Anda di halaman 1dari 17

1

HBAE1403

FAKULTI
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER / TAHUN
SEMESTER SEPTEMBER 2013

KOD KURSUS
HBAE 1403

KURSUS
MENGGAMBAR
NO. MATRIKULASI

: 760126135122-001

NO. KAD PENGENALAN : 760126135122


NO. TELEFON

0194686730

E-MEL

mybuchai22903@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING


CENTRE

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

HBAE1403

Kandungan
Perkara
1.0

Muka Surat

Pengenalan

3-7

kepentingan menggambar kepada kanak-kanak.


1.1 Aspek Kognitif

3-4
4-5
5-6
6-7

1.2 Aspek Emosi


1.3 Aspek Fizikal
1.4 Aspek Sosial
2.0

Isi Kandungan
2.1 Murid 1
2.1.1 Aras Pengetahuan Dan Kefahaman
2.1.2 Aras Aplikasi Dan Analisa
2.1.3 Aras Sintesis Dan Penilaian
2.2 Murid 2

10 - 11

2.2.1

Aras Pengetahuan Dan Kefahaman

2.2.2

Aras Aplikasi Dan Analisa

2.2.3

Aras Sintesis Dan Penilaian

2.3 Murid 3

3.0

12 - 14

2.3.1

Aras Pengetahuan Dan Kefahaman

2.3.2

Aras Aplikasi Dan Analisa

2.3.3

Aras Sintesis Dan Penilaian

Kesimpulan

15

Rujukan

16

Lampiran

17

1.0 PENGENALAN
1.1

7-9

Kepentingan menggambar kepada kanak-kanak

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

HBAE1403

Setiap kanak-kanak di dunia sudah pastinya mempunyai keinginan dan keperluan masingmasing .Kanak-kanak sudah pasti inginkan dirinya bergerak , berjaya , diiktiaf , diterima ,disanjung
, bersaing , mempunyai ketangkasan fizikal , mencuba dan meneroka sesuatu alat dan bahan ,
menjadi kreatif dandapat meluahkan perasaan yang dialaminya .Keperluan dan keinginan kanakkanak ini dapat dan dapat diperolehi melalui aktiviti menggambar yang mereka pelajari dalam
Pendidikan Seni Visual .
Definisi bagi menggambar sangat meluas . Menggambar adalah :
i.

satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.

ii. mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata.
iii. ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
iv. gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
v.

representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi

vi. gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau
objek
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual khasnya dalam bidang menggambar
dapat memberikan rangsangan dan pembangunan kepada mereka dari pelbagai aspek .
Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa
sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya . Secara ringkasnya kepentingan aktiviti
menggambar menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak dapat dilihat
melalui aspek berikut :
i.

Aspek kognitif
Kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu (Spodek dan rakan-rakan ,

1987).Perkembangan kognitif fokus kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat .
Dengan erti kata lain ,ianya adalah suatu proses memperkembangkan daya pemikiran serta
membina pengetahuan kanak-kaak.

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

HBAE1403

Semasa di tahun pertama sekolah rendah , kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti asas
menggambar iaitu memerhati kesan-kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan
laluan tapak kaki haiwan , tapak kaki manusia , kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah
atau pasir .Pemerhatian tertumpu kepada sifat dan jenis garisan seperti tebal , nipis , panjang ,
pendek , bengkok , lurus , cetek , putus-putus dan sebagainya .Melalui cara ini, kanak-kanak dapat
menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan dipersekitaran dan
seterusnya dapat melakarkan secara spontan bagi menghasilkan imej melalui garisan dan rupa
secara tidak terancang .
Brown (1980),mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis
atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan
memperkayakan pengetahuan mereka tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej
tampak di sekeliling mereka .Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang
sempurna , mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis .
Pada masa yang sama kanak-kanak dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam
membanding atau membezakan hasil kerja yang bermutu lalu mampu membuat jangkaan yang
bakal berlaku .Contohnya dalam aktiviti kolaj ,banyak impak positif yang kanak-kanak perolehi.
Satu daripadanya ialah kanak-kanak dapat membuat jangkaan yang bakal berlaku sekiranya
menggunakan gam yang terlalu banyak . Mereka dapat meramalkan kesan gam yang terlalu banyak
digunakan akhirnya akan mengakibatkan pakaian dan meja mereka kotor .Ini jelas menunjukkan
aktiviti menggambar yang tersusun dan terancang amat penting kerana dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian serta
bijak membuat keputusan .
ii.

Aspek Emosi
Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap seati benda atau

keadaan. Reaksi muncul ecara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ktika itu. Benda
atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang
dianggapkan oleh orang yang berkenaan.Hasilnya aan menimbulkan gerakbalas .Gerak balas ini

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

HBAE1403

akan menghasilkan perubahan dalam badan dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan
emosi setiap individu.
Dalam aktiviti menggambar kanak-kanak akan meluahkan segala emosi yang mereka alami
ke dalam hasil seni mereka .Ini kerana menggambarkan ini mereupakan cara mudah bagi mereka
meluahkan perasaan mereka .Guru boleh mengagak perasaan mereka melalui gambar yang mereka
hasilkan .Contohnya kanak-kanak yang menyertai aktiviti menggambar boleh mewujudkan
suasana riang, bebas dari tekanan emosi dan dapat membina kecekalan serta ketabahan
dalam menghadapi persaingan dan cabaran hidup.Seterusnya ini akan mengukuhkan lagi
keyakinan diri kanak-kanak dalam menempuhi hari-hari mendatang mereka .
Apabila kanak-kanak mampu memupuk keyakinan diri dan menggendalikan emosi dengan
betul, mereka akan gembira , mesra antara satu sama lain dan dapat melahirkan suasana yang
harmonis .Aktiviti menggambar ini seterusnya mampu mewujudkan emosi yang tenang serta
terkawal dikalangan kanak-kanak hingga mereka merasa rapat dengan guru mereka.Ini akhirnya
mampu memperkembangkan bakat seni mereka .
iii.

Aspek Fizikal
Aktiviti menggambar juga penting untuk perkembangan dari segi fizikal kanak-kanak .

Melibatkan diri dalam aktiviti membuat resis umpamanya , dapat memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan serta bahan kegiatan
menggambar .Teknik resis dalam proses menggambar merupakan satu kegiatan yang sangat untuk
dijalankan terutama sekali bagi kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah .Melalui teknik resis
kanak-kanak akan berpeluang menggunakan alatan lain selain daripada pensel dan pensel warna
yang menjadi kebiasaan dalam aktiviti menggambar iaitu lilin dan krayon .Secara tidak langsung
dapat mengurangkan kebosanan kanak-kanak di dalam kelas . Seterusnya ini membantu
perkembangan psikomotor kanak-kanak .
Melalui aktiviti menggambar menggunakan teknik resis juga ,kanak-kanak dapat mengalami
pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan . Ini

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

HBAE1403

juga dapat membantu kanak-kanak dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara
satu idea dengan idea yang lain (kognitif) dan meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak
dalam menghasilkan karya seni mereka .
Antara lain kepentingan menggambar yang boleh dikenalpasti menerusi aspek fizikal ialah
dapat memantapkan kemahiranmotor halus kanak-kanak . Kepentingan ini jelas dikesan
melalui aktiviti menggambar dalam bentuk kolaj.Menurut Haliza Hamzah (2008),pada peringkat
awal kanak-kanak,otot-otot kasar sudah berkembang tetatpu otot-otot halus belum berkembang
dengan sempurna . Jadi , dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti kolaj ,
perkembangan fizikal kanak-kanak berupaya berkembang secara optimum .Malah penggunaan alat
dan bahan semasa melakukan aktiviti menggambar , kanak-kanak dapat memberi satu latihan
berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta merta .
iv.

Aspek Sosial
Apabila semua kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat

dan kebolehan mereka ,maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok .Kanakkanak inginkan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama
memerlukan kasih sayang .Menerusi kegiatan menggambar,keperluan untuk belaian sekurangkurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang yang diberi sebaik sahaja mereka
menghasilkan karya yang menarik .
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut
fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka . Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi
sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak .Refleksi ini menurut
Koster (2001),akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga mereka membesar .
Aktiviti menggambar memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri .Aktiviti menggambar
memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat-menghormati dan menjadi

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

HBAE1403

landasan untuk memupuk niali-nilai murni seperti baik hati , bertoleransi dan sabar sewaktu
berkongsi bahan atau alat ketika membuat aktiviti menggambar . Malah ,semangat kerjasama juga
dapat dipupuk menerusi aktiviti kumpulan yang dibentuk .
2.0

Isi Kandungan : Ulasan Tentang Karya Seni Murid Berdasarkan Taksonomi Bloom
Pada 27 Mei 2015 ,saya telah menyuruh beberapa orang murid Tahun 2 SK Sungai Pinang

Bau untuk melukis .Tema lukisan yang mereka buat ialah Keluarga Saya. Sebelum mereka mula
melukis , saya bersoal-jawab dengan mereka . Ini kerana saya ingin tahu sama ada mereka faham
atau tidak maksud keluarga .Hasil dari sesi soal jawab dengan murid Tahun 2 , saya dapati
kebanyakkan murid Tahun 2 faham maksud keluarga .Tetapi saya tak pasti sama ada mereka faham
atau tidak menggambarkan maksud keluarga dalam bentuk lukisan .Berikut adalah tiga orang murid
Tahun 2 yang saya telah pilih lukisannya.
2.1

Murid 1
Nama Murid

: Wendy

Kelas

: Tahun 2

Tema Lukisan

: Keluarga Saya

Tajuk

: Membersihkan Kawasan Rumah Bersama Keluarga

Wendy mula melakarkan karya


seninya menggunakan sebatang
pensel 2B .

Wendy mula mewarnakan hasil


karya seninya menggunakan warna
pensel.
FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

HBAE1403

Hasil karya seni Wendy yang telah selesai diwarnakan .

2.1.1

Aras Pengetahuan Dan Kefahaman


Berdasarkan hasil karya seni murid ini ,jelas menunjukkan bahawa murid ini faham

konsep Bergotong-royong Bersama Keluarga.Ini kerana dalam gambar yang dilukisnya terdapat
gambar pelajar ini sendiri,bapanya ,emaknya dan adik-adiknya.Murid ini dapat menyatakan
perasaanya dengan melukis gambar ahli keluarganya menggunakan idea serta imaginasi sendiri
berdasarkan pengalamannya melalui kegiatan menggambar .Secara umumnya murid ini telah
menguasai asas seni reka yang agak kreatif . Murid dapat meningkatkan pengetahuan Asas
Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan karyanya.
2.1.2

Aras Aplikasi Dan Analisa

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

HBAE1403

Berdasarkan hasil karya seninya , murid ini berjaya mengaplikasikan pembelajaran yang
telah diperolehi. Dalam aras ini murid berupaya untuk membuat aplikasi pengetahuan dan membuat
ilustrasi .Murid ini telah menggambil bahagian dalam aktiviti menggambar dengan perasaan yang
gembira .Perasaan gembira yang ditunjukkan oleh murid ini amat jelas jika kita lihat gambar dia
sendiri yang tersenyum manis .Ahli keluarganya yang lain pun gambarnya dilukis dengan wajah
yang senyum manis.Ini menunjukkan bahawa keluarga murid keluarga yang bahagia.Jadi murid ini
cuba meluahkan perasaannya itu melalui kegiatan menggambar yang disertainya .Ini menunjukkan
murid ini dapat mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara
kreatif .
2.1.3

Aras Sintesis Dan Penilaian


Hasil karya seni murid ini juga diolah dengan tersusun sepertimana yang pernah dilihat

hasil dari pengalamannya dalam kehidupan seharian.Murid ini juga menghayati apa yang dilihat
serta didengarnya .Contohnya kerja-kerja yang ditunjukkan semasa membersihkan kawasan rumah
bersama keluarga dalam karyanya sepadan dengan ahli dalam setiap keluarganya .Selain itu karya
ini ada menunjukkan bahawa wujudnya kerjasama dalam keluarga ketika membersihkan rumah.
Pada masa yang sama unsur-unsur menghargai alam sekitar serta menghayati unsur flora juga ada
ditampilkan.Ini dapat kita lihat di mana murid ini menyiram bunga,emaknya menanam sayuran dan
adik lelakinya membersihkan kebun sayur mereka .Ini jelas menunjukkan murid ini telah
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencantumkan elemen-elemen yang telah
dipelajarinya. Murid ini berupaya mencantumkan, menyusun semula, menganti dan mencipta karya
seni bagi menyampaikan apa yang telah dia alami secara langsung atau tidak langsung .

2.2

Murid 2
Nama Murid

: Edrick Oneil

Kelas

: Tahun 2

Tema Lukisan

: Keluarga Saya

Tajuk

: Menonton TV Bersama Keluarga

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

10

HBAE1403

Edrick Oneil mula melakarkan


karya seninya menggunakan
sebatang pensel 2B .

APENDIKS

Hasil karya seni Edrick Oneil yang telah selesai


diwarnakan .
2.2.1

Aras Pengetahuan Dan Kefahaman


Berdasarkan hasil karya seninya diatas jelas menunjukkan murid ini dapat memahami

konsep dan fungsi tajuk yang diberikan oleh guru iaitu Menonton televisyen bersama keluarga.
Dia dapat menyatakan perasaan dan idea serta imaginasi dalam bentuk lukisan.Ini dapat dilihat
dengan jelas melalui gambaran dia berada di rumah bersama ibu, bapa dan adik beradik yang lain
sedang menonton televisyen.Tetapi dia tak dapat menujukkan bahawa ketika menonton televisyen
biasanya semua ahli keluarga duduk di lntai atau sofa.Bahagian ini murid perlu dibimbing agar dia
mampu menghasilkan karya seninya dengan lebih kreatif. Tapi murid ini tahu dan faham bahawa

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

11

HBAE1403

tenaga elaktrik diperlukan untuk menonton televisyen . Ini menunjukkan d ia juga telah menguasai
asas seni reka bersesuaian dengan umur mereka murid tahun dua sekolah rendah. Sekiranya
dibimbing murid ini dapat meningkatkatkan pengetahuan asasnya melalui penghasilan yang
diaplikasikan dalam lukisan.
2.2.2

Aras Aplikasi Dan Analisa


Dari karyanya jelas menunjukkan murid ini dapat merasa, mengenalpasti benda, alat, dan

bahan dengan meneroka serta mencuba sendiri secara spontan. Dia dapat menggunakan bahan asas
seperti krayon.Namun begitu kemahiran mewarna menggunakan krayon masih perlu diperbaiki dan
perlu latihan lagi. Gambaran yang terhasil menunjukkan perasaan gembira berada di rumah
menonton bersama ibu dan bapa mereka di rumah. Dapat mengenalpasti bahan atau objek yang
diwarnakan berkaitan dengan tajuk dengan menggunakan elemen asas seni dalam penghasilan
karya mereka. Dapat menggunakan teknik pelbagai seperti gambaran televisyen, kerusi dan suasana
di ruang tamu di rumah.
2.2.3

Aras Sintesis Dan Penilaian


Murid ini juga dapat menghayati benda yang dilihatnya melalui lukisan yang digambarkan

bersama keluarga di rumah menonton televisyen di waktu lapang . Selain dari itu murid ini boleh
memilih bahan, memadan, menyusun dan manipulasi alatan dalam mewarna.Ini dapat dilihat
dengan jelas berdasarkan rupa bentuk televisyen, tingkap ,sambungan tenaga elektrik dan keluarga
ditunjukkan dalam lukisan ini. Lukisan ini dapat meningkatkan kreativitinya melalui gambaran
situasi berada di rumah bersama ibubapa dan adik beradik. Dapat menggunakan asas seni reka yang
mudah dan difahami oleh guru tentang gambaran yang ditunjukkan murid tersebut. Murid ini
mempunyai minat dalam menggambar dan meluahkan imaginasnya dan menukarnya dalam bentuk
lukisan. Dia menghargai hasil kerja sendiri kerana karyanya mempunyai nilai kekeluargaan.
2.3

Murid 3
Nama Murid

: Bop Tita

Kelas

: Tahun 2

Tema Lukisan

: Keluarga Saya

Tajuk

: Berkelah Bersama Keluarga

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

12

HBAE1403

Bop Tita mula melakarkan karya


seninya menggunakan sebatang
pensel 2B dan pembaris .

Bop Tita mula mewarnakan hasil


karya seninya menggunakan warna
pensel.

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

13

HBAE1403

Hasil karya seni Bop Tita yang telah selesai diwarnakan .

2.3.1

Aras Pengetahuan Dan Kefahaman

Berdasarkan hasil karya murid ini jelas menunjukkan dia memahami konsep tentang
tajuk yang diberikan oleh guru kepadanya . Dia dapat menyatakan perasaan berkaitan tajuk
Berkelah Bersama Keluarga dengan melukis keluarganya berkelah . Dalam lukisannya setiap ahli
keluarganya dinyatakan dengan jelas. Dia juga tahu bahawa jika berkelah pasti ada makanan dan
tikar untuk meletakkan makanan .Tetapi berdasarkan lukisannya ,dia keliru dengan maksud
berkelah dan berkhemah sebab itudalam lukisannya dia ada melukis gambar khemah da unggun api
. Ini kerana mungkin murid ini pernah melakukan kedua-dua aktiviti ini bersama keluarga .Namun
begitu dia sudah menguasai asas seni reka yang mudah dan senang dengan memberi gambaran
berkelah bersama keluarganya sambil makan dan minuman . Dia dapat meningkatkan pengetahuan
Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilannya jika dibimbing dan diasah bakatnya
.
2.3.2

Aras Aplikasi Dan Analisa


Berdasarkan hasil karyanya juga kita tahu murid ini juga dapat merasa dan mengenalpasti

kaitan keluarganya dengan tajuk yang diberikan oleh guru. Dia tahu menggunakan bahan asas

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

14

HBAE1403

mewarna yang mudah dan senang telah ditunjukkan kepada guru. Dia juga dapat menunjukan
perasaan yang gembira kerana memek muka yang tersenyum ada ditunjukkan dalam gambaran
wajah setiap ahli keluarganya dalam lukisan tersebut. Dia dapat membuat penerokaan secara
sendiri berdasarkan pengalamannya dengan melukis .Dia juga membuat penerokaan melalui
pemerhatiannya lalu mengaplikasikannya dengan asas seni reka .Karya yang dia hasilkan
memamng sesuai berdasarkan umurnya sebagai murid tahun dua. Selain dari itu dia dapat melukis
dengan cara yang mudah difahami rakan dan guru. Dia menggunakan bahan dan teknik yang
mudah dan senang berdasarkan gambaran yang diberikan dalam lukisan.
2.2.3

Aras Sintesis Dan Penilaian


Karya yang dihasilkan murid menunjukkan dia dapat menghayati benda yang dilihat dan

disentuh dalam bentuk lukisan.Dia mampu menggambarkan keadaan keluargaannya yang sedang
berkelah . Secara umumnya murid ini boleh dikatakan kreatif bersesuaian dengan umurnya yang
baru lapan tahun .Ini kerana dia mampu berimaginasi tentang keluarganya berkelah dengan adanya
khemah untuk berehat dan pada masa yang sama ada api yzng mungkin digunakan untuk
memanggang ayam. Dia tahu menggunakan alatan dan seni reka yang asas sesuai dengan umurnya
walaupun cara mewarna masih belum mahir tetapi jika dibimbing dia akan mahir menggambar
nanti . Hasil karyanya ini jelas menunjukkan dia dapat menyatakan secara lisan apa yang
digambarkan dalam lukisan yang dilukisnya.

3.0 KESIMPULAN
Abdul Latif Mohidin pernah mengungkapkan kata-kata ini , Dari titik-titik aku melukis
garisan )Abdul Latif Mohidin , 1998) . Jika kita menjadikannya sebagai satu panduan dan
pegangan,yang jelas di sni adalah kita boleh mengandaikan bahawa bahasa lukisan merupakan

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

15

HBAE1403

sebuah bahasa yang bersifat universal .Ini bermakna ianya diguna pakai sebagai mesej atau cara
untuk meluahkan perasaan atau sebagai cara untuk berkomunikasi khasnya di kalangan kanakkanak. Menggambar merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak membuka mindanya untuk
berekspresi . Selain itu menggambar merupakan satu kaedah untuk membangunkan potensi rasa
yakin pada diri kanak-kanak .
Kreativiti seseorang kanak-kanak mempunyai hubungan yang erat dengan aktiviti
berkesenian termasuk kreativiti seni rupa yang diwujudkan ke dalam aktiviti menggambar
.Sumanto (2006: 10) menegaskan bahawa proses penciptaan sebuah karya dari kreativiti
menggambar bukan hanya berupa kepandaian secara fizikal saja dalam proses berkarya, bahkan
ianya satu keupayaan mencurahkan segenap potensi peribadi, baik berupa bakat, kepekaan,
pengalaman, dan sebagainya. Anik Pamilu (2007: 69) menjelaskan bahawa aktiviti menggambar
merupakan cara yang tepat dan sesuai untuk anak kanak-kanak dalam rangka merealisasi,
mengeskpresikan diri dan untuk mengembangkan serta meningkatkan imaginasi dan kreativitinya
melalui aktiviti menjelajah warna, tekstur, dan bentuk dengan media menggambar yang
dilakukan sesuka hatinya, bebas, spontan, kreatif, unik, dan bersifat individual.
Sewaktu menggambar , kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan
derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan . Pengalaman yang mereka perolehi
ini boleh membantu kanak-kanak dalam memahami sesuatu idea atau dengan pengetahuan dalam
pelbagai matapelajaran . Malahan ini akan membantu mereka dalam membina idea baru daripada
benda konkrit . Secara umumnya kegiatan menggambar penting kepada kanak-kanak untuk
berkomunikasi dengan diri sendiri atau orang lain seperti guru , rakan-rakan , ibubapa atau ahli
keluarga yang lain . Ringkasnya kegiatan menggambar merupakan cara paling mudah untuk kanakkanak meluahkan perasaannya dan menilai serta menghargai sesuati hasil seni dari aspek estetik .
(2 614 patah perkataan)
RUJUKAN
http://infocahaya.blogspot.com/2011/02/taksonomi-bloom-terbaru.html diakses pada 28 Jun 2015

http://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20OF%20ARTS

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

16

HBAE1403

%20DISCOURSE/JOURNAL_5%20PDF/LUKISAN%20SBG%20MEDIA%20EKSPRESI.pdf
diakses pada 28 Jun 2015

http://eprints.uny.ac.id/13470/1/SKRIPSI%20Isdi%20Nurjantara%20NIM%2010111247035.pdf
diakses pada 28 Jun 2015

Anik Pamilu . (2007) . Mengembangkan Kreativitas dan Kecerdasan Anak .Yogyakarta : Citra
Media .

Haslinda Madon , (2011) , HBAE1403 Menggambar : Fakulti Pendidikan Dan Bahasa , Open
Universiti Malaysia : Meteor Doc.Sdn Bhd

Haliza Hamzah , (2008) ,Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku,Selangor : Kumpulan
Budiman Prentice Hall,Inc .

Spodek, B.S. , Sarcho , O.N dan Davis M ,(1987) ,Faundation Of Early Childhood Education, New
Jersey : Prentice Hall. Inc .

Sumanto. (2006). Pengembangan Kreativitas Senirupa Anak SD. Jakarta : Departemen Pendidikan
Nasional, Direktorat Jenderal Pendidikan Tinggi, Direktorat Ketenagaan Perguruan Tinggi.
Lampiran
1. Karya 1 oleh Wendy
2. Karya 2 oleh Edrick Oneil
3. Karya 3 oleh Bop Tita

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

OUM KUCHING SARAWAK

17

FELLESCIA CHEK 60126135122-001

HBAE1403

OUM KUCHING SARAWAK

Anda mungkin juga menyukai