Anda di halaman 1dari 4

Guru Sebagai Fasilitator

sebagai fasilitator, guru merupakan agen pengetahuan (bukan pemilik


pengetahuan). ia memastikan siswa memperoleh cukup informasi dan
pengetahuan, baik melalui penjelasan atau kegiatan yang dirancangnya
maupun melalui sources yang ia rekomendasikan. guru sebagai fasilitator
berarti guru merancang situasi sehingga siswa berperan dalam
mengarahkan pembelajaran, dan guru membantu siswa menemukan
pengetahuan. karena siswa belum terbiasa dengan ide "menemukan
pengetahuan" tentu pada awalnya mereka akan mengalami kesulitan.
guru perlu hadir disana, memberikan bimbingan dan suport sehingga
siswa mau mengeluarkan seluruh potensinya untuk menemukan cara
meraih pengetahuan. Butuh waktu tambahan pada mulanya, tetapi sekali
siswa tahu cara menemukan pengetahuan, mereka akan berkembang
sangat pesat untuk meraih pengetahuan lainnya. Hal ini tentu berbeda
jika siswa terus disuapi setiap hari coba menjejali dengan informasi yang
disampaikan guru, coba mengingatnya, mengeluarkannya pada saat ujian
dan melupakannya setelahnya.
Professional Learning Community (PLC)
APA ITU PLC?
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik
yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam
membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih
baik untuk murid-murid mereka.
LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk
meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolahsekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan
menumpukan kepada

menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru

membina hubungan yang berkualiti

mempunyai program yang sangat berfokus

menggerakkan sumber-sumber sedia ada

berkongsi kepimpinan
PRINSIP ARAS PLC
memastikan pembelajaran murid

budaya kolaborasi

fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC


Kongsi kepimpinan

kongsi nilai dan visi

pembelajaran kolektif dan aplikasi

kongsi amalan peribadi

struktur

hubungan
STRATEGI PLC 2013
PLC 2013 berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan
memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah
seperti berikut:
Lesson Study

Peer Coaching

Learning Walk

Teacher Sharing Session

Video Critique
Deskripsi bagi setiap strategi di atas adalah seperti di bawah:
Strategi PLC

Deskripsi

Belajar Secara Berjalan


Learning Walks

Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan


pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah
dengan menggunakan protokol atau fokus yang
spesifik.

Bimbingan Rakan
Sebaya Guru atau
Pembimbing Instruksi
Peer Coaching/
Instructional
Coaches

Secara sistematik memerhatikan pengajaran


guru lain dengan menggunakan kitaran pra
konferens, pemerhatian dan pasca-konferens
(pre-conference, observation, post-conference
cycle)

Belajar menggunakan
Rancangan Pengajaran
Harian
Lesson Study

Sekumpulan guru secara usaha sama membina


satu rancangan pengajaran; diikuti dengan
pengajaran / memerhatikan pengajaran,
membuat penambahbaikan semasa sesi
pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru


Teacher Sharing
Sessions
Kajian Video
Pengajaran Guru
Video Critiques of
Teaching Moments

Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk


berkongsi amalan pengajaran terbaik
Menonton dan berbincang klip video pengajaran
guru

Refleksi
Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran
pembelajaran bagi kemajuan profesion keguruan. Pengalaman
pengajaran yang diperolehi oleh guru-guru sejak mereka mula
berkhidmat adalah amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat
semua guru. Berasaskan kaedah yang sistematik dalam refklesi,
pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran dan membawa
pengertian kepada semua guru.

Definisi
Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya
The Reflective Practitioner dalam tahun 1983. Menurut beliau,
amalan reflkesi merangkumi pengalaman dalam minda apabila
menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi
praktikal. Secara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi
seseorang itu.

Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana


guru-guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan
cara-cara yang terbaik untuk mengajar murid-murid. Melalui
penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru mempelajari apa
yang berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah. Guruguru akan mempelajari apa yang penting dan apa yang perlu dielak
dalam pembelajaran dan pengajaran yang akan datang.
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri.
satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan,
bimbingan, stail dan tempoh masa belajar.
Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan
memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau
kemajuan mereka sendiri.
murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas
pembelajaran mereka.
satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan
pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri.
Murid mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan mereka
mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran sendiri.

Anda mungkin juga menyukai