Anda di halaman 1dari 2

ISU SOSIAL : REMAJA PERLU MILIKI ILMU SEKS ELAK DITIPU

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Bayi dibuang hampir setiap hari sejak kebelakangan ini dalam pelbagai keadaan menyayat
hati. Lahirnya mereka ke dunia bagai kain putih, kembali pun masih dalam keadaan suci
sekalipun cara kematian mereka sangat menyayat hati. Dalam tempoh 2004 sehingga tahun
lalu, 571 kes pembuangan bayi dilaporkan, termasuk 99 kes sepanjang tahun lalu dengan
Selangor mencatat jumlah kes tertinggi, iaitu 147 kes diikuti Johor dengan 113 kes.Pada
kelazimannya bila berlaku masalah sosial seperti ini, masyarakat dengan sewenang-
wenangnya menghukum tanpa memikirkan kenapa sebilangan besar mereka yang melakukan
pembuangan bayi terdiri daripada remaja. Pelbagai pihak memperkatakan mengenai nasib
malang bayi, tetapi pernahkah kita terfikir apa yang bakal terjadi kepada si ibu?

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Adilah Ahmad, berkata isu pembuangan bayi
seharusnya dibendung dengan segera kerana ia menunjukkan trend peningkatan yang amat
membimbangkan. Ia bukan hanya sekadar menyaran no sex, pendidikan di sekolah dan
rumah perlu diterapkan nilai rohani, hubungan mahupun sokongan kekeluargaan yang kuat
diperlukan. Anak perlu dimaklumkan mengenai perubahan yang dialami dan unsur negatif
yang perlu dijauhi, katanya. Dr Adila berkata, beberapa risiko bakal dihadapi remaja
perempuan yang mengandung pada usia muda, antaranya jika mereka kerap bertukar
pasangan dan ini mendedahkan mereka kepada penyakit berjangkit. Antara penyakit
berjangkit berkaitan seks seperti, herpes, gonorea, chlamydia, hepatitis B dan C, HIV, HPV
dan kanser serviks, katanya yang mengakui kebanyakan remaja yang mengandung tidak
mempunyai pengetahuan mengenai risiko perbuatan mereka dan lebih buruk lagi mereka
tidak menyedari perubahan pada diri hinggakan ada yang tidak sedar mereka mengandung.

Hamil pada usia muda dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi. Tulang pelvis mereka
masih belum bersedia sepenuhnya dan ia berkemungkinan menyukarkan kelahiran secara
normal. Masalah sampingan pula kekurangan zat atau nutrisi sehingga ia boleh
menyebabkan anemia (kekurangan darah). Perubahan hormon juga bakal mengganggu emosi
mereka, katanya. Beliau berkata, tersentak dengan kandungan yang makin membesar saban
hari, mereka pasti tertekan apatah lagi kebanyakan kes remaja perempuan mengandung tidak
mendapat sokongan keluarga, malah lebih malang mereka dibuang keluarga. Katanya,
mereka tidak mempunyai hala tuju hinggalah usia kandungan kian membesar dan akhirnya
terpaksa melahirkan kandungan dan tanpa berfikir panjang membuang bayi yang tidak
berdosa itu. Sehubungan itu, katanya, kes pembuangan bayi seperti ini membabitkan remaja
daripada keluarga kurang berada.

Itu adalah natijah daripada kurangnya pengetahuan mereka terhadap ilmu seks. Tujuan
pendidikan seks didedahkan adalah untuk memberi amaran agar tidak sewenang-wenangnya
membenarkan tubuh mereka disentuh lelaki sama ada yang dikenali mahupun tidak. Dr Adila
berkata, mereka seharusnya diberi sokongan dan bukan dihukum. Setiap manusia melakukan
kesalahan. Pada masa sama, sokongan pula bukan bermaksud kita bersetuju apa yang mereka
lakukan. Kebanyakan ibu bapa membuang anak selepas mengetahui kesalahan anak mereka
mengandung anak luar nikah. Selepas berasa tidak dipedulikan dan tertekan, keadaan itu turut
mendorong remaja terbabit melakukan perkara sama, iaitu membuang bayi mereka, katanya.
SUMBER BERITA HARIAN 02 FEBRUARI 2011

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai