Anda di halaman 1dari 8

1 Apakah keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh manusia?

A Keperluan utama
B Keperluan fisiologi
C Keperluan kemesraan
D Keperluan keselamatan

2 Gambar 1 berkaitan dengan Puan Naimah.

Gambar 1

Apakah Hierarki Keperluan Maslow yang telah dicapai oleh Puan Naimah?
A Keperluan asas
B Keperluan sosial
C Keperluan rohani
D Keperluan fisiologi

4 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Musa.

Encik Musa bercadang untuk membeli kereta baharu pada hujung tahun ini.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan tersebut?


A Keperluan manusia
B Kehendak manusia
C Keinginan manusia
D Kesukaan manusia

4 Syarikat Beras Fazidah menghantar bekalan beras dari Kedah ke Pahang. Apakah nilai faedah
yang telah dicipta oleh Syarikat Beras Fazidah?
A Masa C Tempat
B Bentuk D Milikan

5 Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran.

Meliputi semua perkhidmatan peribadi


Diberi secara langsung kepada pengguna
Contoh: perkhidmatan pendidikan, perubatan, dan hiburan

Apakah cabang pengeluaran tersebut?


A Perusahaan
B Perdagangan
C Bantuan perniagaan
D Perkhidmatan langsung

1
6 Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya pengkhususan?
I Amalan pembahagian kerja
II Kemahiran dan kebolehan manusia yang sama
III Untuk menghasilkan barang yang lebih bermutu.
IV Keperluan dan kehendak manusia yang semakin kompleks
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

7 Pernyataan berikut berkaitan dengan jenis pengkhususan dalam pengeluaran.

Malaysia : Kelapa sawit


Jepun : Televisyen

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan tersebut?


A Pengkhususan mengikut profesion
B Pengkhususan mengikut kawasan
C Pengkhususan mengikut proses
D Pengkhususan antarabangsa

8 Apakah syarat yang perlu dipenuhi dalam sistem barter?


I Kemahuan yang serentak
II Barang yang berlebihan
III Wang yang berlebihan
IV Memerlukan gudang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9 Singapura mengimport barang-barang dari Malaysia untuk diproses dan dieksport semula. Apakah jenis
perniagaan di atas?
A Perniagaa import
B Perniagaan eksport
C Perniagaan entreport
D Perniagaan bebas cukai

10 Antara yang berikut, perkhidmatan bank yang manakah merupakan kemudahan pembayaran dan
penerimaan wang?
I Overdraf III Pindahan kredit
II Arahan tetap IV Simpanan tetap
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

11 Mengapakah perkhidmatan insurans penting kepada peniaga?


A Dapat mengelakkan kerugian akibat kesilapan dalam pengurusan yang dilakukan.
B Dapat mengurangkan kerugian yang dialami akibat berlakunya sesuatu risiko
C Dapat mengelakkan kerugian yang mungkin timbul kerana menjalankan perniagaan yang berisiko
tinggi
D Boleh memperoleh keuntungan sekiranya sesuatu risiko yang diinsuranskan berlaku

12 Maklumat berikut berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan untuk melancarkan kegiatan
perniagaan.

Meluaskan pasaran
Meningkatkan dan mengekalkan permintaan

2
Apakah bantuan perniagaan tersebut?
A Promosi C Komunikasi
B Insurans D Pergudangan

13 Gambar 2 menunjukkan bantuan perniagaan yang digunakan oleh Puan Nur.

Gambar 2
Apakah fungsi bantuan perniagaan di atas kepada Puan Nur?
I Menyampaikan maklumat
II Memudahkan aktiviti perniagaan
III Menstabilkan harga barang di pasaran
IV Mengurangkan kos penyimpanan barang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

14 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Hazri, seorang peniaga.

Pengeluar melantik Encik Hazri untuk menjual produknya terus kepada pengguna

Apakah fungsi Encik Hezri dalam saluran agihan tersebut?


A Ejen C Peruncit
B Broker D Pemborong

15 Antara yang berikut, yang manakah menerangkan maksud peruncit dengan tepat?
A Urus niaga menjual barang kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil
B Orang tengah antara pengeluar dengan pemborong
C Urus niaga membeli barang barang secara pukal daripada pemborong
D Urus niaga menjual barang kepada pemborong dalam kuantiti yang dikehendaki

16 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sejenis perniagaan.


Banyak cawangan
Pentadbiran dikawal oleh ibu pejabat
Apakah jenis perniagaan di atas?
A Pasar Raya C Kedai Sejaras
B Koperasi Runcit D Gedung Aneka Jabatan

17 Gambar 3 di bawah menunjukkan sejenis keluaran.

Gambar 3

3
Apakah bentuk saluran agihan di atas?
A Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna
B Pengeluar Pemborong Pengguna
C Pengeluar Peruncit Pengguna
D Pengeluar Pengguna

18 Gambar 4 menunjukkan dua kaedah jualan bagi sebuah komputer.

Gambar 4
Apakah kelebihan yang diperoleh Cik Tina jika dia membeli komputer tersebut secara kredit?
A Harga komputer lebih murah
B Mengelakkan berbelanja lebih
C Dapat menggunakan barang walau pun harga belum dijelaskan
D Barang tidak akan dirampas jika dia gagal membayar ansuran bulanan

19 Dokumen 1 digunakan dalam satu urus niaga.

Dokumen 1

Berapakah jumlah bayaran bersih yang perlu dibayar oleh Pustaka Seri Cahaya jika membuat bayaran
pada 18 Mei 2013?
A RM95
B RM361
C RM380
D RM475

4
20 Antara yang berikut, yang manakah merupakan pemborong berfungsi terhad?
A Pemborong am
B Pemborong khusus
C Pemborong jober para
D Pemborong satu barisan

21 Encik Sukri membeli stok berharga RM3 200 daripada Ben Mart dan ditawarkan diskaun niaga
sebanyak 15%. Berapakah jumlah sebenar yang perlu di bayar oleh Encik Sukri?
A RM480 C RM330
B RM370 D RM280

22 Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan import tak nyata bagi Malaysia?
A Beli alat ganti komputer dari Britain
B Jurubahasa Melayu yang dihantar ke Jepun
C Sekumpulan pelancong Taiwan melawat Malaysia
D Sekumpulan pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India

23 Apakah situasi yang membolehkan tukaran wnag asing yang dibawa masuk meningkat?
A Import meningkat
B Eksport meningkat
C Eksport melebihi import
D Import melebihi eksport

24 Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sejenis pengeksport.


* Pakar dalam bidang eksport.
* Menguruskan tempahan kapal, dokumentasi, bayaran dan sebagainya.

Pengeksport manakah yang mempunyai ciri-ciri tersebut?


A Ejen komisen
B Wakil eksport
C Broker eksport
D Saudagar eksport

25 Rajah 1 menunjukkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan Jepun.

Rajah 1
Apakah kepentingan perniagaan di atas kepada Malaysia?
I Menambahkan pendapatan negara
II Mengurangkan imbangan dagangan
III Menjamin barang yang lebih murah dan bermutu
IV Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

26 Dokumen berikut menunjukkan dokumen perniagaan antarabangsa.


* Bil udara
* Bil muatan
* Nota perkapalan

5
Apakah jenis dokumen tersebut?
A Dokumen kastam C Dokumen pembayaran
B Dokumen hak milik D Dokumen pengangkutan

27 Berapakah jumlah pekerja sepenuh masa IKS?


A Lebih 100 orang
B Kurang 100 orang
C Melebihi 150 orang
D Tidak melebihi 150 orang

28 Maklumat berikut berkaitan dengan kegiatan IKS.


* Melibatkan Skim Subkontrak atau Program Pembangunan Vendor
* Pengusaha IKS akan diberi bimbingan dan bantuan teknologi untuk
menghasilkan keluaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Apakah kegiatan yang melibatkan program di atas?


A Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran
B Program Penyelidikan dan Pembangunan
C Program Pembangunan Infrastruktur
D Program Rantaian Industri

29 Apakah sumbangan Industri Kecil Sederhana (IKS) kepada masyarakat?


I Latihan untuk pekerja
II Mengurangkan import dagangan
III Mengurangkan jurang pendapatan
IV Menyediakan peluang menceburi bidang perusahaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

30 Antara yang berikut, yang manakah bukan faktor yang perlu dipertimbangkan untk memulakan sebuah
perniagaan?
A Modal C Persaingan
B Minat D Jenis pengeluaran

31 Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan.


* Bilangan pemilik syer dihadkan antara 2 hingga 50 orang
* Syer tidak dijual kepada orang ramai
* Lialibiti terhad

Apakah jenis pemilikan perniagaan yang menepati ciri-ciri tersebut?


A Perkongsian
B Milikan tunggal
C Syarikat awam berhaad
D Syarikat sendirian berhad

32 Apakah yang dimaksudkan dengan liabiliti terhad?


A Kuasa pemegang syer adalah terhad
B Pengarah Syarikat bertanggungjawab ke atas kerugian syarikat
C Kerugian pemegang syer terhad setakat modal yang dilaburkan sahaja
D Pemegang syer bertanggungjawab menjual harta peribadi untuk menjelaskan hutang syarikat

6
33 Antara yang berikut, yang manakah boleh mengeluarkan syer kepada orang awam?
A Kedai Gambar Azman
B Syarikat Maher Berhad
C Perkongsian Barhee dan Rakan
D Syarikat Durmas Sendirian Berhad

34 Maklumat berikut berkaitan dengan stok.


Barang yang laris dijual dan perlu diganti segera

Apakah jenis stok yang berkaitan dengan pernyataan berikut?


A Stok suka ramai C Stok paling popular
B Stok harga murah D Stok bergerak pantas

35 Antara yang berikut, fotmula manakah yang betul untuk mengira untung kasar?
A Untung Kasar = Jualan Kos Jualan
B Untung Kasar = Stok Awal Stok Akhir
C Untung Kasar = Jualan Bersih + Kos Jualan
D Untung Kasar = Kos Jualan Jualan Bersih

36 Maklumat berikut berkaitan dengan rakan kongsi perniagaan.

Individu yang melabur modal tetapi tidak mengambil


bahagian secara aktif dalam pengurusan perniagaan.

Apakah jenis rakan kongsi tersebut?


A Rakan kongsi lelap C Rakan kongsi berhad
B Rakan kongs aktif D Rakan kongsi nominal

37 Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan.


Puan Wei merupakan seorang pelabur yang lebih
mengutamakan pulangan yag tinggi tetapi tidak
mementingkan risiko apabila membuat pelaburan.

Apakah bidang pelaburan yang sesuai dilaburkan oleh Puan Wei?


I Saham
II Hartanah
III Unit Amanah
IV Simpanan Tetap
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

38 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Cheng.


Bukan ahli bursa saham
Bertindak sebagai ejen yang menerima pesanan
belian dan jualan daripada pelanggan

Siapakah Encik Cheng?


A Broker C Spekulator
B Remiser D Penelah turun

7
39 Gambar 5 menunjukkan sejenis pelaburan.

Gambar 5

Jika Encik Imah berminat membuat pelaburan dengan membeli harta tanah di atas, apakah faktor yang
perlu dipertimbangkan oleh beliau?
A Kecairan
B Tindakan spekulator
C Pulangan atas modal
D Risiko dalam pelaburan

40 Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

I Pengkhususan mengikut profesion merupakan penumpuan kerja mengikut kebolehannya.


II Doktor merupakan contoh pengkhususan mengikut profesion.

Kertas Soalan Tamat

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh:

_________________________________ __________________________
NORAZIAH BINTI MOHAMED NASIR MOHD HANIFF B MANSOR
Guru Mata Pelajaran Perdagangan Guru Kanan Teknik dan Vokasional

Anda mungkin juga menyukai