Anda di halaman 1dari 14

TEKS PENGACARAAN MAJLIS APRESIASI KLCA TAHUN 2016

MASA CUE ANN 1 CATAT


AN
8.00 Pendaftaran Sebelum kita mulakan majlis, terlebih dahulu kita K ina
Guru dan menjemput Encik Ahmad Subhi Marzuki bin Che
house Abdul Razab selaku Floor Manager untuk
keeping memberikan house keeping untuk majlis kita pagi
ini. Dipersilakan.
******************
Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad
Subhi Marzuki bin Che Abdul Razab atas taklimat
majlis kita sebentar tadi

9.00 Wacana Hadirin Hadirat sekalian, Azni


UniKL Kita teruskan agenda kita pada pagi ini iaitu
taklimat daripada UniKL yang akan disampaikan
oleh Encik Mohamad Hafize bin Md Badri, Ketua
Bahagian Kemasukan UniKL, Malaysian Institute
Of Information Technology.
Dipersilakan.
*******************
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohamad
Hafize bin Md Badri
Atas taklimat sebentar tadi.

MASA CUE ANN 2 CATATAN


10.30 Isyarat iaitu Mengumumkan ketibaan YANG Kak Ina
Perarakan

1
masuk VIP BERBAHAGIA DATO DR ABD HALIM BIN
ke Dewan
MOHD HUSSIN dengan diiringi oleh
Utama
Presiden KLCA, pegawai-pegawai JPWP KL
dan pengawai-pegawai PPD KL untuk masuk
ke dewan dan seterusnya mengambil
tempat di pentas utama.

(permainan gamelan)

MASA CUE ANN 3 CATATAN


10.35 Nyanyian Nyanyian lagu Negaraku. Azni
pagi Lagu
Apabila
tetamu vip [ LAGU DIMAINKAN ]
sudah
berada di
atas pentas Para hadirin dipersilakan duduk

Setelah
lagu tamat
dinyanyikan
MASA CUE ANN 4 CATATAN
K ina
10.40 Tunggu Melayang serindit di hujung muara
pagi sehingga Merbah berkicau di hujung pekan
vip duduk Awal bismillah pembuka bicara
Majlis Apresiasi kita raikan

Bismillahirahmanirahim.
Kata alu-
aluan 1 Yang Berbahagia Dato Dr Abd Halim
Emcee bin Mohd Hussin. Ketua Pengarah
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Merangkap Penasihat Persatuan
Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran
Kuala Lumpur KLCA.
2 Yang berusaha Cik Hjh Rosnah bt
Abdullah, Ketua Sektor Psikologi dan
Kaunseling merangkap President KLCA.

3 Yang Dihormati Professor Dato Dr

2
Azliham bin Mohd Suud, Presiden
UniKL
4 Yang dihormati Professor Dr
Shahrulniza bin Musa, Dekan
Malaysian Institute of Information
Technology, UniKL
5 Yang dihormati Dr Mohd Farid bin
Shamsudin, Dekan Bussiness School,
UniKL
6 Yang dihormati Dr Megat Farez Azril
bin Zuhairi, Timbalan Dekan,
Malaysian Institute of Information
Technology, UniKL
7 Yang dihormati Encik Zambri bin
Pawanchik, Pengurus Besar, MeSRA
UniKL
8 Yang Dihormati Encik Rofii bin Hussein,
Penolong Pengarah Sub Unit,
Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
9 Yang dihormati pegawai-pegawai
Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
10 Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan
Wilayah Kuala Lumpur
11 Seterusnya barisan Ahli Jawatankuasa
KLCA serta guru-guru kaunseling
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan


limpah kurnianya dapat kita berhimpun
dalam majlis yang julung kalinya diadakan.
Iaitu Majlis Apresiasi KLCA tahun 2016.
Untuk pengetahuan semua majlis ini
diadakan bagi memberi penganugerahan
kepada mereka yang berjaya dan
mengharumkan nama Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3
Namun, sebelum bibir mengatur bicara,
majlis terlebih dahulu mengucapkan selamat
datang kepada Yang Berbahagia Dato Dr Abd
Halim bin Muhd Hussin ke majlis Apresiasi
KLCA tahun 2016.

Majlis juga turut merakamkan sekalung


terima kasih kepada pihak UniKL diatas
kesudian menyediakan tempat yang begitu
kodusif sekali untuk kita raikan majlis
Apresiasi KLCA tahun ini.

Tidak dilupakan juga sekalung terima kasih


diatas kesudian para hadirin untuk
menjayakan majlis ini.

Cari ikan tepian selasih


Anak keli main di jeti
Kami ucapkan terima kasih
Budi dan bakti tetap di hati

MASA CUE ANN 5 CATATAN


10.50 Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat Azni
pagi Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Semoga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis pada


pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh En Asri bin Che Mat . Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Amin amin ya rabbil alamin.

Majlis merakamkan setinggi- tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada En
Asri Bin Che Mat atas bacaan doa sebentar
tadi.

MASA CUE ANN 6 CATATAN


11.00 Tamat Hadirin Hadirat yang dimuliakan, K ina

4
pagi bacaan doa Sebelum kita meneruskan majlis, majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Yang
Jamuan Berbahagia Dato Dr Abd Halim bin Muhd
Makan dan Hussien, tetamu jemputan dan hadirin
Persembaha sekalian, tuan-tuan dan puan-puan untuk
n menikmati jamuan terlebih dahulu.
Dipersilakan.

MASA CUE ANN 7 CATATAN


11.10 Apabila Hadirin hadirat sekalian, Azni
tetamu
sedang Sebagai halwa telinga dan mata, Kami di
menikmati KLCA membuka langkah petama, berjalan
jamuan jatuh, bertatih merangkak. Kini kami
makan rangkumkan segala jerih usaha dalam
persembahan Tayangan Multimedia KLCA.

Ayuh sama-sama saksikan..


TAYANGAN
MULTIMEDIA Seterusnya majlis mempersilakan Saudara
& Azzariat bin Azizi dan Saudari Farhana binti
PERSEMBAH Abdul Razak, Pelajar Bachelor Interactive
AN Multimedia Design, Unikl Malaysian Institute
EN of Information Technology untuk
SULAIMAN menyampaikan persembahan lagu duet
yang bertajuk Doa Buat Kekasih,
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara


Azzariat dan Saudari Farhana atas
persembahan mereka sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput dan


mempersilakan Saudara Sulaiman bin
Hashim untuk menyanyikan dua buah lagu
solo yang bertajuk .............................
dan ...............................................................
Dipersilakan.

5
Terima kasih diucapkan kepada Saudara
Sulaiman bin Hashim diatas persembahan
beliau yang begitu mengkagumkan sebentar
tadi.

Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian,


persembahan Tayangan Multimedia KLCA itu
telah disediakan oleh
Encik ....................................................

MASA CUE ANN 8 CATATAN


11.40 Ucapan Hadirin Hadirat yang dimuliakan Azni
pagi Aluan
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
President
KLCA Yang Dihormati Cik Hjh Rosnah binti
Abdullah, Ketua Sektor Psikologi dan
Kaunseling merangkap Presiden KLCA untuk
memberikan ucapan. Majlis dengan penuh
takzimnya, mempersilakan.

[SELESAI UCAPAN]
Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada presiden KLCA atas ucapan itu tadi.

MASA CUE ANN 9 CATATAN


11.50 Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan sidang majlis yang K ina
pagi perasmi dihormati.

Daun semulur di pekan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Dengan itu, majlis mempersilakan Yang

6
Berbahagia Dato Dr Abd Halim bin Muhd
Hussin, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah
Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri
merangkap Penasihat KLCA untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Apresiasi KLCA tahun
2016.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MASA CUE ANN 10 CATATAN


12.00 Selepas Majlis terlebih dahulu mengucapkan Azni
tgh ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
perasmian terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato
atas kesudian menyampaikan ucapan
Gimik perasmian itu tadi.
pelancaran Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati
Blog Cik Hjh Rosnah binti Abdullah Ketua Sektor
Psikologi dan Kaunseling merangkap
Presiden KLCA untuk naik ke pentas bagi
mengiringi Yang Berbahagia Dato bagi
pelancaran Blog KLCA. Dipersilakan.
Dipersilakan.
[SELESAI PELANCARAN BLOG]
Sekali lagi ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Dato Dr Abd Halim dan Yang
dihormati Cik Hjh Rosnah atas pelancaran
Blog sebentar tadi.
MASA CUE ANN 11 CATATAN
8.45 Tunggu Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin K ina
pagi sehingga yang dihormati,
VIP duduk
selepas Kita mulakan dahulu dengan penyampaian
ucapan sijil penghargaan kepada Jawatankuas
Penaja KLCA. Dengan itu majlis menjemput
Upacara dan mempersilakan Yang dihormati Encik

7
Apresiasi Azhar bin Hj Mohd Razali selaku Timbalan
SLOT 1 Presiden KLCA untuk mengiringi yang
dihormati Cik Hajah Rosnah binti Abdullah,
Protem Presiden KLCA untuk menyempurnakan
Committe penyampaian sijil.

Dipersilakan.

Dipersilakan :- [Untuk menerima Sijil]


1. Prof Dr Halim bin Osman
2. Dr Othman bin Abd Rahman
3. Dr Norashikin binti Edin
4. En Hasbullah bin Hj Kassim
5. Pn.Siti Hawa binti Omar
6. Ustaz Ismail bin Mohamood
7. Pn Arunasalam ......................
8. En Paranjhothi ...................
9. Pn Tay Siok Ean
10. Tn Hj Radzaki bin Salleh
11. En Zulkifly bin husin
12. Pn Normadiah binti Zainal Abidin

[SELESAI PENYAMPAIAN SIJIL]

Majlis merakamkan terima kasih kepada


presiden KLCA atas penyampaian sijil itu
tadi.

MASA CUE ANN 12 CATATAN


Upacara Hadirin hadirat sekalian, Azni / k
Apresiasi ina
Majlis diteruskan dengan penyampaian
SLOT 2 anugerah Peningkatan Kecemerlangan
Perkhidmatan Bimbingan dan
Anugerah Kaunseling. Dengan itu majlis menjemput
Unit Hem dan mempersilakan Cik Hajah Rosnah binti
Abdullah, Presiden KLCA untuk mengiringi
yang dihormati Professor Dato Dr Azliham
bin Mohd Suud, Presiden UniKL untuk
menyempurnakan penyampaian sijil.
Dipersilakan.

1. KATEGORI SAGUHATI
Kita mulakan dengan kategori saguhati bagi
pembentangan amalan terbaik kaunseling

8
Sekolah Menengah peringkat negeri.

Dipersilakan SMK Segambut


Puan Rosmaria binti Mohd Nawawi
Dan Puan Mahani binti Abdul Rahman

Dipersilakan SMK Taman Yarl


Puan Lee Nyit Har
Dan Puan Noorashikin binti Mohd Rejab

Dipersilakan Sek Men Agama MAIWP


Encik Mohd Azni bin Abu Hassan
Dan Cik Nur Fatin Athirah binti Zaini

Dipersilakan SMK Bangsar


Puan Halijah binti Ismail
Dan Puan Zeti Aida bin Abd Zawawi

2. KATEGORI PENGURUSAN TERBAIK


KAUNSELING

Seterusnya kategori Pengurusan Terbaik


Kaunseling Sekolah rendah peringkat
negeri. Johan dipersilakan SK Au Keramat
Puan Harriani binti Marzuki dan Puan
Norma binti Hitam.

3. KATEGORI AMALAN TERBAIK


KAUNSELING
Seterusnya beralih pula pemenang kategori
Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah
peringkat negeri.

Tempat ketiga, dipersilakan SK Bandar Baru


Sentul,
Puan Norjamilah binti Ab Salam
dan Cik Shamini Devi a/p Karrupiah.

Tempat kedua, dipersilakan SJKT Fletcher,


Encik Selvakumar a/l Kumarakuru.

Johan, dipersilakan Sekolah Bimbingan


Jalinan Kasih,
Cik Nadiatul Farhana binti Mat Sihap.

9
Kategori Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah
Menengah Peringkat Negeri.

Tempat Ketiga, SMK Taman Setiawangsa,


Puan Norazlin Baizura binti Ghazali.

Tempat Kedua, SMK Cochrane,


Puan Kang Koo Li
Dan Puan Nabira binti Mohd Shah

Johan, dipersilakan SMK Cheras


Puan Nur Haiza binti Che Mat
Puan Rozinani binti Awang
Puan Raudzah binti A. Rahman
Dan Che Mohamad Padali bin Che Mat
Untuk pengetahuan semua, SMK Cheras juga
mendapat Johan dalam Kategori Pengurusan
Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah
Peringkat Negeri.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada


Yang dihormati Professor Dato Dr Azliham
bin Mohd Suud, Presiden UniKL atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.
MASA CUE ANN 13 CATATAN
Upacara Hadirin hadirat sekalian, K ina
Apresiasi
Majlis diteruskan dengan penyampaian
SLOT 3 HADIAH PENGHARGAAN SEKTOR
PSIKOLOGI DAN KAUNSELING. Dengan itu
Penyampa majlis menjemput dan mempersilakan Cik
i Dato Hajah Rosnah binti Abdullah, Presiden KLCA
Iring - KS untuk mengiringi Yang Berbahagia Dato Dr
Abd Halim bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah
Agensi Anti Dadah Kebangsaan merangkap
Penasihat KLCA untuk menyempurnakan
penyampaian sijil dan anugerah.
Dipersilakan.

Kita mulakan dahulu dengan


1. Sijil Penghargaan kepada
pembentang Kajian Kes.

Di jemput :-
a. En. Faizul Anuar bin Abdul Bazid

10
dengan tajuk kajian kes iaitu
Skizhoprenia
b. Pn Khairana bt Mohd Kassim dengan
tajuk kajian kes iaitu kebergantungan

Seterusnya ...
2. Sijil Penghargaan Standard
Piawaian taraf tinggi.

Bagi penarafan 4 bintang dihadiahkan


kepada Pejabat Pendidikan Keramat.
Dipersilakan Pn Kartinah bt Mat Dom.
Kaunselor Organisasi Daerah PPW Keramat.

Seterusnya bagi Penarafan 5 bintang


dihadiahkan kepada Pejabat Pedidikan Pudu
bangsar. Dipersilakan En Faizul Anuar bin
Abdul Bazid, Kaunselor Organisasi Daerah
PPW Bangsar Pudu.

Juga menerima hadiah bagi penarafan 5


Bintang Pejabat Pendidikan Sentul.
Dipersilakan Pn Hjh Noorlia bt Arshad,
kaunselor Organisasi Daerah PPW Sentul.

Tahniah diucapkan.

MASA CUE ANN 14 CATATAN


Upacara Hadirin Hadirat yang dimuliakan. Azni
Apresiasi
Kini kita teruskan dengan Acara Kemuncak
SLOT 4 Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan
Anugerah Bimbingan dan Kaunseling.
Inovasi
dan Kita mulakan dengan penyampaian
Amalan Anugerah Terbaik Hak Asasi Manusia
terbaik (ATHAM). Dipersilakan SMK Batu Muda, Puan
B&K Salya binti Ramly. Beliau telah mendapat
Johan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan mendapat Naib Johan di
Penyampa peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan.
i dato
Iring - KS

11
Seterusnya SK AU Keramat, Puan Harriani
binti Marzuki dan Puan Norma binti Hitam.
Mereka telah mengharumkan nama Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur di peringkat
kebangsaan dengan memperolehi Tempat
Keempat Pengurusan Terbaik Kaunseling
Sekolah Rendah dan mendapat Anugerah
Perak Inovasi dan Kreativiti Kategori Terapi
melalui Projek Laman Faridah Kasih. Syabas
diucapkan kepada mereka.

Seterusnya, dipersilakan SMK Cheras, Puan


Nur Haiza binti Che Mat, Puan Rozinani binti
Awang, Puan Raudzah binti A. Rahman dan
Che Mohamad Padali bin Che Mat. Mereka
juga telah mengharumkan nama Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur diperingkat
kebangsaan. Mereka telah mendapat tempat
kelima Pengurusan Terbaik Kaunseling,
mendapat Johan Pembentangan Amalan
Terbaik Kaunseling di bawah projek
Euphoria..... dan mendapat Anugerah
Emas Inovasi dan Kreativiti Kategori Sitem
Maklumat di bawah Projek E-Klien.
Syabas diucapkan...
Tepukan gemuruh untuk mereka.

[SELESAI PENYAMPAIAN HADIAH]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Yang
berbahagia Dato Dr Abd Halim bin Mohd
Hussin atas penyempurnaan penyampaian
hadiah itu tadi.

MASA CUE ANN 15 CATATAN


Dato dan KS Seterusnya majlis diteruskan dengan K ina
masih penyampaian hadiah penghargaan kepada
tunggu di UniKL selaku Tuan Rumah berlangsungnya
atas pentas majlis yang cukup istimewa ini.

Majlis dengan itu mempersilakan Yang


Penyampaia Berbahagia Dato Dr Abd Halim untuk
n hadiah menyampaikan sijil kepada Yang Dihormati
kpd UniKL Professor Dato Dr Azliham bin Mohd Suud,
Presiden UniKL. Dipersilakan.

12
Terima kasih diucapkan.

MASA CUE ANN 16 CATATAN


Majlis diteruskan dengan penyampaian azni
cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato
Penyampaia Dr Abd Halim bin Mohd Hussin, Penasihat
n hadiah KLCA dan perasmi majlis kita pada hari ini.
kpd Dato Dengan itu majlis segala hormatnya
mempersilakan Yang dihormati Cik Hjh
Rosnah binti Abdullah, Presiden KLCA untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Dato. Dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Cik Hjh Rosnah
binti Abdullah atas penyampaian
cenderamata itu tadi.

MASA CUE ANN 17 CATATAN


Hadirin hadirat yang dimuliakan, K ina
Tamat
Lagu Dengan penyampaian cenderamata itu tadi
Wilayah menandakan bahawa majlis apresiasi KLCA
2016 akan melabuhkan tirainya.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih yang


tidak terhingga atas kesudian hdirin
bersama-sama kami pada hari ini.

Bagi pihak KLCA merakamkan ribuan terima


kasih kepada pihak tuan rumah UniKL atas
kerjasama yang diberikan. Diharapkan pihak
UniKL dapat bersama-sama dengan kami
pada majlis yang berbeza pada lain ketika.

Kami bagi pihak majlis juga memohon


kemaafan jika terdapat sebarang kecacatan
dan kepincangan sepanjang perjalanan
majlis ini.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan di dalam laci
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

13
Bagi mengakhiri majlis Apresiasi Tahun
2016. Marilah kita bersama-sama
menyanyikan lagu Wilayah dengan penuh
semangat.

Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

14

Anda mungkin juga menyukai