Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 (2017)


1.0

PENGENALAN
Segunung tahniah dan syabas kepada para pelajar yang berjaya melangkah ke

tingkatan 4 selepas pembelajaran selama 3 tahun telah pun teruji dalam Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) 2016. Kini cabaran seterusnya telah bermula di mana para pelajar akan
bergelumang dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggi dalam
menghadapi peperiksaan SPM pada 2018 nanti dan seterusnya ke IPT. Cabaran demi
cabaran akan dilalui oleh para pelajar tidak kira dari segi pembelajaran dan juga alam
sekeliling serta pengaruh rakan sebaya. Menyedari hakikat ini, Unit Bimbingan dan
Kaunseling sekolah telah mengambil inisiatif menganjurkan program suaikenal dengan
menekankan kepentingan pemilihan pakej mata pelajaran yang ditawarkan.
Program suaikenal ini perlu kepada mereka untuk mengubah persepsi tentang
pembelajaran di tingkatan 4. Ini kerana ramai yang menganggap jangka masa belajar di
tingkatan 4 adalah waktu untuk mereka belajar sambil lewa kerana peperiksaan SPM
masih jauh. Menurut kajian kaunseling kerjaya telah mendapati bahawa usia 16 tahun
merupakan peringkat penerokaan dalam perkembangan kerjaya. Justeru itu program
suaikenal pelajar tingkatan 4 dirangka supaya pelajar mendapat gambaran yang jelas
tentang tanggungjawab mereka untuk bersedia memikul matlamat kerjaya dan akademik
pada masa hadapan. Adalah diharapkan juga melalui program ini para pelajar sedar
bahawa pembelajaran di tingkatan 4 adalah sama pentingnya dengan belajar di tingkatan 5
nanti.
2.0

RASIONAL
Pemilihan pakej mata pelajaran yang ditawarkan bukan bergantung kepada pencapaian

akademik semata-mata ianya juga perlu disusuli dengan minat dalam bidang pekerjaan yang
bakal diceburi. Pelajar-pelajar tingkatan empat yang baru naik ke sekolah menengah atas perlu
didedahkan dengan maklumat-maklumat yang asas sejak awal lagi. Pendedahan ini perlu
supaya pelajar- pelajar tingkatan empat ini dapat menyediakan diri dari segi jasmani, emosi,
rohani, dan intelek untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan baik.
Penerapan dan penghayatan budaya sekolah juga perlu untuk menghindarkan
perlanggaran disiplin dan peraturan sekolah. Program orientasi ini akan memudahkan pelajar
mengasimilasikan dan menyesuaikan diri mereka dengan wawasan sekolah. Oleh yang
demikian program orientasi ini perlu dijalankan agar proses pengajaran dan pembelajaran akan
dapat berjalan dengan baik dan berkesan.

KERTAS KERJA
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 (2017)
3.0

MATLAMAT
Mewujudkan budaya sekolah yang sihat dan harmoni dalam kalangan pelajar yang

mampu melahirkan pelajar Tingkatan Empat yang berilmu, berketrampilan dan bersahsiah
mulia.
4.0

OBJEKTIF
Pada akhir program ini, diharapkan para pelajar akan dapat:
4.1. Menyediakan satu transisi bagi membolehkan proses adaptasi dengan persekitaran
pembelajaran di peringkat menengah atas.
4.2. Membolehkan para pelajar tingkatan empat mengetahui format peperiksaan SPM
dan konsep pensijilan terbuka.
4.3. Pemilihan pakej mata pelajaran elektif berdasarkan pencapaian akademik,
kebolehan minat dan bakat para pelajar
4.4. Memberi

peluang

kepada

guru-guru untuk berkongsi

pengalaman

dalam

peningkatan budaya kerja cemerlang.


4.5. Membolehkan pelajar-pelajar memahami dengan jelas dan menghayati budaya,
misi dan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom.
4.6. Mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan yang jitu dalam kalangan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom.
5.0

TEMA
Pelajar Berwawasan Sekolah Cemerlang

6.0

SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 4 (2017) Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom.

7.0

TARIKH PELAKSANAAN
Program Orientasi Tingkatan 4 (2017) akan diadakan pada 19 - 20 Disember 2016.

8.0

AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran 1

9.0

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

KERTAS KERJA
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 (2017)
10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
10.1

Pendapatan
10.1.1

10.2

11.0

PCG B&K

RM 150.00

Jumlah

RM 150.00

10.2.1

Banner

RM 100.00

10.2.2

Air Mineral

RM

Jumlah

RM 150.00

Perbelanjaan
50.00

PENUTUP
Diharapkan melalui pelaksanaan program yang telah dirancang berdasarkan keperluan

pelajar ini dapat diterima dan diaplikasikan secara optimum tentang peluang-peluang kerjaya
masa hadapan berpandukan kepada pemilihan pakej mata pelajaran yang tepat semasa berada
di tingkatan 4. Semoga pelajar dapat menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk samasama memikirkan corak masa hadapan yang ingin dibentuk melalui penerangan dan
pendedahan maklumat yang telah disampaikan oleh guru mata pelajaran dan guru bimbingan
dan kaunseling.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

( NOR HAYATI BT AHMED )

( SITI MERIYAM BT MT ALI )

Guru Bimbingan Dan Kaunseling

PK Hal Ehwal Murid

SMK Che Tom

SMK Che Tom

Disahkan dan disokong oleh,

ROSAINI BINTI YAACOB

Tarikh :.

Pengetua
SMK Che Tom,
08000 Sungai Petani, Kedah

Anda mungkin juga menyukai