Anda di halaman 1dari 3

PERINGATAN AKHIR UNTUK CALON PEND ISLAM SPM 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kertas Pendidikan Islam SPM pada 15 Nov 2016. Teruskan
mengulangkaji pelajaran. Jangan lupa beri juga perhatian kepada
soalan-soalan peperiksaan percubaan negeri dan tajuk-tajuk
tudingan. Kat sini ustaz ambil peluang untuk memberikan sedikit
peringatan, mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu
anak-anak pelajar untuk menjawab semua soalan SPM Pend Islam
dengan sesempurna mungkin

1. Perhatikan kata tugas (kata soal) soalan.

"Jelaskan" - Jawab dalam bentuk ayat...sekurang-kurang 3


perkataan. Kertas 2 kurang-kurang nak 5 perkataan. Kalau
masukkan huraian lagi selamat

"Terangkan" - mesti ada huraian. Masukkan agar atau kerana


di tengah ayat untuk menjadikan huraian lebih jelas

2. Soalan KBAT

Kena perhati betul-betul. Jangan ada yang tak perasan.

Jawapan mesti ada 4 perkara (isi + huraian + huraian


lengkap + kesimpulan)

Pastikan jawapan anda menepati 4 perkara di atas

Tulis dalam bentuk esei

3. Fokus soalan

Perhatikan fokus soalan (bukan semua soalan ada fokus)

Jawapan mesti menepati fokus

4. Pastikan betul-betul, jawapan yang diminta perkara


baik atau perkara buruk
5. Sentiasa melebihkan jawapan dari yang yang diminta

Kecuali Bahagian Struktur Kertas 1, tak boleh lebih.

Soalan pengajaran (Kertas 2) pun kena bagi lebih

Walaupun soalan mudah kena lebihkan juga

6. Soalan pengajaran (Kertas 2)

Ayatnya (Kita hendaklah ........isi........agar/kerana


........huraian..........

Cari isi dalam keterangan ayat atau soalan sebelum (soalan i


atau ii, pengajaran biasanya berada di nombor iii)

7. Jawi

Tulis rumi ke jawi...sepatutnya menyumbang markah kepada


semua pelajar kerana tulis 1 perkataan sahaja dah dapat 1
markah

Ada perkataan yang dah ada dalam soalan. Cari je kemudian


tengok soalan versi jawi

8. Soalan yang pilih A atau B.

Biasanya tajwid dan hafazan

kalau tak pasti jawapan, tulis semua A je, gerenti dapat 2


markah

9. Soalan-soalan yang jawapannya hampir sama


Faktor buat maksiat (lemah iman, pengaruh rakan, kurang
didikan)

Akibat maksiat (dibenci Allah, dibenci masyarakat, jiwa tidak


tenang)

Kelebihan melakukan kebaikan (dikasihi Allah, dikasihi


masyarakat, jiwa tenang)

Cara menghindari diri sendiri dari maksiat (belajar agama,


bergaul dengan ulama)

Cara menghindari orang lain dari maksiat (memberi nasihat,


melapor)

Peribadi tokoh (tekun, berani, kreatif)

Sumbangan tokoh (menghasilkan karya)

Wallahu a'lam

Selamat menjalani peperiksaan


Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang

Anda mungkin juga menyukai