Anda di halaman 1dari 12

Majlis Ikatan Kasih Mesra Abadi

ATURCARA MAJLIS
Masa
2.00 pm
2.20 pm
2.30 PM

3.00 pm
3.30 pm
4.00 pm
4.15 pm

Bi
Agenda
l
1 Pengumu
man

Agenda
Pendaftaran pelajar
Ketibaan VIP
Ucapan aluan pengerusi majlis
Ucapan wakil pelajar
Ucapan penyelaras kecemerlangan
Ucapan Pn Hjh Mariam
Ucapan tuan pengetua
Penyerahan sijil kepada guru praktikum
Bacaan doa
Jamuan makan (tayangan slide)
Upacara memotong kek
Persembahan pelajar
Cabutan bertuah
Sesi bergambar
Bertolak balik ke batu kurau

Teks
Untuk makluman hadirin sekalian,
majlis akan bermula sebentar sahaja
lagi. Oleh itu, hadirin sekalian diminta
mengambil tempat. Sila pastikan anda
telah membuat pendaftaran dan
menyimpan nombor bertuah masing2.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah
dihargai. Terima kasih
#Hadirin juga diminta berdiri ketika
diumumkan vip masuk ke pentas
utama.

Tetamu
Majlis dengan sukacitanya menjemput
jemputan
tetamu2 jemputan untuk mengambil
mengambi tempat dimeja yang disediakan
1

Catata
n

l tempat

Mengumu
mkan
ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang


Berusaha En Mohamad Suhaimi b
Talib, pengetua SMK Dato Kamaruddin,
barisan penolong2 kanan dan tetamutetamu jemputan mengambil tempat
di meja VIP.
Hadirin dipersilakan duduk. Terima
kasih

Ucapan
aluan
juruacara

Tuan-tuan dan puan-puan, para pelajar


ting 5 yg dikasihi,
Sebelum hari bersejarah ini tiba,
Kepada yang jauh diberi pesan,
Yang dekat dibisik hasrat,
Akan tiba hari istimewa,
Membawa suara mengangkat
semangat
Majlis ikatan kasih mesra abadi
Mencipta sejarah kenangan bersama.

Dengan lafaz suci


Bismillahirrahmanirrahim
Segala Puji dan Puja untuk Allah SWT
yang menemukan kita pada petang
istimewa ini,
Selawat dan Salam ke atas Rasul
Junjungan
Nabi Muhammad SAW.
Assalammualaikum WBT, salam
sejahtera, salam sedaka excellent dan
2

salam perak excellent.

Yang berusaha En Mohamad Suhaimi b


Talib, pengetua smk dato kamaruddin
Yang Berusaha En Adnan b Ahmad
YDP PIBG smk dato kamaruddin
Yg Setia ASP Tn Syahbani b Bahari,
pegawai perhubungan sekolah
Yg setia, SM Ishak b Ismail, ketua balai
batu kurau
Yg Berusaha, Pn Hjh Mariam bt Abu
bakar, bekas pengetua smk dato
kamaruddin
Yg berusaha Tn Hj mukhtar b md
salleh, pen kanan pentadniran
Pn Hjh Norihan b Othman, PK HEM
Pn Hjh Mazidah bt Hj Adnan, PK KOKU
Tn Hj Rosmadi b Abdullah, Pk ting 6
En Ahmad Junaidi b Sabaruddin
PK Pend Khas
Guru2 kanan, penyelaras ting 5,
barisan guru, barisan AJK kerja, dan
yang diraikan anak2 tingkatan lima yg
dirahmati ALLAH sekalian.
6

Aluan
juruacara

27 oktober detik ini,


3

warga ting 5 berseri-seri;


jamuan akhir tahun sama dirai,
kita mulakan dengan ceria di hati.
Dipanjatkan, setulus penghargaan,
dimunajatkan rasa syukur ke hadrat
Illahi, dengan
keizinanNya,dipertemukan kita semua
khususnya guru2 para pelajar ting 5
smk dato kamaruddin , pada ptg ini,
bagi sama-sama menjayakan
kemurnian agenda Majlis Ikatan Kasih
Mesra Abadi bg tahun 2016
9

Ucapan
wakil
pelajar

Sidang hadirin yang dihormati


sekalian,
Detik waktu berlalu pantas, masihkah
kalian ingat

2012
di ting satu, kami dididik penuh kasih
2013 di ting dua,
kami belajar percaya pada diri
2014 di ting tiga,
kami mula berkorban masa untuk PT3
2015 di ting empat,
kami mula belajar menjadi pemimpin
2016 di ting lima,
kami sedar hanya ilmu yg mampu
mengangkat kedudukan kami.
Pastinya 1001 kenangan terlakar dlm
diri setiap insane yg bergelar pelajar
smk dato kamaruddin. Justeru, majlis
seawall waktu mempersilakan wakil
4

pelajar,

1
0

Untuk menyampaikan ucapan.


Dipersilakan.
Ucapan
Guru umpama bintang cemerlang,
Penyelaras Mencurah ilmu tiada terbilang,
kecemerla
ngan
Hadirin sekalian,bingkisan ucapan
pada ptg ini diteruskan lagi dengan
ucapan dari penyelaras
kecemerlangan SPM, En Mazli b Abdul
Mutalib. Majlis setulus hati
mempersilakan.
.............................................................
.............
Majlis merakamkan terima kasih atas
ucapan yg disampaikan sebentar tadi.

1
1

Ucapan
Puan Hjh
Mariam bt
Abu Bakar

kuning emas masaknya padi


mawar merah dahannya berduri
terima kasih daun keladi
kerana sudi menghadirkan diri
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung
Majlis setulus hati mempersilakan Pn
Hjh Mariam bt Abu Bakar,bekas
pengetua smk dato kamaruddin untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
.............................................................
.................
Majlis setulus hati merakamkan terima
5

kasih atas ucapan yang disampaikan


sebentar tadi.

1
2

Ucapan
Sudah teradat, si anak lelaki
tuan
kalah berjuang, berundur jangan
pengetua
Berani kami menjunjung adat
dan
Bukan memberi kata dan puji
penyeraha
Hadirmu tuan penyuntik semangat
n sijil kpd
Sedaka cemerlang, teguh berdiri.
guru
praktikum Majlis seterusnya mempersilakan
peneraju utama kepimpinan
sekolah,Yg Berusaha En Mohamad
suhaimi b talib, pengetua smk dato
kamaruddin untuk menyampaikan
ucapan, dipersilakan.
.............................................................
....
Majlis merakamkan setulus aprisiasi
dan terima kasih atas ucapan yg
disampaikan. Seterusnya majlis
berbesar hati juga mempersilakan yg
berusaha tuan pengetua untuk
menyampaikan sijil penghargaan
kepada guru2 pelatih smk dato
kamaruddin yg bakal menamatkan
latihan mereka hanya beberapa hari
sahaja lg. Majlis mempersilakan guru
pelatih yg pertama :
( rujuk lampiran)
.............................................
Terima kasih tuan pengetua atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar
td. Tahniah juga kepada semua guru
6

pelatih, semoga lebih berjaya dan


menjadi guru yg berkualiti apabila
berada di dunia pendidikan yg sebenar
kelak.
1
3

Bacaan
doa

Warga sedaka sekalian,


Bagi memberkati acara dan agenda
seterusnya , marilah kita semua
selaku insan kerdil sifat dan upaya,
menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat dariNya dan
sekaligus membaca doa sebelum
menjamu selera,memohon keberkatan
dari rezeki makanan yg telah ALLAH
kurniakan kepada kita. Untuk itu,
majlis mempersilakan al-fadhil ustaz
Bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
............................................................
......
Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.
Semoga pertemuan kita pada ptg ini
dipelihara dan dilimpahkan sepenuh
manfaat dan keceriaan, menambah
tautan kemesraan serta berangkatnya
kita ke sekolah nanti akan diiringi
dengan jutaan kenangan dan
ketenangan dalam kamus kehidupan
seorang pelajar.

Warga sedaka sekalian

Pulang ke desa bertemu rakan,


Hari raya hari kemenangan,
Suruh makan, kita makan,
Jangan malu , janganlah segan
Majlis dengan ini menjemput tetamu2
kehormat dan semua hadirin untuk
menikmati juadah yang telah
disediakan.
1
3

Persemba
han
multimedi
a

Warga sedaka sekalian,


Atur langkah majlis diteruskan dengan
persembahan multimedia . Marilah
sama-sama kita meneroka dan
menyingkap segala yang tersurat dan
tersirat dalam persembahan
multimedia ini.

.
Untuk makluman sekalian yang hadir,
persembahan multimedia sebentar
tadi telah disediakan oleh
Cik Masli
Aniza bt Mahmud. Majlis merakamkan
setulus aprisiasi dan ucapan terima
kasih.

1
4

Upacara
Tegak berdiri di tengah dataran,
memotong Bersama menyanyi lagu kebangsaan
kek
Kek diberi tanda ingatan
Semoga cemerlang dlm peperiksaan
Warna warni majlis pada ptg ini
diteruskan lg dengan upacara
memotong kek bagi setiap kelas ting
8

5.
Dipersilakn guru kelas dan para2
pelajar ting 5sc1 untuk memotong
kek, diikuti oleh
(rujuk lampiran)
Terima kasih semua.
1
5

Persemba
han

Tuan2 dan puan, para pelajar yg


dikasihi
Disamping kita menjamu selera,
marilah sama2 kita saksikan beberapa
persembahan dari pelajar SMK
DatoKamaruddin.
Hadirin sekalian, pelajar2 yang akan
membuat persembahan sebentar lagi,
adalah pelajar2 dari kelas . yang
memiliki paduan suara yang
membawa semangat perjuangan
bahasa. Keindahan bahasa yang
mengalir dalam jalur nadi mereka
menjadikan pendengar sering terbuai
dan terpukau.
Hadir sekalian, berikan tepukan yang
gemuruh kepada

1
6

Cabutan
bertuah

(rujuk lampuran)
.Dipersilakan.
hadirin sekalian,
majlis diteruskan dengan acara yang
ditunggu-tunggu,iaitu acara cabutan
bertuah,mana tahu,anda salah
seorang yang bertuah pada malam
9

ini? :p
buat pengetahuan anda sekalian,no.
cabutan bertuah anda boleh dilihat
pada kotak cenderahati yang diberikan
kepada anda.
bagi menyempurnakan majlis,majlis
menjemput..............sekolah,
untuk membuat 10 cabutan pertama.
dipersilakan.
dijemput yang bertuah pada malanm
ini,yang bernombor....
1
8

Penutup
Warga sedaka sekalian,
Sesi
bergambar Sebelum melangkah pulang,
Bersurai
Sebelum ucapkan selamat malam,
Kami kalungkan terima kasih
Kami pahatkan budi di hati
Kerana sudi bersama-sama di majlis
ini

Majlis Jamuan Ikatan Kasih Mesra


Abadi SMK DatoKamaruddin hampir
melabuhkan tirainya.
Dalam pada itu, patut pula saya
sampaikan
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

sekalung ucapan terima kasih kepada


semua yang terlibat secara langsung
10

mahupun tidak langsung dalam


menjayakan julung2 kalinya majlis ini.

Buat anak-anak didik sekalian,


Guru-guru amat berharap dan
mendoakan, sisa-sisa waktu yang ada
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
anak-anak didik yang dikasihi sekalian.
Semoga apa yang diajarkan oleh para
guru, apa yang dibaca dan dihafal oleh
para pelajar semua sampai ke dalam
bilik peperiksaan kelak tanpa ada yang
tercicir. InshaaALLAH semoga kejayaan
menjadi milik anda semua.

Yg baik itu adalah dari ALLAH, dan yg


buruk itu adalah dari kelemahan diri
kami sendiri. Semoga usaha murni
kita bersama memperoleh ganjaran
dari ALLAH SWT, dan ukhuwah yang
terjalin antara kita sepanjang
berlangsungnya majlis ini terus kekal
selamanya.
Selepas ini dijemput semua yang hadir
untuk sama2 kita abadikan kenangan
indah ini dalam sesi bergambar. lk
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah
wasalammualaikum wbt.

11

Sheedabdurahim27102016

12

Anda mungkin juga menyukai