Anda di halaman 1dari 7

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,


Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa dan;
Menurut Undang-undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orangorang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa
soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Robert Stephenson Smyth Baden-Powell

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert


Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell
atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari
1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama
Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford,
London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T.
Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan


tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman
persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya
seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah BadenPowell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan
kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan
tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat
dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal
(Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk


menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar
KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell
sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar
IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP
dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin
Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang
menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS
(Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku


yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu
mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell
telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda
untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak
keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar
Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu
peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu,
Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan
9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan
papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orangorang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh.


Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan
itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun,
pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, BadenPowell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai
Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika
berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah


menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun
1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu.
Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam
peperangan Mafeking dan buku Aids To Scouting. Budak-budak itu dibahagikan
kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak,
memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak.
Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya
dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku
berjudul Scouting For Boys. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman
beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak
di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah
Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap
berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan
Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di
Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Robert Baden-Powell,
Founder of the World Scout
Movement,
Chief Scout of the World

Sejarah Pengakap Dunia


Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907
di Pulau Brownsea, England.
Pergerakan Pengakapbermula apabila satu
perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau
berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh
Robert Stephenson Smith Baden Powell yang
merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British
yang penuh pengalaman dari medan pertempuran.
Secara tidak langsung, bermula sejarah
pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan
menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki,
beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan
pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan
buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh
beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar
luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa
diduga, pergerakan pengakap telah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada negaranegara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa
beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah
mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui
beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia.
Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang
pertama telah diadakan di Olympia, London.
Disinilah beliau telah dilantik sebagai
KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British
menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell "
kepada beliau. Banyak pingat kebesaran
negara pengakaptelah beliau perolehi diatas
sumbangan beliau mewujudkan
pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941,
beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya
sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden
Powell
Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857


Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Di Malaysia


Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada
tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya
adalah F.C Sands seorang peneroka British.
Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di
Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi
gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah
berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah
Melayu dan Borneo telah memiliki sekurangkurangnya satu pasukanpengakap pada ketika itu.
Berikut adalah senarai pengasas
pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan
Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor
( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C.
Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan
( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah


( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia
pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar
nama kepada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak
pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura
telah keluar daripada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan
Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai