Anda di halaman 1dari 2

Siti Hajar Binti Muhamad Azmi

Guru Pelatih,
PISMP TESL 2 Semester 3,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
27200 Kuala Lipis, Pahang.

En Norshamsuri B. Sapiai@Shafie
Pensyarah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
27200 Kuala Lipis, Pahang.

24 APRIL 2012

Perkara:
Surat Tunjuk Sebab Memohon Kembali Buku Kuning.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya, Siti Hajar Binti Muhamad Azmi, guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan ingin memohon maaf atas kesalahan saya kerana pulang lewat pada hari minggu yang
lepas bertarikh 7 April 2012 iaitu pada hari Sabtu.
3.
Kelewatan saya pulang ke institut adalah kerana saya mengambil bas dari Kuala
Lumpur pada pukul 11.00 malam dan tiba di institut pada jam 2.00 pagi. Memang benar, saya
boleh mengambil bas pada pukul 8 malam tapi saya khuatiri saya akan terlambat tiba di stesen
bas dan akan terlepas bas dan ini pernah terjadi kepada saya dan beberapa orang rakan lain
sebelum ini. Oleh sebab itu, saya dan 8 orang rakan yang lain membuat keputusan untuk
mengambil bas dari Kuala Lumpur pada pukul 11.00 malam dan hal ini juga kerana kami
khuatiri sekiranya kami mengambil bas pada pukul 8 malam, kami tidak akan sempat
berbelanja buku-buku menggunakan baucar buku bernilai RM200 tersebut. Jumlah yang
cukup banyak membuatkan kami memerlukan masa yang lama untuk memilih buku yang
kami kehendaki.
4.
Selain daripada itu, ingin saya nyatakan di sini bahawa sebelum ini saya dan beberapa
orang rakan yang lain pernah pulang pada waktu yang sama sebanyak 2 kali tetapi saya dan
rakan-rakan tidak dikenakan sebarang tindakan. Saya amat keliru dengan sistem peraturan
yang ditetapkan, adakah masih mengikuti peraturan yang lama atau terdapat peraturan baru
yang kami sebahagian pelajar tidak dimaklumkan. Saya amat berharap perubahan peraturan
dapat diberitahu dari semasa ke semasa agar kami tidak dihukum atas perkara yang kami tidak
tahu betul salahnya.

4.
Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi memohan maaf atas kesalahan saya ini dan
saya berharap agar pihak tuan dapat memaafkan kesalahan saya ini dan saya berjanji tidak
akan mengulangi kesalahan yang sama kelak. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya
hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
__________________
(Siti Hajar Binti Muhamad Azmi)
Guru pelatih,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Anda mungkin juga menyukai