Anda di halaman 1dari 2

KATA - KATA ALUAN

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat


dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan izin
dan inayahNya buku Pengurusan Kurikulum Pendidikan Syariah Islamiah (PSI)
dapat dihasilkan pada tahun ini.

Mudah-mudahan segala kandungan yang

termuat didalam buku ini mampu menjadi panduan dan motivasi berkesan
kepada semua yang terlibat dengan matapelajaran PSI.
Tujuan buku ini diilhamkan adalah untuk memberi pendedahan kepada
para guru PSI, perkara-perkara berkaitan dengan kurikulum dan pengurusan
kurikulum supaya lebih kemas dan teratur. Di samping menjadikan subjek ini
sebagai satu subjek pelengkap dalam melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Adalah diharapkan dengan terhasilnya buku ini segala maklumat yang
terkandung di dalamnya akan dapat dimanfaatkan oleh semua guru PSI atau
sesiapa sahaja yang terlibat dengan pengurusan kurikulum PSI.
Pada ruangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk
merakamkan

jutaan

terima

kasih

kepada

semua

yang

terlibat

dalam

menghasilkan buku ini. Paduan tenaga dan perkongsian idea daripada semua
pihak amat dihargai. Didoakan semoga segala usaha-usaha tersebut mendapat
keberkatan dan ganjaran setimpal daripada Allah SWT.
Sekian terima kasih.

Tuan Haji Ali bin Ab. Ghani


Pengarah
Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehiris kata
Dan tidak ada sesuatu yang bernyawa yang terkecuali daripada mati, apabila
tiba ajalnya.
Buku kecil ini bertajuk Amalan Untuk Arwah Antara Ibadat Dan Adat, merupakan
beberapa penemuan dalam kajian oleh penulis di dalam kursus pengajian beliau
di peringkat Ijazah sarjana dalam bahagian akidah dan pemikiran Islam di
Universiti Malaya. Dalam usia yang semakin hampir ke waktu senja, adalah
dirasakan bahawa dapatan ini perlu dikongsi bersama dengan para peminat
bahan-bahan ilmiah.
Tanpa mengharap sebarang pangkat dan sanjungan, terdetik di hati kecil ini
bahawa sekecil mana pun ilmu yang diperolehi adalah perlu dikongsi bersama
dengan orang lain. Ini bertepatan sekali dengan sabda Nabi yang bermaksud:
Sampaikan apa sahaja yang kamu perolehi daripada ku
walaupun satu ayat.
(maksud hadith riwayat ..)

Anda mungkin juga menyukai