Anda di halaman 1dari 4

RESEPI MEE REBUS

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar
hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos
tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

RESEPI CUP CAKE COKLAT MOIST (bakar/Kukus)


Bahan A

1 cawan serbuk koko


2 cawan tepung gandum
1 sb baking powder
1 sk soda bikarbonat
Bahan B
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Bahan C
1 cawan air panas
Cara-cara:
Ayak bahan A dalam satu bekas. Ketepikan.
Blender bahan B hingga gula hancur. Kacau sebati.
Masukkan bahan B selang seli dengan bahan A dan air panas. Kacau sebati dan ulang
sampai habis adunan.
Tuang adunan dalam cup 3/4... kukus 20minit api sederhana.
Kalau guna paper cup jenis lembut pastikan alas dulu dengan bekas dadih..kalau nak buat
cup kecik alas paper cup dengan bekas lompang. Ada admin tunjuk contoh sebelum ni.
Untuk topping: Panaskan 2 sudu serbuk koko, sedikit minyak dan sedikit susu pekat manis.
Kacau hingga cair. Kalau terasa pahit koko lagi tambah susu. Siap tuang atas cup cake.
Boleh tabur color rise atau coklat rise.
RESEPI KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab
ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air

panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau
sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila
Cara2:Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu
pulak api atas & bawah.
atau
kukus selama satu jam atau sampai masak
**tips:
1. gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan
sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna
dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sikit
dan tuang, lagi sedap rasa dia...
2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning
pecah n rata dah mencukupi
masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan
lembab n lembut....
3.lagi satu tip ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya
kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....

( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain
disekelilingnya)

Anda mungkin juga menyukai