Anda di halaman 1dari 6

Kisah Nabi Luth Alaihissalam

Assalamualaikum warah matullah hi wabaraka tuh..


Terima kasih tuan pengerusi majlis,
Barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru-gurudan rakan-rakan sekelian..

(Pantun)
Kota Habsyah Nampak berbalam,
Cahaya menyinar makam junjungan,
Inilah Kisah Nabi Luth alaihis salam,
Cerita benar,bukan dongengan..

Nabi Luth adalah saudara dari Nabi Ibrahim.Ayahnya bernama Hasan b


Tereh.Nabi Luth diutuskan oleh Allah ke daerah Sadum sebuah daerah di
mana penduduknya sangat derhaka kepada Allah.
Surah As Syuara ayat 162-163
Bismillah hir rahma nir rahim

Ertinya : Sesungguhnya aku adalah Rasul yang diutuskan kepadamu maka


bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Kawan-kawan,
Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mentaati rukun Negara supaya
Malaysia berada dalam keadaan bergolak tanpa ada jalan perdamaian.

Ya Allah,amankanlah Negara Malaysia ini.Aaminn

(Nazam)
Kaum Sadum rendah dari segi moralnya
Kemungkaran dalam pergaulan bermaharaja lela.
Homoseksualdan lesbian berleluasa
Pencurian harta benda tidak terkira

Malu tiada dalam hati mereka semua


Dinasihati, Nabi Luth diejeknya
Kaum sejenis menjadi pilihan hati mereka
Perintah Allah langsung tidak diendahkannya

Surah As- syuara ayat 166


Bismillah hir rahma nir rahim.

Ertinya: Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh tuhanmu


bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.

Di Negara barat terutama Negara Amerika Syarikat, mereka telah


menghalalkan hubungan sejenis ini dan mereka hidup sebagai pasangan
suami isteri.
Jangan terikut cara hidup kebaratan mereka ini kawan-kawan kerana Allah
telah menjadikan lelaki dan perempuan hidup berpasang-pasanganuntuk
melahirkan zuriat yang beriman.

Masya Allah..takutlah kita dengan azab Allah ya kawan-kawan

Nabi Luth sentiasa diejek dan dihalau oleh kaumnya.Mereka dinasihati


supaya takut pada siksaan Allah dan berhenti melakukan
kemungkaran.Isteri Nabi Luth juga termasuk dalam golongan mereka yang
mungkar ini.Tetapi baginda tetap bersabar dan terus berdakwah hingga
bertahun-tahun lamanya walaupun hanya sebahagian kecil pengikut
baginda.
Surah Al-Qamar ayat 33
Bismillah hir rahma nir rahim.



Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman Nabinya

Kawan-kawan,

Setiap pelajar mesti mempunyai sifat sabar yang tinggi dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Berkat kesabaran dan kesungguhan,Muqarrabin,pendaki dari Malaysia
telah Berjaya menawan puncak gunung Everest.

Alhamdulillah..

(Nasyid.. irama sepohon kayu)


Diutus malaikat ke rumah luth di suatu malam
Menyamar sebagai pemuda yang tampan
Di dengar kaum Sadum, hati tak keruan
Bergegas mereka tanpa malu segan
Bersama nafsu yang tidak keruan
Kepada kaum sejenis tanpa ditahan

Allah
Tidak berdaya Nabi Luth untuk menghalang kaumnya yang terlalu keji
sifatnya.
Surah Hud ayat 81
:Maksudnya
Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu sekali-kali
mereka tidak akan dapat mengganggu kamu sebab itu pergilah dengan
membawa keluarga dan pengikut kamu di akhir malam.

Hadirin hadirat,
Sebagai umat manusia,kita mestilah ada perasaan malu kerana malu itu
separuh daripada iman.
Di dada-dada akhbar setiap hari banyak dipaparkan kejadian tangkapan
khalwat,zina yang semakin berleluasa dilakukan tanpa segan silu oleh
para pemuda pemudi kita.

Masya Allah.apa nak jadi masyarakat kita.


Dengan tidak berlengah,kawan-kawan nabi Luth bersiap sedia dengan
orang beriman untuk meninggalkan daerah Sadum seperti yang di
arahkan oleh malaikat tersebut.
Apabila mereka telah berada di satu kawasan yang jauh dari daerah
Sadum,suatu gempa bumi yang dahsyat berlaku sehingga bumi
diterbalikkan dan diikuti dengan hujan batu api yang membakar dan
memusnahkan kaum Sadum dan segala apa yang ada di daerah tersebut.

Akhirnya,daerah Sadum menjadi sunyi sepi tanpa penghuninya lagi.

Bismillah hir rahma nir rahim..




Surah Al-Qamar ayat 39
Maka rasakanlah azabku dan ancaman-ancaman ku

Kawan-kawan,
Setiap segala kejahatan yang dilakukan di dunia ini akan dibalas dengan
azab yang pedih.Oleh itu,banyak melakukan perkara mahmudah daripada
perkara mazmumah.

Insya Allah hidup kita akan bahagia selamanya.

Kita tidak mahu seperti Negara Amerika Syarikat yang selalu ditimpa
malapetaka seperti putting beliung dan taufan yang merosakkan Negara
mereka kerana banyak berlaku kemungkaran di dalamnya.
Bismillah hir rahma nir rahim





,Ertinya
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala
bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dari
.perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa

(Nasyid .. irama 1 Muharram)


Hanya Allah yang wajib disembah
Menipu timbangan sangatlah salah,
Kisah Nabi Luth tamatlah sudah
Sebagai Panduan sekelian Ummah

Sekian,
Wabillah hi taufik wal hidayah,wassala mualaikum,warahmatullah hi
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai