Anda di halaman 1dari 3

Ok hari ni aku nak cerita satu doa bagaimana korang boleh melupakan si dia, dan si dia takkan

mengaibkan korang malah hubungan korang masih sama seperti dulu. Ok jom tadah tangan baca
doa penerang hati...
Mula-mula apabila rasa gusar, korang niat dalam hati mohon pada Allah tenangkan hati korang
kemudian solat hajat. Lagi cantik, sebelum nak solat hajat tu, korang bersihkan dulu hati korang
dengan solat sunat taubat.
Selesai solat hajat, korang istigfar sekurang-kurangnya 33 kali.
Kemudian, HADIAHkan al fatihah kepada Nabi Muhammad SAW satu kali.
Kemudian, SEDEKAHkan al fatihah kepada:
Abu Bakar Siddiq 1 kali.
Umar Al Khattab 1 kali.
Uthman Al Affan 1 kali.
Ali Abi Talib 1 kali.
Selesai ni, SEDEKAHkan al fatihah kepada penyusun kitab Mujarrabah iaitu Sheikh Ahmad Ad
Dairobi. Kitab Mujarrabah ni setahu aku ialah susunan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
perhubungan. Lebih lanjut, tanya yang pakar. Sebab kita sedekahkan al fatihah ni kepada Sheikh
Ahmad Ad Dairobi ni sebagai satu penghargaan kerana beliau menyusun kitab Mujarabbah ni.
Selesai semua di atas, tadah tangan, baca ni,
U i' zu nafsi billah hil a'li yil a'zim... Bismillah hi allahumma
Ya Allah (4 kali)
Ya Muhammad (3kali)
Kemudian doa dalam keadaan suara yang jelas, suara yang tak berapa kuat dan tak berapa slow
tentang cerita cinta korang tadi... Ambil contoh ni,
"Ya Allah, aku meminati dia. Tapi rupanya dia tidak meminati aku. Aku mohon kepada kamu Ya Allah
janganlah diaibkan diri aku ini, janganlah hubungan aku dengan si dia berakhir sampai di sini. Kamu
Maha Mengetahui, aku redha dengan keputusan ini. Tenangkanlah aku, tenangkanlah juga si
dia.,....."
Doalah apa yang korang rasa masa tu.. Luahkan betul-betul sebab Allah mendengar luahan hati
korang. Tapi apa-apa pun, korang kena ingat Allah tu Maha Mengetahui yang terbaik untuk korang,
jadi, korang kena redha. Redha tu sangat-sangat penting.
Selesai je korang berdoa apa yang korang nak luahkan, tutupkan doa tu dengan bacaan ni...
Allahumma Habibni Qulba (sebut nama orang yang korang admire tu).
Hatta ta tiyaa ilayya kha di aa'n zaa li laan
Min ghairi muhlatin
Wash ghulha
Bi mahabbatii
Inna ka a'ala kulli syai in qadir
Amin.

DOA-DOA MAJLIS RASMI.....Ust. Zul


)DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1


,


Ya Karim , Ya

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu
yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau
redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

.

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)



Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja
kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati
kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan
para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah
kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guruguru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti
membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat
limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang
zaman.

Anda mungkin juga menyukai