Anda di halaman 1dari 1

NUR IZYANA BINTI ABD RAZAK (A147453)

Huraikan maksud sumber-sumber asal dan jelaskan contoh-contohnya.


Sumber-sumber asal bermaksud kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith yang diriwayatkan
oleh pengarangnya dengan sanadnya sendiri, seperti berikut:
1. Bidang Hadith- al Kutub al Sittah, Muwatta Malik Musnad Ahmad.
2. Bidang Akidah- al Iman oleh Abu BAkar bin Abi Syaibah dan al-Iman oleh Ibn Mandah.
3. Bidang Tafsir- Tafsir Ibn Jarir al Tabari dan Tafsir Ibn Abi Hatim.
4. Bidang Fiqh- al Umm oleh Imam al Syafie dan al Muhalla oleh Ibn Hazam.
5. Bidang Usul Fiqh- al Risalah oleh Imam al Syafie dan al Ihkam fi Usul al Ahkam oleh
Ibn Hazam.
6. Bidang Tafsir- Tarikh Ibn Jarir al Tabari dan Tarikh Baghdad oleh Khatib Baghdadi.
Dalam membicarakan mengenai pengertian sumber-sumber primer (al-masadir alasliyyah) dalam mentakhrij hadith, terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu
lamanya sesebuah kitab itu dan kepentingan kitab. Kadangkala sesebuah kitab itu merupakan
kitab yang lama tetapi tidak dianggap sebagai kitab asal kerana kurang kepentingannya. Sebagai
contoh Imam al-Bukhari dalam kitabnya Sahih Bukhari kadangkala meriwayatkan hadith dengan
merujuk kepada naskah Waki daripada Amasyh yang telah dicetak. Dalam hal ini tiada
salahnya jika pengkaji hanya merujuk kepada Sahih Bukhari berbanding naskah Waki sebagai
mengambil kira kedudukan Sahih Bukhari dan kepentingannya.
Dalam keadaan tertentu pula seorang pengkaji perlu bijak dan tahu dalam memilih
sumber-sumber rujukan jika ia merupakan sumber asal terutamanya dari sudut lama atau barunya
sesebuah karya. Sebagai contoh tidak tepat bagi seseorang pengkaji jika menyandarkan hadith
kepada Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq bagi hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Asakir
melalui jalan al-QatiI daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dalam Musnad. Ini adalah
kerana Musnad Imam Ahmad lebih dahulu dihasilkan berbanding Dimasyq.
Termasuk dalam kategori kitab kitab asal ialah kitab kitab yang pada asalnya tidak
mempunyai sanad namun diletakkan sanadnya dalam kitab lain. Sebagai contoh kitab Musnad al
Syihab oleh al-QudaI yang pada asalnya dinamakan sebagai al-Syihab yang hadith hadithnya
tidak disertakan dengan sanad. Kemudian penulis yang sama meletakkan sanad bagi hadith
hadith tersebut dengan menamakannya sebagai Musnad al Syihab.

Anda mungkin juga menyukai