Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Program DWEN

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan Bedong

1.0 PENDAHULUAN

Dasar Warga Emas Negara (DWEN) merupakan komitmen Kerajaan untuk


mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan
mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong
untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.
Program lawatan dan khidmat sosial warga emas merupakan di antara program
tahunan sekolah yang bertujuan untuk menyokong Dasar Warga Emas Negara (DWEN).
Sememangnya warga emas adalah golongan yang mesti dihargai, disayangi dan dibantu,
apatah lagi yang kurang upaya serta mengiktiraf warga emas sebagai warganegara yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, mempunyai hak untuk menikmati
kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh terus menyumbang kepada pembangunan
negara.
Diharapkan pendedahan aktiviti dan hebahan seperti ini dapat membantu untuk
menanamkan sifat-sifat yang telah diterangkan di atas kepada murid apabila berinteraksi
dengan warga emas nanti.

2.0 OBJEKTIF

Diantara objektif yang disasarkan adalah seperti berikut:


2.1 Mengeratkan hubungan antara generasi
2.2 Menyokong Dasar Warga Emas Negara dengan menghargai warga tua.
2.3 Mengiktiraf hakwarga emas untuk mendapat keperluan asas yang berkualiti
2.4 Mengukuhkan kerjasama dan perkongsian tanggungjawab.

3.0 SASARAN PESERTA

40 orang murid dan 4 orang guru

4.0 MASA, TEMPAT, DAN TARIKH PERLAKSANAAN

Masa : 7.30 pagi 1.00 petang


Tempat: Rumah Seri Kenangan Bedong
Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
5.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 pagi Pendaftaran peserta lawatan

7.40 pagi Sarapan pagi


8.00 pagi Bertolak ke Rumah Seri Kenangan Bedong
8.30 pagi Sampai di Rumah Seri Kenangan Bedong
8.45 pagi Taklimat program oleh Pegawai RSK Bedong
9.00 pagi Menjalankan aktiviti khidmat sosial di RSK Bedong
11.00 pagi Lawatan ke PDK Bedong

12.30 tengah hari Makan tengah hari


1.00 petang Bertolak balik ke SMK Che Tom
1.30 petang Dijangka sampai di SMK Che Tom.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Sumber pendapatan :


6.1.1 PCG Sivik RM 670.00
Jumlah RM 670.00

6.2 Perbelanjaan :
6.2.1 Pengangkutan RM 250.00
6.2.2 Banner DWEN RM 100.00
6.2.3 Makanan (RM5 x 44) RM 220.00
6.2.4 Cenderamata RM 100.00
JUMLAH RM 670.00

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn. Hajah Rosaini bt Yaacob (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn. Najah bt Abd Wahab (Penolong Kanan HEM)
Penyelaras Program : Pn. Bah Ai Shee (KP Sivik)
Setiausaha : Pn. Nor Hayati bt Ahmed (GBKSM)
AJK : Pn. Rozana bt Saarani (GBKSM)
Guru MP Sivik
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengangkutan
Menyediakan pengangkutan tepat pasa masa yang
Pn. Nor Hayati bt Ahmed
diperlukan
En. Yusri
Pendaftaran & Pengurusan
Menyenaraikan nama peserta
Peserta
Mengurus borang kebenaran waris
Pn. Bah Ai Shee
Mengambil kehadiran murid
Pn. Velshah
Fotografi
Mengambil dan merakam gambar sepanjang program
Pn. Rosidah
berlangsung.

Penilaian Membuat penilaian program


Pn. Rozana bt Saarani Membuat analisa penilaian program
Dokumentasi Menyiapkan dan menyerahkan dokumentasi kepada PK
Pn. Norzahila HEM
Kutipan Sumbangan
Pn. Norrafiqah Mengurus kutipan sumbangan daripada murid dan guru

Makanan Bertanggungjawab menempah makanan untuk sarapan


Pn. Afriza dan makan tengah hari untuk murid dan guru
Banner hebahan DWEN
Tempahan Banner DWEN
Pn. Nor Hayati bt Ahmed
Brosur
Menyiapkan brosur program
Pn. Fadzilah bt Chin

9.0 PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tertentu dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas perlu dilaksanakan bagi menjayakan program lawatan dan
khidmat sosial DWEN 2017.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


............
(NOR HAYATI BT AHMED) (NAJAH BT ABD WAHAB)
Kaunselor PK Hal Ehwal Murid
SMK Che Tom, SMK Che Tom,
Sungai Petani, Kedah Sungai Petani, Kedah

Disahkan dan disokong oleh,

Tarikh:
( ROSAINI BT YAACOB)
Pengetua,
SMK Che Tom,
Sungai Petani, Kedah

Anda mungkin juga menyukai