Anda di halaman 1dari 3

TUGAS KETUA PANITIA

Tanggungjawab Umum

1. Membantu Pengetua merancang, mengelola dan melaksanakan


program kecemerlangan khusus kepada mata pelajaran berkaitan di sekolah.

2. Menggalakkan guru-guru mata-pelajaran memperbaiki atau membina kompetensi, sikap,


kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan kurikulum.

Bidang tugas

1. Mengetuai panitia mata pelajaran serta menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

2. Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk meningkatkan
pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk pencerapan P&P.

3. Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang lain mengenai
segala hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan mata
pelajaran berkaitan.

4. Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang berkenaan.

5. Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat tahu tentang kemajuan-
kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus
diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian.

6. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasa mengetahui perubahan
yang berlaku.

7. Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang terbaru daripada Setiausaha


peperiksaan/Pengetua.

8. Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tingkatan serta memberi perhatian
berat tentang rancangan kerja pelajar-pelajar.

9. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan.

10. Membantu Pengetua memeriksa/menyemak gerakerja pelajar-pelajar dalam mata pelajaran


berkaitan.

11. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan
dan memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari semasa ke semasa.

12. Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta memungut
kembali pada akhir sesi persekolahan.
13. Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk perpustakaan
kepada guru perpustakaan/pusat sumber .

14. Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja/tambahan yang perlu digunakan
oleh pelajar bagi tiap-tiap tingkatan.

15. Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan
buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks.

16. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan luar
untuk dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada Guru Pusat Sumber sebagai
bahan rujukan.

17. Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap dan kemaskini kenyataan khas mata pelajaran
berkaitan.

18. Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau lebih kerap
lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah).

19. Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran
berkaitan melalui bacaan, menghadiri kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan. Dalam
perkataan lain, Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis
dan inovatif sebagai teladan kepada semua ahli panitia.

20. Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua/GPK dari semasa ke semasa.

GURU KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

Senarai tugas

Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.


Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan.

Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran .

Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD.

Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk


keperluan AJK jadual waktu.

Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.

Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahanbahan rujukan untuk Pusat
Sumber Sekolah.

Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini.

Penyelaras menyediakan soalan soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan.
Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.

Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan
menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai
tahap yang dikehendaki.

Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.

Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak
sekolah.

Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk PMR dan SPM.

Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan.

Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya
apabila diperlukan.

Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran


PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain.

Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik .

Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk


dipamerkan di bilik gerakan.

Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.

Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P.

Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan
dalaman dan luar seperti PMR dan SPM.

Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar
diselenggarakan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai