Anda di halaman 1dari 7

1.

9 Definasi Operasional

Definasi operasional adalah sejumlah perkataan yang dipilih oleh penyelidik untuk diberikan
huraian supaya tidak mengelirukan pembaca yang berkemungkinan mempunyai maksud lain
seperti yang dipersepsikan oleh penyelidik. Perkataan yang dipilih hendaklah diberikan definisi
sesuai dengan maksud penyelidik berdasarkan pendapat pakar bidang atau literatur berkaitan
penyelidikannya. Berikut adalah beberapa istilah yang terdapat dalam kajian ini yang perlu
dihuraikan maknanya.

1.9.1 Keadah Jari Genius

Ia merujuk kepada cara pengiraan tanpa pensel dan kertas, tetapi dengan mewakilkan setiap

jari tangan dengan nilai angka yang berlainan. Ia adalah satu kaedah perkiraan dengan jari dalam

proses untuk mendapatkan jawapan tanpa sebarang jalan kerjanya.

Dabell (2001) telah menyatakan bahawa pengiraan menggunakan jari adalah satu seni.

Sesetengah kanak-kanak merasakan cara ini dapat menolong mereka dalam menghadapi situasi

yang mengelirukan. Situasi mengelirukan sebegini akan menjadi lebih mudah apabila mereka

boleh menggunakan jari mereka untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Penggunaan kinestetik

tangan dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu murid-murid untuk melibatkan

diri dengan aktif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Apabila murid dapat mengukuhkan

pemahaman mereka, mereka turut dapat memupuk minat untuk belajar mengenai sesuatu topik

tersebut, seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran matematik. Kenyataan

ini adalah selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Fairuz & Mohamad Zailani

(2010), yang menyatakan bahawa teknik jari yang diperkenalkan ini berjaya memperbaiki

pencapaian responden dalam menguasai kemahiran mendarab sifir 6, 7, 8, dan 9.


Dalam kajian Janting anak Ringkai (2005), kaedah jari sesuai digunakan kerana ianya dekat

dengan murid dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Kaedah jari boleh menjadi

peransang kepada otak untuk berlatih berfikir dengan lebih cepat sebagai perkembangan dalam

diri murid-murid dan seterusnya mereka mungkin tidak perlu lagi menggunakan kaedah jari

sebaliknya mencongak untuk menyelesaikan masalah pendaraban. Dalam kajian Chua (2005) ,

menyatakan kaedah jari ini senang digunakan oleh murid kerana pada peringkat awal. Apabila

mereka menggunakan kaedah jari penumpuan mereka untuk menyelesaikan masalah matematik

meningkat. Menurut Chieng (2011), murid-murid sering didedahkan kepada pembilangan

nombor dengan jari bermula dari nombor 1 hingga 10 sejak kecil lagi. Ini kerana kanak-kanak

mempelajari sesuatu melalui apa yang dapat disentuh, dirasai dan dilihat. Tinjauan literatur

mendapati bahawa kaedah jari dapat dipelbagaikan dengan merujuk kepada kemahiran yang

hendak diajar. Westreich (2002), telah menjalankan satu kajian tentang prinsip kinestetik dalam

pembelajaran matematik. Beliau mendapati bahawa melalui aktiviti pembelajaran yang

melibatkan prinsip kinestetik, murid telah menunjukkan perkembangan yang positif. Ini kerana

penggunaan kaedah jari telah menerapkan prinsip kinestetik. Kajian Gan (2007), melaporkan

bahawa kaedah jari berjaya membantu muridnya menguasai kemahiran penolakan fakta asas.

Kajian Janting anak Ringkai (2005) juga mendapati bahawa murid-murid lebih seronok

menghafal sifir dengan menggunakan jejari tangan. Saya turut menggunakan kaedah jari dalam

kajian ini tetapi telah diubah suai supaya sesuai dengan murid saya. Kaedah jari ini mungkin

kecil pada pandangan orang lain namun besar ertinya bagi murid-murid dalam membantu mereka

menyelesaikan masalah matematik kerana keupayaan seseorang individu adalah berbeza.

Dalam kajian ini kaedah Jari Genius merujuk kepada cara pengiraan tanpa pensil dan kertas,

tetapi dengan mewakilkan setiap jari tangan dengan nilai angka yang berlainan. Ia merupakan
satu kaedah pengiraan dengan sepuluh jari dan dalam mendapatkan jawapan tiada sebarang jalan

kerja yang diperlukan. Kajian ini hanya merujuk kepada cara pengiraan satu dan dua digit

dengan pendaraban 9. Murid-murid akan ditunjukkan cara menggunakan jari mereka sendiri

untuk menyelesaikan masalah darab 9 yang diberikan. Ini adalah usaha untuk meningkatkan

minat murid dengan memperkenalkan satu kaedah yang mudah, cepat dan menyeronokkan.

Akhirnya kaedah jari juga menggalakkan murid untuk mempelajari sifir lain seperti sifir 6, 7 dan

8 dengan menggunakan menggunakan jari.

1.9.2 Operasi Pendaraban

Kata dasar pendaraban ialah darab. Mengikut Kamus Pelajar darab adalah cara atau keadah

menghitung untuk menggandakan sesuatu angka. Darab digunakan untuk menggandakan,

memperbesarkan, memperbanyakkan sesuatu jumlah atau bilangan. Darab juga diertikan sebagai

penambahan nombor yang sama secara berulang. Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa &

Pustaka, 2010), pendaraban di didefinisikan sebagai perkalian, perbanyakan dan pengandaan.

Pendaraban boleh di maksudkan sebagai tindakan menghubungkan antara set-set (kumpulan-

kumpulan), sama seperti maksud penambahan. Pada asasnya pendaraban adalah konsep yang

terhasil daripada penambahan berulang. Pendaraban boleh diertikan sebagai penambahan

berulang dengan kumpulan yang sama saiz. Menurut Harries (2000), kebiasaannya konsep yang

berkait dengan pendaraban diperkenalkan melalui penambahan berulang.

Dalam kajian ini, operasi pendaraban merujuk kepada pendaraban sembilan dengan satu

digit dan dua digit sahaja.


1.9.3 Murid lambat pembelajaran

Kanak-kanak slow learner atau lewat pembelajaran ataupun dikenali sebagai murid lambat

dalam pembelajaran merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar

professional klinikal sebagai mengalami masalah. Contohnya masalah proses, rendah daya

pengubahsuaian tingkah laku, kurang berkesan dalam menjalani kehidupan berdiakari dan

kurang menjalankan kewajiban sosial sesuai dengan peringkat umur mereka. Kanak-kanak ini

tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah seperti pelajar normal. Perkembangan mereka terlalu

lambat untuk mencapai sesuatu objektif yang mudah serta kurang mempunyai daya rangsangan

seperti persekitaran, pembelajaran dan sentuhan. Tahap umur kronologi mereka juga tidak sama

dengan umur mental mereka. Misalnya kanak-kanak berumur 12 tahun mempunyai IQ seperti

kanak-kanak berumur 6 tahun dan tahap mental mereka adalah berbeza antara satu sama lain.

Hallahan dan Kaufman (2006) mendefinasikan kanak-kanak lambat dalam pembelajaran

sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan

pemahaman atau penggunaan bahasa yang boleh mengganggu kemahiran mendengar, bertutur,

membaca, munulis, mengeja dan mengira, ia bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran,

penglihatan atau masalah fizikal. Rathus (2004) menyatakan jika dilihat dari ciri-ciri fizikal

murid ini adalah sukar untuk dikenalpasti sebagai murid kelainan upaya. Maka murid ini boleh

mempelajari mengira seperti murid normal tetapi memerlukan pendekatan atau teknik yang lebih

sesuai.

Dalam kajian ini, murid lambat dalam pembelajaran merujuk kepada 5 orang murid yang

berada dalam Program Pendidikan Khas Integrasi dan dikategorikan sebagai murid yang

menghadapi masalah pembelajaran. Murid ini telah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai

murid lambat dalam pembelajaran. Murid ini mempunyai tahap pembelajaran yang rendah
berbanding murid lain yang sama umur dengan mereka. Murid ini ini menunjukkan IQ mereka

melebihi kanak-kanak yang mengalami masalah mental yang lazimnya skor IQ mereka berada di

bawah 70 75. Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dalam menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira ataupun disebut sebagai 3M. mereka juga

menghadapi masalah dalam memberikan perhatian, mengumpul dan memproses maklumat yang

diterima di dalam ingatan mereka. Mereka mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesilapan

oleh sebab kecuaian dan lambat dalam menyiapkan tugasan.

Dalam matematik pula kanak-kanak ini menunjukkan kesukaran dalam mengingat makna

kepada simbol-simbol yang digunakan dan dalam penyelesaian permasalahan matematik yang

panjang dan menggunakan beberapa konsep seperti campur, tolak, darab atau bahagi. Murid ini

berumur di antara 10 hingga 12 tahun dan dari satu kelas yang sama. Murid-murid ini adalah

mereka yang mempunyai kemahiran dan tahap pembelajaran yang tinggi dalam kategori murid-

murid pendidikan khas. Murid ini dapat menunjukkan minat belajar sekiranya mereka merasakan

kaedah yang digunakan adalah mudah dan menyeronokkan.


2.6 Kerangka Konseptual

Kajian ini menunjukkan pembolehubah bebas adalah kaedah Jari Genius. Pembolehubah

bersandar dalam kajian ini adalah dalam bentuk hasil pembelajaran iaitu dari sesi dominan

kognitif dan dominan afektif. Dominan kognitif terdiri daripada pencapaian pelajar dalam

pendaraban satu dan dua digit nombor dengan sifir 9 manakala dominan afektif pula terdiri dari

sikap pelajar terhadap matematik.

Kaedah Jari Genius menjanjikan satu cara pembelajaran yang mudah, menggunakan benda

konkrit iaitu jari murid sendiri serta memberikan peluang kepada murid untuk bergiat aktif dalam

proses pembelajaran. Kaedah ini merangsang kognitif murid untuk berfikir semasa melakukan

aktiviti pembelajaran. Guru juga menggunakan pengalaman murid yang sedia ada yang akan

memudahkan murid untuk memahami konsep pendaraban dengan mudah. Kaedah ini juga

melibatkan aktiviti kinestetik dan perwakilan jari secara visual dimana ia memberikan satu

pengalaman pembelajaran yang tidak membosankan dan lebih berbentuk permainan yang secara

tidak langsung di sukai oleh murid itu sendiri. Kaedah ini juga meningkatkan kognitif murid,

dimana murid perlu berfikir dan menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan semasa

menggunakan kaedah ini yang dapat menarik tumpuan murid itu.

Melalui kaedah ini murid akan bermotivasi dan berminat untuk belajar kerana satu kaedah

pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan. Sikap negatif dapat dihapuskan serta

menjadikan matematik sebagai mata pelajaran yang menyeronokkan serta meningkatkan

penglibatan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid akan menjadi lebih yakin

dengan diri mereka kerana mereka dapat menyelesaikan masalah pendaraban dengan mudah.

Akhirnya murid dapat memahami konsep matematik dengan mudah dan menjadi ingatan untuk
jangka panjang kepada murid tersebut. Murid akan mengingati kaedah pengajaran yang mudah

dan menyeronokkan. Rajah di bawah menunjukkan secara ringkas mengenai kaedah Jari Genius

ini.

Kinestetik
tangan

Operasi Penguasaan
Pendaraban Operasi
Satu digit Jari Pendaraban 9
dan dua digit Genius Konkrit dalam
dengan 9 kalangan
murid lambat
pembelajaran

Perwakilan
visual

Rajah 2.3: Kerangka Konseptual Kajian

Anda mungkin juga menyukai