Anda di halaman 1dari 8

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH

MALAYSIA DAERAH SEREMBAN 1 2016


(SEKOLAH RENDAH)
UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Tampar MSSMNS ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang
ditetapkan oleh MSSM dengan pengecualian berikut :

1.

PENGELOLA
SJK(C) CHUNG HUA, SEREMBAN

2.

TARIKH DAN TEMPAT


Kejohanan ini akan dijalankan secara pesta pada 28 Jan 2016 di Kompleks Sukan
Negeri, Paroi, Seremban

3.

KELAYAKAN PESERTA

3.1. Kelayakan Am
3.1.1. Semua sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia dan bergabung dan membayar yuran penuh dengan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan layak menyertai pertandingan ini.
3.1.2. Hanya murid-murid yang didaftarkan di sesuatu sekolah layak mewakili
sekolah masing-masing.

4.

HAD UMUR PEMAIN

4.1. Had Umur untuk pemain-pemain pertandingan ini adalah seperti berikut :
i) Lelaki
iii) Perempuan

: 12 tahun ke bawah
: 12 tahun ke bawah

4.2. Pemain (B12 tahun) hendaklah dilahirkan pada 1hb. Januari 2004 atau selepasnya
4.3. Pemain hendaklah berumur tidak lebih daripada 12 tahun pada 1.1. 2016.
4.4. Sekiranya berlaku sebarang penyelewengan dari segi umur, pasukan yang melakukan
kesalahan tersebut akan dikira kalah dan akan dibatalkan dari pertandingan dan
perlawanan-perlawanan yang sudah disertai oleh pasukan itu tidak akan dikira. Perkara
ini juga akan dibawa ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Seremban Utara untuk tindakan
selanjutnya.

5.

PENDAFTARAN PEMAIN

5.1. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 pemain sahaja. Setiap pasukan dikehendaki
menyenaraikan nama penuh pemain, tarikh lahir dan nombor Kad Pengenalan dalam
1

Borang Pendaftaran yang tertentu. Borang pendaftaran Individu R01 hendaklah disahkan
oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Borang pendaftaran pasukan R02 hendaklah
disahkan oleh pengurus pasukan sahaja.
5.2. Borang Pendaftaran yang lengkap hendaklah diisi dan diserahkan kepada Jawatankuasa
Pengelola sebelum pertandingan dimulakan.
5.3. Nama Pengurus Pasukan dan Jurulatih mestilah dicatatkan. Hanya mereka yang
disenaraikan dibenarkan bersama pasukan mereka semasa sesuatu perlawanan itu
dijalankan.
5.4. Nombor jersi setiap pemain mesti diisikan dalam Borang Pendaftaran. Seseorang
pemain dikehendaki menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang pertandingan.

6.

KELEWATAN

6.1. Semua perlawanan akan dimulakan pada masa yang ditetapkan dalam Jadual
Pertandingan.
6.2. Sesuatu pasukan itu dikehendaki berada di gelanggang 20 minit sebelum masa yang
ditetapkan bagi sesuatu perlawanan.
6.3. Jika sebuah pasukan tidak hadir di gelanggang dalam masa yang ditetapkan itu, maka
diberi masa 20 minit untuk menunggu. Pasukan yang lewat lebih dari 20 minit itu
terpaksa memberi KEMENANGAN PERCUMA (WALKOVER) kepada pasukan yang
hadir.

7.

MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

7.1. Di dalam keadaan apa sahaja, menyerah kalah tidak dibenarkan sama sekali dalam
pertandingan ini.
7.2. Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan diperolehi oleh pasukan itu akan
dibatalkan.
7.3. Pasukan yang menarik diri atau menyerah kalah akan dilaporkan kepada pihak
MSSD untuk tindakan selanjutnya.

8.

PAKAIAN

Semua pemain sepasukan mestilah berpakaian jersi seragam


8.1. Jersi hendaklah menggunakan nombor 1 hingga 18 sahaja mengikut saiz seperti yang
tersebut di dalam Undang-Undang FIVB. Walau bagaimanapun penggunaan nombor
1 hingga 12 digalakkan.
8.2. Seorang pemain mestilah memakai nombor yang sama di sepanjang pertandingan.
8.3. Semua jersi mesti mempunyai nombor sekurang-kurangnya 15 cm di depan dan 20 cm
di belakang.

9.

PENGADIL

9.1. Pengadil-pengadil untuk pertandingan ini akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
dengan kerjasama Pengerusi Teknik MSSD Seremban 1.
9.2. Sebarang pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini tidak boleh merayu
2

ke atas keputusan pengadil.


9.3. Segala keputusan pengadil adalah MUKTAMAD dan pasukan-pasukan yang mengambil
bahagian tidak boleh membuat bantahan ke atas keputusan pengadil.

10.

BANTAHAN/RAYUAN :

10.1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti
memberitahu pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan
diteruskan Under Protest. Hanya Ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan.
10.2. Sekiranya selepas perlawanan, pasukan masih ingin membantah, ketua pasukan
mesti menulis perkataan Ingin Membantah di ruang catatan dalam kertas skor
dan menandatanganinya supaya bantahannya boleh dipertimbangkan.
10.3. Bantahan secara bertulis oleh pengurus pasukan mesti disertakan dengan wang tunai
RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Seratus ringgit sahaja) sebagai wang cagaran dalam
masa jam selepas tamatnya perlawanan kepada Jawatankuasa Pengelola. Wang
cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa bantahan itu tidak munasabah.

11.

LEMBAGA TATATERTIB

11.1. Semua hal berkaitan dengan tatatertib akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib dalam
masa 1 jam setelah laporan diterima dari pengadil atau Pegawai Teknikal yang
bertugas.
11.2. Jawatankuasa ini berhak mendapat maklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan
dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan. Keputusan Lembaga
Tatatertib adalah MUKTAMAD.

12.

KEMALANGAN / KEHILANGAN

12.1. Pihak pengelola tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan barang-barang


atau harta-harta kepunyaan seseorang pegawai atau pun pemain di dalam kawasan
gelanggang dan sebarang kemalangan pada masa perlawanan dijalankan. Walau
bagaimanapun beberapa persediaan perlu diadakan bagi mengelakkan kehilangan
dan kemalangan seperti itu.

13.

LEMBAGA RAYUAN

13.1. Sebuah Jemaah Rayuan akan dibentuk oleh Jawatankuasa Pengelola di mana
Pengerusi Pengelola atau wakilnya akan bertindak sebagai pengerusinya. Ahli-ahli
Jemaah Rayuan ini terdiri daripada Setiausaha Pengelola atau wakilnya, Pengerusi
Teknik MSSD, Ketua Pengadil Kejohanan dan seorang Pengurus Pasukan yang
tidak terlibat.
13.2. Jemaah Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima rayuan /
bantahan itu dan akan menyampaikan keputusan kepada pihak Jawatankuasa
Pengelola untuk diumumkan.
13.3. Jemaah Rayuan adalah berhak mendapat maklumat dari mana-mana pihak yang
berkaitan dengan perkara yang dibincang untuk membuat keputusan.
13.4. Keputusan Lembaga ini adalah MUKTAMAD.
3

14. SISTEM PERTANDINGAN


Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:14.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )
14.1.1 Pusingan Pertama
14.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
14.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahu
lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan
Naib Johan
Ketiga
Keempat

Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut


dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
14.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
14.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
14.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk
ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
14.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
14.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan
didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7.

14.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk


ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan pemenang
Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan
5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan
diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.
14.1.2.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir
akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan
Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain
untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

1
2
4

3
4
5
6
7
8
14.2 Cara Liga Tiga Kumpulan
14.2.1 Pusingan Pertama
14.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka
hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
14.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C

- Johan tahun lalu


- Naib Johan tahun lalu
- tempat ketiga tahun lalu

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut


melalui undian.
14.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
14.2.2 Pusingan Kedua
14.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke
dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
14.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
14.2.2.3 Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan
ke kumpulan Y.
14.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari
Johan kumpulannya.
14.2.3. Pusingan Separuh Akhir
14.2.3.1. Johan Kumpulan X akan lawan Naib Johan Kumpulan Y dalam Separuh
Akhir I.
14.2.3.2. Johan Kumpulan Y akan lawan Naib Johan Kumpulan X dalam Separuh
Akhir II.

14.2.4 Pusingan Akhir


14.2.4.1 Pemenang Separuh Akhir I akan lawan pemenang Separuh Akhir II dalam
perlawanan akhir.
14.3 Cara Liga 2 kumpulan.
14.3.1 Pusingan Pertama
14.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
14.3.1.2 Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga
ditempatkan dalam kumpulan B
14.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan
cabutan undi.
14.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian
maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
14.3.2 Pusingan kedua
14.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan
kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.
14.3.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
14.3.3 Pusingan Akhr
14.3.3.1. Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan
Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan
Naib Johan.
14.3.3.2. Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan
tempat ketiga dan keempat.
14.4

Cara liga Satu Kumpulan


14.4.1 Sekiranya dua hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan
dijalankan secara liga satu pusingan . Pasukan yang mendapat mata tertinggi
akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

15.

SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN :


Berikut adalah sistem pemberian mata :

15.1. Yang menang


Yang kalah
Lucutan teknikal/menarik diri

----------

2 mata
1 mata
0 mata

15.2. Diperingkat yang dijalankan secara liga, jika terdapat dua atau lebih pasukan
yang mempunyai mata yang sama:
Z = Jumlah mata yang menang (Semua perlawanan)
6

Jumlah mata yang kalah


Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki tempat teratas.
15.3. Sekiranya masih terdapat keadaan seri :C = Jumlah set yang menang
Jumlah set yang kalah

(Semua perlawanan)

Pasukan yang nisbah setnya lebih tinggi menduduki tempat teratas.


15.4. Sekiranya keadaan seri masih berlaku antara 3 pasukan atau lebih :N = Jumlah set menang (perlawanan antara pasukan terlibat)
Jumlah set kalah
Pasukan yang nisbah set yang lebih tinggi menduduki tempat teratas.
15.5. Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara 3 pasukan atau lebih :R = Jumlah mata menang (perlawanan antara pasukan terlibat)
Jumlah mata kalah
Pasukan yang nisbah mata yang lebih tinggi menduduki tempat teratas.
15.6. Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara dua pasukan, keputusan
perlawanan antara dua pasukan yang berkenaan akan diambilkira.
Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat atas.
15.7. Sekiranya keadaan masih berlaku cabutan undi akan dibuat untuk menentukan
kedudukan akhir.

16.

PERTUKARAN PEMAIN :
Pertukaran/Penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia sebelum perlawanan
pertama dimulakan. Selepas itu, segala pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.

17. PENGANTUNGAN :
Pemain yang telah disingkirkan dalam sepanjang sebarang satu perlawanan atas
sebab-sebab berkelakuan buruk atau biadap maka ianya dengan secara otomatik
digantung bermain dalam perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib
telah membuat keputusan.

18. SAIZ BOLA


Saiz bola yang digunakan untuk Sekolah Rendah ialah Saiz 4
19. KETINGGIAN JARING
19.1. Ketinggian Jaring untuk Lelaki Bawah 12 tahun 2.10m
19.2. Ketinggian Jaring untuk Perempuan Bawah 12 Tahun 2.10m
7

20.

PENDAFTARAN

20.1. Borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur pada atau
sebelum 28 Jan 2016

21.
21.1.

21.2.
21.3.

21.4.

21.5.

PERKARA AM :
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang
keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak
dinyata dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad. Pihak
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan juga berhak meminda sebarang undangundang kejohanan jika didapati perlu.
Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan,
tetapi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini berhak meminda susunan atau
masa perlawanan jika perlu.
Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab pengurus
pasukan masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi
kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan boleh
dijalankan dengan licin.
Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain
pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut :21.4.1.
Pengurus Pasukan
21.4.2.
Ketua Jurulatih
21.4.3.
Penolong Jurulatih/Chaperon
21.4.4.
6 orang pemain simpanan
Hanya guru boleh didaftarkan sebagai ketua jurulatih atau penolong jurulatih dan berhak untuk
memberi arahan kepada pasukan. Seorang sahaja bekas pemain atau orang luar boleh didaftar
sebagai trainer dan boleh duduk di bangku pasukan tetapi tidak berhak untuk memberi arahan
kepada pasukan atau menyoal kepengadilan. Disiplin trainer adalah tanggung jawab Ketua
Jurulatih.

22. PANEL PEMILIHAN


Panel ini terdiri daripada :
Penasihat
Setiausaha Agong MSS Daerah Seremban
Pengerusi
Pengerusi Pengelola
N/Pengerusi Naib Pengerusi Pengelola
Setiausaha Dilantik oleh Pengerusi Pengelola
Ex-Officio
Penyelaras Permainan Bola Tampar MSS Daerah Seremban
Pengerusi Teknik MSS Daerah Seremban 1
Ahli

4 orang jurulatih yang bertauliah yang dilantik oleh


Pengerusi Teknik MSS Daerah Seremban 1

Disediakan oleh : Jawatankuasa Teknikal Bola Tampar MSS Daerah Seremban

Anda mungkin juga menyukai