Anda di halaman 1dari 8

PENGARUH BAHASA

Sejak kebelakangan ini, kesan kemajuan global yang dipengaruhi Barat telah banyak
mengubah cara hidup lama. Pengaruh globalisasi Barat turut memberi kesan kepada
penggunaan bahasa di Asia Tenggara , khususnya di Malaysia. Satu-satunya yang terbaru
ialah kehidupan berlandaskan komputer dan internet. Kini, kita dapat mengirim berita pantas
melalui e-mail dan SMS dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian daripada
perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet.
Namun begitu, kesan daripada kedua-dua teknologi ini telah memberi impak yang
besar terhadap penggunaan Bahasa Melayu .Perkataan terbaru sering memasuki
perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu.
Bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Bahasa Inggeris. Di kalangan pekerja
sektor swasta, pertuturan adalah lebih kurang 70 peratus dalam Bahasa Inggeris dan hanya 30
peratus dalam Bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang. Dan
secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan
perantaraan media baru iaitu Bahasa Inggeris.
Oleh yang demikian , kami telah menjalankan satu kajian melalui kaedah open
interviews atau temubual terbuka untuk mendapatkan beberapa pandangan dan pendapat
daripada segelintir pihak yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kajian mendapati
bahawa penggunaan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang bercampur aduk (atau dikenali
sebagai bahasa rojak ) sememangnya berleluasa dalam masyarakat kita. Nisbah perkataan
baru yang diceduk dari Bahasa Inggeris telah menjadi sebahagian bahasa rojak kita. Seperti
yang diketahui , dunia siber sudah mula bertapak dalam hidup kita, maka wujudlah laman
sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, Yahoo Massenger dan telah menyebabkan wujudnya
bahasa rojak dan juga bahasa singkatan yang telah menyebabkan rosaknya bahasa
kebangsaan kita.

Globalisasi seperti yang diketahui telah banyak menekankan kemajuan berdasarkan


penguasaan sains dan teknologi serta penguasaan ekonomi. Bahasa sains dan teknologi ialah
Bahasa Inggeris dan bahasa ekonomi di peringkat global juga adalah bahasa Inggeris. Oleh
itu, globalisasi sememangnya memberi pengaruh bahasa Inggeris dalam pendidikan sains .
Hari ini semua negara mengejar kemajuan. Oleh itu, untuk maju sesuatu negara itu mestilah
menguasai sains dan teknologi, dan memantapkan ekonominya. Dengan tuntutan ini, mahu
tidak mahu, sama ada secara terpaksa atau tidak, bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh sebuah
negara bangsa itu. Tuntutan ini perlu dipenuhi jika tuntutan ingin maju mahu dicapai. Perkara
ini juga tidak terkecuali kepada negara-negara berbahasa Melayu seperti Brunei, Malaysia
dan Indonesia yang memang sudah sekian lama sejak wujudnya tamadun bangsa menjadikan
bahasa Melayu sebagai warisan budaya bangsa yang berharga.
Kesan globalisasi terhadap bahasa juga termasuklah kemusnahan atau kepupusan
bahasa . Antara aspek kemusnahan atau kepupusan bahasa yang boleh diambil kira
termasuklah kehilangan bahasa iaitu lesapnya kebolehan berbahasa dalam bahasa ibunda atau
etnik dengan baik dan berkesan. Kehilangan bahasa boleh berlaku pada masyarakat, yakni
ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat itu, rata-rata tidak lagi fasih menggunakan bahasa
ibunda atau bahasa etnik mereka sepenuhnya, sama ada secara lisan mahupun tulisan. Ini
merupakan satu petanda yang amat buruk bahawa bangsa atau masyarakat berkenaan sedang
mengalami kehilangan bahasa. Penggunaan bahasa Melayu rojak dalam kalangan bangsa atau
masyarakat Melayu yang berleluasa adalah satu kes kehilangan bahasa. Seterusnya ialah
peralihan bahasa, iaitu keadaan yang memperlihatkan berlakunya peralihan penggunaan
bahasa, khususnya daripada satu bahasa yang kurang berprestij kepada satu bahasa yang lebih
berprestij, dalam bidang-bidang penting contohnya dalam bidang pendidikan, pentadbiran,
perundangan dan juga penyiaran. Misalnya, cawangan universiti luar akan terus menjadikan
bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini

juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah
terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal
ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat
Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan
terbantut.
Selain itu , pengaruh barat turut memberi impak terhadap komunikasi dalam dunia
globalisasi, yakni pengungkapan dalam bidang-bidang seperti ekonomi, sains dan teknologi,
perdagangan, perindustrian, dan lain-lain. Sesetengah pihak berpendapat bahawa bidangbidang tersebut tidak boleh dikendalikan dengan berkesan dalam bahasa lain, kecuali dalam
bahasa Inggeris. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris menjadi penting sehingga diberi jolokan
sebagai bahasa ibunda dunia globalisasi selain merupakan bahasa dunia dan bahasa
antarabangsa yang utama.
Malaysia, tidak dapat dinafikan amat ghairah sekali untuk menyertai dunia globalisasi
dengan aktif, khususnya dalam bidang-bidang teknologi tinggi serta teknologi maklumat dan
komunikasi. Dalam keghairahan kita meraih faedah dunia globalisasi, yang rata-ratanya
menggunakan bahasa Inggeris.

Kesimpulannya , jelas sekali bahawa pengaruh Barat lebih memberi kesan negatif
berbanding kesan positif. Melalui peralihan bahasa pada 2003, bahasa Melayu dianggap
seperti liabiliti yang boleh menimbulkan masalah dan meletakkan Malaysia dalam risiko.
Malaysia seakan-akan boleh menghadapi risiko ketinggalan dalam dunia globalisasi, jika
tidak mengutamakan penggunaaan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu kini sedang berhadapan
dengan tentangan yang paling hebat dengan menyaksikan bagaimana tercabarnya kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

LAMPIRAN

RUJUKAN
http://cikgunoorsinah.blogspot.com/2013/05/pengaruh-bahasa-asing-dalam-bahasa.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Malaysia

http://kumpulan5bahasarojak.blogspot.my/2010/08/asal-usul-bahasarojak_09.html

http://fatihahrashid89.blogspot.my/2012/04/bahasa-inggeris-dalam-bahasamelayu.html

http://www.utusan.com.my/rencana/siapa-peduli-bulan-bahasa-kebangsaan1.398216

https://www.google.com/search?
q=bahasa+rojak&biw=1366&bih=662&site=webhp&tbm=isch&source=lnms&sa
=X&ved=0ahUKEwif6Ovymo7QAhVMLo8KHcBuB1gQ_AUIBigB&dpr=1#imgrc=L_J
mlFCqKzUz-M%3A

http://bahasamelayu-smkpp.blogspot.my/2013/04/fenomena-penggunaanbahasa-rojak.html

http://www.sinarharian.com.my/isu bahasa dan drama/ffm-yang-selalukontroversi-1.550866

https://www.scribd.com/doc/52193826/MUTU-INDUSTRI-PERFILEMAN-DANDRAMA-DI-MALAYSIA

Awang Sariyan,2004
Isu Bahasa Rojak. (Siri Bicara Bahasa Bil. 20). 2004. Pearson Publication. Kuala Lumpur

Abdul halim Othman, 1998


Sumbangsih Bahasa (Koleksi Kertas Kerja Satu Dekad dalam Perancangan Bahasa). 1988.
Kuala Lumpur: Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai