta apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar berserta
kepelbagaian aktiviti yang berupaya memberi manfaat kepada murid dalam
meningkatkan disiplin dan perpaduan, membina pengetahuan, minat dan bakat,
membentuk sahsiah, mengukuhkan pegangan keagamaan dan sebagainya.
Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan telah diakui (Jamaludin, 2009; Athur,
2009; Andrea, 2009; Yusnizam, 2008).
Kesimpulannya, telah banyak usaha usaha yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merealisasikan matlamat yang terkandung
dalam FPK. Sewajarnya langkah langkah ini didokong bersama oleh semua
rakyat di negara ini bagi melahirkan generasi yang berfikiran tinggi dan berupaya
memacu negara ke arah yang lebih tinggi. Sehubungan itu, pelbagai usaha perlu
dipertingkatkan dan dipergiatkan lagi bagi memudahkan lagi proses
merealisasikan matlamat FPK.

Anda mungkin juga menyukai