Anda di halaman 1dari 1

TUGAS KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

1. Ketua dan penolong ketua tingkatan adalah orang yang bertanggungjawab


menjaga pelajar dan kelas semasa ketiadaan guru.
2. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab ke atas buku kawalan
kelas.
3. Ketua dan penolong ketua tingkatan mesti mencari guru sekiranya guru tidak
hadir ke kelas selepas 5 minit.

4. Pelajar tidak boleh masuk ke kelas dan mesti berada dalam barisan sehingga
guru masa pertama masuk ke kelas. Sekiranya 5 minit selepas selesai bacaan
doa dan pengumuman guru tidak hadir ke kelas maka ketua dan penolong ketua
tingkatan mesti mencari guru masa pertama di bilik guru. Jika tiada di bilik guru,
sila rujuk di pejabat.
5. Dalam apa jua keadaan, ketua dan penolong ketua tingkatan mesti sentiasa
memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat, kemas dan ceria. Ketua dan
penolong ketua tingkatan bolehlah meminta AJK kelas berfungsi mengikut
jawatan yang disandang. Minta kerjasama rakan-rakan di dalam kelas untuk
bertanggungjawab bersama.
6. Sebarang kemalangan dan kejadian di dalam kelas adalah menjadi
tanggungjawab ketua dan penolong ketua tingkatan untuk terus melaporkan
perkara tersebut kepada guru kelas. Sekiranya guru kelas tiada pada hari
kejadian maka terus laporkan kepada guru disiplin.
7. Ketua dan penolong ketua tingkatan wajib memastikan buku kawalan kelas
dihantar dan diletakkan di rak mengikut kelas masing-masing setiap hari selepas
waktu terakhir. Kegagalan ketua dan penolong ketua tingkatan berbuat demikian
boleh mengakibatkan Ketua dan penolong ketua tingkatan dipanggil untuk
disiasat dan diberi penalti.
8. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab membantu pengawas
mengawal kelas setiap masa.
9. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab membantu pengawas
dan guru memastikan kekemasan diri pelajar di dalam kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai