Anda di halaman 1dari 1

Sihat bermakna tidak sakit dalam kamus dewan. Gigi yang sihat menjadi idaman semua orang.

Fungsi utama gigi selain mengigit, mengunyah makanan, yang lebih penting makanan yang
selepas dikunyah dengan gigi jauh lebih sedap rasanya berbanding makanan yang dikunyah oleh
bahagian gusi dalam mulut kita.
Makanan yang tinggi dengan mineral kalsium menjadikan gigi sihat dan kuat. Bahagian
berwarna putih pada gigi merupakan enamal yang dibentuk oleh kalsium. Ikan Sardin, keju,
susu, dan sayur-sayuran berwarna hijau mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Buah-buah
seperti epal hijau, pisang, betik dan anggur pula memberi daya ketahanan tinggi kepada gigi kita.
Benda yang keras tidak digalakkan sebab makanan tersebut boleh merosakan gigi kita. Minuman
yang manis juga tidak sihat kepada gigi. Makanan ringan seperti gula, coklat, keropok tidak
menyihatkan gigi.
Doktor gigi menyeru orang ramai menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu
pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Lebih baik kita mengamalkan sikap
mengosok gigi selepas setiap waktu makan untuk menjaga kebersihan gigi. Sisa-sisa makanan
yang tertinggal di dalam gigi yang menjadi tempat pembiakan bakteria yang merosakan gigi.
Jadi perlulah kita berus gigi kita. Dalam pada itu, pilih berus gigi yang mempunyai
permukaan yang rata dan tidak terlalu keras atau lembut. Jangan ketinggalan menggunakan
benang 'floss' pada bahagian yang sempit atau yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi. Kita juga
perlulah menggunakan ubat kumur selepas memberus gigi bagi memastikan setiap sisa makanan
yang terlekat pada gigi dan bahagian dalam mulut dapat dibersihkan.
Pergi jumpa doktor gigi bila gigi sakit, dan sebaik-baiknya jangan tampal gigi tetapi buat
'filing' pada gigi yang berlubang. Kesihatan gigi amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Gigi yang bersih dan sihat menjamin kehidupan yang bahagia.

Anda mungkin juga menyukai